Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Tuesday, September 17, 2013

Untuk Kita Pendosa - Harapan Selalu Ada


Untuk kita para pendosa, terbuka ruang, seluas-luas ruangan. Kemudian, ingatlah kita kepada pesan Tuhan dalam ayat berturutan yang bermaksud:

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab. Ini kerana, sesudah itu kamu tidak diberi pertolongan."
~ Surah Az-Zumar, Ayat 54 ~

DOSA adalah ujian. Mahu pulang ataupun terus dilalaikan.

KANDUNGAN
  • Pendahuluan: Satu Permulaan
  • Dosa, Kita Perlu Melihatnya Semula
  • Mahu Ataupun Tidak?
  • Hati Yang Kosong
  • Alasan Kita Kepada Allah S.W.T.
  • Aku Berdosa, Tetapi Aku Berjaya
  • Efek Dosa Pada Hati
  • Efek Dosa Pada Jasad
  • Efek Dosa Pada Mental
  • Kerana Kita Jauh
  • Ada Hari Dia Akan Marah
  • Jangan Salahkan Tuhan
  • Mencari Diri
  • Segera Kembali Kepada Allah S.W.T.
  • Bahagia Apabila Taat Kepada Allah S.W.T.
  • Berubah Menjadi Baik Adalah Hipokrit
  • Menghidupkan Hati
  • Cabaran Demi Cabaran
  • Mencari Kekuatan, Kebahagiaan Dan Ketenangan
  • Hancurkan Dinding Itu
  • Menghargai Kehidupan
  • Menjemput Kekuatan
  • Menghidupkan Jiwa
  • Belum Cukup Kesungguhan Kita
  • Keimanan Yang Tidak Berpotensi
  • Iman Yang Menurun Bukan Alasan
  • Dua Mata
  • Terus Menjadi Hebat
  • Hari-Hari Seperti Tidak Mempunyai Harapan
  • Jangan Bersedih
  • Menangislah
  • Pujuklah Diri Sendiri
  • Memaknakan Kehidupan
  • Kami Lupa Asah Kapak
  • Motivasi Kehidupan Kita
  • Mati Adalah Motivasi Pada Perubahan Kita
  • Penyelesaian Pada Ancaman Dalam Diri Manusia
  • Tenanglah Jiwa Damailah Hati
  • Tenanglah, Tenang
  • Sejenak Kita Menziarahi Neraka Allah
  • Mengapa Tinggalkan Syurga-Nya
  • Manusia Mampu Berubah
  • Yang Kita Ada Hanyalah Sekarang
  • Mereka Yang Tidak Mahu Membersihkan Diri
  • Keampunan Allah Dan Pengkhianatan Kepada-Nya
  • Penutup
Harga = RM18.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 230
Penulis = Hilal Asyraf (www.langitilahi.com)
Penerbit = PTS Millennia Sdn. Bhd

Sunday, December 23, 2012

Suami Yang Teruji

Para suami adalah pemimpin kepada ahli keluarganya. Jika pincang kepimpinannya maka runtuhlah mahligai rumah tangga yang dibina. Pada pundaknya terpikul tanggungjawab yang maha berat untuk memastikan ahli keluarga yang dipimpin berada di jalan Allah. Justeru, tidak sedikit ujian yang perlu ditempuh oleh setiap kaum Adam yang bergelar suami.

Apabila ditanya siapakah orang yang paling rapat dengan seorang suami? Pasti jawapan yang diberikan ialah isteri. Jadi apakah yang sewajarnya dilaksanakan oleh para suami terhadap insan yang paling rapat dengan mereka? Adakah hanya di waktu-waktu tertentu sahaja atau di sepanjang masa? Persoalan ini dibangkitkan bukan kerana mahu membuka pekung di dada, tetapi lihatlah dari sudut kaca mata positif. Isteri adalah orang yang paling rapat dan disayangi. Memang semua bersetuju. Namun, mengapa sanggup membiarkan para isteri bersendirian sewaktu mereka bertungkus-lumus melaksanakan pelbagai tugas di rumah?

