Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Sunday, January 27, 2013

Khutbah Terakhir Rasulullah

"Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada yang terus mendengar dariku..."

Sebuah bait patah daripada Rasulullah SAW di dalam khutbah terakhir baginda. Sabda baginda ini seolah-olah meniup sebuah harapan untuk penulis bagi meneroka apa mesej yang tersembunyi di dalam 'Khutbah Terakhir' ini kerana Nabi mengharapkan supaya semakin lama, semakin ramai yang lebih memahami isi khutbah terakhir baginda ini. Apakah mesej tersirat di dalamnya?

Lalu, penulis cuba selami dan perincikan ayat demi ayat di dalam lembaran khutbah bersejarah ini. Hasilnya, subhanallah... begitu lengkap! Dalam satu khutbah yang ringkas, baginda Nabi mendidik dan menyimpulkan kepada kita tentang persoalan akidah, ibadah, muamalat, munakahat, akhlak dan banyak lagi. Maka benarlah sabda baginda.

Khutbah terakhir Rasulullah SAW ini adalah ibarat sebuah rumusan bagi ajaran Islam yang baginda sebarkan selama 23 tahun. Kesemuanya dikumpulkan di dalam sebuah khutbah. Buku ini digarap berpandukan rujukan-rujukan yang masyhur dan diselitkan kisah-kisah tauladan umat terdahulu sebagai contoh huraian yang lebih jelas dan 'mesra pembaca'. Selain itu, sepanjang bab para pembaca akan disentuh kalbunya agar kembali menyulam benih-benih cinta buat Rasulullah SAW dan segala keperibadian mulia baginda terserlah melalui khutbah terakhir ini. Di akhir bacaan, insya-Allah pembaca akan dapat merasakan perasaan cinta yang maha agung buat Rasulullah SAW dan akan lebih memahami khutbah terakhir Rasulullah SAW ini serta keajaiban yang ada di dalamnya. Mudah-mudahan...

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Bab 1: Takdir Hak Abadi Allah SWT
  • Bab 2: Ketekunan Dan Kewajipan Berdakwah
  • Bab 3: Silaturahim Ukhuwah Suci
  • Bab 4: Kematian Itu Pasti
  • Bab 5: Bahaya Riba
  • Bab 6: Syaitan: Musuh Yang Nyata
  • Bab 7: Kerukunan Rumah Tangga
  • Bab 8: Kedaulatan Rukun Islam
  • Bab 9: Takwa, Sebaik-Baik Bekal
  • Bab 10: Wasiat Penyelamat
Harga = RM18.00 (Sem) RM21.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 133
Penyusun = Ibnu Rijal
Penerbit = Must Read Sdn. Bhd.

Monday, January 21, 2013

Mukjizat Rasulullah SAW - 40 Kisah Motivasi

"Allah SWT tidak pernah memberikan suatu mukjizat kepada sesiapa pun dalam kalangan nabi-nabi melainkan Allah SWT akan memberikannya juga kepada Nabi kita Muhammad SAW mukjizat yang sama tarafnya atau yang lebih hebat daripadanya atau yang hampir sama dengannya. Allah berfirman, maksudnya: Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. ~ Surah al-Hadid 57: ayat 21

Oleh sebab itu, buku ini mengandungi sejumlah mukjizat, yang dipilih daripada pelbagai mukjizat yang berlaku kepada Nabi SAW iaitu sebaik-baik manusia. Saya memilihnya daripada ribuan mukjizat yang terkandung di dalamnya pelbagai keajaiban dan pengajaran, yang dapat memenuhi hati orang yang beriman, rasa agung dan rasa cinta kepada pemimpin seluruh manusia. ~ Penulis

KANDUNGAN
  • Mukjizat 1: Bulan Terbelah
  • Mukjizat 2: Pohon Kayu Tunduk Kepada Perintah Rasulullah SAW
  • Mukjizat 3: Penyaksian Pohon Terhadap Kerasulan Nabi SAW
  • Mukjizat 4: Unta Sujud Kepada Rasulullah SAW
  • Mukjizat 5: Perbualan Rasulullah SAW Dengan Musuh Allah
  • Mukjizat 6: Percakapan Kijang Dan Penyaksiannya Terhadap Kerasulan Nabi Muhammad SAW
  • Mukjizat 7: Penyaksian Biawak Pasir Terhadap Kerasulan Nabi SAW
  • Mukjizat 8: Pemberitahuan Nabi SAW Kepada Ummu Waraqah Bahawa Dia Akan Mati Syahid
  • Mukjizat 9: Percakapan Serigala Dan Penyaksian Tentang Kerasulan Nabi Muhammad SAW
  • Mukjizat 10: Angkatlah, Kamu Laksana Kapal
  • Mukjizat 11: Penyaksian Seorang Bayi Terhadap Kerasulan Nabi Muhammad SAW
  • Mukjizat 12: Makanan Bertasbih Dan Air Memancar Daripada Jari-Jemari Nabi SAW
  • Mukjizat 13: Tasbih Anak Batu Di Telapak Tangan Nabi SAW
  • Mukjizat 14: Rintihan Batang Pohon Kurma Yang Rasulullah SAW Berkhutbah Di Sampingnya
  • Mukjizat 15: Bau Harum Setiap Jalan Yang Dilalui Baginda SAW, Batu Dan Pohon Kayu Sujud Kepadanya
  • Mukjizat 16: Air Kumuran Rasulullah SAW Lebih Harum Daripada Kasturi
  • Mukjizat 17: Baginda SAW Melihat Para Sahabat Di Belakangnya
  • Mukjizat 18: Rasulullah SAW Dapat Melihat Di Dalam Gelap
  • Mukjizat 19: Abu Tholhah Al-Ansari r.a Mengundang Rasulullah SAW Makanan
  • Mukjizat 20: Sedulang Sajian Yang Ditambah Dari Langit
  • Mukjizat 21: Undangan Abu Ayyub Al-Ansari r.a.
  • Mukjizat 22: Keberkatan Kambing Yang Dibeli Rasulullah SAW
  • Mukjizat 23: Kurma Berbuah Pada Tahun Ditanam
  • Mukjizat 24: Undangan Rasulullah SAW Untuk Menikmati Susu Yang Sedikit
  • Mukjizat 25: Hilang Rasa Lapar Daripada Sayidah Fatimah
  • Mukjizat 26: Kejadian Mukjizat Di Dalam Kantung Abu Hurairah r.a.
  • Mukjizat 27: Keberkatan Peninggalan Rasulullah SAW
  • Mukjizat 28: Keberkatan Gandum Pemberian Rasulullah SAW
  • Mukjizat 29: Berlaku Keramat Kepada Utusan Rasulullah SAW
  • Mukjizat 30: Keramat Ummu Syuraik Ketika Berhijrah Menemui Rasulullah SAW
  • Mukjizat 31: Mukjizat Pada Dua Bekas Air Dengan Berkat Doa Rasulullah SAW
  • Mukjizat 32: Allah Makbulkan Doa Diturunkan Hujan
  • Mukjizat 33: Muncul Keberkatan Pada Tunggangan Jabir r.a.
  • Mukjizat 34: Rasulullah SAW Mengalahkan Rukanah Ahli Gusti Terhandal
  • Mukjizat 35: Memberitahu Si Penanya Soalan Yang Akan Ditanya
  • Mukjizat 36: Memberitahu Musibah Yang Bakal Menimpa Uthman r.a.
  • Mukjizat 37: Mukjizat Kenabian pada 'Utbah Bin Farqad r.a.
  • Mukjizat 38: Mukjizat Kenabian Pada Wajah Qatadah Bin Milhan r.a.
  • Mukjizat 39: Doa Rasulullah SAW Untuk 'Urwah Al-Bariqi r.a.
  • Mukjizat 40: Doa Nabi SAW Dihilangkan Kesejukan Jemaah Masjid Nabawi
  • Mukjizat 41: Doa Nabi SAW Untuk Suami Isteri Agar Bermesra Dan Berkasih Sayang
  • Mukjizat 42: Doa Nabi SAW Ke Atas Orang Yang Makan Dengan Tangan Kiri
  • Mukjizat 43: Balasan Terhadap Orang Tidak Beradab Ketika Mendengar Sabdanya
  • Mukjizat 44: Doa Nabi SAW Ke Atas Orang Yang Berdusta Atas Namanya
  • Mukjizat 45: Berkat Rambut Rasulullah SAW
  • Mukjizat 46: Syurga Tidak Layak Untuk Penderhaka
  • Mukjizat 47: Pereka Hadis Palsu Menempah Tempat Di Neraka
Harga = RM24.00 (Sem) RM26.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 193
Penerbit - PSN Publications Sdn Bhd

