Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Thursday, November 28, 2013

Undang-Undang Syariah Di Malaysia

Islam adalah al-Din yang mengatur keseluruhan hidup manusia di muka bumi ini. Ia merupakan satu pakej yang lengkap merangkumi semua aspek seperti aqidah, ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah. Keindahan Islam akan terserlah apabila semua pengajarannya dalam kesemua aspek dilaksanakan. Di Malaysia sebagai contoh, aspek-aspek di atas dilaksanakan dengan baik, namun persoalan mengenai undang-undang jenayah Islam seperti qisas terus menjadi polemik. Perbincangannya mengalami pasang surut.

Dari senario masyarakat di Malaysia hari ini, saban hari akhbar-akhbar serta televisyen mendedahkan kepincangan masyarakat terutama dari aspek kejadian-kejadian jenayah. Pembunuhan, pembuangan bayi, penculikan, mencederakan, pukul, merompak, mencuri, menyamun, meragut, zina, rogol, pelacuran, judi, minum arak, penagihan dadah, qazaf, pecah amanah dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Adakah undang-undang sedia ada gagal mencegah dan menghalang individu daripada melakukan perkara-perkara di atas?

Buku ini merupakan himpunan kertas kerja Seminar Kebangsaan Undang-Undang Syariah di Malaysia (2012) yang dianjurkan oleh Persatuan Ulama' Malaysia dengan kerjasama Jabatan Mufti Selangor dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Fokus buku ini secara amnya tertumpu kepada:
  • Menghuraikan Islam sebagai sebuah cara hidup yang komprehensif.
  • Menghuraikan falsafah undang-undang jenayah Islam.
  • Menjelaskan kategori-kategori jenayah mengikut Islam.
  • Menjelaskan senario kesalahan dan jenayah yang berlaku di Malaysia.
- Penyelenggara

KANDUNGAN
  • Islam Agama Komprehensif - Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
  • Falsafah Uqubah Dalam Kesalahan Jenayah Islam - Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
  • Adakah Federalisme Penghalang Kepada Pelaksanaan Syariah di Malaysia - Nurhafilah bt. Musa
  • Kemalangan Jalanraya dan Penyelesaiannya Mengikut Perundangan Islam - Shahidra Abdul Khalil
  • Political Will (Kemahuan Politik) Dalam Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam - Prof. Madya Dr. Hasan Bahrom
  • Hudud: Falsafah dan Keperluannya Dalam Masyarakat Majmuk - Nik Muhammad Zawawi bin Salleh
  • Hukuman Mati dan Hak Asasi Manusia - Prof. Madya Dr. Azman bin Mohd Nor
  • Jenayah Riddah di Malaysia: Cadangan Penyelesaian Berasaskan Maqasid Syariyyah - Mohamad Zamri Mohamed Shafik
  • Kaedah-Kaedah Pembuktian Dalam Undang-Undang Jenayah Islam - Dato' Hj. Md Saleh bin Ahmad @ Md
Harga = RM23.00
Mukasurat = 222
Penyelenggara = Abdul Karim Ali, PhD & Mohd Roslan Mohd Nor, PhD
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia

Sunday, October 7, 2012

Berlaku Adillah, Jangan Berbuat Zalim

Rasulullah S.A.W diutuskan oleh Allah S.W.T semata-mata sebagai pembawa rahmat buat seluruh alam. Disertakan bersamanya al-Quran yang bertindak sebagai panduan dalam menjalani kehidupan. Ianya sesuai dari dahulu hingga kiamat, tidak kira betapa banyakpun dunia ini berubah, kandungan al-Quran tetap relevan selamanya.
Antara skop yang paling luas dibicarakan adalah menganjurkan manusia agar sentiasa berlaku adil dan menghindari kezaliman dalam segenap pelusuk amalan seharian. Dari sekecil-kecil perkara peribadi seperti amalan ke tandas hinggalah ke perkara yang paling besar seperti mentadbir dunia dan sebagainya.
ADIL ditakrifkan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya, manakala ZALIM pula bermaksud sebaliknya iaitu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
Buku ini memaparkan sebahagian daripada nas-nas al-Quran dan al-Hadis Rasulullah S.A.W berkaitan suruhan Allah dan Rasul-Nya agar berlaku ADIL serta dalam masa yang sama menjauhi keZALIMan. Diharap kompilasi ringkas ini sedikit sebanya mampu menuntun masyarakat agar sentiasa melakukan sesuatu yang benar dengan berlandaskan nas-nas yang sahih dan jelas supaya komitmen dalam berlaku adil tersebut lebih mantap dan tidak mudah digoyah.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Al-'Adlu
  2. Konsep Keadilan
  3. Kezaliman
  4. Akibat Kezaliman
  5. Wajib Mencegah Kezaliman
  6. Mereka Yang Zalim Wajib Bertaubat Kepada Allah S.W.T
Harga = RM10.00
Mukasurat = 41
Penyusun = Ustaz Fazlulrahimi Bin Maarop
Penerbit = U Wise Enterprise

Tuesday, March 8, 2011

Fiqh Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia

Malaysia dibentuk dari kepelbagaian penduduk sebagai warganegaranya, serta masih mengekalkan Islam dan Melayu sebagai teras dan asas kewujudan. Suasana kehidupan pluralistik agama sebegini pastinya menuntut suatu kefahaman dan toleransi hidup bermasyarakat antara penganut Islam dan bukan Islam yang mencabar. Justeru bagi umat Islam, fikah sebagai salah satu cabang ilmu merupakan panduan yang membimbing hidup bermasyarakat mengikut keperluan semasa tersebut. Ia bertujuan untuk mencari penyelesaian bersepadu bagaimana menangani permasalahan yang timbul khususnya berkaitan isu-isu hubungan antara anggota masyarakat, terutama perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti orang Melayu, hak bukan Islam, hak asasi manusia secara keseluruhan serta kesan yang timbul dari segi aqidah, syariat dan akhlak. Isu-isu sebeginilah diharap dapat membantu untuk membentuk gagasan Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam konteks Malaysia, khususnya berdasarkan prinsip-prinsip yang muktabar untuk memberikan panduan kepada umat Islam dan bukan Islam.