"Itu memang tugas isteri. Mereka perlu layan suami, anak-anak dan semua tugas di rumah."
"Siapa kata  begitu?"

Diam.

"Jangan pinta hidup yang mudah,
tetapi pintalah hati yang tabah
untuk menghadapinya."

KANDUNGAN
  • Bab 1: Cinta Beralih Arah
  • Bab 2: Beban Tak Tertanggung
  • Bab 3: Janji Manismu
  • Bab 4: Tulang Sudah Reput
  • Bab 5: Anak Manja
  • Bab 6: Belum Dapat Hidayah
  • Bab 7: Sibuk 24 Jam
  • Bab 8: Masih Bujang Senang
  • Bab 9: Sikap Ambil Mudah
  • Bab 10: Subuh Oh Subuh
  • Bab 11: Ikut Cakap Saya
  • Bab 12: Pasrah
  • Bab 13: Sayang Salmah
  • Bab 14: Cemburu Sayang
  • Bab 15: Dengar Cakap Orang
  • Bab 16: Aku Mahu Kaya
  • Bab 17: Ini Hobi Saya
  • Bab 18: Kenapa Terpaksa
  • Bab 19: Cinta 'Muka Buku'
  • Bab 20: Demi Cinta Bibik
Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 315
Penulis = Wan Zayuhisyam Wan Yusoff
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Thursday, December 13, 2012

Senyumlah - Apa Pun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu

Mengapa harus membenci masalah dan kesusahan, sedangkan ia tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan? Mengapa harus berputus asa saat mengalami kesusahan hidup, sedangkan kemudahan yang Allah janjikan sebagai jalan keluarnya lebih banyak? Mengapa harus berkeluh-kesah, sedangkan apa pun masalah yang datang, ia akan berlalu jua akhirnya? Buku ini ingin membuat pembaca tersenyum dan gembira, walaupun ada masalah dan kesusahan yang sedang dihadapi. Ia mengajak pembaca memahami rahsia permasalahan hidup dan mengetahui bagaimana cara mengatasinya dengan baik.

Ditulis dengan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, buku ini disokong oleh banyak kisah serta rajah yang akan memudahkan pembaca memahami isinya. Selesai membacanya, mudah-mudahan pandangan pembaca terhadap masalah dan kesusahan hidup berubah sepenuhnya. Dada akan menjadi lapang, beban terasa ringan, dan bibir lebih mudah tersenyum.

- Penulis

"Hidup akan menjadi lebih
bahagia apabila masalah
dan kesusahan dapat dihadapi
dengan cara yang betul."

KANDUNGAN
  • Bab 1: Bagaimana Cara Kita Melihat Masalah?
  • Bab 2: Yang Lebih Penting Adalah Tindak Balas Kita
  • Bab 3: Mengambil Manfaat Daripada Permasalahan Hidup
  • Bab 4: Ubat Paling Mujarab
  • Bab 5: Kita Memang Sering Menemui Masalah
  • Bab 6: Allah Lebih Mengetahui
Harga = RM21.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 300
Penulis = Syed Alwi Alatas (www.alwialatas.multiply.com)
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Thursday, November 22, 2012

U-Turn Ke Jalan Lurus

Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

"Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaraan daripada Tuhanmu dan penawar bagi hati.

Kenapakah kamu memilih untuk bersilaturahim hanya kepada mereka yang bersilaturahim denganmu?
Kenapa kamu memilih untuk berbicara hanya kepada mereka yang berbicara denganmu?
Kenapa kamu memilih untuk memberi makan hanya kepada mereka yang memberi makan kepadamu?
Kenapa kamu memilih untuk memuliakan hanya kepada mereka yang memuliakanmu? Tidak terlebih baik seseorang itu daripada yang lain. Sesungguhnya orang yang beriman kepada Allah dan Rasul, mereka melakukan kebaikan kepada orang yang jahat kepada mereka, bersilaturahim kepada mereka yang memutuskannya.
Maafkanlah mereka yang tidak memberi kemaafan kepadanya. Mereka amanah kepada mereka yang mengkhianatinya. Berbicara kepada mereka yang enggan  berbicara dengannya. Memuliakan mereka yang menghinanya.

