Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Thursday, November 28, 2013

Undang-Undang Syariah Di Malaysia

Islam adalah al-Din yang mengatur keseluruhan hidup manusia di muka bumi ini. Ia merupakan satu pakej yang lengkap merangkumi semua aspek seperti aqidah, ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah. Keindahan Islam akan terserlah apabila semua pengajarannya dalam kesemua aspek dilaksanakan. Di Malaysia sebagai contoh, aspek-aspek di atas dilaksanakan dengan baik, namun persoalan mengenai undang-undang jenayah Islam seperti qisas terus menjadi polemik. Perbincangannya mengalami pasang surut.

Dari senario masyarakat di Malaysia hari ini, saban hari akhbar-akhbar serta televisyen mendedahkan kepincangan masyarakat terutama dari aspek kejadian-kejadian jenayah. Pembunuhan, pembuangan bayi, penculikan, mencederakan, pukul, merompak, mencuri, menyamun, meragut, zina, rogol, pelacuran, judi, minum arak, penagihan dadah, qazaf, pecah amanah dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Adakah undang-undang sedia ada gagal mencegah dan menghalang individu daripada melakukan perkara-perkara di atas?

Buku ini merupakan himpunan kertas kerja Seminar Kebangsaan Undang-Undang Syariah di Malaysia (2012) yang dianjurkan oleh Persatuan Ulama' Malaysia dengan kerjasama Jabatan Mufti Selangor dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Fokus buku ini secara amnya tertumpu kepada:
  • Menghuraikan Islam sebagai sebuah cara hidup yang komprehensif.
  • Menghuraikan falsafah undang-undang jenayah Islam.
  • Menjelaskan kategori-kategori jenayah mengikut Islam.
  • Menjelaskan senario kesalahan dan jenayah yang berlaku di Malaysia.
- Penyelenggara

KANDUNGAN
  • Islam Agama Komprehensif - Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
  • Falsafah Uqubah Dalam Kesalahan Jenayah Islam - Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
  • Adakah Federalisme Penghalang Kepada Pelaksanaan Syariah di Malaysia - Nurhafilah bt. Musa
  • Kemalangan Jalanraya dan Penyelesaiannya Mengikut Perundangan Islam - Shahidra Abdul Khalil
  • Political Will (Kemahuan Politik) Dalam Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam - Prof. Madya Dr. Hasan Bahrom
  • Hudud: Falsafah dan Keperluannya Dalam Masyarakat Majmuk - Nik Muhammad Zawawi bin Salleh
  • Hukuman Mati dan Hak Asasi Manusia - Prof. Madya Dr. Azman bin Mohd Nor
  • Jenayah Riddah di Malaysia: Cadangan Penyelesaian Berasaskan Maqasid Syariyyah - Mohamad Zamri Mohamed Shafik
  • Kaedah-Kaedah Pembuktian Dalam Undang-Undang Jenayah Islam - Dato' Hj. Md Saleh bin Ahmad @ Md
Harga = RM23.00
Mukasurat = 222
Penyelenggara = Abdul Karim Ali, PhD & Mohd Roslan Mohd Nor, PhD
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia

Saturday, February 9, 2013

Ahli Sihir Ke Tali Gantung ~ Buku Paling Ditakuti Ahli Sihir Kini Sudah Tiba!

..Bagi jenayah sihir, ahli sihir tidak perlu berada di lokasi kejadian, tetapi sihir yang dilaksanakannya dapat mengenai mangsa yang berada beratus-ratus kilometer dari lokasi sihir yang dilkukannya. Perkara ini dianggap sebagai tidak masuk akal, tetapi itu hakikat yang berlaku. Ahli sihir tidak perlu berada berdekatan kerana senjata yang digunakan oleh mereka adalah senjata hidup serta mempunyai mata dan akal bagi memahami kehendak tuannya. ~ Penulis