Wednesday, December 12, 2012

Q & A Bersama Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Jilid 2

Buku Q & A BERSAMA DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI JILID 2 ini diterbitkan bagi menyelesaikan pelbagai  persoalan dan kemusykilan berkaitan agama dan kehidupan individu dan masyarakat masa kini.

Buku ini merupakan saluran informasi ilmu agama dan hal ehwal kehidupan harian. Perbahasan buku ini menyingkap tentang pelbagai persoalan agama dan kehidupan berserta dengan jawapan yang bersumberkan rujukan yang autentik dan mudah difahami pembaca.

Keistimewaan dan kelebihan buku ini ialah ia mengandungi sembilan bab penting yang menyentuh tentang aspek kehidupan individu dan masyarakat yang meliputi keseluruhan bidang agama.

Semoga buku ini dijadikan sebagai rujukan dan panduan oleh individu dan masyarakat dalam mempertingkatkan kefahaman dan pengetahuan agama serta memberi impak yang besar dalam kehidupan demi menggapai kebahagiaan dan keredhaan Ilahi di dunia dan di Akhirat.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Bab Pertama - Akidah
  2. Bab Kedua - Kelompok Dan Ajaran
  3. Bab Ketiga - Fiqah
  4. Bab Keempat - Tasawuf
  5. Bab Kelima - Tafsir
  6. Bab Keenam - Hadis Dan Mustolah Hadis
  7. Bab Ketujuh - Sirah Dan Sejarah
  8. Bab Kelapan - Usul Fiqah Dan Kaedah-Kaedah Fiqah
  9. Bab Kesembilan - Masalah-Masalah Umum
 * Q & A Bersama Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Jilid 1
Harga = RM27.00 (Sem) RM30.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 272
Penulis = Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Penerbit = PSN Publications Sdn. Bhd.

Thursday, November 22, 2012

Keajaiban Firasat: 63 Kisah Pengubat Jiwa

Sesungguhnya, sangat banyak kisah orang soleh yang disebutkan dalam banyak tulisan para ulama. Buku ini menghimpunkan 63 kisah sahaja daripada sejumlah banyak kisah tersebut sebagai tafa'ul (mengambil berkat) dengan usia 63 tahun Rasulullah S.A.W wafat. Semoga hati-hati ini akan lebih mencintai Rasulullah S.A.W dan orang yang soleh terutama sekali dalam bulan Rabi' al-Anwar ini.