Sesungguhnya Aku tersangat mengetahui tentang perbuatan kamu."

- Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam Al-Ghazali
Al-Mawa'iz Fil Ahadis Al-Qudsiah

KANDUNGAN
  • Mutiara 1: Manusia yang mempunyai arah akan menguasai nasib dan gaya hidupnya.
  • Mutiara 2: Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.
  • Mutiara 3: Ibbadah bukan beban, ia hadiah terindah daripada Tuhan.
  • Mutiara 4: Tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan.
  • Mutiara 5: Orang dungu hanya tahu setelah terkena.
  • Mutiara 6: Lihat apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fikir.
  • Mutiara 7: Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya.
  • Mutiara 8: Sabar itu lebih mudah daripada tidak bersabar.
  • Mutiara 9: Jengan bertanya kepada kejahilan kerana ia akan menjawab.
  • Mutiara 10: Musuh ketat bagi terbaik adalah baik. Buat betul biar betul-betul.
  • Mutiara 11: Apabila semboyan nafsu dibunyikan. Bolehlah berikan ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada sebarang kebaikan.
  • Mutiara 12: Semakin menuju ke utara, selatan semakin menjauh.
  • Mutiara 13: Keinginan ialah penipu dalam diri yang tidak memerlukan izin untuk masuk.
  • Mutiara 14: Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali tetapi bersyukur kena selalu.
  • Mutiara 15: Emas dan kerikil tidak boleh ditimbang sekali.
  • Mutiara 16: Fikir kematian seperti mengaktifkan penggera jam, dengannya kita terbangun; tanpanya kita terus lena.
  • Mutiara 17: Serik ialah pusingan-U terakhir untuk kembali ke jalan betul.
  • Mutiara 18: Selarikan apa kita yakin, apa kita bikin.
  • Mutiara 19: Ketagihan pujian ialah mukadimah kebinasaan.
  • Mutiara 20: Lidah seperti sebilah pedang, sarungkanlah agar terselamat daripada hirisannya.
  • Mutiara 21: Apabila semua perkara telah tewas, harapan jangan tewas!
  • Mutiara 22: Semakin kita beremosi semakin akal tidak berfungsi.
  • Mutiara 23: Sekali kita mahu belajar seisi dunia mahu menjadi guru.
  • Mutiara 24: Sekiranya kelebihan diri seluas lautan, kerendahan hati harus selebar bumi.
  • Mutiara 25: Jika hati membisik: Bolehkah aku berubah? Katakan: Tidak! Kepada soalan itu.
  • Mutiara 26: Antara lukisan dan tajuk, manakah lebih awal? Jawapannya: Sudut Pandangan!
  • Mutiara 27: Sekiranya Hamman itu baik nescaya Lembah Luxor dipenuhi masjid.
  • Mutiara 28: Syukur andainya kita boleh bersyukur.
  • Mutiara 29: Sekiranya seseorang bertanya mengenai harga diri, jawapannya ada pada kesetiaan.
  • Mutiara 30: Apabila dua orang pahlawan menghunuskan senjata beradu, yang bakal tewas berkata: Aku akan mati hari ini; yang bakal menang berkata: Aku ingin mati hari ini!
  • Mutiara 31: Puppet digerakkan oleh tali. Manusia punyai tali ghaib yang menggerakkan hidup!
  • Mutiara 32: Seorang pendeta menuruni lembah, menakluki puncak gunung untuk menguasai hikmat, ia menemuinya di puncak faham.
  • Mutiara 33: Tanya kepada fitrah, jawapannya tidak pernah menipu.
  • Mutiara 34: Pada setiap butiran pasir tersembunyi hikmah.
  • Mutiara 35: Kalaulah fatamorgana sememangnya air sudah tentu gurun itu lautan.
  • Mutiara 36: Sebelum mendaki, pastikan terlebih dahulu tangga disandarkan ke dinding.
  • Mutiara 37: Dua benda perlu bergabung untuk memperolehi hasil, anak benih dengan tanah, perancangan dengan menuliskannya.
  • Mutiara 38: Sedetik menoleh kepada Allah, baru tersedar bahawa selama-lamanya kita diperhatikan oleh kasih sayang-Nya.
  • Mutiara 39: Orang yang hidup untuk memberi akan hidup dilimpahi pemberian Tuhan.
  • Mutiara 40: Inginkan Tuhan adalah naluri terindah.
Harga = RM22.00 (Sem) RM24.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 208
Penulis = Zul Ramli M. Razali
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
 

