Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Wednesday, January 12, 2011

Kepimpinan Pengetua: Menjana Modal Insan Di Sekolah Berkesan

Buku ini adalah rangkuman penulisan 12 orang pensyarah kanan di Institut Pengajian Kepengetuaan (IPK), Universiti Malaya. Mereka berpengalaman luas memberi kuliah dalam bidang kepimpinan pengetua sekolah menengah.

Saranan amalan kepimpinan pengetua yang memfokuskan usaha menjana modal insan dikupas dengan baik khususnya dalam aspek pengurusan, usaha penambahbaikan dan nilai kepimpinan di sekolah berkesan.

Usaha penambahbaikan memfokuskan perbincangan tentang:
  • Kepengetuaan Sekolah
  • Pentaksiran bagi Pembelajaran
  • Pelaksanaan Inovasi
  • Kepimpinan Instruksional
  • Pembentukan Teori Kepimpinan
KEPIMPINAN PENGETUA Menjana Modal Insan Di Sekolah Berkesan menyuntik semangat dan mencetuskan kesedaran dalam kalangan pemimpin pendidikan, pemimpin sekolah dan juga pelajar-pelajar kepimpinan pendidikan bagi melakukan penambahbaikan dalam amalan kepimpinan kepengetuaan.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1
Pembangunan Modal Insan Menerusi Keberkesanan Pengurusan Dan Kewangan Sekolah - Muhammad Faizal A. Ghani dan Shahril @ Charil Hj. Marzuki

BAB 2
Menjadi Pengetua Yang Berkesan - Fatanah Mohamed

BAB 3
Dasar Desentralisasi Dan Pengurusan Berasaskan Sekolah: Justifikasi, Strategi Dan Implikasi - Hussein Hj. Ahmad

BAB 4
Pengetua Dan Aspek Perundangan Dalam Pendidikan - Tie Fatt Hee

BAB 5
Kepimpinan Pendidikan Daripada Perspektif Islam - Rahimah Hj. Ahmad dan Ali Jubran Salleh

BAB 6
Governan Kawalan Dalam Pengurusan Sekolah: Satu Perspektif Menyeluruh - Hussein Mahmood

BAB 7
Pembinaan Ihsan Amalan Alternatif Memantapkan Kepimpinan Sekolah - Hailan Salaman

BAB 8
Organisasi Pembelajaran Pengurusan Modal Insan Dalam Kalangan Warga Sekolah - Zuraidah Abdullah

BAB 9
Penambahbaikan Sekolah Menerusi Pentaksiran Bagi Pembelajaran - Zulkifli A. Manaf

BAB 10
Pelaksanaan Inovasi Daripada Perspektif Keprihatinan Dan Penggunaan - Sathiamoorthy Kannan

BAB 11
Kepimpinan Instruksional Di Sekolah Berkesan Dalam Menjana Modal Insan Cemerlang - Shahril @ Charil Bin Hj. Marzuki dan Muhammad Faizal A. Ghani

BAB 12
Pembentukan Teori Kepimpinan Pengetua Berorientasikan Stail Otak - Chua Yan Piaw

Harga = RM31.00 (Sem) RM34.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 338
Editor = Dr. Shahril @ Charil Marzuki, Dr. Rahimah Ahmad & Dr. Hussein Ahmad
Penerbit = PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Thursday, November 4, 2010

Urus Harta Sebelum Mati - Panduan Merancang Dan Mengurus Harta Bagi Mengelakkan Perpecahan Atau Konflik Keluarga

Kunci kepada buku ini adalah Ilmu faraid. Ilmu faraid akan menjadi penjana atau pun asas bagi anda untuk Merancang Harta Pusaka Semasa Hidup. Ilmu Faraid juga menjadi kunci bagi menguruskan Harta Pusaka apabila anda mati.