- Penulis

KANDUNGAN
  • Kisah 1: Keadilan Tuhan
  • Kisah 2: Menguji Tuhan
  • Kisah 3: Doa Yang Menggetarkan Jiwa
  • Kisah 4: Jasa Seutas Rantai
  • Kisah 5: Saiyidina Umar Dan Budak Kecil Pengembala Kambing
  • Kisah 6: Kasih Sayang Allah S.W.T Melebihi Kasih Sayang Seorang Ibu
  • Kisah 7: Alangkah Untungnya Jika Akulah Mayat Itu
  • Kisah 8: Cucu Rasulullah S.A.W Makan Bersama Orang Miskin Dan Kanak-Kanak
  • Kisah 9: Kebijaksanaan Cucu Rasulullah S.A.W
  • Kisah 10: Ketinggian Adab Penuntut Ilmu
  • Kisah 11: Botol Berisi Air
  • Kisah 12: Roti Dan Anjing
  • Kisah 13: Lari Dari Neraka
  • Kisah 14: 'Alqamah Dan Ibunya
  • Kisah 15: Garis Hitam Di Bahu
  • Kisah 16: Api Itu Milik Kaum Muslimin
  • Kisah 17: Akhlak Mulia Umar Bin Abdul Aziz
  • Kisah 18: Balasan Mencela Ibu Bapa
  • Kisah 19: Karamah Abu Muslim Al-Khulani
  • Kisah 20: Burung Yang Patah Sayapnya
  • Kisah 21: Berfikir Sebelum Membuat Maksiat
  • Kisah 22: Berhutang Untuk Orang Lain
  • Kisah 23: Sebab Doa Tidak Dimakbulkan
  • Kisah 24: Di Mana Kampung Paling Dekat
  • Kisah 25: Imam Malik Memuliakan Rasulullah S.A.W
  • Kisah 26: Malaikat Menyerupainya Mengerjakan Haji
  • Kisah 27: Perbicaraan Dengan Ayat Al-Quran
  • Kisah 28: Semalam Aku Ke Makkah
  • Kisah 29: Membatalkan Puasa Sunat Demi Doa Seorang Muslim
  • Kisah 30: Keajaiban Firasat Kekasih Allah S.W.T
  • Kisah 31: Lengan Baju Kanan Yang Sempit
  • Kisah 32: Buah Dan Talaq
  • Kisah 33: Memuliakan Nama Allah S.W.T
  • Kisah 34: Tip Khusyuk Dalam Solat
  • Kisah 35: Imam Ahmad Dan Seorang Pekerja Buruh
  • Kisah 36: Penduduk Baghdad Menguji Imam Bukhari
  • Kisah 37: Beristighfar Selepas Menyebut Alhamdulillah
  • Kisah 38: Meludah Ke Arah Kiblat
  • Kisah 39: Akibat Makan Harta Orang Lain Tanpa Izin
  • Kisah 40: Keningnya Dicium Rasulullah S.A.W
  • Kisah 41: Jangan Tunda Berbuat Kebaikan
  • Kisah 42: Kemuliaan Imam Ghazzali
  • Kisah 43: Nilai Ikhlas Dan Siddiq (Benar) Dalam Menyampaikan Ilmu
  • Kisah 44: Salim Bin Abdullah Dan Khalifah
  • Kisah 45: Kedua-Dua Matanya Pernah Melihat Imam An-Nawawi
  • Kisah 46: Dunia Penjara Bagi Mukmin Dan Syurga Bagi Kafir
  • Kisah 47: Nur Huruf
  • Kisah 48: Keajaiban Firasat Imam Al-Haddad
  • Kisah 49: Menjadi Tetamu Rasulullah S.A.W
  • Kisah 50: Pemuda Ahli Kasyaf
  • Kisah 51: Terpaksa Meninggalkan Wirid
  • Kisah 52: Akhlak Mulia
  • Kisah 53: Allah Melihatku
  • Kisah 54: Kekayaan Yang Tidak Disedari
  • Kisah 55: Rumah Sujud
  • Kisah 56: Keutamaan Sedekah
  • Kisah 57: Nafsu Selalu Suka Kepada Yang Dilarang Allah S.W.T
  • Kisah 58: Manusia Sebenar
  • Kisah 59: Selawat Yang Diterima
  • Kisah 60: Kiriman Pahala
  • Kisah 61: 'Abid Dan Tukang Kasut
  • Kisah 62: Sukar Mimpi Berjumpa Rasulullah S.A.W
  • Kisah 63: Ya Rasulullah... Kami Merinduimu...
Harga = RM19.00 (Sem) RM21.00 (Sab/SWK)
Mukasurat = 192
Penulis = Muhadir Haji Joll
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
 

Monday, November 19, 2012

Fitnah Terhadap Sahabat Rasulullah - Merungkai Kontroversi, Menyingkap Realiti

Perpecahan umat Islam berlaku sejak lebih 700 tahun yang lampau. Ahli Sunnah Waljamaah, Syiah, Khawarij dan sebagainya muncul pada zaman itu. Semuanya didakwa berpunca daripada kelemahan pemerintahan Khalifah Uthman berbanding pemerintahan Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar yang menyebabkan beliau dibunuh. Perlantikan Saidina Ali sebagai khalilfah bertambah kritikal apabila berlaku konflik antara pengikut Saidina Ali dengan pengikut Muawwiyah dan diikuti perang antara kedua belah pihak dan perang dengan Saidatina Aishah.

Pertelingkahan antara sahabat turut mengheret umat Islam dalam pertelingkahan pandangan pada zaman ini.

Buku ini mendedahkan:
  • Keutamaan dan kelebihan para sahabat Rasulullah S.A.W.
  • Kaedah memahami Al-Quran dan hadis, serta cara menilai sebuah hadis.
  • Cara dan kaedah menapis sumber sejarah daripada buku-buku sejarah.
  • Bagaimana memahami situasi yang berlaku dan ijtihad para sahabat pada masa itu.
  • Mengenali musuh Islam yang melaga-laga sesama Islam.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Bab 1: Al-Quran Memartabatkan Para Sahabat
  • Bab 2: Sunnah Memartabatkan Para Sahabat
  • Bab 3: Percanggahan Antara Islam Dengan Rekod Sejarah
  • Bab 4: Kekeliruan Fakta Sejarah
  • Bab 5: Sejarah Pembunuhan Saidina Uthman Bin Affan
  • Bab 6:  Peperangan Sahabat Antara Ahli Sunnah Dengan Syiah
  • Bab 7: Pendirian Ahli Sunnah Dalam Pertelingkahan Para Sahabat
Harga = RM15.00 (Sem) RM17.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 161
Penulis = Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Ph.D.
Penerbit = PTS Islamika Sdn. Bhd.

Sunday, October 21, 2012

Perjanjian Hudaibiyah

Bertitik tolak daripada mimpi Rasulullah SAW, baginda bersama 1,400 orang Islam Madinah menuju ke Makkah bagi mengerjakan ibadat umrah. Kaum Musyrikin Makkah yang tidak gembira dengan khabar kedatangan rombongan umat Islam dari Madinah, sudah sedia menunggu dengan senjata terhunus. Saiyidina Uthman bin Affan dihantar bagi berunding, namun tersebar pula berita yang beliau tewas di tangan musuh.

Demi sebuah perdamaian, kedua-dua pihak akhirnya bersetuju mengikat perjanjian yang dilihat memihak kepada Musyrikin Makkah. Namun, hakikatnya ia mengandungi seribu hikmah buat umat Islam.

Perjanjian Hudaibiyah adalah perjanjian sebelas syarat yang sebenarnya membuktikan ketenangan dan kebijaksanaan seorang utusan Allah.