Monday, November 19, 2012

Lembutkanlah Hatimu

Kenapakah hati jadi sakit, kotor, kasar, keras, buta atau terkunci? Jawapan kepada semua persoalan tersebut tidak lain disebabkan oleh dosa yang kita lakukan sama ada sedar ataupun tidak. Dosa-dosa itulah yang menjadi penghalang taqarrub kita kepada Allah SWT. Dosa-dosa itulah yang menjauhkan kita dari jalan kebenaran. Dosa-dosa itulah yang mengeraskan hati kita hingga payah untuk menerima ilmu, nasihat dan teguran.

LEMBUTKANLAH HATIMU...
nescaya episod kehidupan akan lebih bermakna.

KANDUNGAN
  1. Hati Amanah Allah Kepada Kita
  2. Kekalkan Hati Yang Bersih
  3. Apabila Azan Diswastakan
  4. Aktifkan Akaun Hasanat Anak-Anak
  5. Ibu Bapa Guru Pertama Anak-Anak
  6. Bermula Daripada Solat
  7. Jadikan Rumah Sebagai Madrasah
  8. Lembutkan Hati  Untuk Mendapat Rahmat Allah
  9. Memadam Memori Silam
  10. Mulai Dengan Taubat Nasuha
  11. Baki Usia Yang Sia-Sia
  12. Masa Yang Berlalu Tidak Dapat Diganti Lagi
  13. Lima Puluh Tahun Mendambakan Redha-Nya
  14. Apa Nak Jadi
  15. Akibat Mensia-siakan Solat
  16. Sujud Menyerlahkan Sifat Kehambaan
  17. Langkah Ke Masjid Langkah Hasanat
  18. Rahsia Terkandung Dalam Ucapan "Amin"
  19. Rindukan Doa Malaikat
  20. Ada Cara Hajat Cepat Ditunaikan
  21. Antara Nikmat Dengan Istidraj
  22. Banyak Songel Tanda Tidak Syukur
  23. Jadikan Rumah Sebagai Tempat Beribadat
  24. Kuntuman Senyum Jumaat
  25. Muliakan Jumaat Dengan Banyak Berdoa Dan Berselawat
  26. Hidup Sentiasa Berzikir
  27. Dua Kegembiraan
  28. Kita Masih Jahil
  29. Mudah-Mudahan Sebagaimana Yang Disangkakan Orang
  30. Penilaian Yang Benar Mengenai Baik Dan Betul
  31. Allah Yang Menjadikan Manusia Pandai
  32. Natijah Ilmu Untuk Mencari Redha-Nya
  33. Sedekah Yang Afdal
  34. Sesuatu Yang Diinfakkan, Itulah Milik Kita
  35. Pencetus Kebaikan Dapat Pahala Berlipat Ganda
  36. Makrufat Mahar Ke Syurga
  37. Disayangi Allah Dicintai Manusia
  38. Dia Lebih Baik Daripada Diriku
  39. Berilah Kemaafan Untuk Mendapat Ketenangan
  40. Kitalah Yang Mula Menghulur Tangan Dan Memberi Salam
  41. Tiga Hari Sahaja
  42. Hanya Seorang Diri
  43. Tiada Yang Terlepas Daripada Pengetahuan Allah
  44. Apabila Allah Murka
  45. Jauhi Perangai Himar
  46. Seringan-Ringan Azab Allah
  47. Orang Zalim Akan Bankrapp Di Akhirat
  48. Kezaliman Yang Tidak Popular
  49. Istighfar Mengindahkan Majlis
  50. Nifaq Mengheret Ke Dasar Kawah Api Neraka
  51. Penyakit Yang Paling Ditakuti Rasulullah SAW
  52. Bank Amalan Jadi Zero!
  53. Riddah Meranapkan Semua Amal Ibadah
  54. Berserah Diri Kepada Allah
  55. Satu Keluarga Besar Dengan Ikatan Akidah
  56. Memelihara Dan Merealisasikan Misi Agung
  57. Berjuanglah Atas Keyakinan Janji-Janji Allah
  58. Usah Bersikap Lemah
  59. Menyambung Tugas Rasul Sebagai Muzakkir
  60. Warnai Dakwah Dengan Hikmah
Harga = RM21.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 216
Penulis = Amaluddin Mohd Napiah
Penerbit = Galeri Ilmmu Sdn Bhd
 