KANDUNGAN
  • Kata Pengantar Pengurus Besar Yayasan Pahang
  • Kata Pengantar Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia
  • Prakata Penulis
  • Pengenalan
  • Sekelumit Bicara Perihal Sihir
  1. Melihat Sihir Daripada Kacamata Bahasa
  2. Melihat Dihir Daripada Kacamata Istilah
  3. Elemen Pembentuk Sihir
  4. Sihir Dan Perkara Ajaib Yang Lain
  • Jenayah Yang Dilaknat Sejak Zaman Berzaman
  1. Sihir Mesopotamia
  2. Sihir Mesir
  3. Sihir Yunani Dan Rom
  4. Sihir Parsi
  5. Sihir China
  6. Islam Dan Sihir
  7. Barat Dijajah Sihir
  • Amalan Sihir... Rahsia Yang Terbongkar
  1. Hakikat Sihir: Kerja Di Sebalik Tabir
  2. Tanda Sihir: Antara Hakikat Dan Khayalan
  3. Dahsyatnya Sihir
  4. Seiras Sihir
  5. Sihir vs. Doktor
  • Sihir Itu Jenayah
  1. Jenayah Sihir Dan Jenayah Biasa: Apa Bezanya?
  2. Actus Reus, Mens Rea
  • Di Mana Sihir Dalam Undang-Undang?
  1. Sihir Dan Tali Gantung
  • Sihir Di Malaysia
  1. Sihir Berhampiran Kita
  2. Sihir Di Mahkamah
  • Penjara Untuk Ahli Sihir
  1. Lebih Berkuasa Daripada Penyihir
  • Mantera Penduduk Sihir
  1. Kini Ahli Sihir Kalah
  • Undang-Undang Sihir Millenium Baru
  1. Undang-Undang Sihir Abad Ke-21
  • Kitab Mantera Pengalah Sihir
  1. Hikmat Penangkap Sihir: Deraf Undang-Undang Jenayah Sihir Malaysia
  • Penutup
  • Biodata Penulis
  • Bibliografi
Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 366
Penerbit = PTS Millennia Sdn. Bhd.

Wednesday, July 15, 2009

Mengapa Perlu Kepada Undang-Undang Jenayah Islam? - Penting!!!

Sejarah manusia mempamerkan bagaimana kezaliman dan ketidakadilan menghumbankan manusia ke jurang kehinaan dan kesengsaraan. Bagi mewujudkan kehidupan yang berpaksikan keharmonian dan ketenangan, Islam menganjurkan keseimbangan dan keadilan. Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam bertujuan mewujudkan keamanan kepada kaum muslimin khasnya dan kepada manusia sejagat amnya. Malangnya, dalam kejahilan mereka, ada muslimin menganggap undang-undang jenayah Islam sebagai primitif, kejam, mengerikan dan zalim. Sesungguhnya, tanggapan salah wajar diperbetulkan. Di sinilah diharap buku ini dapat membuka minda dan seterusnya meningkatkan pengetahuan mereka mengenai undang-undang jenayah Islam. Insya-Allah.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM
- Dasar Perundangan Islam
- Keistimewaan Perundangan Islam
- Falsafah Penghukuman Dalam Undang-Undang Islam

BAB 2: MENGAPA PERLU KEPADA UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM?
- Mukadimah
- Menunaikan Tuntutan Allah
- Keistimewaan Dan Kesempurnaan Undang-Undang Jenayah Islam
- Kesimpulan

BAB 3: PERBEZAAN ANTARA UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DENGAN UNDANG-UNDANG JENAYAH CIPTAAN
- Pendahuluan
- Definisi Undang-Undang Jenayah
- Perbezaan Umum Antara Undang-Undang Jenayah Islam Dengan Undang-Undang Ciptaan
- Perbezaan Asas Dari Segi Skop Jenayah, Hukuman Dan Tujuan Hukuman
- Kesimpulan

BAB 4: KEBERKESANAN UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DALAM MEMBANTERAS JENAYAH
- Sejarah Perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam
- Faktor Keberkesanan Undang-Undang Jenayah Islam
- Bukti Keberkesanan Undang-Undang Jenayah Islam
- Kesimpulan

BAB 5: KONSEP DAN PEMBAHAGIAN JENAYAH DALAM ISLAM
- Definisi Jenayah
- Pembahagian Jenayah
- Jenayah (Kesalahan) Hudud
- Zina
- Qazaf Atau Menuduh Zina
- Minum Arak
- Mencuri
- Hirabah (Rompakan)
- Murtad
- Jenayah (Kesalahan) Qisas Dan Diat
- Qisas
- Jenayah Bunuh
- Jenayah Memukul Dan Mencedera
- Diat
- Jenayah (Kesalahan) Takzir
- Kesimpulan

Harga = RM18.90 (Sem) RM21.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 122
Penulis = Ustaz Mohd Sukki Othman & Ustaz Mohamad Hadi Ahmad Talhah
Penerbit = Putaka Yamien Sdn. Bhd.