- Penerbit

"Wahai orang beriman! Sekiranya kamu menolong (agama) Allah,
nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."
(Surah Muhammad, ayat 7)

KANDUNGAN
  • Bab 1: Benci Bertukar Sayang
  • Bab 2: Pakatan Membunuh Rasulullah
  • Bab 3: Percubaan Membunuh Abu Sufian
  • Bab 4: Mimpi Rasulullah
  • Bab 5: Berangkat Ke Makkah
  • Bab 6: Bersedia Bagi Berperang
  • Bab 7: Teruskan Perjalanan
  • Bab 8: Tentera Berkuda Quraisy
  • Bab 9: Tempat Bernama Hudaibiyah
  • Bab 10: Saat-Saat Cemas
  • Bab 11: Serba Salah
  • Bab 12: Utusan Damai
  • Bab 13: Siapa Lebih Cerdik
  • Bab 14: Maafkan Mereka
  • Bab 15: Utusan Rasulullah
  • Bab 16: Sumpah Bai'atul Ridhwan
  • Bab 17: Utusan Damai Quraisy
  • Bab 18: Termeterai Perjanjian Hudaibiyah
  • Bab 19: Abu Jandal
  • Bab 20: Umar Al-Khattab Meluah Perasaan
  • Bab 21: Mukjizat Rasulullah
  • Bab 22: Mereka Adalah Pahlawan
  • Bab 23: Umrah Al-Qadak
  • Bab 24: Petunjuk
Harga = RM24.00 (Sem) RM27.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 251
Penulis = Abdul Latip Talib
Penerbit = PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Saturday, October 20, 2012

Muhammad Bukan Nasionalis - Ajaran Nabi Muhammad Melintasi Sempadan Negara Dan Bangsa

Sesungguhnya kehadiran Islam merupakan rahmat kepada segenap umat manusia serta jalan keselamatan bagi mereka yang mendambakan kebahagiaan hakiki. Semangat Islam adalah semangat pengabdian (ibadah dan ubudiyah) kepada Allah serta jalan hidup yang lurus di atas nilai-nilai keadilan, perdamaian, keluhuran dan kasih sayang.

Rasulullah S.A.W. yang diutus membawa risalah Islam berperibadi luhur dan berakhlak mulia. Baginda manusia sempurna (insan kamil) yang menjadi teladan kebaikan bagi semesta alam. Allah mengutus Nabi Muhammad sebagai rahmat-Nya kepada seluruh umat manusia agar mereka mencontohi baginda dalam menjalani hidup di dunia ini dengan kebenaran Muhammad bukanlah seorang yang memperjuangkan bangsa mahupun negara.

Baginda memperjuangkan nilai-nilai iman dan Islam yang bersifat universal dan berjuang untuk membangunkan peradaban kehidupan Islam. Perjuangannya menembusi sempadan bangsa dan negara. Syariat Islam yang diserukannya juga sentiasa sahih dan selaras dengan realiti zaman dan tempat.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Bab 1: Al-Quran Panduan Hidup Manusia
  2. Bab 2: Agama Islam Bukti Rahmat Allah Kepada Manusia
  3. Bab 3: Syariat Islam Penyelesai Masalah Bagi Kehidupan Manusia
  4. Bab 4: Rasulullah Diutus Untuk Kemanusiaan Universal
  5. Bab 5: Rasulullah Berjuang Untuk Membangunkan Peradaban
  6. Bab 6: Jejak Perjuangan Rasulullah Menegakkan Keuniversalan Islam
  7. Bab 7: Gerakan Islam Melintasi Semppadan Negara Dan Bangsa
Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 326
Penulis = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat & Azrul Hakim Suradi
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Friday, October 19, 2012

Q & A Bersama Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Buku Q & A BERSAMA DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI ini diterbitkan bagi menyelesaikan pelbagai  persoalan dan kemusykilan berkaitan agama dan kehidupan individu dan masyarakat masa kini.

Buku ini merupakan saluran informasi ilmu agama dan hal ehwal kehidupan harian. Perbahasan buku ini menyingkap tentang pelbagai persoalan agama dan kehidupan berserta dengan jawapan yang bersumberkan rujukan yang autentik dan mudah difahami pembaca.

Keistimewaan dan kelebihan buku ini ialah ia mengandungi sembilan bab penting yang menyentuh tentang aspek kehidupan individu dan masyarakat yang meliputi keseluruhan bidang agama.

Semoga buku ini dijadikan sebagai rujukan dan panduan oleh individu dan masyarakat dalam mempertingkatkan kefahaman dan pengetahuan agama serta memberi impak yang besar dalam kehidupan demi menggapai kebahagiaan dan keredhaan Ilahi di dunia dan di Akhirat.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Bab Pertama - Akidah
  2. Bab Kedua - Pegangan Dan Anutan
  3. Bab Ketiga - Fiqh
  4. Bab Keempat - Tasawuf
  5. Bab Kelima - Tafsir
  6. Bab Keenam - Hadis Dan Mustolah Hadis
  7. Bab Ketujuh - Sirah Dan Sejarah
  8. Bab Kelapan - Usul Fiqh Wa Qawaid Al-Fiqhiyyah
  9. Bab Kesembilan - Masalah-Masalah Umum (Al-Masail Al-Ilmiah)
* Q & A Bersama Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Jilid 2

Harga = RM27.00 (Sem) RM30.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 358
Penulis = Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Penerbit = PSN Publications Sdn. Bhd.

Saturday, January 7, 2012

Muhammad Rasul Terakhir Jilid 1 & 2

KANDUNGAN Jilid 1
KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD DI MAKKAH
  • Kelahiran Nabi Terakhir
  • Di Perkampungan Bani Sa'd
  • Dari Kecil Hingga Dewasa
  • Tiga Tahun Pertama Kerasulan
  • Berdakwah Secara Terbuka
  • Rintangan Dalam Berdakwah
  • Tiga Tahun Dipulau
  • Mencari Sokongan Di Luar Makkah
  • Isra' Dan Mi'raj
  • Bantuan Dari Madinah
  • Hijrah Pengubah Sejarah


Harga = RM18.50
Mukasurat = 153 (Berwaarna Penuh)
Penyusun = Hairudin Bin Mohamed
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

