Penawar Hati Insan, tajuk kecil dipilih untuk Tafsir Surah Yaasin ini. Ia adalah satu kiasan kepada manusia, bahawa Surah Yaasin ini diturunkan khusus oleh Allah SWT adalah untuk insan. Justeru itu, ada pendapat ulamak yang mentafsirkan, "Yaasin" itu sendiri bermaksud 'Wahai insan'. Maka surah mulia ini sememangnya menjadi satu penawar mujarab kepada manusia. Penawar kepada keresahan hati, kekacauan minda, kerosakan fizikal bahkan sebagainya lagi.
Lihatlah sendiri betapa manusia umumnya akan menjadikan Yaasin sebagai wasilah untuk mendapatkan pertolongan Allah, apabila mereka ditimpa musibah. Bukankah ini bukti bahawa mereka menjadikan Yaasin ini sebagai 'penawar hati' mereka? Ya! Sesungguhnya Yaasin adalah surah yang penuh hikmah. Membaca dan menghayatinya membawa berkat. Bahkan, menuruti jalan yang dtunjukinya membawa rahmat. Bagi mereka yang beriman, itulah suatu nikmat.

- Penyusun
Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 160
Pengarang = Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
Penyusun = Ustaz Zulkifli Abu Bakar
Penerbit = Nufair Street Sdn Bhd
2 Comments:
Assalamualaikum Tuan rumah. Versi lama buku ini saya miliki dan sudah khatam lama dahulu.
Versi baru ini ada penambahankah?
waalaikumussalam wbt.. sayapun baru je dapat versi baru ni.. menurut penerbit dalam kata pengantarnya, edisi ni adalah edisi kemaskini sebab edisi 10 tahun dulu tu byk kesilapan. tak pula dinyatakan bahagian mana yang silap tu.. wallahu a'lam
Post a Comment