- Penyelenggara

KANDUNGAN
  1. Ucaptama: Pengantar Fiqh Masyarakat Bukan Islam - Professor Dr. Sheikh Wahbah Mustafa al-Zuhayli
  2. Hubungan Masyarakat Islam Dan Masyarakat Bukan Islam Dalam Konteks Sejarah Islam - Dr. Mohd Roslan Mohd Nor
  3. Konsep Kerakyatan Orang Bukan Islam Dalam Politik Islam Moden: Satu Kajian Berdasarkan Fiqh Ahl Dhimmah - Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, Muhammad Adli Musa
  4. Hak-Hak Mengamalkan Ajaran Agama Masyarakat Bukan Islam Dalam Sebuah Negara Islam - Zahari Mahad Musa
  5. Islam Dan Toleransi Budaya Dalam Masyarakat MajmukDi Malaysia: Beberapa Catatan - Dr. Mohd Nor Manuty
  6. Prinsip Berinteraksi Dengan Non Muslim Dalam Konteks Malaysia - Mohammad Nidzam Abdul Kadir
  7. Perayaan Bukan Islam Dalam Sebuah Negara Islam - Dr. Basri bin Ibrahim
  8. Kecelaruan Fahaman Liberal Dalam Fiqh: Satu Kajian Mengenai Hukum Wanita Islam Berkahwin Dengan Non-Muslim - Muhammad Atiullah bin Othman, Mohd Nor bin Daud
  9. Bukan Islam Dan Kehakiman Dalam Islam - Tan Sri Sheikh Ghazali bin Hj. Abd. Rahman
  10. Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Sistem Kehakiman Syariah: Bukan Islam Sebagai Saksi Di Mahkamah Syariah Malaysia - Prof. Madya Dr. Zulfakar Ramlee Saad
  11. Jizyah Kepada Warga Negara Bukan Islam Analisa Kemungkinan Pelaksanaan Dalam Realiti Malaysia - Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki bin Ibrahim
  12. Isu-Isu Berkaitan Masyarakat Bukan Islam Dalam Fatwa Di Malaysia - Rumaizi bin Ahmad
  13. Dasar Fiskal Dan Kewangan: Hubungannya Dengan Pembangunan Sosio-Ekonomi Umat Dan Negara - Prof. Madya Dato' Dr. Haji Hailani bin Muji Tahir
  14. Kerangka Asas Dalam Pembinaan Hukum Fiqh Masyarakat Bukan Islam Masa Kini - Dr. Luqman Haji Abdullah
  15. Siyasah Syar'iyyah Dalam Membentuk Gagasan Fiqh Masyarakat Majmuk - Prof. Madya Dr. Shukeri Mohamad
Harga = RM27.00 (Sem) RM30.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 254
Penyelenggara = Abdul Karim Ali & Rumaizi Ahmad al-Mustapha
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor

Saturday, February 26, 2011

Baldatun Tayyibatun Model Uthmaniyyah - Sejarah Perkembangan Dan Kejatuhan Pemerintahan Islam Uthmaniyyah: Teladan Dan Sempadan

Kerajaan Islam Uthmaniyyah merupakan kekhalifahan Islam yang terakhir sebelum ia dijatuhkan oleh puak sekular Kemalis yang dikatakan didalangi oleh Yahudi dan Barat. Kelangsungan kerajaan ini selama lebih daripada lima abad, meliputi tiga benua utama dunia, Asia, Afrika dan Eropah. Apa yang menarik, kejatuhan kota Constantinople pernah diriwayatkan dalam satu hadis yang dicatatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dengan mengatakan raja yang menawannya adalah raja yang terbaik dan ternyata raja itu daripada dinasti Uthmaniyyah.

Kerajaan Islam Uthmaniyyah seolah-olah berada dalam dua zaman silam dan zaman moden. Tentu banyak khazanah tinggalan kerajaan besar ini yang boleh menjadi teladan dan sempadan kepada kita dalam menggagaskan sebuah negara idaman di zaman pasca-modernisme ini.

- Penyelenggara

KANDUNGAN
  1. Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah - Dr. Mohd Roslan Bin Mohd Nor
  2. Sisi Gelap Kerajaan Uthmaniyyah: Satu Pengajaran Berharga - Prof. Madya Dr. Fadhlullah Jamil
  3. Zionisme Dan Peranannya Di Dalam Menjetuhkan Kerajaan Turki Uthmaniyyah Di Awal Abad Ke 20 - Mohamad Fauzi Zakaria
  4. Model Pengurusan Dan Kepimpinan Muhammad Al-Fateh Dalam Pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah - Dr. Nor 'Azzah Kamri
  5. Aplikasi Sistem Ekonomi Islam Dalam Tamadun Islam Uthmaniyyah - Dr. Amir Bin Shaharuddin & Dr. Yasmin Hanani Mohd Safian
  6. Hubungan Turki Uthmaniyyah Dan Alam Melayu - Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff
  7. Perkembangan Fiqh Dan Usul Di Empayar Uthmaniyyah - Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali
  8. Kewarganegaraan Dalam Sistem Pemerintahan Uthmaniyyah: Satu Kajian Dalam Konteks Kewarganegaraan Negara Islam Moden - Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Ibrahim
Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 167
Penyelenggara = Mohd Roslan Mohd Nor & Mohamad Zamri Bin Mohamed Shapik
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor

Wednesday, January 12, 2011

Kepimpinan Pengetua: Menjana Modal Insan Di Sekolah Berkesan

Buku ini adalah rangkuman penulisan 12 orang pensyarah kanan di Institut Pengajian Kepengetuaan (IPK), Universiti Malaya. Mereka berpengalaman luas memberi kuliah dalam bidang kepimpinan pengetua sekolah menengah.

Saranan amalan kepimpinan pengetua yang memfokuskan usaha menjana modal insan dikupas dengan baik khususnya dalam aspek pengurusan, usaha penambahbaikan dan nilai kepimpinan di sekolah berkesan.