- Penulis

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1
  • Faraid Menjana Perancangan Harta Pusaka?
  • Bagaimana Merancang Harta Pusaka?
  • Harta Sepencarian Dan Hibah
  • Muhasabah Sejenak
  • Kenduri Arwah Dan Khairat Kematian
  • Fatwa Merancang Pusaka
  • Merancang Pusaka
BAHAGIAN 2
  • Umat Islam Jahil Tentang Pengurusan Harta Pusaka
  • Ilmu Faraid Menyelamatkan Kita Daripada Dosa
  • Pengurusan Harta Pusaka Di Malaysia
  • Implikasi Seandainya Tidak Mengurus Harta Pusaka
  • Contoh Pengiraan Harta Pusaka Mengikut Ilmu Faraid
Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 142
Penulis = Ustaz Md Ghazali Ibrahim
Penerbit = Must Read Sdn Bhd

Wednesday, June 30, 2010

Pembangunan Yang Fitrah

Buku ini dipersembahkan sedemikian rupa untuk memberikan pemahaman yang mudah kepada pembaca mengenai asas-asas pemikiran Islam. Ianya tidak diolah secara metodologi ilmiah bagi memudahkan semua peringkat pembaca memanfaatkannya. Asas-asas pemikiran dalam tajuk-tajuk yang dipilih adalah penting bagi membolehkan perspektif mengenai pembangunan dan perubahan difahami dengan jelas.

Salah satu masalah umat Islam kini ialah ketidakjelasan dan kecelaruan dalam memahami isu-isu pokok yang berhubung dengan asas-asas pemikiran Islam. Ada yang mendekati asas-asas ini secara spiritual dan rohaniah dan terdapat juga yang memahami secara pemikiran semata dan menyebabkan ruang lingkup pemahaman berada di tahap yang amat terbatas.

- Penulis

KANDUNGAN
  1. Membangun Jiwa Hamba
  2. Membangun Jiwa Khalifah
  3. Al-Quran Sumber Petunjuk
  4. Rasul Obor Rahmah Alamiah
  5. Rahmah Dan Nikmah Sebagai Amanah
  6. Beribadah Kerana Allah, Berhikmah Untuk Manusia
  7. Perubahan Dalam Kerangka Islam
  8. Barat Tidak Ditentang, Pembaratan Yang Disanggah
  9. Membangun Benda, Bukan Berjiwa Kebendaan
  10. Teknologi Selamanya Alat Bukannya Matlamat
  11. Takutkan Balasan Allah Dan Insaaf Ketuhanan
  12. Mencari Makna Pembangunan Yang Fitrah
  13. Matematik Dan Kehidupan
  14. Pedoman Ihsan Dalam Pembangunan Keluarga
  15. Menelusuri Kisah Mengambil Ibrah
Harga = RM14.50
Mukasurat = 175
Penulis = Prof. Dr. Sidek Baba
Penerbit = Dar Bariyazi

Friday, June 25, 2010

Teras Utama Sistem Pengurusan Islam

Sesunugguhnya sejarah tamadun Islam kaya dengan tradisi dan budaya pengurusannya yang istimewa. Kemunculan tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang pernah mencipta sejarah gemilang dalam sejarah peradaban dunia sudah banyak diperkatakan. Segala pencapaian tamadun Islam itu tentulah didukung oleh kekuatan satu tradisi dan budaya pengurusannya tersendiri.

Keupayaan pengurusan para penganut Islam di zaman silam ialah satu faktor pemangkin yang penting kepada kelahiran dan penyuburan tamadun Islam dalam sejarah tamadun dunia.

- Penerbit

"Pengurusan yang baik dan terancang akan mengurangi risiko terjadinya Ketirisan dan Penyelewengan"

KANDUNGAN
  1. Istikhlaf: Pengemudi Matlamat Pengurusan
  2. Tazkiah Al-Nafs: Kunci Pengurusan Diri Sendiri
  3. Al-Tashkir: Neraca Pengurusan Sumber Alam
  4. Karamat Al-Insan: Pencerna Pengurusan Manusia
  5. Epilog: Jalinan Di Antara Keempat-Empat Teras
Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 302
Penulis = Auni Haji Abdullah
Penerbit = Alam Raya Enterprise