Saturday, February 27, 2010

Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia

Buku ini saya umpamakan sebagai almari yang penuh perhiasan supaya anda dapat memperelok diri dengannya. Di dalamnya ada semburan keindahan, kilauan kecantikan, cahaya kebenaran, yang melebihi kilatan emas dan perak yang dikilatkan.

Manakala bab-bab di dalamnya sengaja saya namakan dengan nama-nama perhiasan yang digemari kaum wanita, antara lain seperti ketulan emas (saba'ik), kalung ('uqud), zamrud (fara'id), permata (juman) dan sebagainya.

Sebaik sahaja buku ini anda miliki, anda tidak perlu lagi perhiasan dunia, perhiasan yang tanpa makna, penampilan palsu, semburan murahan. Bersoleklah dengan perhiasan ini, kenakanlah di atas panggung kehidupan, berhiaslah dalam pesta-pesta dunia, pada perayaan-perayaan bahagia, pada musim sukacita dan malam-malam yang semarak, supaya anda menjadi wanita yang paling sesuai dengan cita-cita anda sendiri.

Jika anda merasa telah mencapai apa yang anda cita-citakan, janganlah terus berpuas hati sebelum anda benar-benar telah mencecah bintang.

Bukankah purnama tersenyum simpul dan bintang-bintang berseronok riang? Lantas mengapa anda biarkan kegelisahan anda menjadi racun yang akan membunuhmu?

- Penulis

*Percuma! Buku "Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni"

Harga = RM16.50
Mukasurat = 334
Penulis = Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
Penterjemah = Mohd. Sofwan Amrullah
Penerbit = Jasmin Publications

Sunday, January 17, 2010

Bila Allah Menduga Kita

BILA ALLAH MENDUGA KITA lebih terperinci tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Ianya berkisar tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.

Kita harus ingat setiap saat Allah SWT akan menduga umatNya dengan berbagai-bagai ujian, tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia, malah di akhirat kelak.

Oleh itu setiap perkara yang datang perlulah ditangani dengan bijak, jangan bertindak terburu-buru dan selebihnya berserah kepada Allah SWT.

- Penulis

KANDUNGAN

Pedahuluan
- Dugaan Hidup
- Kadangkala Dugaan Itu Terlalu Berat Dan Datang Tanpa Diduga
- Kehilangan
- Anda Juga Tidak Pernah Tahu
- Ikuti Kisah Ini
- Sepatutnya Anda Tahu Erti Kehidupan
- Hidup Ini Umpama Dua Permukaan Syiling
- Jangan Khuatir

Bab 1: Berprasangka Baiklah Pada Tuhanmu
- Apakah MaksudNya?
- Makhluk Yang Suka Mengeluh
- Anak Kecil
- Indahnya Ciptaan
- Bermula Pada Prasangka
- Memperlekehkan Perkara Dengan Menenggelamkan Isunya
- Memperlekehkan Pemberian Sama Seperti Memperlekehkan Pemberinya
- Jangan Berprasangka Buruk Sesama Insan, Apa Lagi Dengan Allah SWT
- Pelajaran Dari Perang Uhud
- Seandainya...
- Tiga Langkah Luar Biasa
- Mari Buat Perbandingan
- Bagaimana Caranya Untuk Tidak Bersikap Lemah?
- Ketika Tidak Ada Lagi Andaian
- Kisah Thomas Alfa Edison
- Jauhilah Berandaian Dan Anda Akan Lebih Bahagia
- Sikap Reda Dan Kebahagiaan
- Menikmati Kesusahan
- Hilangkan Beban Atau Melipatgandakannya?
- Tidak Perlu Bersedih, Semua Yang Terjadi Adalah TakdirNya

