Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Wednesday, September 24, 2008

Pengaruh Pemikiran Ikhwanul Muslimin Terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Saya rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menerbitkan kajian kecil ini setelah melihat gelombang serangan pemikiran yang dilancarkan oleh pihak parti pemerintah melalui golongan intelektual upahan untuk menyerang dan mengasak fikrah perjuangan Islam yang didokong oleh PAS selama ini. Intelektual kelas kambing ini turut mengabrak perjuangan Ikhwanul Muslimin serta tokoh-tokoh besarnya seperti As-Syahid Syed Qutb dan As-Syahid Hassan Al-Banna. Kejahilan ini juga diserlahkan oleh segelintir pihak pentadbir universiti yang telah membuang karya-karya tokoh Ikhwanul Muslimin yang dituduh sebagai pendorong kepada fahaman Islam yang radikal dan militan.

Saya juga melihat kepada kekeliruan kepada adik-adik di kampus yang sentiasa bertegang padangan tentang kumpulan manakah di luar yang mendokong fahaman gerakan Ikhwanul Muslimin dan ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh Ikhwanul Muslimin terhadap gerakan Islam kontemporari yang mana setiap gerakan merasa banggadiri jika diikat perjuangan mereka dengan Ikhwan. Secara peribadinya niat untuk membuat kajian tentang pengaruh Ikhwanul Muslimin terhadap PAS ini telah muncul dalam benak penulis semenjak awal dekad 1990an tetapi terbantut dengan beberapa halangan tetapi cita-cita ini terus menyala di dalam hati penulis sehinggalah peluang ini terbuka pada tahun 2003.

- Penulis

Harga = RM15.00
Mukasurat = 136
Penulis = Riduan Mohd Nor

0 Comments:

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...