Wednesday, May 12, 2010

Rumahku Ofisku - Tip Wanita Bekerja Dari Rumah

Bagi wanita yang mahu menjadikan rumah sebagai 'pejabat', buku ini menawarkan tip dan panduan khusus yang digarap berdasarkan pengalaman penulis bekerja dari rumah semenjak 2003. Pelbagai panduan berguna diberikan dalam gaya bahasa yang santai.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1 - Senario Dan Realiti Masa Kini
Bab 1: Wanita Berijazah Menjadi Suri Rumah Moden?
Bab 2: Menyelami Kehidupan Seorang Wanita Yang Bekerja Dari Rumah
Bab 3: Cabaran Bagi Seorang Suri Rumah Berijazah

BAHAGIAN 2 - Pelbagai Tip Untuk Wanita Bekerja Dari Rumah
Bab 4: Tip Pengurusan Masa
Bab 5: Tip Bekerja Di Samping Anak-Anak Kecil
Bab 6: Tip Menghadapi Rasa Sunyi Dan Terasing
Bab 7: Tip Menangani Tekanan (Stres)
Bab 8: Tip Meningkatkan Keyakinan Diri
Bab 9: Tip Mengatasi Rasa Bosan Dengan Persekitaran
Bab 10: Tip Mengatasi Tekanan Kewangan

BAHAGIAN 3 - Tip Membina Kerjaya Dari Rumah
Bab 11: Pelbagai Idea Kerja Yang Boleh Dilakukan Dari Rumah
Bab 12: Tip Memulakan Perniagaan Internet

Harga = RM18.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 127
Penulis = Mazneera Zainal
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Monday, May 10, 2010

Kepimpinan & Penambahbaikan Sekolah

Seperti yang termaktub dalam Projek Penambahbaikan Sekolah Antarabangsa (International School Improvement Project), penambahbaikan sekolah didefinisikan sebagai usaha yang sistematik dan berterusan ke arah perubahan dalam situasi pembelajaran bagi mencapai objektif-objektif pendidikan dengan lebih berkesan.

Buku ini mengupas pandangan dan perspektif alternatif mengenai kepimpinan dan penambahbaikan sekolah dengan tujuan memberi pandangan kontemporari tentang bagaimana melaksanakan penambahbaikan secara efektif.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Perubahaan Konteks Kepimpinan Bagi Melestari Penambahbaikan Sekolah
  2. Penambahbaikan Sekolah
  3. Pasca Kepimpinan Pengajaran Dan Penambahbaikan Sekolah
  4. Kepimpinan Guru Dan Penambahbaikan Sekolah
  5. Mendiagnosis Perubahan Penambahbaikan Sekolah
  6. Meningkatkan Keupayaan Guru Melalui Pemantauan Dan Penilaian
  7. Menjana Penambahbaikan Sekolah Melalui Pengajaran Berkesan
  8. Membuat Keputusan Dan Penambahbaikan Pengajaran Pembelajaran
  9. Penambahbaikan Sekolah Melalui Pengajaran Reflektif
  10. Membudayakan Guru Sebagai Penyelidik
  11. Contoh Kes Kajian Tindakan 1
  12. Membangunkan Komuniti Pembelajaran Dalam Sekolah
  13. Pembangunan Teori Kajian Penambahbaikan Sekolah
Harga = RM23.00 (Sem) RM26.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 241
Penulis = Abdul Ghani Abdullah, Ph.D.
Penerbit = PTS Professional

Friday, April 23, 2010

Bagaimana Mengurus Harta Pusaka - Panduan Langkah Demi Langkah Merancang Serta Mengurus Harta Pusaka Orang Islam Dan Bukan Islam

Pertelingkahan dalam mewarisi harta pusaka antara ahli keluarga dapat diselesaikan sesudah membaca Bagaimana Mengurus Harta Pusaka. Ia lengkap dengan panduan mengikut undang-undang Islam dan sivil bagi merungkai segala kekeliruan dalam menyelesaikan peninggalan harta si mati.

