Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Friday, May 31, 2013

Misteri Alam Kubur

Buku ini merupakan sebuah karya yang diadaptasikan daripada sebuah kitab klasik yang ditulis oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani. Syeikh Daud al-Fatani merupakan salah seorang tokoh ulama Nusantara yang ulung yang telah meninggalkan jasa dan warisan ilmu sehingga dapat dimanfaatkan oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia khususnya dan Nusantara amnya. Beliau telah mengarang pelbagai ilmu agama dalam aneka tajuk dan perbahasannya meliputi ilmu Fiqah, Usuluddin dan Tasawuf. Judul asal buku ini ialah Kasyful Ghummah pada Menyatakan Kelakuan Orang Mati dan Hal Hari Kiamat. Karya adaptasi ini diolah dalam bentuk gaya bahasa yang lebih moden supaya memudahkan para pembaca untuk memahaminya.

Selain daripada pengolahan semula karya Syeikh Daud al-Fatani melalui buku ini, turut dimasukkan sedikit perbincangan daripada sumber yang lain iaitu daripada kitab at-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi membincangkan tajuk yang sama dibincangkan oleh Syeikh Daud dalam bukunya.

Sesungguhnya menyelami kandungan buku ini dapat menambahkan keimanan dan ketakwaan, yang mana ia adalah manifestasi daripada anjuran Rasulullah SAW supaya umatnya memperbanyakkan mengingati kematian. Dengan mengetahui misteri dan rahsia di alam kubur akan mengawal manusia daripada dihanyutkan oleh arus hawa nafsu yang sentiasa mendorong mereka ke arah keburukan.

- Penyusun

KANDUNGAN
  • Bahagian 1: Cabaran Kematian
  • Bahagian 2: Perpisahan Roh Dan Jasad
  • Bahagian 3: Cabaran Di Alam Kubur
  • Bahagian 4: Azab Dan Nikmat Kubur
  • Bahagian 5: Kesudahan Roh
Harga = RM22.00 (Sem) RM24.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 153
Penyusun = Ustaz Muhammad Ramzi Bin Omar
Penerbit = PSN Publications Sdn Bhd
 

Sunday, November 18, 2012

Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia

Usia bumi ini, tempat kita hidup, menurut kebanyakan pendapat lebih dari seribu juta tahun, tetapi ini tidak bererti kehidupan manusia di bumi ini dimulai pada periode itu. Ia hanya berupa "bahagian" terbesar dari rangkaian kehidupan masa lalu, yang hidup dan menguasai bumi ini.

Kehidupan ini muncul setelah kebinasaan makhluk yang mendahului kita. Makhluk itu berupa makhluk-makhluk asing yang tidak kita ketahui.

Mereka binasa dengan pengetahuan para ahli terhadap pancaran atom. Terdapat kesulitan yang akan kami perbincangkan di dalam buku ini. Selain itu, kami akan tunjukkan kitab lain, iaitu yang menembus dan mengangkat ketersembunyian masalah ini. Ia adalah kitab semesta yang terbuka bagi setiap orang yang ingin membaca dan memahami.

- Penulis

KANDUNGAN
  • Para Penghuni Bumi Sebelum Manusia
  • Bersama-sama Melihat Buku Ini
  • Kita, Sebelum Membicarakan Mereka
  • Pembodohan Pembahasan Tentang Bahtera Nuh
  • Kenyataan-Kenyataan Di Bumi, Kebatilan-Kebatilan Dalam Taurat Dan Kontradiksi-Kontradiksi Dalam Injil
  • Lima Juta Tahun Sebelum Adam
  • Masalah Jin
  • Hari-Hari Terakhir Bumi Sebelum Turun Adam
  • Apakah Ini Merupakan Syurga Adam Dan Hawa?
  • Adam Dan Hawa Di Atas Potongan Benda Yang Terbang Dari Syurga
  • Tetaplah Pertanyaan-Pertanyaan Itu Sebagai Misteri
  • Misteri Di Danau Kematian Dan Api Yang Besar Dan Misteri Terbesar Bersama Setiap Batu Atau Peninggalan
  • Api Aneh Di Bumi Aneh Tidak Ada Kehidupan Di Bumi Kita Yang Datang Dari Planet Lain
Harga = RM16.00
Mukasurat = 257
Penulis = Muhammad Isa Dawud
Penerbit = Pustaka Syuhada