Wednesday, June 10, 2009

Perbahasan Sejarah Perundangan Islam Dan Mazhab Fiqh

Keistimewaan buku ini adalah kerana ia merupakan satu-satunya buku ilmiah yang julung kali dihasilkan dalam bahasa Melayu kerana mempunyai beberapa ciri tertentu, antaranya: Membahaskan secara terperinci pelbagai mazhab fiqh dahulu dan sekarang yang juga merangkumi mazhab-mazhab yang telah lupus dan hanya tinggal nama sahaja. Penulis juga menyentuh mengenai mazhab-mazhab yang dianggap banyak menyeleweng daripada dasar sebenar Islam. Tujuannya adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat faktor timbulnya ajaran sesat kerana tidak mengetahui dasar serta sejarah Perundangan Islam.

- Penerbit

KANDUNGAN

PENGENALAN SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM
- Period Pembentukan Perundangan Islam
- Pengertian Perundangan
- Pengertian Sejarah Perundangan Islam
- Zaman Sebelum Islam
- Undang-Undang Arab Jahiliyah

BAHAGIAN A
ZAMAN RASULULLAH S.A.W.
- Perundangan Di Mekah
- Perundangan Di Madinah
- Perbezaan Perundangan Makki Dan Madani
- Prinsip Asas Perundangan Islam
- Sumber Perundangan Zaman Nabbi
- Uslub Al-Qur'an Tuntutan Dan Pilihan
- Tuntutan Meninggalkan
- Metodologi Al-Qur'an Menjelaskan Hukum
- Sejarah Perundangan Sebahagian Hukum Ibadat
- Al-Nasakh Dalam Perundangan
- Kategori Al-Nasakh
- Bentuk-Bentuk Al-Nasakh
- Dalil-Dalil Sebagai Pembatal
- Hikmat Nasakh
- Kandungan Hukum Al-Qur'an Dan Hadis
- Keistimewaan Perundangan Al-Qur'an Dan Hadis
- Keistimewaan Perundangan Zaman Nabi

BAHAGIAN B
ZAMAN KHALIFAH AL-RASYIDIN
- Suasana Politik
- Keadaan Perundangan Zaman Sahabat
- Metod Sahabat Istinbat Hukum
- Faktor Membawa Kesan Perundangan
- Sumber Perundangan Zaman Khalifah Al-Rasyidin
- Faktor Perselisihan Istinbat Daripada Al-Qur'an
- Hadis Sumber Kedua
- Autoriti Hadis Serta Peranannya
- Faktor Perselisihan Istinbat Daripada Hadis
- Ijma' Para Sahabat
- Ijtihad
- Berlaku Ijtihad Sahabat Dan Sumbernya
- Sebahagian Fatwa Para Sahabat
- Hukum Dan Fatwa Diperselisihkan
- Faktor Perselisihan Berfatwa
- Kesan Perundangan Tinggalan Sahabat
- Keistimewaan Fiqh Zaman Sahabat
- Ahli Fiqh Kalangan Sahabat

BAHAGIAN C
ZAMAN TABI'IN
- Suasana Politik Zaman Tabi'in
- Kesan Politik Terhadap Fiqh
- Sumber Perundangan Zaman Tabi'in
- Faktor Membawa Kesan Arus Perundangan
- Madrasah Hadis Madinah
- Madrasah Al-Ra'yi Kufah
- Keistimewaan Perundangan Zaman Tabi'in
- Mufti Terkemuka Zaman Tabi'in

BAHAGIAN D
ZAMAN TADWIN
- Keadaan Perundangan Zaman Tadwin
- Faktor Pesat Fiqh Zaman Tadwin
- Sumber Perundangan Zaman Tadwin
- Faktor Lahir Mazhab Fiqh
- Mazhab-Mazhab Fiqh
- Pertumbuhan Mazhab Fiqh
- Perkembangan Mazhab Fiqh
- Mazhab-Mazhab Fiqh Yang Masyhur
- Mazhab Sunni Yang Masih Kekal
- Keistimewaan Zaman Tadwin

