Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Friday, November 29, 2013

Maqasid Syariah - Isu-Isu Kepenggunaan: Realiti Dan Cabaran

"Jika kesederhanaan dalam berbelanja dan penjimatan dalam menggunakan (harta dan wang ringgit) telah menjadi kebiasaan serta tradisi satu bangsa, nescaya akan berkumpullah bagi mereka satu potensi kekayaan yang sangat besar. Masyarakat yang mengamalkan konsep ini merupakan masyarakat yang dewasa dan memiliki pamahaman yang matang dalam kehidupan"

(Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi, 1996)

Bertitik-tolak dari pandangan tersebut, tidak dapat dinafikan bahawa perancangan dan pengurusan kewangan yang lemah dalam kalangan masyarakat Islam mennjadi faktor utama masalah bebanan hutang. Dalam konteks negara kita, situasi ini menyumbang pula kepada masalah muflis yang semakin meningkat saban tahun. Malah, ditambah dengan kepesatan pembangunan, khususnya dalam bidang sosioekonomi dan sosiobudaya, mengheret pula timbulnya masalah-masalah lain seperti gejala kahwin lambat ekoran terlalu mengutamakan soal-soal prestij, masalah generasi muda yang tidak mampu berdikari dalam soal pemilikan harta (terutama yang menjadi suatu keperluan semasa) dan lain-lain perkara dharuri.

Justeru, buku ini yang merupakan himpunan sebahagian daripada koleksi kertaskerja Seminar Kebangsaan Maqasid Syariah 2013, anjuran Persatuan Ulama' Malaysia dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. akan sedikit sebanyak memberi pencerahan kefahaman tentang keutamaan isu-isu kepenggunaan dalam syariat Islam. Turut dibahaskan juga ialah realiti ekonomi masyarakat Islam, kemudahan-kemudahan produk dan perkhidmatan bank-bank Islam serta kesannya terhadap kuasa beli pengguna.

- Penyelenggara

KANDUNGAN
  • Maqasid Syariah: Isu-Isu Kepenggunaan, Realiti dan Cabaran - Dato' Sheikh Abdul Halim Abd Kadir, Dr. Nor 'Azzah bte Kamri & Baharom bin Kassim
  • Pengurusan dan Perbelanjaan Harta Dalam Islam: Ketamaan dan Pendekatan - Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin
  • Pengurusan Kewangan Dalam Islam - Hajjah Rohani bte Datuk Mohd Shahir
  • Kemudahan Pembiayaan Peribadi oleh Perbankan dan Kesannya Kepada Kuasa Beli Pengguna - Mohd Nazri bin Chik
  • Perbankan Islam di Malaysia: Membantu atau Membahayakan Ummah? - Prof. Dr. Mohd Nazari bin Ismail
  • Sumber Pendapatan Alternatif MLM, Jualan Langsung Berbilang Tingkat, Penilaian Hukum Dari Perspektif Syariah - Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor
  • Jihad Ekonomi, Kepimpinan dan Pemilikan Equiti Melayu Muslim di Malaysia - Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim
  • Pemilikan Rumah Dalam Kalangan Golongan Muda Islam Di Malaysia - Dato' Dr. Sr. Kamarul Rashdan Bin Haji Salleh
  • Pembangunan Harta Wakaf di Malaysia: Pengalaman Perbadanan Wakaf Selangor - MAIS - Abu Bakar bin Yang
Harga = RM23.00
Mukasurat = 162
Penyelenggara = Abdul Karim Ali, PhD & Mohd Nazri Chik
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia

Thursday, October 17, 2013

Kewangan & Perbankan: Isu-Isu Dan Cabaran

Mutakhir ini, masyarakat Islam khususnya di Malaysia seringkali terdedah dengan isu-isu semasa berkaitan kewangan dan perbankan: contohnya pelaburan melalui internet, perniagaan MLM dan Forex, insurans konvensional, kontrak pinjaman berasaskan faedah, amanah saham dan sebagainya. Kesemua isu yang berlegar ini sememangnya berinteraksi terus dalam kehidupan seharian masyarakat Islam dan mempunyai implikasi hukum. Ditambah pula dengan lambakan produk-produk kewangan dan perbankan melalui instrumen yang pelbagai di pasaran. Meskipun perkembangan ini suatu yang baik, namun masyarakat Islam adakalanya dilihat kurang sensitif untuk membuat penilaian kepada produk-produk tersebut khususnya berkaitan hukum syariah.