Friday, March 26, 2010

Misteri, Aneh Dan Ganjil 2 - Membongkar Kewujudan Makhluk Halus

Di alam Melayu, kepercayaan kepada makhluk halus yang dikenali sebagai 'hantu' telah menjadi darah daging sekian lama. Berbagai kisah yang kedengaran dari mulut ke mulut nenek moyang atau para ahlinya tentang misteri ini.

Meskipun ajaran Islam yang sampai ke alam Melayu ini dikatakan berjaya mengubah persepsi masyarakatnya daripada istilah hantu kepada jin, syaitan dan iblis. Namun kepercayaan kepada hantu yang menjadi simbol seram masih menebal dan tetap menjadi misteri.

Lantaran buku yang sedang anda tatap ini sebenarnya mengajak kita terus menyelusuri misteri ini dengan menegakkan kebenaran terhadap Allah dan menginsafi apa yang terjadi. Semoga apa saja yang dibongkar dan didedahkan itu nanti adalah sebenarnya suatu kewajaran yang perlu diketahui oleh individu itu sendiri.

Pastinya, kita terselamat dari perangkap atau jebak tipu daya makhluk-makhluk misteri ini. Awas! Jangan jadi tunggangan atau gangguan mereka untuk memusnahkan kehidupan insan di atas muka bumi ini.

- Penyusun

Harga = RM20.00
Mukasurat = 211
Penyusun = Abu Thalhah Iqamuddin
Penerbit = Pustaka Al-Ehsan (Klik di sini untuk Siri 1)

Friday, February 26, 2010

99 Keajaiban & Keanehan Dunia


Harga = RM18.90
Mukasurat = 270
Penyusun = Dr. Muhammad Hanafis
Penerbit = Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd

Saturday, August 15, 2009

Perkara Aneh & Ganjil Di Dunia

Sejak akhir-akhir ini, dunia dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang bertentangan dengan norma-norma akal manusia yang disifatkan sebagai "ajaib tapi benar", meskipun perkara-perkara ajaib itu diluar pemikiran manusia namun ianya lebih memperlihatkan kekuasaan Allah S.W.T. ke atas kehidupan manusia yang membanggakan teknologi dewasa ini.

Buku ini memuatkan sebilangan besar kejadian ajaib itu melampirkan bukti-bukti yang nyata dan tidak dapat dinafikan malah dibenarkan pula oleh firman Allah S.W.T. dan keterangan hadis Rasulullah S.A.W.

Sesungguhnya apa yang dipaparkan di dalam buku ini merupakan koleksi peristiwa ajaib yang berlaku sepanjang sejarah hidup manusia. Yang semestinya kita mengambil pengajaran dari apa yang terjadi bahawa betapa Allah S.W.T. berkuasa ke atas setiap penciptaanNya. Semoga para pembaca menjadikannya sebagai renungan dan muhasabah diri dalam menempuh perjalanan hidup yang mencabar iman dan tauhid kepada Allah S.W.T.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: Perkara Aneh Dan Ajaib Bukti Kebenaran Al-Quran Dan Hadis
- Temui Ayat Suci Dalam Kromosom Manusia
- Al-Quran Tidak Dimakan Anai-Anai
- Keajaiban Di Sebalik Tapak Dan Belakang Tangan
- Misteri Bahtera Nabi Nuh A.S.
- Kesakitan Kebakaran Hanya Pada Kulit
- Pusat Angkasa NASA Bukti Kebenaran Al-Quran
- Padang Pasir Subur Dengan Pertanian
- Pusat Angkasa NASA Temui Kewujudan Yakjuj Dan Makjuj
- Gelombang Surah Dan Ayat Al-Quran Membentuk Kalimah Allah
- Wabak Sars Dan Selsema Burung Disebut Dalam Hadis
- Iktibar Dari Gempa Bumi Dan Tanah Runtuh
- Benarlah Syaitan Jadi Daripada Api
- Ikan Berwajah Manusia
- Sungai Nil Patuh Perintah Saidina Umar Al-Khattab
- Hajar Al-Aswad Batu Berasal Dari Syurga

