Madinah dikepung. Lebih daripada 10,000 perajurit pasukan bersekutu mengelilingi Madinah. Kaum Muslimin benar-benar terancam! Dari luar, pasukan Quraisy dan sekutunya terus mengintai bak harimau kelaparan sedang mengintai buruannya. Dari dalam Madinah, Yahudi Bani Quraizhah melakukan pengkhianatan, ibarat anjing yang sedia menggigit tuannya. Orang-orang munafik pula seperti gunting dalam lipatan, sedia memanfaatkan peluang jika tiba saatnya. Mereka sama seperti musang berbulu ayam. Zahirnya mukmin, dalamnya menyimpan dendam kesumat membara terhadap Islam.
Demikianlah gambaran ancaman yang menghimpit kaum Muslimin semasa Perang Khandaq. Perang ini berkait rapat dengan serangkai peristiwa yang terjadi sebeluumnya. Peristiwa-peristiwa ini menggambarkan banyak perkara. Selain ketegasan, keberanian dan kecanggihan strategi Nabi Muhammad juga menjelaskan bahawa musuh-musuh Islam tidak akan berhenti merencanakan kejahatan untuk menghapuskan kaum Muslimin. Di sudut lain, kita dapat melihat ketegasan Rasulullah mengalahkan para pengkhianat dan penentang itu.
Apa yang dapat dilihat dalam perang ini?
KANDUNGAN
Bab 1: Serangkai Peristiwa Sebelum Pengepungan
Bab 2: Menggali Khandaq Menghalau Ahzab
Bab 3: Operasi Ketenteraan Dan Peristiwa Penting Selepas Pengepungan
Bab 4: Strategi Mempertahankan Diri
Harga = RM18.00 (Sem) RM21.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 285
Penulis = Hepi Andi Bastoni
Penerbit = Rijal Media
Apa yang dapat dilihat dalam perang ini?
- Bantuan Allah dalam perang Khandaq
- Peranan munafiq dalam perang Khandaq
- Keadaan kaum Muslimin dalam perang Khandaq
- Penggunaan Strategi perang yang membawa kepada kemenangan
- Heroism dalam perang Khandaq
- Penulis
KANDUNGAN
Bab 1: Serangkai Peristiwa Sebelum Pengepungan
Bab 2: Menggali Khandaq Menghalau Ahzab
Bab 3: Operasi Ketenteraan Dan Peristiwa Penting Selepas Pengepungan
Bab 4: Strategi Mempertahankan Diri
Harga = RM18.00 (Sem) RM21.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 285
Penulis = Hepi Andi Bastoni
Penerbit = Rijal Media
0 Comments:
Post a Comment