BAHAGIAN E
ZAMAN TAKLID DAN JUMUD
- Suasana Perundangan Zaman Taklid
- Faktor Terhenti Ijihad
- Tingkatan Mujtahid
- Taklid Perkara Pecahan Fiqh
- Hukum Taklid
- Jenis-Jenis Taklid
- Peranan Ulama Zaman Taklid
- Kitab Yang Dihasilkan Zaman Taklid

BAHAGIAN F
ZAMAN KEBANGKITAN
- Gerakan Pembaharuan
- Fiqh Zaman Pembaharuan

Harga = RM26.50
Mukasurat = 493
Penulis = Ustaz Abdul Latif Muda
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Wednesday, April 1, 2009

Kajian Syariah & Undang-Undang (Studies In Syariah And Law) - Siri 2

KANDUNGAN

- Kaedah-Kaedah Fiqh: Satu Pengenalan Ringkas - Abdul Manan Ismail (KUIM)

- Hakim Syarie: Pemilihan, Perlantikan Dan Bidangkuasa - Hj. Ibnor Azli Ibrahim & Md Yazid Ahmad (UKM)

- Pemunya Premis Dan Tanggungan Dalam Undang-Undang Tort Islam: Satu Kajian Perbandingan Dengan Undang-Undang Sivil Mesir, Syria, Libya Dan Kuwait - Prof. Madya Dr Abdul Basir Bin Mohamad (UKM)

- Wanita Dan Kufu Daripada Perspektif Islam - Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail Al-Qudsy (UM)

- The Role Of Law In Improving The Standard Of Health Care In Malaysia - Nik Salida Suhaila Nik Saleh (KUIM)

- The Concept Of Equality Of Shareholders Under The Law Of Company Take-Overs - Izawati Wook & Arif Fahmi Md Yusof (KUIM)

المذاهب الفقهية القائمة - عزمان بن عبد الرحمن - جامعة العلوم الإسلامية بماليزيا

أهمية اعتبار الوسائل لتحقيق مقاصد الشرعية - الدكتور فريدة زوزو - جامعة العلوم الإسلامية بماليزيا

حكمة تحريم المسكرات والمخدرات - الدكتور محمد خير حسب الرسول أحمد

Harga = RM20.00
Mukasurat = 104 + 76
Penyunting = Irwan Mohd Subri, Farah Salwani Muda @ Ismail & Dr. Mohamed Bechir Salem
Penerbit = Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Malaysia

Thursday, March 12, 2009

Jenayah Murtad

Kitab ini menjelaskan: Seorang Islam yang telah thabit kesalahan murtad wajib dibunuh - tidak boleh dibiarkan tanpa hukuman. Dan hukuman yang dikenakan ke atas orang yang murtad itu tidak boleh dianggap suatu tindakan yang melulu, kerana hukuman itu adalah hukuman Allah dan RasulNya yang wajib dilaksanakan, dan tidak sesiapapun yang berhak mempertikaikan hukuman Allah dan RasulNya yang sudah sorih nasnya di dalam Al-Quran dan Hadith kerana nas itu tidak memerlukan kepada ta'wil.

- Penulis

Harga = RM25.00
Mukasurat = 249
Penulis = Haji Sa'id Haji Ibrahim (Bekas Mufti Negeri Sabah)
Penerbit = Darul Makrifah

Wednesday, November 5, 2008

Wakaf - Menurut Agama & Undang-Undang

WAKAF - Menurut Agama & Undang-Undang ini adalah sebuah buku terjemahan daripada buku berbahasa Arab tulisan ulama terkenal, Muhammad Abu Zahrah. Menerusi buku ini beliau membincangkan selok-belok wakaf mengikut agama Islam (syariat) dan undang-undang (buatan manusia) di beberapa negara Timur Tengah, khususnya di Mesir dan Syria.