BAB 2: Pelik Dan Ganjil Allah Perlihatkan Melalui Alam Dan Manusia
- Awan Dan Cahaya Membentuk Kalimah Allah
- Peta Membentuk Kalimah Allah
- Ombak Tsunami Dan Kebesaran Allah
- Masjid Dan Maqam Wali Terselamat Daripada Gempa Dan Bencana
- Kalimah Allah Pada Papan Lapis
- Batu Terapung
- Tulisan Kalimah Allah Pada Telinga Bayi

BAB 3: Pelik Dan Ganjil Allah Perlihatkan Pada Tumbuh-Tumbuuhan
- Pokok Sujud
- Pokok Bersilang Kalimah Syahadah
- Pokok Kaktus Membentuk Kalimah Allah
- Isi Terung Bertulis Bismillah
- Isi Tomato Bertulis Kalimah Allah
- Bunga Bertulis Kalimah Allah
- Kalimah Yaasin Pada Ubi Keledek
- Buah Dan Pokok Kelapa Bercabang
- Kacang Panjang Dan Pisang Gergasi
- Kasih Sayang Makhluk Tak Bernyawa

BAB 4: Pelik Dan Ganjil Allah Perlihatkan Pada Binatang
- Kalimah Allah Pada Badan Kambing
- Kalimah Allah Pada Paha Kucing
- Kalimah Allah Pada Sayap Rama-Rama
- Sarang Lebah Berukir Allah Dan Kalimah Syahadah
- Sisik Ikan Berukir Kalimah Allah Dan Muhammad
- Dalam Daging Ada Kalimah Allah
- Kura-Kura Emas
- Geliga Atas Kepala Ular

BAB 5: Perkara Ghaib Dan Misteri Makhluk Allah, Wujud Di Mana-Mana

Objek-Objek Misteri
- Objek Aneh Dalam Gua Hira'
- Misteri Makhluk UFO
- Makhluk Misteri Di Cyber Cafe
- Objek Misteri Di Pasar Malam
- Lembaga Misteri Di Belakang Pokok
- Bayangan Misteri
- Lembaga Misteri Di Borobudur
- Lembaga Aneh Muncul Dalam Pejabat
- Lembaga Aneh Sering Berlegar Di Air Terjun
- Lembaga Seram Di Pokok
- Cahaya Berbentuk Bayi Berlegar Di Sekitar Perumahan Sedang Dibina
- Lembaga Aneh Di Rumah Usang Berusia 60 Tahun
- Lembaga Misteri Di Tempat Simpanan Barang-Barang Milik Mangsa Korban Bom
- Syaitan Suka Muzik
- Lembaga Misteri Dalam Kamera Telefon Mudah Alih
- Anak Toyol
- Lembaga Misteri Turun Tangga Banglo Tua
- Hantu Kubur
- Lembaga Berjubah Putih Di Langit
- Lembaga Aneh Muncul Di Pinggir Jalan

Perkara-Perkara Aneh Dan Ajaib
- Ikan Berkepala Manusia
- Naga Memang Wujud
- Lembaga Aneh Di Gunung Merapi
- Burung Cenderawasih Tak Pernah Menjejak Bumi
- Arnab Dan Ayam Jantan Gergasi
- Macam-Macam Kembar Siam
- Kucing Punk
- Monyet Tercilik Di Dunia
- Kura-Kura Berkepala Dua
- Lembu Berkaki Enam
- Manusia Bertanduk
- Makhluk Bigfoot Memang Wujud
- Lubang Hidung Bertemu Mata
- Lidah Bercaabang, Gigi Bersiung
- Anjing Boleh Panjat Pokok
- Anjing Bertabiat Manusia
- Lidah Berlubang
- Gusi Dan Gigi Berlapis
- Misai Terpanjang
- Manusia Bermulut Itik
- Bulu Telinga Panjang
- Jari Kaki Dua Belas
- Jari Telunjuk Kaki Panjang
- Bayi Besar
- Manusia Berkepala Dua
- Bayi Berekor
- Jari Tangan Enam
- Manusia Berukuran Melebihi Kebiasaan
- Katak Berkepala Dua
- Orang Utan Pandai Bersukan
- Koleksi Alam Misteri
- Puting Beliung Aneh