Buku ini tampil memberi penjelasan hukum berkaitan isu-isu semasa serta cabaran kewangan Islam. Artikel-artikel yang terdapat dalam buku ini merupakan koleksi kertas kerja Konvensyen Kewangan dan Perbankan Islam (2010) dan Konvensyen Kewangan Islam (2011), anjuran Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Selangor.

Mudah-mudahan penerbitan buku ini bakal menyuntik kefahaman yang mampan serta mampu memberikan penyelesaian syariah terhadap isu-isu perbankan dan kewangan Islam. Malah buku ini adalah alternatif terbaik dalam mendedahkan berkaitan konsep dan operasi perlaksanaan sistem kewangan dan perbankan Islam kepada masyarakat majmuk di Malaysia.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Senario Kewangan dan Perbankan Islam Masa Kini: Prospek, Isu-Isu dan Cabaran - Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin & Nusaibah bte Mohd Parid
  • Sistem dan Operasi Perbankan Islam: Tinjauan dan Ulasan - Dr. Ab Rashid Dail
  • Pendirian Syariah Terhadap Penggunaan Wang Kertas (Fiat Money) - Mohd Nazri bin Chik
  • A Review of Shariah Compliant Instrimentals for Islamic Credit Card as Adopted by Malaysian Financial Institution - Prof. Madya Dr. Azman bin Mohd Noor & Rafidah bte Mohd Azli
  • Perniagaan Multi Level Marketing (MLM) dari Perspektif Fiqh Islami - Zaharuddin bin Muhammad
  • Urusniaga Matawang Asing (Forex) dan Leverage: Satu Analisa dari Perspektif Syariah - Mohd Zamerey bin Aabdul Razak
  • Riba Dalam Perbankan Islam: Antara Persepsi dan Realiti - Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin
  • Isu-Isu Semasa Riba Dalam Jual Beli Emas dan Perak - Dr. Mohamad Fairooz bin Abdul Khir
  • Ciri-Ciri Keuntungan Menurut Perspektif Islam - Prof. Madya Dr. Shamsiah bte Mohamad
  • Pinjaman Dengan Faedah dan Penyelesaiannya Menurut Syariat Islam - Dr. Abdul Halim El-Muhammady
Harga = RM23.00
Mukasurat = 202
Penyelenggara = Azizi Che Seman, PhD & Mohd Nazri Chik
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia
 

Tuesday, December 1, 2009

Rahsia Bisnes Rasulullah

12 Rahsia Kejayaan Rasulullah Memimpin Dan Membangun Empayar Bisnes Yang Sentiasa Untung Sepanjang Perniagaan Yang Dijalankan

Nabi Muhammad S.A.W. adalah prototaip anak muda yang tidak diam dan mengalah. Baginda adalah anak muda yang berfikir dan bertindak membuktikan kepada dunia; bahawa orang lahir dalam keadaan miskin dan yatim piatu, juga berhak dan boleh berhasil dan kaya; bahawa orang yang lahir dengan tidak mempunyai modal materi seperti Baginda juga boleh menjadi orang terkaya; bahawa Baginda tidak mampu membaca dan menulis (ummy) bukanlah menjadi penghalang untuk menjadi berjaya-kaya dan sejahtera. Anda ingin kaya-berjaya dalam berniaga seperti Nabi Muhammad S.A.W.? Terutama dalam hal menghilangkan rasa rendah diri, diam diam dan malas? Buku ini jawabannya. Dahsyat dan luar biasa.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bahagian Pertama: Rahsia Bisnes Rasulullah
- Rahsia Bisnes Pertama: Menjadikan Bekerja Sebagai Ladang Menjemput Syurga
- Rahsia Bisnes Kedua: Dalam Dunia Bisnes Kejujuran Dan Kepercayaan Tak Boleh Ditawar Sama Sekali
- Rahsia Bisnes Ketiga: Bukan Hanya Boleh Mimpi, Tapi Harus Mampu Mewujudkan Mimpi Itu
- Rahsia Bisnes Keempat: Berfikir Visioner, Kreatif, Dan Siap Menghadapi Perubahan
- Rahsia Bisnes Kelima: Rasulullah Memiliki Planning Dan Goal Setting Yang Jelas
- Rahsia Bisnes Keenam: Pintar Mempromosikan Diri
- Rahsia Bisnes Ketujuh: Membayar Gaji Pekerja Sebelum Kering Keringatnya
- Rahsia Bisnes Kelapan: Mengetahui Rumus 'Bekerja Dengan Cerdas'
- Rahsia Bisnes Kesembilan: Mengutamakan Sinergisme
- Rahsia Bisnes Kesepuluh: Berbisnes Dengan Cinta
- Rahsia Bisnes Kesebelas: Pandai Bersyukur Dan Mengucapkan Terima Kasih
- Rahsia Bisnes Keduabelas: Be The Best! Menjadi Manusia Paling Bermanfaat
- Penutup Sekaligus Pengantar Buku Ketiga: Sekali Lagi Tentang Trusty Atau Amanah