Usaha penambahbaikan memfokuskan perbincangan tentang:
  • Kepengetuaan Sekolah
  • Pentaksiran bagi Pembelajaran
  • Pelaksanaan Inovasi
  • Kepimpinan Instruksional
  • Pembentukan Teori Kepimpinan
KEPIMPINAN PENGETUA Menjana Modal Insan Di Sekolah Berkesan menyuntik semangat dan mencetuskan kesedaran dalam kalangan pemimpin pendidikan, pemimpin sekolah dan juga pelajar-pelajar kepimpinan pendidikan bagi melakukan penambahbaikan dalam amalan kepimpinan kepengetuaan.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1
Pembangunan Modal Insan Menerusi Keberkesanan Pengurusan Dan Kewangan Sekolah - Muhammad Faizal A. Ghani dan Shahril @ Charil Hj. Marzuki

BAB 2
Menjadi Pengetua Yang Berkesan - Fatanah Mohamed

BAB 3
Dasar Desentralisasi Dan Pengurusan Berasaskan Sekolah: Justifikasi, Strategi Dan Implikasi - Hussein Hj. Ahmad

BAB 4
Pengetua Dan Aspek Perundangan Dalam Pendidikan - Tie Fatt Hee

BAB 5
Kepimpinan Pendidikan Daripada Perspektif Islam - Rahimah Hj. Ahmad dan Ali Jubran Salleh

BAB 6
Governan Kawalan Dalam Pengurusan Sekolah: Satu Perspektif Menyeluruh - Hussein Mahmood

BAB 7
Pembinaan Ihsan Amalan Alternatif Memantapkan Kepimpinan Sekolah - Hailan Salaman

BAB 8
Organisasi Pembelajaran Pengurusan Modal Insan Dalam Kalangan Warga Sekolah - Zuraidah Abdullah

BAB 9
Penambahbaikan Sekolah Menerusi Pentaksiran Bagi Pembelajaran - Zulkifli A. Manaf

BAB 10
Pelaksanaan Inovasi Daripada Perspektif Keprihatinan Dan Penggunaan - Sathiamoorthy Kannan

BAB 11
Kepimpinan Instruksional Di Sekolah Berkesan Dalam Menjana Modal Insan Cemerlang - Shahril @ Charil Bin Hj. Marzuki dan Muhammad Faizal A. Ghani

BAB 12
Pembentukan Teori Kepimpinan Pengetua Berorientasikan Stail Otak - Chua Yan Piaw

Harga = RM31.00 (Sem) RM34.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 338
Editor = Dr. Shahril @ Charil Marzuki, Dr. Rahimah Ahmad & Dr. Hussein Ahmad
Penerbit = PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Monday, November 1, 2010

Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin

Mereka adalah khalifah-khalifah yang benar. Mereka mendapat asuhan kepimpinan langsung daripada tangan Rasulullah sendiri. Mereka mewarisi kepimpinan Rasulullah selepas baginda meninggal dunia dan berjaya mentadbir seluruh umat Islam sehingga mencapai kejayaan yang gemilang.

Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin buku pertama yang membahaskan politik dan pemerintahan gaya Khulafa ar-Rasyidin. Turut memuatkan tip dan panduan
  • Bagaimana khalifah-khalifah Rasulullah menjalankan urusan pentadbiran
  • Bagaimana mereka menangani konflik
  • Apa pembaharuan yang mereka lakukan
  • Apa kejayaan-kejayaan yang dicapai sepanjang pemerintahan mereka
- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: Pengenalan
BAB 2: Keperluan Sistem Khalifah
BAB 3: Khalifah Abu Bakar
BAB 4: Peruntukan Untuk Khalifah
BAB 5: Menghadapi Musuh Negara
BAB 6: Menghadapi Golongan Murtad
BAB 7: Tindakan Abu Bakar
BAB 8: Mengumpul Al-Quran
BAB 9: Kesan Peristiwa Murtad
BAB 10: Kehebatan Panglima Khalid
BAB 11: Mimpi Syurahbil
BAB 12: Sistem Khalifah

Harga = RM16.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 225
Penulis = Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Penerbit = PTS Islamika Sdn. Bhd.

Tuesday, July 20, 2010

Fobia Yahudi Dan Barat Terhadap Islam

Buku ini menjelaskan berkaitan dengan fobia pihak Yahudi dan kemudiannya diikuti oleh pihak Barat terhadap Agama Islam. Pengarang memulakan kajiannya dengan mengemukakan tentang penyelewengan oleh pihak Yahudi terhadap akidah Agama Kristian yang pada asalnya adalah monoteisme seperti yang telah dibawa oleh para Rasul dan para Nabi-Nya. Isu penggunaan perkataan 'Allah' di Malaysia turut diperjelaskan melalui kupasa daripada para sarjana Islam bagi menyatakan hal yang sebenarnya.

Selanjutnya pengarang juga menghuraikan persoalan dari segi sejarah, kenapa Islam telah mara ke Barat seterusnya menguasai Empayar Parsi dan Rom. Dalam pada itu dijelaskan juga akan propaganda-propaganda anti terhadap Islam yang terawal di Barat hinggakan kemudiannya telah mencetuskan Perang-Perang Salib. Dalam kajiannya, pengarang berpendapat penyeleweng pihak Barat terhadap Islam adalah kerana mereka kurang memahami akan agama suci ini. Pengarang berjaya membawa para pembaca dari urutan sejarah berkaitan dengan pandangan-pandangan para penulis Barat sejak awal lagi terhadap Agama Islam.

Dalam semua hal ini terdapatlah tangan-tangan dari pihak Yahudi yang turut mempengaruhi pihak Barat untuk memusuhi Islam dan para penganutnya. Bukti-bukti berjaya dijelaskan, bahawa melalui pengaruh pihak Yahudi di Amerika Syarikat khususnya dan di Eropah amnya, maka berlakunya krisis di Palestin hinggalah sampai ke dewasa ini. Dengan itu tercetuslah isu-isu berkaitan dengan penaklukan di Iraq dan berlakunya Serangan pada 11 September 2001 terhadap Menara Berkembar di New York. Isu berkaitan dengan karikatur Nabi Muhammad yang disebarluaskan di Eropah juga di Singapura turut dinyatakan. Sentimen anti Islam kian menjadi nyata di Eropah. Ini semuanya kerana gara-gara sebilangan besar daripada penduduknya terlalu takut akan pengaruh Islam ke atas mereka.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Islam Dan Ahli Kitab
  2. Penulisan Kitab-Kitab Agama Kristian
  3. Kenapa Islam Mara Ke Utara Dan Ke Eropah?
  4. Propaganda Anti Islam
  5. Kenapa Berlakunya Perang Salib?
  6. Adakah Islam Dan Nabi Muhammad S.A.W. itu Disalah Ertikan Di Barat?
  7. Jihad Dan Maksudnya
  8. Yahudi Dan Barat
  9. Palestin Selepas Perang Dunia II
  10. Kedudukan Palestin Kini
  11. Syahid
  12. Nabi Muhammad S.A.W. Difitnahkan
  13. Serangan-Serangan Pada 11 September 2001
  14. Kucar Kacirnya Satu Tamadun Islam (Baghdad)
  15. Bertoleransi?
Harga = RM22.00 (Sem) RM24.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 418
Penulis = Haji Husseiny Bin Zambery
Diedit Oleh = Dr. Mohd. Puzhi Bin Usop (U.I.A.)
Penerbit = Al-Hidayah Publication