KANDUNGAN Jilid 2
KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD DI MADINAH
  • Pembinaan Asas Sebuah Negara
  • Peperangan Badar Al-Kubra
  • Peperangan Bani Qainuqa'
  • Peperangan Uhud
  • Peperangan Bani Nadhir
  • Peperangan Ahzab
  • Peperangan Bani Quraizhoh
  • Berkahwin Dengan Zainab
  • Peperangan Bani Mustholiq
  • Perjanjian Hudaibiah
  • Menggempur Kubu Khaibar
  • Menghadapi Tentera Rom; Kuasa Besar Dunia
  • Mennguasai Makkah Tanpa Mencemari Kehormatannya
  • Pengajaran Di Hunain
  • Menghadapi Kuasa Besar Dunia
  • Pengisytiharan Kesempurnaan Islam Dan Kewafatan Rasulullah SAW
Harga = RM19.50
Mukasurat = 170 (Berwarna Penuh)
Penyusun = Hairudin Bin Mohamed
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Monday, November 1, 2010

Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin

Mereka adalah khalifah-khalifah yang benar. Mereka mendapat asuhan kepimpinan langsung daripada tangan Rasulullah sendiri. Mereka mewarisi kepimpinan Rasulullah selepas baginda meninggal dunia dan berjaya mentadbir seluruh umat Islam sehingga mencapai kejayaan yang gemilang.

Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin buku pertama yang membahaskan politik dan pemerintahan gaya Khulafa ar-Rasyidin. Turut memuatkan tip dan panduan
  • Bagaimana khalifah-khalifah Rasulullah menjalankan urusan pentadbiran
  • Bagaimana mereka menangani konflik
  • Apa pembaharuan yang mereka lakukan
  • Apa kejayaan-kejayaan yang dicapai sepanjang pemerintahan mereka
- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: Pengenalan
BAB 2: Keperluan Sistem Khalifah
BAB 3: Khalifah Abu Bakar
BAB 4: Peruntukan Untuk Khalifah
BAB 5: Menghadapi Musuh Negara
BAB 6: Menghadapi Golongan Murtad
BAB 7: Tindakan Abu Bakar
BAB 8: Mengumpul Al-Quran
BAB 9: Kesan Peristiwa Murtad
BAB 10: Kehebatan Panglima Khalid
BAB 11: Mimpi Syurahbil
BAB 12: Sistem Khalifah

Harga = RM16.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 225
Penulis = Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Penerbit = PTS Islamika Sdn. Bhd.

Friday, June 4, 2010

Fiqh Sirah - Siri 1 & 2


Saya telah bersungguh-sungguh untuk memberikan para pembaca gambaran sebenar tentang sirah Rasulullah S.A.W.. Saya juga berusaha menonjolkan hikmah dan tafsiran kepada sesuatu peristiwa yang berlaku. Kemudian saya biarkan hakikat-hakikat yang ditonjolkan itu memberi kesan kepada jiwa pembaca tanpa sebarang tokok tambah atau muslihat.

- Penulis



KANDUNGAN 1 & 2


Bab 1: Kerasulan Dan Pemimpin
Bab 2: Dari Keputeraan Sehingga Kerrasulan
Bab 3: Jihad Dakwah
Bab 4: Hijrah Yang Menyeluruh
Bab 5: Asas-Asas Pembinaan Masyarakat
Bab 6: Perjuangan Berdarah
Bab 7: Tahap Baru
Bab 8: Ibu-Ibu Yang Beriman
Bab 9: Teman Tertinggi

Harga Siri 1 = RM35.00
Mukasurat = 1 - 390 (Kulit Keras)
Penulis = Syeikh Muhammad Al-Ghazali
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Harga Siri 2 = RM37.00
Mukasurat = 391 - 842 (Kulit Keras)
Penulis = Syeikh Muhammad Al-Ghazali
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Monday, May 24, 2010

Kisah 25 Rasul Untuk Adik-Adik - Nabi Adam Hingga Nabi Muhammad S.A.W.

Buku ini mengandungi kisah-kisah Nabi bermula dari Nabi Adam A.S. iaitu manusia pertama yang dijadikan Allah hinggalah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. iaitu utusan yang terakhir.

Sebagai seorang Muslim yang mempercayai rukun iman, keyakinan kepada Nabi dan Rasul adalah merupakan salah satu yang wajib diimani. Bagaimana mahu mengimaninya jika kita tidak tahu tentang susur galur kehidupan mereka. Di sini kami persembahkan kisah-kisah Nabi Dan Rasul yang sepatutnya diketahui iaitu seramai 25 orang.

Diharap dengan membaca buku ini anak-anak akan mengenali semua Nabi dan Rasul kita secara ringkas. Ditambah dengan ilustrasi warna yang menarik sudah tentu akan menambahkan lagi minat anak-anak untuk lebih mengetahui isi ceritanya.

Semoga anak-anak dapat mencontohi sikap dan peribadi mulia para Nabi dan Rasul kita yang begitu taat dan setia mengikuti apa sahaja perintah Allah demi menegakkan kebenaran.

- Penerbit

Harga = RM35.00
Mukasurat = 153
Penyusun = Othman Ramli
Penerbit = Sarjana Media Sdn Bhd

Monday, April 5, 2010

Samudera Cinta Sarah Dan Ibrahim Alaihis Salam - Siri Rumah Tangga Para Nabi

Sebagaiman kisah Sarah dan Ibrahim A.S. yang penuh dengan romantika dan perjuangan. Di dalamnya kita boleh menikmati sekaligus merasakan betapa besar gelora perjuangan keluarga mereka dalam membangun peradaban baru berlandaskan Tauhid. Berbagai persoalan keluarga seperti tidak punya anak pada masa yang lama, atau adanya wanita lain dalam rumahtangganya, serta persoalan-persoalan lain, tetapi mereka mampu melaluinya, kerana semua itu ada dalam serambinya cinta. Kecintaan mereka yang besar hanya kepada Allah SWT semata, bagaikan gelombang yang mengheret semua persoalan di dalam serambi cinta mereka, ini menjadikan jalan bagi datangnya keredhaan Allah SWT. Dalam kisah Sarah - Ibrahim A.S. terkandung banyak pengajaran dan keteladanan, buat mereka yang sedang resah dan gelisah, untuk segera melakukan perubahan dan suasana baru dalam rumah tangga mereka.