Bab II: Iman Terhadap Takdir
- Mengapa Takdir?
- KetetapanNya Merupakan Kepastian
- Mimpi Ditampar?
- Kisah Seorang Pengembara
- Semua Yang DitentukanNya Baik
- Jangan Salah Takdir
- Generasi Awal
- Ini Juga Takdir!
- Sederhana Dalam Memahami Takdir
- Wajib Berusaha
- Rezeki Datang Dengan Usaha
- Bermallah Dan Serahkan Hasilnya Pada Allah
- Jangan Bertawakal Pada Matamu
- Orang Yang Hidup Tanpa Tangan
- Mereka Yang Hidup Tanpa Tangan Dan Kaki!
- Apa Manfaat Takdir?
- Dua Jenis Takdir
- Supaya Kamu...
- Agar Kamu Tidak Bersedih
- Mengapa Bersedih?
- Supaya Tidak Terlalu Gembira
- Sentiasa Bersikap Sederhana
- Nasihat Imam Ali R.A.
- Boleh Jadi Kamu Menyukai Sesuatu
- Kesenangan Yang Membawa Keburukan
- Kaya Dan Terkenal, Tapi Mati Secara Tragik
- Padahal Itu Baik Bagimu
- Penjelasan Ibnu Qayyim
- Anda Masih Ragu-Ragu?
- Keadaan Dan Perasaan TerhadapNya
- Kesedihan Hanya Menyulitkan Keadaan
- Allah SWT Menggantinya

Bab III: Agar Anda Selalu Menang Dan Bahagia
- Apa Lagi Yang Mesti Dilakukan?
- Dua Kunci Kebahagiaan
- Tidakkah Anda Bersyukur Sementara NikmatNya...
- Pandangan Syakirin Tertumpu Pada Nikmat
- Tiga Cara Bersyukur
- Bukankah NikmatNya Begitu Banyak?
- Kunci Yang Kedua
- Mintalah Pertolongan Dengan Allah SWT
- Apakah Musibah Dan Kesukaran Itu Tidak Bermanfaat?
- Kesabaran Nabi Ayub A.S.
- Allah SWT Bersama Orang Yang Sabar
- Kekuatan Mereka Yang Sabar
- Salah Faham Terhadap Makna Sabar
- Satu Anugerah Yang Besar
- Di Mana Had Kesabaran?
- Buah Kesabaran
- Masihkah Anda Tercari-Cari Kunci Kebahagiaan?
- Sikap Berlawanan Yang Menghancurkan
- Putus Asa Dari RahmatNya
- Tiada Alasan Untuk Berputus Asa
- Putus Asa Dan Tiadanya Keimanan
- Lihatlah Mereka Di Sekeliling Anda
- Berasa Aman Dari Tipu DayaNya
- Berhati-Hati Terhadap Perkara Ini
- Adakah Mereka Merasa Aman Dari Tipu DayaNya?
- Istidraj
- Apakah Ini Hanya Berlaku Pada Mereka Yang Kafir Saja?
- Rahsia Takutnya Orang-Orang Beriman
- Agar Kita Mampu Bersyukur Dan Bersabar
- Jangan Terlalu Mengharap
- Berpandangan Positif
- Mengingat Dan Meningkatkan Nilai Nikmat
- Minta KepadaNya Agar Diberi Kesabaran Dan Rasa Syukur
- Sekiranya Anda Tidak Sabar
- Bersabarlah Sebelum Sabar Itu Menjadi Sia-Sia
- Raikanlah Khabar Gembira Ini
- Bagi Seorang Mukmin, Takdir Yang Buruk Adalah Takdir Yang Baik
- Tidak Kira Jika Sekiranya Anda Berdosa
- Ganjaran Atas Dugaan
- Lihatlah Rasulullah SAW Tersenyum
- Bahkan Dia Memberi Ganti Di Dunia Ini
- Jangan Cuma Bersabar, Bersyukurlah!