Harga = RM18.00
Mukasurat = 166
Penyusun = Jaafar Al-Siddiq
Penerbit = Pustaka Azhar

Tuesday, April 7, 2009

Misteri, Aneh Dan Ganjil - Bukti Keagungan Allah

Sejak akhir-akhir ini, telah menampakkan kecederungan masyarakat kita kepada kisah-kisah misteri dan aneh begitu ketara sekali.

Walaupun timbul berbagai tanggapan dan anggapan, tetapi di dalam ajaran Islam tidak menafikan wujudnya peristiwa itu. Ini disebut di dalam firman Allah yang bermaksud: "Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib". Maksud "perkara yang ghaib" ialah perkara yang tidak boleh dicapai oleh pancaindera dengan beriktikad bahawa ia sesuatu yang maujud. Namun tujuan Allah menjadikan segala perkara tersebut bukan untuk tujuan manusia itu melupakan Allah, tetapi untuk tujuan manusia menambahkan keyakinan terhadap Allah SWT.

Semoga buku ini dapat memberi keinsafan ke atas peristiwa dan kisah aneh yang wujud di dalam kehidupan kita di dunia ini untuk meyakini bahawa Allah SWT berkuasa di atas segala-galanya.

- Penerbit

Harga = RM23.00
Mukasurat = 267
Penulis = Abu Talhah Iqamuddin
Penerbit = Pustaka Al-Ehsan (Klik di sini untuk Siri 2)

Tuesday, March 3, 2009

100 Keajaiban Di Dunia

Semakin tuanya dunia ini, semakin banyak kisah aneh dan ajaib telah berlaku yang tidak akan dijangkakan oleh pemikiran manusia. Buku yang menghimpunkkan sebahagian daripada kejadian aneh dan ajaib ini menunjukkan kekuasaan Maha Pencipta ke atas seluruh kehidupan di alam dunia ini.

Rakaman dan catatan yang dimuatkan sebagai bukti kepada keajaiban yang berlaku bukan ada campur tangan dari usaha manusia malah ia benar-benar berlaku kehendak Allah SWT.

Maka bukti ini sudah pasti memperlihatkan kebenaran yang selama ini banyak di kalangan manusia tercari-cari atau menafikan apa yang berlaku ke atas kehidupan di atas dunia ini.

Kebenaran itu hanya datang dari Allah SWT dan kepalsuan itu adalah dari manusia yang lemah dan daif.

- Penerbit

Harga = RM18.90
Mukasurat = 246
Penyusun = Muhammad Miqdad
Penerbit = Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd

Saturday, November 15, 2008

Misteri Dunia - Rahsia Di Sebalik Rahsia

MISTERI DUNIA menghimpunkan 54 kisah misteri yang meliputi tokoh, tempat, makhluk, sejarah, fenomena dan angkasa. Anda akan didedahkan bahawa tidak semua perkara yang dianggap misteri itu adalah misteri yang tiada jawapannya.

Kita akan mengetahui bagaimana sejarah misteri itu bermula dan berkembang, usaha untuk membongkarnya dan juga hasil atau teori yang diperolehi. Pelbagi misteri dunia ini pasti membuatkan anda terkejut dan tidak menyangka bahawa di sebalik sesuatu kejadian yang berlaku, ada penjelasan yang terselindung di sebaliknya.

- Penulis

Harga = RM10.00 (Sem) RM13.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 303
Penulis = Nasron Sira Rahim
Penerbit = Alaf 21

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...