- Penulis

KANDUNGAN

  1. Rumah Tangga Perjuangan
  2. Berhala
  3. Kegemparan Besar Di Wisma Berhala
  4. Tanda Keagungan Mukjizat
  5. Hancurnya Puncak Kesombongan
  6. Kekuatan Doa Isteri Setia
  7. Puncak Kemuliaan Wanita
  8. Percikan Api Cemburu
  9. Lembah Yang Diberkati
  10. Puncak Keagungan Pengorbanan
  11. Kurnia Berlimpah-Limpah
  12. Syurga Merindukan Mu!
Harga = RM14.00 (Sem) RM17.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 121
Penulis = Ibnu Sahid As-Sundy
Penerbit = Alam Raya Enterprise

Monday, March 29, 2010

Belajar Dari Perang Khandaq - Strategi Mempertahankan Diri

Madinah dikepung. Lebih daripada 10,000 perajurit pasukan bersekutu mengelilingi Madinah. Kaum Muslimin benar-benar terancam! Dari luar, pasukan Quraisy dan sekutunya terus mengintai bak harimau kelaparan sedang mengintai buruannya. Dari dalam Madinah, Yahudi Bani Quraizhah melakukan pengkhianatan, ibarat anjing yang sedia menggigit tuannya. Orang-orang munafik pula seperti gunting dalam lipatan, sedia memanfaatkan peluang jika tiba saatnya. Mereka sama seperti musang berbulu ayam. Zahirnya mukmin, dalamnya menyimpan dendam kesumat membara terhadap Islam.

Demikianlah gambaran ancaman yang menghimpit kaum Muslimin semasa Perang Khandaq. Perang ini berkait rapat dengan serangkai peristiwa yang terjadi sebeluumnya. Peristiwa-peristiwa ini menggambarkan banyak perkara. Selain ketegasan, keberanian dan kecanggihan strategi Nabi Muhammad juga menjelaskan bahawa musuh-musuh Islam tidak akan berhenti merencanakan kejahatan untuk menghapuskan kaum Muslimin. Di sudut lain, kita dapat melihat ketegasan Rasulullah mengalahkan para pengkhianat dan penentang itu.

Apa yang dapat dilihat dalam perang ini?
  • Bantuan Allah dalam perang Khandaq
  • Peranan munafiq dalam perang Khandaq
  • Keadaan kaum Muslimin dalam perang Khandaq
  • Penggunaan Strategi perang yang membawa kepada kemenangan
  • Heroism dalam perang Khandaq
- Penulis

KANDUNGAN

Bab 1: Serangkai Peristiwa Sebelum Pengepungan
Bab 2: Menggali Khandaq Menghalau Ahzab
Bab 3: Operasi Ketenteraan Dan Peristiwa Penting Selepas Pengepungan
Bab 4: Strategi Mempertahankan Diri

Harga = RM18.00 (Sem) RM21.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 285
Penulis = Hepi Andi Bastoni
Penerbit = Rijal Media

Tuesday, March 23, 2010

Sirah Nabawiyyah - Insan Teladan Sepanjang Zaman

Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan pada 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah Bin Abdul Mutallib Bin Hasyim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail A.S. Bin Nabi Ibrahim A.S.. Nabi Muhammad S.A.W. adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh Nabi-Nabi dan umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah S.W.T.. Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad S.A.W.) bergelar "Rahmatal Lil 'Alamin" ertinya "Rahmat bagi seluruh alam".

Rasulullah diberi kitab Al-Quran, diutus oleh Allah untuk seluruh bangsa di dunia ini. Seperti Nabi-Nabi atau Rasul-Rasul Allah terdahulu baginda pun mengajar dan menyeru manusia supaya menyembah Allah. Nabi Muhammad S.A.W. adalah penutup dari sekalian Nabi dan Rasul. Agama Allah yang diwahyukan semenjak Nabi Adam secara bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian Muhammad S.A.W.. Sebab itu tidak akan ada lagi Nabi dan wahyu sesudah baginda.

Buku ini cuba mengupas sirah hayat Rasulullah bermula dari perlantikan baginda sebagai rasul, mukjizat-mukjizat yang membuktikan kerasulan baginda serta penentangan terhadap dakwah Rasulullah S.A.W. yang bertali arus sehingga dapat menubuhkan sebuah negara Madinah yang mementingkan hak muslim dan bukan muslim dijamin dalam sebuah perlembagaan.

- Penulis

Harga = RM35.00 (Sem) RM38.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 513
Penulis = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Nufair Street Sdn Bhd

Monday, March 22, 2010

Belajar Dari Perang Badar

Umumnya, ketika sebuah pasukan perang kembali membawa kemenangan, mereka disambut aneka sanjungan. Berbagai penghargaan dikalungkan di leher mereka. Sungguh berbeza dengan komentar ilahiyah yang turun Pasca Perang Badar. Beberap ayat yang turun justeru tidak banyak memberikan pujian, tapi sarat dengan kritikan dan saranan bernas.

Di sinilah Allah ingin memberikan pengajaran berharga bagi kaum Muslimin. Bahawa, orang yang menang tidak wajar selalu mendapat sanjungan, dan orang yang kalah tidak semestinya dikritik habis-habisan. Ini kerana, sanjungan kerap membuat orang lupa diri, kritikan terkadang membuat orang patah semangat.

Surah Al-Anfal merupakan "Komentar Ilahi" terhadap Perang Badar. Medan Badar memberikan begitu banyak pengajaran. Bukan hanya bagi Nabi SAW dan para sahabat yang hidup pada masa itu, tapi juga bagi kita pada masa kini. Pengajaran paling berharga itu adalah: jangan sampai kemenangan menjadi awal kehancuran lantaran kita lupa daratan.