Tuesday, June 29, 2010

Jalur Berfikir Remaja Islam

Teknologi dan tradisi Islam dilihat selamanya alat dan bukannya matlamat. Matlamat pembangunan Islam menghubungkan ilmu, keterampilan dan nilai dengan manusia. Manusiaah yang menjadi matlamat pembangunan kerana apabila manusia terbangun ilmu, keterampilan dan akhlaknya ia bakal melakukan pengurusan dengan baik, amanah, adil, jujur, ikhlas, telus, tulus dan bijaksana.

- Penulis

KANDUNGAN
  1. Islam Agama Mundur?
  2. Islam Menjadikan Umatnya Berserah?
  3. Islam Menghalang Kemajuan?
  4. Untuk Maju Kita Mesti Liberal?
  5. Bangsa Melayu Dan Jiwa Umat
  6. Ilmu Fardhu Ain Sahaja Tidak Memadai
  7. Hati-Hati Dengan Proses Pembaratan
  8. Tahun Baru Dalam Semangat Hijrah
  9. Al-Quran Bukan Kitab Sains Tetapi Terdapat Petunjuk Saintifik
  10. Celik Minda Dan Celik Hati
  11. Membangun Tradisi Sains Yang Islami
  12. Hijrah Dan Pengaruh Perubahan
  13. Faham Jahiliyyah Dan Jiwa Hijrah
  14. Makna Dialog Peradaban
  15. Melayu Itu Bangsa Dan Islam Itu Agama
  16. Memahami Islam Secara Kulit Dan Isi
  17. Kembali Kepada Islam Yang Sebenar
  18. Terlalu Islam Umat Tidak Akan Maju?
  19. Islam Itu Agama, Muslim Itu Pemeluknya
  20. Imej Islam Terletak Pada Ajaran Dan Pemeluknya
  21. Pentingnya Qudwah (Contoh) Dalam Kehidupan
  22. Alam Ini Ibarat Buku: Siapa Penulis Atau Penggubahnya
  23. Ilmu Yang Bermanfaat Perlu Dicari
  24. Batas Alam Terlalu Luas, Ufuk Akal Terlalu Terbatas
  25. Beriman Kepada Yang Ghaib
  26. Islam Adalah Agama Yang Hidup
  27. Perlunya Kita Hidup Dalam Lingkungan Syara'
  28. Sains Islam Dan Barat - Permasalahan Epistemologi
  29. Ilmu Islam Dan Barat - Isu Epistemologi Dan Tasawwur
  30. Membina Epistemologi Dan Pendidikan Islam
  31. Ilmu Islami Ibarat Sebatang Pokok
  32. Ilmu Sekular Dan Faham Rasional
  33. Ilmu Yang Bermanfaat Dalam Tradisi Ilmu Yang Islami
Harga = RM14.50
Mukasurat = 176
Penulis = Prof. Dr. Sidek Baba
Penerbit = Dar Bariyazi

Friday, April 16, 2010

Kenal Pembeza Hak & Batil

Harus diingat betapa dalam dunia yang serba canggih kni, pelbagai kekeliruan disogokkan oleh musuh Islam. Terkadang ada kalimah yang disangka benar, tetapi ia mengandungi kebatilan. Ada juga perbuatan kelihatan santun, tetapi sarat dengan kemungkaran. Semua ini andai tidak mampu diperhalusi berdasarkan Furqaan yang telah diwahyukan Allah pasti akan membawa kehancuran kepada umat Islam.

Justeru, hasil kupasan mengenai Furqaan diharap akan dapat menjelaskan lagi beberapa perkara yang harus dijadikan amalan hidup umat masa kini.

Tok guru membawa kita mengenali sudut hak dan batil yang sesungguhnya. Mari kita selak naskhah ini, agar dapat kita menerobos celahan kesamaran.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Al-Quran Adalah Peringatan Untuk Seluruh Manusia
  • Tuduhn-Tuduhan Palsu Daripada Orang-Orang Kafir Terhadap Al-Quran
  • Kehairanan Orang Kafir Tentang Diutusnya Rasul Dari Kalangan Manusia Biasa
  • Soal Jawab Allah SWT Dengan Sembahan-Sembahan Orang Kafir Pada Hari Kiamat
  • Keadaan Manusia Yang Tidak Beriman Kepada Al-Quran Pada Hari Kiamat
  • Pengajaran Dari Kisah Umat Yang Terdahulu
  • Tanda-Tanda Kekuasaan Allah Dalam Alam Semesta
  • Sifat-Sifat Hamba Allah SWT Yang Mendapat Kemuliaan
Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 156
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Rijal Media

Thursday, April 15, 2010

Fiqh Kenegaraan

Buku ini merupakan gambaran umum tentang fiqh kenegaraan dalam Islam; Apakah kedudukannya? Apakah hukum mengaplikasikannya? Apakah kriteria dan keistimewaannya? Adakah ianya merupakan asas kepada negara bertamadun yang berdiri di atas disiplim Islam, atau asas kepada negara teokrasi dan menjatuhkan hukuman atas nama Tuhan? Apakah sikap negara Islam terhadap kemajmukan parti, demokrasi serta peranan kaum wanita dan golongan bukan Islam dalam politik? Bolehkah satu jemaah Islam ikut serta dalam sistem negara yang bukan Islam? Isu-isu hangat dan sensitif lain yang serupa dengan perkara-perkara di atas turut dibincangkan dalam buku ini.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bahagian 1: Kedudukan Negara Dalam Islam
Bahagian 2: Kriteria Negara Yang Dibina Oleh Islam
Bahagian 3: Sifat Negara Islam
Bahagian 4: Menuju Ke Arah Fiqh Politik Yang Berwibawa
Bahagian 5: Sikap Negara Islam Terhadap Demokrasi, Kemajmukan Parti, Kedudukan Wanita Dan Golongan Bukan Islam

Harga = RM25.00
Mukasurat = 320
Penulis = Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Penterjemah = Arsil Ibrahim
Penerbit = Blue-T Publication Sdn Bhd

Wednesday, March 24, 2010

Orang Yang Takutkan Islam: Mengapa?