Sesuai dengan tajuknya, Wakaf, maka kandungan buku ini amat berguna bagi mereka yang ingin mendalami persoalan-persoalan yang berkaitan dengan wakaf. Buku ini mengulas secara mendalam masalah-masalah wakaf, selain mengikut undang-undang Mesir, juga menerusi pendapat-pendapat ulama mazhab yang empat dan yang selainnya.

Memandangkan tidak ada buku yang secara khusus membincangkan tentang wakaf secara terperinci dan mendalam, justeru itu, buku ini - kami percaya - amat sesuai dibaca dan akan banyak membantu bagi mereka yang hendak mengetahui selok-belok wakaf dari segala aspeknya.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Pengantar Sejarah Wakaf
- - Wakaf Sebelum Islam
- - Sejarah Wakaf Dalam Islam
- - Penyimpangan Wakaf Dari Erti Sedekah
- - Wakaf Di Mesir Dan Syam
- - Rakusnya Pemimpin Terhadap Wakaf
- - Pemikiran Menyudahi Wakaf
- - Para Amir Menjadikan Wakaf Sebagai Cara Memelihara Harta Mereka
- - Penguasaan Terhadap Tanah-Tanah Mesir
- - Melindungi Para Mustahiq Dari Para Along Dalam Wakaf Keluarga
- - Undang-Undang Pengaturan Wakaf Nombor 48 Tahun 1946

- Pembatalan Wakaf Keluarga

- Fiqah Wakaf

- Pembentukan Wakaf

- Hukum Memegang Wakaf

- Mengekalkan Wakaf

- Penghentian Wakaf Kerana Roboh Atau Mengecilnya Bahagian

- Unsur Pendekatan Kepada Allah Di Dalam Wakaf

- Unsur Pendekatan Diri Di Dalam Undang-Undang Yang Mengatur Hukum Wakaf
- - Menjaga Kemaslahatan Umum

- Kepemilikan Di Dalam Wakaf

- Sasaran Wakaf
- - Barang-Barang Yang Di Wakafkan
- - Wakaf Harta Syarikat
- - Kepemilikan Pemberi Wakaf Terhadap Zat Barang

- Syarat-Syarat Pemberi Wakat

- Syarat-Syarat Wakaf Di Dalam Undang-Undang
- - Dalam Undang-Undang Lubnan
- - Syarat Yang Sepuluh
- - Kaedah Umum Untuk Syarat-Syarat Ini

- Syarat Yang Sepuluh Di Dalam Undang-Undang
- - Syarat-Syarat Yang Sepuluh Di Dalam Undang-Undang Lubnan
- - Penggantian
- - Keeadaan Pertama
- - Hal Yang Dilakukan Dalam Penggantian
- - Hak Untuk Mendapat Wakaf
- - Wakaf Untuk Diri Sendiri

- Wakaf Untuk Kerabat Dan Anak

- Penjagaann Sebahagian Ahli Waris Dan Ulasannya

- Perkiraan Sepertiga Dan Waktnya

- Kekuatan Hak Wajib
- - Syarat-Syarat Untuk Mendapat Hak Wajib
- - Syarat Peruntukan Wajib

- Mencegah Pihak Pembunuh Untuk Mendapat Hak Wakaf

- Penyebab Penghalang Hak Wakaf Secara Ikhtiyari

- Runtuhnya Hak Wajib Dan Pengambilan Wakaf Atas Diri Sendiri

- Hak Wakaf Keturunan Atau Wakaf Keluarga
- - Wakaf Untuk Anak
- - Wakaf Untuk Anak Dengan Kata Tunggal
- - Wakaf Dengan Kata Ganda
- - Wakaf Dengan Kata Jamak
- - Wakaf Dengan Kata 'Banin' (Anak-Anak Lelaki) Dan 'Banat' (Anak-Anak Perempuan)
- - Wakaf Untuk Keturunan (Dzurriyah, Nasl Dan 'Aqab)
- - Pembahagian Manfaat Wakaf Di Antara Para Pihak Yang Berhak

- Pembatalan Pembahagian
- - Pembatalan Pembahagian Dalam Unang-Undang Wakaf
- - Pembatalan Pembahagian Wakaf Terdahulu
- - Pembatalan Pembahagian Wakaf Yang Ada Dalam Undang-Undang Wakaf Lubnan

