Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Tuesday, July 31, 2012

Asas Solat Praktikal Untuk Lelaki & Asas Solat Praktikal Untuk Perempuan - Berserta Gambar - Mudah, Ringkas Dan Praktikal





Solat adalah satu daripada bentuk komunikasi seseorang hamba dengan Penciptanya. Kejayaan hidup seseorang di dunia dan di akhirat bergantung kepada eloknya hubungan antara makhluk dengan Penciptanya. Oleh itu, solat sepatutnya didirikan dengan sebenar-benar cara sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah kepada umatnya.

Buku Asas Solat Praktikal untuk Lelaki / Perempuan ini menerangkan tatacara berkaitan solat bermula daripada mengambil wuduk sehingga selesai menunaikan solat. Ia menjelaskan kaedah solat lelaki / perempuan dengan disertakan gambar supaya ia lebih mudah difahami.

- Penerbit


Harga = RM3.80 (Sem) RM4.80 (Sab/Swk) - Setiap naskhah
Mukasurat = 79
Penulis = Marwan Hamdi
Penerbit = PTS Darul Furqan Sdn Bhd

Thursday, July 26, 2012

Catatan Hujung Ahmad Lutfi Othman

"...masyarakat pembaca negara ini yang sangat memerlukan tulisan analisis politiknya yang bukan sahaja bernas, tajam dan segar, tetapi juga yang 'berani berkata benar' walau apa pun risikonya, selagi ia tidak menyalahi panduan Allah dan Rasul-Nya."
- DINSMAN





"Jika kita tersungkur,
ia bukan semata-mata
diperangkap media musuh,
tetapi juga berpunca daripada
kelemahan sendiri."

- Ahmad Lutfi Othman

Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 332
Penulis = Ahmad Lutfi Othman
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Peristiwa Bersejarah Ramadan

Umumnya apabila tiba bulan Ramadan, sebahagian umat Islam yang berpuasa lebih banyak berehat dan melakukan aktiviti ringan.
Hakikatnya, dalam sejarah bulan Ramadan, banyak peristiwa yang menuntut keringat dalam memenangi perang besar dan banyak juga sejarah umat Islam banyak mencipta kemenangan dan kejayaan besar dalam bulan Ramadan. Lebih menarik apabila majoriti kemenangan berlaku hampir dengan kejadian berlakunya malam Lailatul Qadar.
Peristiwa Bersejarah Ramadan menghimpun kejadian-kejadian besar yang berlaku dalam bulan Ramadan. Turut dimuatkan tarikh penting, gambar, peta dan ilustrasi bagi membantu pemahaman pembaca.

- Penulis

KANDUNGAN
  • Bab 1: Al-Quran Diturunkan
  • Bab 2: Perang Badar
  • Bab 3: Persiapan Perang Khandaq
  • Bab 4: Pembebasan Kota Makkah
  • Bab 5: Penghancuran Patung Sembahan
  • Bab 6: Perjalanan Ke Tabuk
  • Bab 7: Perang Qadisiyah, Parsi
  • Bab 8: Pembebasan Andalus
  • Bab 9: Perang Salib: Pembebasan Palestine
  • Bab 10: Perang Ain Jalut
  • Bab 11: Perang Arab-Israel: Pembebasan Sinai
Harga = RM18.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 168
Penulis = Zamri Zainal Abidin & Imran Azmi
Penerbit = PTS Islamika Sdn Bhd

Wednesday, July 11, 2012

Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Da'wah - Bagaimana Dan Kenapa?

"Ada di antara mereka itu yang meninggalkan da'wah tetapi tidak meninggalkan Islam... Ada pula yang meninggalkan kedua-duanya sekali. Ada yang meninggalkan jama'ah dan mengasaskan jama'ah baru dan ada pula yang bergabung dengan jama'ah lain. Demikianlah berlakunya gejala dalam bentuk yang banyak dan berbagai-bagai keciciran."

- Penulis, petikan Muqaddimah, halaman 17





KANDUNGAN

Fasal Pertama: Gejala Keciciran Di Zaman Rasulullah
Fasal Kedua: Sebab-Sebab Keciciran

- Pertama: Sebab-Sebab Yang Berhubung Dengan Gerakan
  1. Kelemahan Sudut Tarbiyyah
  2. Tidak Meletakkan Seseorang Di Tempat Yang Sesuai
  3. Tidak Membahagi-bahagikan Kerja Kepada Anggota
  4. Tidak Mengambil Berat Hal Ahli
  5. Tidak Menyelesaikan Persoalan Dengan Segera
  6. Pertikaian Dalaman
  7. Pimpinan Tidak Layak
- Kedua: Sebab-Sebab Yang Berkaitan Dengan Anggota Individu
  1. Tabi'i Yang Tidak Tetap
  2. Takut Berlaku Sesuatu Ke Atas Diri Dan Pendapatan
  3. Melampau
  4. Bemudah-mudahan Dan Longgar
  5. Tertipu Dengan Kedudukan Dan Bersikap Menonjol Diri
  6. Cemburukan Orang Lain
  7. Fitnah Senjata
- Ketiga: Sebab-Sebab Luar Yang Menekan
  1. Tekanan Ujian
  2. Tekanan Keluarga
  3. Tekanan Persekitaran
  4. Tekanan Gerakan-gerakan Bahaya
  5. Tekanan Bermuka-muka
Harga = RM14.00
Mukasurat = 155
Penulis = Dr. Fathi Yakan
Penterjemah = Ustaz Md. Akhir Hj. Yaacob
Penerbit = Dewan Pustaka Fajar (DPF)

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...