"Sesungguhnya golongan yang membantu menanamkan penguasaan permusuhan di dalam negara Islam serta melimpahinya selepas itu dengan wang ringgit dan tenaga kerja di kalangan kuffar Barat dan Timur, ialah mereka yang mengajarkan ungkapan yang penuh tipudaya ini kepada golongan yang tersesat itu. Demi Allah, sekiranya kita berada di atas landasan agama yang menyebabkan kemunduran dan kelemahan nescaya mereka akan membantu dan berikan kita peransang serta akan memerangi orang yang keluar daripadanya sebagaimana mereka memerangi para pendakwah Islam pada hari ini.

Jadi, apakah sebab ketakutan mereka terhadap Islam?"

- Penulis

KANDUNGAN

- Pendahuluan
- Perubahan Telah Menjadi Penting
- Agama Mereka Adalah Candu Masyarakat, Bukannya Islam, Jadi Siapakah Orang Yang Takutkan Islam?
- Golongan Kafir
- Golongan Kedua: Golongan Munafiq Dan Hamba Hawa Nafsu

Harga = RM5.00
Mukasurat = 72
Penulis = Dr. Muhamad Naim Abdul Salam
Penterjemah = Pustaka Darussalam Sdn Bhd
Penerbit = Pustaka Darussalam Sdn Bhd

Monday, March 22, 2010

Belajar Dari Perang Badar

Umumnya, ketika sebuah pasukan perang kembali membawa kemenangan, mereka disambut aneka sanjungan. Berbagai penghargaan dikalungkan di leher mereka. Sungguh berbeza dengan komentar ilahiyah yang turun Pasca Perang Badar. Beberap ayat yang turun justeru tidak banyak memberikan pujian, tapi sarat dengan kritikan dan saranan bernas.

Di sinilah Allah ingin memberikan pengajaran berharga bagi kaum Muslimin. Bahawa, orang yang menang tidak wajar selalu mendapat sanjungan, dan orang yang kalah tidak semestinya dikritik habis-habisan. Ini kerana, sanjungan kerap membuat orang lupa diri, kritikan terkadang membuat orang patah semangat.

Surah Al-Anfal merupakan "Komentar Ilahi" terhadap Perang Badar. Medan Badar memberikan begitu banyak pengajaran. Bukan hanya bagi Nabi SAW dan para sahabat yang hidup pada masa itu, tapi juga bagi kita pada masa kini. Pengajaran paling berharga itu adalah: jangan sampai kemenangan menjadi awal kehancuran lantaran kita lupa daratan.

- Penulis

KANDUNGAN

BAB 1: MADINAH PRA BADAR
a. Membina Masjid Nabawi
b. Menjalin Ukhwah Islamiyah
c. Membuat Perjanjian
d. Menancapkan Kekuatan Ekonomi Madinah
e. Mencanangkan Jihad
f. Syariat Mulai Diturunkan

BAB 2: PERJUANGAN BERDARAH MENJELANG BADAR
a. Perang & Ekspedisi Sebelum Badar
b. Hikmah Di Sebalik Perang & Ekspedisi Sebelum Badar

BAB 3: DARAH MENGALIR DI MEDAN BADAR
- Latar Belakang Pertempuran
- Jumlah Kekuatan Islam Dan Penyusunan Tentera
- Bergerak Menuju Badar
- Pasukan Mekah Bersiap Siaga
- Kekuatan Pasukan Mekah
- Masalah Kabilah-Kabilah Bani Bakr
- Pasukan Mekah Bergerak
- Kafilah Kafir Quraisy Melepaskan Diri
- Pasukan Mekah Berhasrat Pulang
- Posisi Pasukan Kaum Muslimin Serba Sukar
- Majlis Permesyuaratan Tentera Dibentuk
- Rasulullah SAW Melakukan Penyelidikan
- Informasi Terpenting Tentang Pasukan Mekah
- Langit Badar Menurunkan Hujan
- Menguasai Markas Ketenteraan Terpenting
- Membina Kediaman Pemimpin
- Pasukan Mekah Berpecah
- Dua Pasukan Berhadapan
- Pencetus Api Pertempuran
- Pertempuran Besar Meletus
- Rasulullah SAW Memohon Pertolongan Kepada Allah
- Bala Bantuan Dari Langit
- Iblis Melarikan Diri
- Kekalahan Teruk Kaum Musyrikin
- Selayang Pandang Keindahan Iman Di Medan Juang
- Korban Peperangan Dari Dua Pasukan
- Mekah Menerima Berita Kekalahan
- Madinah Menerima Berita Kemenangan
- Bergerak Kembali Ke Madinah
- Pemberian Ucapan Selamat

BAB 4: STRATEGI MENGHADAPI KEMENANGAN
1. Al-Quran Berbicara Seputar Peperangan
2. Seputar Kewajipan Jihad
3. Hikmah Kemenangan

Harga = RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 202
Penulis = Hepi Andi Bastoni
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Saturday, February 27, 2010

Khidmat Masyarakat: Peranan Wanita Di Zaman Rasulullah S.A.W.

Buku ini berjaya memberi gambaran sebenar dan juga praktikal kepada peranan dan aktiviti wanita muslimah generasi awal bersama-sama dengan para lelaki muslim (sahabi) untuk membangunkan aspek-aspek kemasyarakatan yang lebih sesuai dan intim dengan wanita.