- Penulis

KANDUNGAN

BAB 1: MADINAH PRA BADAR
a. Membina Masjid Nabawi
b. Menjalin Ukhwah Islamiyah
c. Membuat Perjanjian
d. Menancapkan Kekuatan Ekonomi Madinah
e. Mencanangkan Jihad
f. Syariat Mulai Diturunkan

BAB 2: PERJUANGAN BERDARAH MENJELANG BADAR
a. Perang & Ekspedisi Sebelum Badar
b. Hikmah Di Sebalik Perang & Ekspedisi Sebelum Badar

BAB 3: DARAH MENGALIR DI MEDAN BADAR
- Latar Belakang Pertempuran
- Jumlah Kekuatan Islam Dan Penyusunan Tentera
- Bergerak Menuju Badar
- Pasukan Mekah Bersiap Siaga
- Kekuatan Pasukan Mekah
- Masalah Kabilah-Kabilah Bani Bakr
- Pasukan Mekah Bergerak
- Kafilah Kafir Quraisy Melepaskan Diri
- Pasukan Mekah Berhasrat Pulang
- Posisi Pasukan Kaum Muslimin Serba Sukar
- Majlis Permesyuaratan Tentera Dibentuk
- Rasulullah SAW Melakukan Penyelidikan
- Informasi Terpenting Tentang Pasukan Mekah
- Langit Badar Menurunkan Hujan
- Menguasai Markas Ketenteraan Terpenting
- Membina Kediaman Pemimpin
- Pasukan Mekah Berpecah
- Dua Pasukan Berhadapan
- Pencetus Api Pertempuran
- Pertempuran Besar Meletus
- Rasulullah SAW Memohon Pertolongan Kepada Allah
- Bala Bantuan Dari Langit
- Iblis Melarikan Diri
- Kekalahan Teruk Kaum Musyrikin
- Selayang Pandang Keindahan Iman Di Medan Juang
- Korban Peperangan Dari Dua Pasukan
- Mekah Menerima Berita Kekalahan
- Madinah Menerima Berita Kemenangan
- Bergerak Kembali Ke Madinah
- Pemberian Ucapan Selamat

BAB 4: STRATEGI MENGHADAPI KEMENANGAN
1. Al-Quran Berbicara Seputar Peperangan
2. Seputar Kewajipan Jihad
3. Hikmah Kemenangan

Harga = RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 202
Penulis = Hepi Andi Bastoni
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Tuesday, March 2, 2010

Potret Peribadi Muhammad S.A.W.

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu". (Surah Al-Ahzab (33):21)

Sesungguhnya aku menulis tentang lelaki yang paling dihargai, insan yang paling dimuliakan, manusia yang paling utama, dan makhluk yang paling suci. Rujukanku dalam penulisan ini adalah data cinta yang tersimpan dalam kalbuku dan sumberku dalam hal ini ada dalam daftar kekaguman yang terukir dalam ingatanku.

Aku menulisnya seolah-olah dengan semua saraf tubuhku dan urat jantungku dan seolah-olah dakwat yang kugunakan untuknya adalah darah dan air mataku.

- Penulis

KANDUNGAN

PERJALANAN HIDUP MUHAMMAD S.A.W.
- Sepintas Lalu Tentang Penulis
- Nama Panggilan Baginda
- Salasilah Keturunan Baginda
- Tempat Lahir Baginda
- Masa Kecil Muhammad S.A.W.
- Muhammad S.A.W. Diutus Menjadi Rasul
- Agama Anutan Baginda
- Kitab Yang Diturunkan Kepada Baginda

SAHSIAH MUHAMMAD S.A.W.
- Muhammad S.A.W. Seorang Yang Jujur
- Muhammad S.A.W. Seorang Yang Penyabar
- Muhammad S.A.W. Seorang Yang Pemurah
- Muhammad S.A.W. Seorang Pemberani
- Muhammad S.A.W. Seorang Yang Zahid
- Muhammad S.A.W. Seorang Yang Rendah Hati
- Muhammad S.A.W. Seorang Yang Lapang Dada
- Muhammad S.A.W. Seorang Yang Prihatin
- Muhammad S.A.W. Seorang Yang Rajin Berzikir
- Muhammad S.A.W. Seorang Yang Sering Berdoa
- Muhammad S.A.W. Seorang Yang Bercita-Cita Tinggi
- Muhammad S.A.W. Seorang Yang Mudah Menangis
- Muhammad S.A.W. Seorang Yang Sering Ketawa
- Muhammad S.A.W. Seorang Yang Cekal
- Muhammad S.A.W. Seorang Yang Bermaruah
- Muhammad S.A.W. Seorang Pemidato Ulung
- Muhammad S.A.W. Seorang Pemberi Fatwa
- Muhammad S.A.W. Seorang Yang Serba Hebat
- Muhammad S.A.W. Seorang Yang Dikasihi
- Muhammad S.A.W. Seorang Yang Diberkati
- Muhammad S.A.W. Seorang Pendidik Umat
- Muhammad S.A.W. Pembawa Khabar Gembira
- Muhammad S.A.W. Seorang Guru

MUHAMMAD S.A.W. DI DALAM AL-QURAN

UMAT ISLAM WAJIB BERSELAWAT KEPADA MUHAMMAD S.A.W.
- Beradab Kepada Muhammad S.A.W.

Harga = RM12.00
Mukasurat = 210
Penulis = Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni
Penterjemah = Ramli Samad
Penerbit = Berlian Publications Sdn Bhd

Saturday, February 27, 2010

Keagungan Mukjizat Para 25 Nabi & Rasul

Allah SWT mengukuhkan para nabi dan rasul dengan pelbagai mukjizat yang hebat dan luar biasa. Ini untuk membuktikan bahawa mereka adalah orang yang benar sebagai utusan Allah dan risalah yang mereka sampaikan juga diterima daripada Allah SWT.

Sebagai contoh, Nabi Musa mempunyai tongkat ajaib yang boleh menjadi ular, membelah lautan dan sebagainya. Nabi Sulaiman dapat menundukkan angin, bercakap dengan binatang dan sebagainya. Nabi Isa pandai bercakap semasa bayi, menyembuhkan pelbagai macam penyakit, bahkan sanggup menghidupkan orang yang sudah mati dengan izin Allah.

Begitu juga dengan rasul-rasul yang lain, yang berjumlah dua puluh lima orang, khususnya Nabi Muhammad SAW yang mempunyai mukjizat-mukjizat yang amat mangkagumkan. Buku ini memaparkan mukjizat para rasul, dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad SAW.

- Penulis

Harga = RM11.00
Mukasurat = 172
Penulis = Muhammad Amar Fathillah
Penerbit = Pustaka Al-Shafa

Biografi Muhammad Bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi

Muhammad Bin Abdullah atau Nabi Muhammad yang dimaksudkan di dalam buku ini adalah Nabi dan Utusan Allah. Bagi orang Islam, apabila bertemu dengan perkataan tersebut, digalakkan berselawat (berdoa) untuknya.

Di dalam Al-Quran, bab Al-Ahzab ayat Allah menyatakan yang bermaksud, "sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya".