Harga = RM19.90 (Sem) RM22.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 189
Penulis = Syed Alwi Alatas
Penerbit = Must Read Sdn. Bhd.

Tuesday, December 1, 2009

Rahsia Bisnes Rasulullah

12 Rahsia Kejayaan Rasulullah Memimpin Dan Membangun Empayar Bisnes Yang Sentiasa Untung Sepanjang Perniagaan Yang Dijalankan

Nabi Muhammad S.A.W. adalah prototaip anak muda yang tidak diam dan mengalah. Baginda adalah anak muda yang berfikir dan bertindak membuktikan kepada dunia; bahawa orang lahir dalam keadaan miskin dan yatim piatu, juga berhak dan boleh berhasil dan kaya; bahawa orang yang lahir dengan tidak mempunyai modal materi seperti Baginda juga boleh menjadi orang terkaya; bahawa Baginda tidak mampu membaca dan menulis (ummy) bukanlah menjadi penghalang untuk menjadi berjaya-kaya dan sejahtera. Anda ingin kaya-berjaya dalam berniaga seperti Nabi Muhammad S.A.W.? Terutama dalam hal menghilangkan rasa rendah diri, diam diam dan malas? Buku ini jawabannya. Dahsyat dan luar biasa.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bahagian Pertama: Rahsia Bisnes Rasulullah
- Rahsia Bisnes Pertama: Menjadikan Bekerja Sebagai Ladang Menjemput Syurga
- Rahsia Bisnes Kedua: Dalam Dunia Bisnes Kejujuran Dan Kepercayaan Tak Boleh Ditawar Sama Sekali
- Rahsia Bisnes Ketiga: Bukan Hanya Boleh Mimpi, Tapi Harus Mampu Mewujudkan Mimpi Itu
- Rahsia Bisnes Keempat: Berfikir Visioner, Kreatif, Dan Siap Menghadapi Perubahan
- Rahsia Bisnes Kelima: Rasulullah Memiliki Planning Dan Goal Setting Yang Jelas
- Rahsia Bisnes Keenam: Pintar Mempromosikan Diri
- Rahsia Bisnes Ketujuh: Membayar Gaji Pekerja Sebelum Kering Keringatnya
- Rahsia Bisnes Kelapan: Mengetahui Rumus 'Bekerja Dengan Cerdas'
- Rahsia Bisnes Kesembilan: Mengutamakan Sinergisme
- Rahsia Bisnes Kesepuluh: Berbisnes Dengan Cinta
- Rahsia Bisnes Kesebelas: Pandai Bersyukur Dan Mengucapkan Terima Kasih
- Rahsia Bisnes Keduabelas: Be The Best! Menjadi Manusia Paling Bermanfaat
- Penutup Sekaligus Pengantar Buku Ketiga: Sekali Lagi Tentang Trusty Atau Amanah

Bahagian Kedua: Kapsul-Kapsul 'Motivasi Bisnes' Dari Rasulullah

Harga = RM24.00 (Sem) RM27.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 179
Penulis = Prof. Dr Laode M Kamaluddin, Pakar Ekonomi Antarabangsa Dan CEO Syarikat Global Eco Rescue Ltd
Pengantar = Anif Sirsaeba, MBQ, Pengerusi Majlis Ta'lim Wisata Ruhani, Pondok Basmala
Penerbit = Alam Raya Enterprise

Monday, June 22, 2009

Cerita-Cerita Motivasi Untuk Ibadah Haji & Umrah

Setiap Muslim sejati pasti memiliki impian menjejakkan kaki ke tanah suci. Namun, perjalanan ke tanah suci tidak sama dengan perjalanan ke mana-mana destinasi di dunia ini. Ia adalah satu perjalanan yang lebih agung, lebih getir dan penuh dengan cabaran. Ia adalah satu pengembaraan rohani yang besar nilainya. Oleh itu, kita perlukan lebih dari sekadar keinginan bagi melalui pengembaraan itu.