Oleh kerana buku ini bertitik tolak daripada sumber-sumber hadith yang juga berkait rapat dengan sejarah awal Islam, buku ini perlu difahami dan ditelaah supaya ia dapat memberi satu gambaran sebenar bagaimana bentuk peranan dan keterlibatan wanita Islam dalam masyarakat.

Persoalan apakah abjadiat dan susun cara seseorang waninta muslimah untuk bangun dan tampil dalam masyarakat, Insya Allah dapat dijawab oleh buku yang cukup bernas ini.

- Prof. Madya Dr. Mohd Daud Bakar

KANDUNGAN

- Mukadimah
- Definisi Amal Salih
- Kepentingan Kajian Sejarah Bagi Mengenalpasti Aktiviti-Aktiviti Kemasyarakatan Serta Pengukuhannya Dalam Masyarakat Islam
- Definisi Khidmat Masyarakat

Bab 1: Penegakan Negara Islam Madinah Dan Penubuhan Institusi
- Pertama: Institusi Masjid
- Kedua: Institusi Pendidikan
- Ketiga: Institusi Sosial

Bab 2: Peranan Wanita Dalam Khidmat Masyarakat
- Paksi Pertama: Menubuh Dan Mengaktifkan Institusi Khidmat Kemasyarakatan
- Paksi Kedua: Pembiayaan Projek Dan Institusi Kemasyarakatan

Bab 3: Natijah Peranan Wanita Dalam Khidmat Masyarakat

Harga = RM8.50
Mukasurat = 116
Penulis = Prof. Madya Dr. Layth Su'ud Jasim
Penterjemah = Anwar Fakhri Omar
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Wednesday, December 30, 2009

Memperkasa Umat Menghadapi Cabaran Global - Ucapan Teras Persidangan Umat Islam & Cabaran Semasa

KANDUNGAN

- PENDAHULUAN

- STRATEGI POLITIK KUASA BESAR

- CIRI-CIRI DAN TUJUHALA STRATEGI BARU

- SITUASI DALAM NEGARA
a. Agama
b. Sosial
c. Politik
d. Ekonomi
e. Ketenteraan
f. Media Dan Alat Sebaran Am
g. Perundangan

- LANGKAH-LANGKAH MEMPERKASA UMAT
1. Pembangunan Ekonomi Dan Infrastruktur
2. Merumuskan Indeks Pembangunan Konprehensif Dari Perspektif Islam
3. Empowerment Kepimpinan
4. Pemurnian Sistem Kepimpinan
5. Pemurnian Demokrasi Prasyarat Pemerkasaan
6. Pemerkasaan Ulama
7. Memperkasa Institusi Fatwa
8. Memantapkan Kedudukan Mahkamah Syariah
9. Empowerment Golongan Cendikiawan
10. Institusi Kepolisian Yang Multazam, Beretika Dan Menegakkan Amalan Demokrasi
11. Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Media Dan Amalan Etika Kewartawanan
12. Pembelaan Yang Sewajarnya Terhadap Nasib Golongan Buruh
13. Memperkasa Pendidikan Seimbang
14. Gerakan Mahasiswa Yang Dinamis, Bebas Serta Matang
15. Mengukuhkan Peranan Parti Politik Dan NGO Islam
16. Memperkasa Gerakan Wanita Yang Berteraskan Nilai Agama Dan Moral
17. Memperkasa Kualiti Dan Kelengkapan Pertahanan Negara
18. Memulihkan Kepimpinan Negara Arab Dan Umat Islam Ke Arah Reformasi OIC
19. Mengukuhkan Perjuangan Umat Dan Bangsa Islam Untuk Menuntut Kemerdekaan

- PENUTUP

Harga = RM5.00
Mukasurat = 44
Oleh = Ustaz Hj. Abdul Ghani Samsudin
Penerbit = Sekretariat Hhimpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)

Wednesday, December 2, 2009

Pembangunan Di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna

Pembangunan Di Malaysia karya Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud ini menghidangkan perbincangan menarik tentang realiti dan fahaman sebenar pembangunan insan dan negara. Dengan mengemukakan hujah-hujah yang asli dan mendalam tentang pelbagai persoalan dasar berkaitan makna pembangunan sebenar di Malaysia, beliau mengutarakan pelbagai isu penting dan menarik. Ini merangkumi antaranya istilah sebenar yang lebih tepat bagi mentafsir faham dan makna pembangunan dari perspektif Islam; kelemahan Petunjuk Pembangunan Insan anjuran Bangsa-Bangsa Bersatu; dasar agama dan akhlak dalam Rancangan Pembangunan Malaysia; makna kebahagiaan dan penyempurnaan diri insan; isu jenayah kolar putih; hujah sejarah dan akhlak mengenai hak-hak Bumiputera khasnya orang Melayu isu perpaduan dan kestabilan negara; dan faham model pembangunan sebenar menurut perspektif Islam. Dengan pendekatan perbandingan antara agama dan tamadun utama di Malaysia, serta persembahan yang kritis dan adil, penulis mengupas isu-isu berkaitan pembangunan insan dan negara secara menyeluruh dan terarah. Ia sesuai dijadikan panduan setiap anggota masyarakat sama ada yang terlibat secara langsung dengan penggubalan dan pelaksanaan rancangan pembangunan di Malaysia mahupun pembaca umum yang inginkan kefahaman yang menyeluruh tentang hakikat pembangunan insan dan negara dalam Islam.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Prakata
- Persoalan Asasi
- Pengislahan Sebagai Pembangunan Sebenar
- Indeks Pembangunan Insan (IPI)
- Kesedaran Kebendaan Dan Pengislahan Sifar
- Pengislahan Dan Kebahagiaan
- Dasar Pembangunan Negara
- Pembangunan Ekonomi, Kemiskinan Dan Penyempurnaan Atau Pengihsanan Diri
- Ilmi Dan Pendidikan
- Kepentingan Pendidikan Tinggi
- Keadilan Dan Zuhurnya
- Keadilan Dan Kestabilan Negara
- Hak-Hak Istimewa Bumiputera
- Keadilan Dalam Pendidikan
- Sukan Dan Hiburan
- Perpaduan Dan Keutuhan Negara
- Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Harga = RM20.00
Mukasurat = 175
Penulis = Wan Mohd Nor Wan Daud
Penerbit = Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Saturday, November 7, 2009

Perang Badar

Perang Badar Al-Kubro adalah merupakan peperangan utama di dalam lipatan sejarah umat Islam. Ia adalah satu seruan komprehensif yang membawa 1001 erti kepada ummah, dari dahulu sehingga kini. Ia adalah seruan jihad dan peperangan menentang musuh Allah, tetapi penuh dengan adab dan akhlak serta menghormati batas-batas kemanusiaan.