- Bahagian Orang Mandul (Tidak Memiliki Keturunan)

- Bahagian Orang Yang Meninggal Dunia Dalam Keadaan Tidak Meninggalkan Anak Yang Ada Dalam Undang-Undang Wakaf

- Kekuasaan Atas Wakaf

- Perwakilan

- Syarat-Syarat Pemberian Kekuasaan Dalam Wakaf

- Sepintas Lalu Dalam Sejarah

- Gaji Pihak Pengawas Wakaf

- Introspeksi Pihak Pengawas Dan Penjaga Wakaf
- - Sifat Pengawas Dan Pengelola Wakaf

- Kekuasaan Terhadap Wakaf Dalam Undang-Undang Wakaf Mesir
- - Koreksi Terhadap Pihak Yang Mengawasi Wakaf
- - Hukum Pengawasan Wakaf Sesudah Tidak Diiberlakukan Wakaf Keluarga

Harga = RM35.00
Mukasurat = 604
Penulis = Muhammad Abu Zahrah
Penerbit = Berlian Publications Sdn Bhd

Monday, November 3, 2008

Dhorurah Dalam Perundangan Islam

KANDUNGAN

Fasal 1: Pengertian Dhorurah, Hukum Dan Keadaannya
- Definisi Dhorurah
- Hukum Dhorurah
- Keadaan-keadaan Dhorurah

Fasal 2: Keadaan Dhorurah Yang Memaksa Seseorang Mengambil Seuatu Yang Haram (Makanan / Minuman)
- Meminum Arak Kerana Terlalu Dahaga
- Memakan Mayat Manusia Ketika Terlalu Lapar
- Memakan Bangkai Atau Makanan Milik Orang Lain
- Dhorura Yang Menimpa Orang Yang Bermusafir Kerana Maksiat
- Kadar Yang Dibenarkan Untuk Memakan Bangkai Atau Seumpamanya
- Berbekalkan Bangkai Atau Seumpamanya
- Adakah Orang Yang Berkeadaan Dhorurah Wajib Memakan Bangkai Atau Seumpamanya
- Rahsia Mengkategorikan Orang Yang Tidak Memakan Bangkai Dan Seumpamanya Ketika Dhorurah Sebagai Berdosa
- Mogok Lapar Sehingga Mati

Fasal 3: Keadaan Dhorurah Seperti Sakit Yang Memaksa Seseorang Menggunakan Ubat-ubatan Yang Haram Dan Sebagainya
- Rawatan, Melihat Dan Menyentuh
- Berubat Menggunakan Benda-benda Haram
- Pengambilan Benda-benda Haram Untuk Menyegerakan Sembuh
- Syarat Harus Berubat Dengan Benda Haram
- Hukum Ubatan Yang Bercampur Dengan Arak
- Penggunaan Anggota Tubuh Mayat Untuk Merawat Orang Hidup

Fasal 4: Dipaksa Membunuh Atau Melakukan Perkara Keji
A- Dipaksa Membunuh Seseorang
- Kaedah Yang Digunapakai
- Paksaan Membunuh Seseorang
- Paksaan Memberikan Persaksian Yang Mensabitkan Hukuman Qisas
- Membunuh Orang Ketika Kebuluran
- Mencampak Penumpang Ke Laut
- Musuh Menjadikan Orang Islam Sebagai Perisai
- Membunuh Penceroboh Demi Mempertahankan Hak Yang Diiktiraf Oleh Syarak
- Syarat-syarat Melakukan Pertahanan Diri Yang Dibenarkan Syarak
- Dalil Hak Mempertahankan Diri Diiktiraf
- Mempertahankan Orang Lain Serta Dalilnya
- Hak Atau Kewajipan
- Dhorurah Kerana Menghalang Perbuatan Penceroboh Dinilai Pada Kadar Yang Sepadan
- Tanggungjawab Jenayah Dan Sivil Dalam Hak Mempertahankan Diri

B- Paksaan Melakukan Perbuatan Keji
- Paksaan Berzina
- Hukuman Kesalahan Zina Yang Berlaku Dalam Keadaan Dhorurah