Al-Nasai dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan, "sesungguhnya orang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku".

Bacalah selawat, اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين - maksudnya, 'ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian sahabat-sahabat baginda'.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bab 1: Sejarah Muhammad Bin Abdullah
Bab 2: Dakwah Pada Zaman Mekah
Bab 3: Hijrah Ke Habsyah
Bab 4: Hijrah Ke Madinah
Bab 5: Peperangan Badar
Bab 6: Peperangan Khandak
Bab 7: Peperangan Keturunan Quraizah
Bab 8: Perjanjian Hudaibiah
Bab 9: Peperangan Khaibar
Bab 10: Pereutusan Muhammad Kepada Pemerintah
Bab 11: Pembukaan Kota Mekah
Bab 12: Peperangan Hunain
Bab 13: Peperangan Tabuk
Bab 14: Muhammad Meninggal Dunia

Harga = RM35.00 (Sem) RM38.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 481 (Kulit Tebal)
Penulis = Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff & Dr. Noor Naemah Abd. Rahman
Penerbit = PTS Islamika

Tuesday, January 12, 2010

Mukjizat Isra' & Mi'raj

Allah S.W.T. mendukung Rasul-Nya Nabi Muhammad dengan banyak mukjizat. Sebahagian Mukjizat ini dapat dilihat oleh manusia, seperti: keluarnya air dari jari-jari baginda yang mulia, baginda dilindungi oleh awan hitam ketika baginda berjalan, membelah bulan dan sebagainya.

Akan tetapi di sana ada mukjizat yang besar yang tidak pernah terlintas dan dilihat oleh manusia, iaitu: baginda telah sampai ke Sidratul Muntaha dan melihat bukti-bukti kebesaran Allah di langit. Baginda juga telah sampai di tempat yang tertinggi daripada tempat Jibril. Jibril adalah salah satu malaikat yang paling dekat kepada Allah. Maka ketika sampai di Sidratul Muntaha, Jibril berhenti dan mempersilakan Nabi untuk maju ke depan. Jibril berkata kepada Nabi S.A.W.: "Kamu yang maju wahai Rasulullah! Jika kamu maju, maka kamu dapat mengoyak tabir. Sedangkan aku, bila aku maju, maka pastilah aku terbakar."

Buku ini berbicara tentang mukjizat yang besar yang hanya dikhususkan kepada Nabi S.A.W. iaitu: peristiwa Isra' Mi'raj. Tidak seorang Nabi yang dapat naik ke langit, hingga sampai ke Sidratul Muntaha dan melaluinya. Kemudian pada malam itu jug kembali ke bumi melainkan penutup para Nabi dan Rasul Muhammad S.A.W.

- Penulis

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA

SEBELUM PERISTIWA ISRA' MI'RAJ
- Rasul Dan Risalah
- Usaha Membuat Keraguan Dan Pendustaan
- Khabar Gembira Dari Langit

SETIAP NABI ADA MUKJIZAT
- Isra' Dengan Roh Dan Jasad

MENGAPA PERISTIWA ITU BERSIFAT GHAIB
- Penetapan Dan Peneguhan Sebelum Terjadi Mukjizat
- Mimpi Rasulullah Itu Suatu Hal Yang Benar
- Jibril Datang
- Mukjizat Dan Dalil Akal

DARI MAKKAH KE BAITUL MAQDIS
- Makna Masjidil Haram
- Makna Masjid
- Apakah Itu Keberkatan?
- Rasulullah Sembahyang Bersama Dengan Para Nabi

AYAT-AYAT KEBESARAN ALLAH DI LANGIT
- Setiap Makhluk Mempunyai Peraturannya Sendiri
- Perubahan Pada Peraturan-Peraturan Yang Telah Ada
- Makna Kesaksian Mi'raj
- Rasulullah Melihat Kebesaran Allah Yang Besar
- Apa Itu Sidratul Muntaha
- Jibril Berhenti Dan Rasulullah Maju Ke Depan

BAHAGIAN KEDUA

FALSAFAH ISRA'
- Risalah Islamiah Bersifat Universal
- Perlindungan Dari Dalam Dan Luar
- Nas Al-Quran Memantapkan Peristiwa Isra' Mi'raj
- Takrif Masjid
- Isra' Peristiwa Yang Terjadi Di Bumi
- Isra' Didahulukan Daripada Mi'raj

FALSAFAH MI'RAJ
- Ira'ah Dan Ru'yat
- Rasul Dan Malaikat
- Rasul Di Dalam Mi'raj

BAHAGIAN KETIGA

PENDAHULUAN
PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ
HAKIKAT PERISTIWA ISRA' MI'RAJ
SEJARAH PERISTIWA ISRA' MI'RAJ
- Bulan Terjadinya Peristiwa Isra' Mi'raj
- Tempat Terjadinya Peristiwa Isra' Mi'raj

HIKMAH DI SEBALIK PERISTIWA
PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ
- Mengapa Harus Ke Baitul Maqdis?
- Makna Kata Usriya (Diperjalankan)
- Apakah Peristiwa Isra' Terjadi Berulang Kali?

PERISTIWA MI'RAJ
- Bilakah Peristiwa Mi'raj Terjadi?
- Berapa Kalikah Dada Nabi S.A.W. Dibedah?
- Buraq, Kenderaan Para Nabi
- Raasulullah S.A.W. Sampai Ke Langit Dunia

PERTEMUAN RASUL S.A.W. DENGAN PARA NABI
- Nabi Musa Menangis Ketika Melihat Posisi Nabi S.A.W.

NABI S.A.W. DI LANGIT KETUJUH
a. Baitul Makmur
b. Sidratul Muntaha
c. Sungai-Sungai Yang Dilihat Nabi S.A.W.

APAKAH NABI S.A.W. MELIHAT TUHANNYA?
- Aisyah Menafikan Nabi S.A.W. Melihat Allah S.W.T.
- Pendapat Salafus Soleh Tentang Melihat Allah S.W.T.

ISLAM ADALAH AGAMA FITRAH
- Allah S.W.T. Menunjuki Rasul-Nya Kepada Fitrah

Harga = RM15.00
Mukasurat = 269
Penulis = Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi
Penterjemah = H. Suhendri Irandi
Penerbit = Berlian Publications Sdn Bhd

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...