- Penulis

KANDUNGAN

- Mengapa Perang Badar Penting?
- Selepas Hijrah Rasulullah
- Perjanjian Dan Penyatuan
- Ancaman Terhadap Wilayah Madinah
- Bermula Bibit Permusuhan
- Pengukuhan Wilayah Madinah
- Kesan Perluasan Wilayah Madinah
- Peristiwa Satu - Lapan
- Wahyu Berjihad Dan Penukaran Qiblat
- Pensyariatan Puasa
- Tercetus Peperanngan Al-Kubro
- Persiapan Menghadapi Musuh
- Persiapan Quraisy
- Pasukan Quraisy Bergerak
- Kafilah Melepaskan Diri
- Kebimbangan Quraisy
- Merancang Penuh Teliti
- Majlis Mesyuarat
- Strategi Perisikan
- Mencari Posisi Yang Strategik
- Hujan
- Perselisihan Quraisy
- Persiapan Terakhir
- Peperangan Bermula
- Doa Yang Berterusan
- Peperangan Yang Menuntut Pengorbanan
- Turunnya Malaikat Dan Serangan Balas
- Tanda-Tanda Kekalahan
- Kemuncak Dan Wira Peperangan
- Kesan Peperangan
- Khabar Kemenangan Di Madinah
- Khabar Kekalahan Di Makkah
- Pembahagian Harta Rampasan Perang
- Tiba Di Madinah
- Tawanan Perang
- Pengajaran Dan Iktibar

Harga = RM18.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 176
Penulis = Ustaz Azrul Azlan Iskandar Mirza
Penerbit = Al Azhar Media

Monday, October 12, 2009

Bagaimana Islam Memerintah Negara

Bible menyebut, "Berikan kepada raja-raja apa yang menjadi milik raja dan berikan kepada Tuhan apa yang menjadi milik Tuhan." Akibatnya, prinsip itu menyempitkan agama dengan pemerintahan negara.

Antara faktor terbesar adalah doktrin-doktrin sekular yang memisahkan undang-undang dengan agama.

Ideologi yang memisahkan agama dan urusan dunia semakin menular sehingga Islam hanya dianggap sebagai agama ritual. Benarkah Islam hanya mengutamakan ibadat semata-mata tanpa mementingkan urusan dunia seperti pemerintahan negara? Benarkah Islam menindas hak bukan Islam dalam pemerintahannya?

Buku "Bagaimana Islam Memerintah Negara" mengupas secara jelas konsep dan bagaimana aplikasi Islam mentadbir dan mengurus negara berlandaskan prinsip keadilan, kebebasan dan mengutamakan kesejahteraan. Buku ini juga menjawab tohmahan sekular yang mengatakan Islam memerintah secara zalim, menindas orang bukan Islam dan tidak membawa kemajuan.

- Penulis

"Negara aman makmur dan Tuhan yang Maha Pengampun."
- Surah Saba', ayat 15 -

KANDUNGAN

1. Antara Politik, Negara Dan Agama
2. Negara Islam
3. Panduan Asas Bagi Setiap Pemerintah
4. Matlamat Negara Islam
5. Prinsip-Prinsip Amali Dalam Negara Islam
6. Ketua Negara Islam
7. Sejarah Pelantikan Ketua Negara
8. Bai'ah
9. Ahlul Halli Wal Aqdi
10. Kewajipan Dan Tanggungjawab
11. Prinsip Kehakiman Islam
12. Kerakyatan
13. Al-Kharaj
14. Islam Dan Hubungan Antarabangsa

Harga = RM18.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 208
Penulis = Dato' Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang
Penerbit = PTS Islamika Sdn. Bhd.

Monday, August 3, 2009

Kerajaan Islam Spanyol: Serupakah Nasib Kita

KANDUNGAN

BAB 1: Sejarah Spanyol
- Sejarah Semenanjung Spanyol
- Keistimewaan Sejarah Spanyol
- Keadaan Spanyol Sebelum Kedatangan Islam
- Tujuan Orang Islam Ke Spanyol

BAB 2: Islam Di Spanyol
- Penyebaran Islam
- Mengkaji Keadaan Sasaran
- Perbukaan Bermula
- Menyeberangi Selat
- Kedatangan Musa Bin Nusair Ke Spanyol
- Musa Dan Tariq Dipanggil Oleh Khalifah
- Polemik 1: Meminjam Kapal Dari Julian
- Polemik 2: Tariq Membakar Kapal Perang
- Polemik 3: Islam Tersebar Dengan Mata Pedang

BAB 3: Zaman Pemerintahan Gabenor
- Fasa-Fasa Pemerintahan
- Fasa Pertama Pemerintahan Gabenor
- Fasa Kedua Pemerintahan Gabenor
- Kelemahan Pemerintahan Gabenor

BAB 4: Zaman Pemerintahan Khalifah
- Fasa Pertama Pemerintahan Khalifah
- - Abdul Rahman Ad-Dakhil
- - Al-Hakam
- - Abdul Rahman II
- - Tanda-Tanda Kejatuhan
- - Abdul Rahman III
- Fasa Kedua Pemerintahan Khalifah
- - Al-Hakam Bin Abdul Rahman
- - Hisyam Bin Al-Hakam
- - Keluarga Amiriah
- Kejatuhan Pemerintahan Khalifah Dan Amiriah

BAB 5: Zaman Kejatuhan Wilayah
- Keadaan Umat Islam
- Kejatuhan Zaragosa
- Kejatuhan Taledo
- Kepungan Di Sevillia
- Spanyol Dan Kerajaan Murabitun
- Peperangan Zallaqah
- Spanyol Dan Kerajaan Muwahhidun
- Peperangan Alarcos
- Bermulanya Kejatuhan
- Peperangan Iqab
- Kejatuhan Cordoba
- Kejatuhan Sevillia