Fasal 5: Terpaksa Mengambil Harta Atau Memusnahkannya
- Haramnya Harta Orang Lain
- Wajib Membelanjakan Harta Untuk Orang Yang Berkeadaan Dhorurah
- Adakah Wajib Membelanjakan Harta Tanpa Menerima Gantian
- Kadar Gantian
- Mengambil Harta Secara Kekerasan Jika Empunya Enggan Memberikannya
- Syarat-syarat Mengambil Harta Orang Lain Secara Kekerasan
- Adakah Orang Yang Berkeadaan Dhorurah Wajib Mengambil Harta Orang Lain Sekalipun Dengan Membunuh
- Mengambil Harta Orang Lain Kerana Dhorurah Tidak Dikenakan Sebarang Hukuman
- Mencampakkan Muatan Kapal Ke Laut
- Paksaan Membinasakan Harta
- Perbuatan Manusia Membinasakan Hartanya Demi Memelihara Nyawa Dan Kehormatannya

Fasal 6: Terpaksa Mengatakan Sesuatu Yang Batil
- Melafazkan Kalimah Kufur
- Menuturkan Lafaz Kekufuran Adalah Rukhsoh, Bukannya 'Azimah. Mengambil 'Azimah Adalah Lebih Utama
- Sebab 'Azimah Lebih Utama Daripada Rukhsoh
- Harus Bercakap Bohong Dan Bersumpah Dusta Kerana Dhorurah
- At-Taqiyyah

Harga = RM6.80
Mukasurat = 144
Penulis = Dr. Abdul Karim Zaidan
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Wednesday, September 24, 2008

Hak Muslim Dan Bukan Muslim Dalam Negara Islam

Individuliti (keperibadian) seseorang dalam negara Islam adalah sesuatu yang jelas dan diakui serta tidak diganggu-gugat. Ia (individu) membantu dan bekerja untuk keutuhan dan kebaikan negara. Begitu juga negara, ia bersaha untuk mengekalkan individualiti dan kebaikannya demi berkekalan dan kebaikan. Kedua-duanya (individu dan negara) saling berhajat antara satu sama lain. Oleh itu tidak ada pertentangan dan percanggahan di antara kedua-duanya dan tidak ada untungnya kepada salah satu untuk memusuhi pihak yang satu lagi. Cuma keadaan seperti itu kadang-kadang berlaku ketika salah satu pihak menyeleweng daripada jalan Islam yang sepatutnya mereka ikuti.

Oleh itu, individu dalam negara Islam menikmati keseluruhan haknya yang diperakui oleh Islam. Ini kerana setiap perkara yang diperakui oleh Islam, juga diperakui oleh negara Islam. Seterusnya, individu dapat menikmati seluruh haknya adalah jaminan terbesar demi mengekalkan kestabilan negara Islam serta mampu merealisasikan matlamat-matlamatnya.

Oleh itu negara mestilah memastikan individu-individu dapat menikmati hak-hak mereka sebagaimana yang mereka ingini. Tidak ada maslahat (keuntungan) sama sekali bagi negara untuk merampas hak-hak ini, kerana negara ditegakkan untuk membolahkan setiap individu hidup dalam kehidupan Islam. Di antara sebab utama yang mendorong mereka hidup dalam kehidupan Islam ialah mereka menikmati hak-hak mereka dan lebih daripada itu, negara hendaklah mendorong mereka ke arah menggunakan hak-hak tersebut.

Untuk memudahkan perbahasan, kami akan membahagikan hak-hak yang dinikmati oleh setiap individu dalam negara kepada dua bahagian : Hak-hak politik dan hak-hak umum. Kami akan memperkatakannya dalam fasal yang berasingan.