Bahagian Kedua: Kapsul-Kapsul 'Motivasi Bisnes' Dari Rasulullah

Harga = RM24.00 (Sem) RM27.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 179
Penulis = Prof. Dr Laode M Kamaluddin, Pakar Ekonomi Antarabangsa Dan CEO Syarikat Global Eco Rescue Ltd
Pengantar = Anif Sirsaeba, MBQ, Pengerusi Majlis Ta'lim Wisata Ruhani, Pondok Basmala
Penerbit = Alam Raya Enterprise

Friday, October 30, 2009

Zakat Menurut Empat Mazhab

Buku ini telah dikemukakan pendapat para imam dalam persoalan-persoalan zakat dan saringkan beberapa perkara yang lebih wajar diketengahkan dan lebih utama untuk merealisasikan kerjasama sosial. Dalam kajian topik ini adalah bersandarkan kepada sumber rujukan asas iaitu:

1. Fiqh Az-Zakah oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi
2. Al-Mughni oleh Ibnu Qudamah
3. Al-Majmu' oleh Imam Al-Nawawi
4. Al-Fiqh 'Ala Mazahib Al-Arba'ah

Menyorot kepada institusi zakat yang menjadi mercu kepada perjalanan ekonomi Islam maka perbincangan mengenainya amatlah penting, apatah lagi di saat ekonomi dunia sedang di ancam dengan pelbagai musibah oleh akal dan sistem manusia itu sendiri. Melihat kepada situasi inilah maka sistem zakat yang diperkenalkan oleh Islam kepada kita adalah langkah penyelesaian terhadap kemelut dan tidak ketentuan ekonomi yang wujud ini mengharapkan perbincangan yang diutarakan di dalam buku ini memberi satu implikasi kepada pelaksanaan dan natijah ke arah penghidupan umat Islam yang lebih sejahtera di masa depan.

KANDUNGAN

- Kefardhuan Zakat
- Harta-Harta Yang Diwajibkan Zakat
- Syarat Wajib Zakat
- Bagaimana Mengeluarkan Zakat
- Siapakah Penerima Zakat?
- Siapakah Orang Yang Tidak Boleh Diberikan Zakat?
- Bolehkah Harta Zakat Dipindakan Ke Negeri Yang Bukan Tempat Harta Tersebut?
- Adakah Perhiasan Wanita Dikenakan Zakat?
- Adakah Pada Hutang Dikenakan Zakat?
- Beberapa Persoalan Berkaitan Zakat
a. Adakah Zakat Wajib Dikeluarkan Serta Merta
b. Bolehkah Mendahulukan Pembayaran Zakat Sebelum Haul?
c. Melewatkan Zakat Selama Beberapa Tahun?
d. Adakah Zakat Gugur Kerana Mati?
e. Bolehkah Melakukan Helah Untuk Menggugurkan Pengeluaran Zakat?
f. Bolehkah Harta Zakat Dilaburkan Untuk Kepentingan Orang Fakir?
g. Adakah Pembayaran Cukai Memadai Sebagai Ganti Zakat?
h. Bolehkah Dibayar Zakat Dengan Harga?
i. Bolehkah Pembayaran Zakat Dibuat Melalui Wakil?
j. Apakah Adab-Adab Zakat Yang Terpenting?

Harga = RM8.50
Mukasurat = 117
Penulis = Abdullah Nasih 'Ulwan
Penterjemah = Muhammad Ramzi Omar
Penerbit = Pustaka Ilmi

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...