BAB 6: Kerajaan Granada
- Muhammad I
- Abu Abdillah Muhammad II
- Spanyol Dan Kerajaan Murinuyyun
- Abu Abdillah Muhammad III
- Raja-Raja Granada Silih Berganti
- Faktor Kekuatan Negara Islam Granada
- - Kelemahan Kerajaan Kristian
- - Bantuan Dari Negara-Negara Islam
- - Pemimpin Islam Berwibawa
- - Semangat Jihad
- Detik Kehancuran Granada
- - Fasa Pertama Kehancuran
- - Menuju Kehancuran
- - Fasa Kedua Kejatuhan
- - Rakyat Granada Menerima Padah
- - Rahsia Kejayaan Islam

Harga = RM23.00 (Sem) RM25.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 224
Penulis = Rosli Mokhtar
Penerbit = Casa Publication

Wednesday, July 15, 2009

Mengapa Perlu Kepada Undang-Undang Jenayah Islam? - Penting!!!

Sejarah manusia mempamerkan bagaimana kezaliman dan ketidakadilan menghumbankan manusia ke jurang kehinaan dan kesengsaraan. Bagi mewujudkan kehidupan yang berpaksikan keharmonian dan ketenangan, Islam menganjurkan keseimbangan dan keadilan. Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam bertujuan mewujudkan keamanan kepada kaum muslimin khasnya dan kepada manusia sejagat amnya. Malangnya, dalam kejahilan mereka, ada muslimin menganggap undang-undang jenayah Islam sebagai primitif, kejam, mengerikan dan zalim. Sesungguhnya, tanggapan salah wajar diperbetulkan. Di sinilah diharap buku ini dapat membuka minda dan seterusnya meningkatkan pengetahuan mereka mengenai undang-undang jenayah Islam. Insya-Allah.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM
- Dasar Perundangan Islam
- Keistimewaan Perundangan Islam
- Falsafah Penghukuman Dalam Undang-Undang Islam

BAB 2: MENGAPA PERLU KEPADA UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM?
- Mukadimah
- Menunaikan Tuntutan Allah
- Keistimewaan Dan Kesempurnaan Undang-Undang Jenayah Islam
- Kesimpulan

BAB 3: PERBEZAAN ANTARA UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DENGAN UNDANG-UNDANG JENAYAH CIPTAAN
- Pendahuluan
- Definisi Undang-Undang Jenayah
- Perbezaan Umum Antara Undang-Undang Jenayah Islam Dengan Undang-Undang Ciptaan
- Perbezaan Asas Dari Segi Skop Jenayah, Hukuman Dan Tujuan Hukuman
- Kesimpulan

BAB 4: KEBERKESANAN UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DALAM MEMBANTERAS JENAYAH
- Sejarah Perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam
- Faktor Keberkesanan Undang-Undang Jenayah Islam
- Bukti Keberkesanan Undang-Undang Jenayah Islam
- Kesimpulan

BAB 5: KONSEP DAN PEMBAHAGIAN JENAYAH DALAM ISLAM
- Definisi Jenayah
- Pembahagian Jenayah
- Jenayah (Kesalahan) Hudud
- Zina
- Qazaf Atau Menuduh Zina
- Minum Arak
- Mencuri
- Hirabah (Rompakan)
- Murtad
- Jenayah (Kesalahan) Qisas Dan Diat
- Qisas
- Jenayah Bunuh
- Jenayah Memukul Dan Mencedera
- Diat
- Jenayah (Kesalahan) Takzir
- Kesimpulan

Harga = RM18.90 (Sem) RM21.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 122
Penulis = Ustaz Mohd Sukki Othman & Ustaz Mohamad Hadi Ahmad Talhah
Penerbit = Putaka Yamien Sdn. Bhd.

Monday, May 25, 2009

Koleksi Ucapan Dasar Muktamar PAS Kali Ke 36 Hingga 48 Selama 13 Tahun Oleh Allahyarham Dato' Haji Fadzil Mohd Noor - Perlu Dimiliki!!!

Satu koleksi bermakna Ucapan Dasar Muktamar PAS kali ke 36 hingga 48 ketika diterajui Allahyarham Dato' Haji Fadzil Mohd Noor, sebagai Presiden parti.

Padat dengan faktor sejarah, iktibar, pendedahan, cabaran, nasihat, pandangan dan pedoman untuk mencetus minda dari jati hingga halacara baru dunia (New World Order).

Isu-isu dalaman sebagai 'check and balance' kepada sistem perlembagaan berparlimen di Malaysia hangat didedahkan seperti isu ekonomi, kegagalan dasar kerajaan BN, penindasan, politik wang, pilihanraya, penyelewengan, keadilan, institusi keluarga, ulama, ketuanan Melayu dan keseimbangan pelbagai bangsa, keperluan asas hingga infrastruktur kebangsaan.

Isu-isu di prasana antarabangsa terutamanya penderitaan rakyat Palestin, Bosnia dan penindasan antarabangsa terhadap umat Islam seluruh dunia turut dibahaskan...

Sejuta penghargaan terhadap jasa yang telah
dicurahkan oleh beliau. Semoga Allah
mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

"Al-Fatihah"


KANDUNGAN

Bab 1 - Maju Bersama Islam
Bab 2 - Bersatu Menegak Islam
Bab 3 - Meroboh Rangkaian Penindasan
Bab 4 - Pertahan Sahsiah Ummah
Bab 5 - Ulama Teras Kepiminan Ummah
Bab 6 - Menyanggah Fikrah Maddiyyah
Bab 7 - Tegakkan Ketuanan Islam
Bab 8 - Bersiap Menghadapi Cabaran
Bab 9 - Bertekad Mencapai Kemenangan
Bab 10 - Bersama Menegakkan Keadilan
Bab 11 - PAS Pemimpin Perpaduan
Bab 12 - Menyanggah Serangan Menjana Kemenangan
Bab 13 - Memantap Iltizam Menyemarak Kebangkitan

Harga = RM28.00
Mukasurat = 410
Kompilasi = Nasir Ahmad
Penerbit = PAS Kawasan Ledang

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...