- Penulis

KANDUNGAN

Fasal 1: HAK-HAK POLITIK BAGI SEMUA INDIVIDU
- Maksud Hak-hak Politik
- Pertama: Hak Memilih
- Kedua: Hak Diminta Pendapat (Mesyuarat)
- Ketiga: Hak Pengawasan Dan Kesannya
- Keempat: Hak Perlucutan
- Kelima: Hak Pencalonan
- Keenam: Menjawat Jawatan Umum

Fasal 2: HAK-HAK UMUM BAGI INDIVIDU
- Takrif Hak-hak Umum
- Pertama: Persamaan
- Kedua: Kebebasan
- 1. Kebebasan Individu
- 2. Kebebasan Beraqidah dan Beribadat
- 3. Kehormatan Tempat Tinggal
- 4. Kebebasan Bekerja
- 5. Kebebasan Memilik
- 6. Kebebasan Befikir dan Bersuara
- 7. Hak Ilmu
- 8. Hak Individu Untuk Ditanggung Oleh Negara

Harga = RM4.80
Mukasurat = 91
Penulis = Dr. Abdul Karim Zaidan
Penterjemah = Sidang Penterjemah Pustaka Salam
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Sunday, July 20, 2008

Islam Dalam Perlembagaan Malaysia - Mesti Baca!!

Buku ini membahaskan beberapa isu dan tema penting yang berkaitan dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Malaysia. Ini termasuklah isu tentang perlaksaan undang-undang moral yang ditentang oleh golongan yang kelihatannya mempamerkan imej Islam liberal. Koleksi ini ditujukan untuk khalayak umum, meskipun ia juga sesuai untuk dibaca oleh para pengamal dan pelajar undang-undang. Pendekaan yang diambil sesuai dengan audien sedemikian; yang menseimbangkan aspek-aspek teknikal dengan tema keseluruhan kerangka perlembagaan. Aspek politik dan persoalan semasa turut disentuh. Buku ini sesuai untuk sesiapa juga yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam kedudukan dan masalah Islam di dalam kerangka Perlembagaan Malaysia.

Profesor Dr ABDUL AZIZ BARI telah mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak 1989. Lahir di Selangor pada 1959. Beliau adalah bekas pelajar Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan undang-undang di Malaysia dan England. Beliau telah menghasilkan banyak buku dan tulisan mengenai undang-undang awam khususnya undang-undang perlembagaan. Ini termasuk tujuh buah buku dan lebih 50 artikel jurnal dan bab dalam buku beliau telah diterbitkan di dalam dan di luar negara. Sementara itu lebih 85 kertas beliau telah dibentangkan di dalam pelbagai seminar tempatan dan antarabangsa. Beliau juga telah menulis lebih 250 kolum dan makalah mengenai undang-undang, politik dan perlembagaan dalam akhbar dan majalah tempatan. Di UIAM beliau adalah penyelaras kursus undang-undang perlembagaan dan Ketua Editor IIUM Law Journal. Beliau juga adalah mantan Ketua Jabatan Undang-Undang Awam (1997-99) dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan, 2004-5) di UIAM. Beliau adalah anggota International Bar Association (IBA) dan Society of Legal Scholars (SLS) yang berpusat di London dan tersenarai dalam Marquis' Who's Who in the World 2005.

Harga = RM20.00
Mukasurat = 167
Penulis = Prof Dr Abdul Aziz Bari (UIAM)
Penerbit = Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATIONS

Sunday, June 22, 2008

Pembalasan Kesalahan Jenayah Dalam Masyarakat Majmuk (Dengan Penumpuan Kepada Peruntukannya Terhadap Bukan Islam)

Buku ini dihasilkan oleh penulis, seorang ahli akademik dan pengkaji yang pakar dalam bidang yang dibicarakan, bagi memenuhi keghairahan masyarakat dari pelbagai pihak yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang kedudukan kesalahan jenayah di dalam Undang-undang Jenayah Islam dan peruntukan pembalasannya di dalam sesebuah masyarakat majmuk.

Secara ringkas, buku ini mengandungi pengenalan mengenai konsep pembalasan di dalam pelbagai kesalahan Jenayah Qisas, Jenayah Hudud dan Jenayah Ta'zir. Ia juga menghuraikan pembahagian-pembahagian dan peruntukan-peruntukannya terhadap pesalah Islam dalam jenayah-jenayah tersebut serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Penulis juga telah mempertahankan rumusan yang dibuat iaitu mengenai sifat menyeluruh dan adil yang ditekankan di dalam perlaksanaan pembalasan Islam.

- Penerbit

Harga = RM20.00 (Sem) / RM22.00 (Sab / Swk)
Mukasurat = 187
Penulis = Dr. Haji Mat Saad Abdul Rahman
Penerbit = Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION & DDB Enterprise

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...