Cerita-Cerita Motivasi Untuk Ibadah Haji Dan Umrah menghimpunkan cerita-cerita dan kisah teladan menarik berkaitan ibadah haji dan umrah bagi tatapan bakal jemaah haji dan umrah. Cerita-cerita dan kisah teladan ini digarap sebaik mungkin bagi menimbulkan keghairahan, semangat, motivasi, rasa cinta dan rasa rindu kepada tanah suci di hati bakal-bakal haji dan umrah. Khazanah cerita-cerita berkaitan tanah suci sejak dulu sehingga kini dibongkar dan dihidangkan dalam satu kompilasi yang berada di tangan anda ini. Tidak rugi anda memiliki buku ini.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Kaabah Bangunan Paling Hebat Di Dunia
- Kaabah Sentiasa Dalam Pemeliharaan Allah
- Meninggalkan Isteri Dan Anak Di Padang Pasir Tandus
- Mekah Sumber Air Terbaik Di Dunia (Air Zamzam)
- Zamzam, Hidangan Mereka Yang Beriman
- Makam Ibrahim Mengimbau Keimanan Dan Ketekunan Ibrahim Membina Kaabah
- Makam Ibrahim Dan Tanda Kehebatan Allah
- Makam Ibrahim Yang Dipelihara Allah
- Jabal Nur Dan Wahyu Pertama
- Masa Mengerjakan Haji Sudah Tiba
- Bacalah Talbiah Dengan Penuh Bersemangat
- Bukit Uhud Dan Imbauan Pada Pengorbanan Sahabat
- Perang Uhud Dan Nusaibah
- Umar Dan Hajar Aswad
- Cerita Di Sebalik Bermalam Di Muzdalifah, Melontar Jamrah Dan Korban
- Imej Ibrahim Dan Ismail Di Dalam Kaabah
- Osman Bin Talhah Pemegang Kunci Kaabah
- Bukit Uhud, Kehebatan Petunjuk Allah Dan Anak Abu Jahal
- Misi Perang Selepas Mengerjakan Umrah
- Khutbah Arafah Dan Jaminan Islam Pada Hak Wanita
- Abullah Bin Umar, Musim Haji Dan Mati Syahid
- Masjid Qiblatain, Masjid Dua Kiblat
- Masjid Quba' Masjid Pertama Dalam Sejarah Umat Muhammad
- Tanah Perkuburan Baqi' Dan Makam Uthman
- Kelebihan Masjid Nabi Muhammad
- Jenazah Nabi Muhammad Sentiasa Dalam Pemeliharaan Allah
- Mimpi Yang Mengubah Tabiat Buruk Dalam Diri
- Muzdalifah Dan Arafah Pada Abad Ke-12
- Hari-Hari Terawal Ibnu Batutah Di Mekah
- Menunaikan Haji Sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka
- Catatan Ahli Jemaah Haji Dari Itali Pada Abad Ke-16
- Jemaah Haji Melayu Abad Ke-17, 18 Dan 19
- Catatan Haji Saintis Spanyol Pada Tahun 1807
- Raja Ahmad Membuat Wakaf Di Mekah
- Pelayaran Haji Munsyi Abdullah, Bukan Sekadar Muntah Dilambung Ombak
- Lima Peratus Jemaah Haji Melayu Pada 1877
- Pelayaran Haji Sultan Zainal Abidin III pada 1913
- Haji Mengubah Persepsi Perkauman Malcolm X
- Saida Miller Khalifa Di Rumah Tumpangan Haji Thakafi
- Selepas Tiga Tahun Peluk Islam Michael Wolfe Mengerjakan Haji
- Berdoalah Kepada Allah
- Azan Bukan Sekadar Didengari
- Penggambaran TV Realiti Di Mekah
- Mimpi Anak Tersenyum
- Jual Kereta Bagi Mengerjakan Mekah
- Meronta Dalam Pelukan Pekedai
- Tolong Bawa Balik Ketam
- Jumlah Yang Sama
- Siapa Pemilik Mekah, Allah Ataupun...?
- Allah Cukupkan Perbelanjaan

Harga = RM14.50 (Sem) RM17.50 (Sab/Swk)
Mukasurat = 118
Penulis = Khair Abd. Salam & Zulkifli Khair
Penerbit = PTS Millennia

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...