- Haji Abdullah Muhammad, Pengarah Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan

KANDUNGAN

Bab 1: Perancangan Harta Pusaka
Bab 2: Pengurusan Dan Undang-Undang
Bab 3: Akta Harta Pusaka Kecil
Bab 4: Isu-Isu Harta Pusaka
Bab 5: Faraid
Bab 6: Akta Pembahagian Dan Wasiat
Bab 7: Budaya Harta Pusaka
Bab 8: Panduan Umum

Harga = RM19.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 136
Penulis = Mohd. Fitri Abdul Rahman
Penerbit = PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Thursday, April 15, 2010

Fiqh Kenegaraan

Buku ini merupakan gambaran umum tentang fiqh kenegaraan dalam Islam; Apakah kedudukannya? Apakah hukum mengaplikasikannya? Apakah kriteria dan keistimewaannya? Adakah ianya merupakan asas kepada negara bertamadun yang berdiri di atas disiplim Islam, atau asas kepada negara teokrasi dan menjatuhkan hukuman atas nama Tuhan? Apakah sikap negara Islam terhadap kemajmukan parti, demokrasi serta peranan kaum wanita dan golongan bukan Islam dalam politik? Bolehkah satu jemaah Islam ikut serta dalam sistem negara yang bukan Islam? Isu-isu hangat dan sensitif lain yang serupa dengan perkara-perkara di atas turut dibincangkan dalam buku ini.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bahagian 1: Kedudukan Negara Dalam Islam
Bahagian 2: Kriteria Negara Yang Dibina Oleh Islam
Bahagian 3: Sifat Negara Islam
Bahagian 4: Menuju Ke Arah Fiqh Politik Yang Berwibawa
Bahagian 5: Sikap Negara Islam Terhadap Demokrasi, Kemajmukan Parti, Kedudukan Wanita Dan Golongan Bukan Islam

Harga = RM25.00
Mukasurat = 320
Penulis = Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Penterjemah = Arsil Ibrahim
Penerbit = Blue-T Publication Sdn Bhd

Wednesday, March 24, 2010

Orang Yang Takutkan Islam: Mengapa?

"Sesungguhnya golongan yang membantu menanamkan penguasaan permusuhan di dalam negara Islam serta melimpahinya selepas itu dengan wang ringgit dan tenaga kerja di kalangan kuffar Barat dan Timur, ialah mereka yang mengajarkan ungkapan yang penuh tipudaya ini kepada golongan yang tersesat itu. Demi Allah, sekiranya kita berada di atas landasan agama yang menyebabkan kemunduran dan kelemahan nescaya mereka akan membantu dan berikan kita peransang serta akan memerangi orang yang keluar daripadanya sebagaimana mereka memerangi para pendakwah Islam pada hari ini.

Jadi, apakah sebab ketakutan mereka terhadap Islam?"

- Penulis

KANDUNGAN

- Pendahuluan
- Perubahan Telah Menjadi Penting
- Agama Mereka Adalah Candu Masyarakat, Bukannya Islam, Jadi Siapakah Orang Yang Takutkan Islam?
- Golongan Kafir
- Golongan Kedua: Golongan Munafiq Dan Hamba Hawa Nafsu

Harga = RM5.00
Mukasurat = 72
Penulis = Dr. Muhamad Naim Abdul Salam
Penterjemah = Pustaka Darussalam Sdn Bhd
Penerbit = Pustaka Darussalam Sdn Bhd

Wednesday, December 30, 2009

Memperkasa Umat Menghadapi Cabaran Global - Ucapan Teras Persidangan Umat Islam & Cabaran Semasa

KANDUNGAN

- PENDAHULUAN

- STRATEGI POLITIK KUASA BESAR

- CIRI-CIRI DAN TUJUHALA STRATEGI BARU

- SITUASI DALAM NEGARA
a. Agama
b. Sosial
c. Politik
d. Ekonomi
e. Ketenteraan
f. Media Dan Alat Sebaran Am
g. Perundangan

- LANGKAH-LANGKAH MEMPERKASA UMAT
1. Pembangunan Ekonomi Dan Infrastruktur
2. Merumuskan Indeks Pembangunan Konprehensif Dari Perspektif Islam
3. Empowerment Kepimpinan
4. Pemurnian Sistem Kepimpinan
5. Pemurnian Demokrasi Prasyarat Pemerkasaan
6. Pemerkasaan Ulama
7. Memperkasa Institusi Fatwa
8. Memantapkan Kedudukan Mahkamah Syariah
9. Empowerment Golongan Cendikiawan
10. Institusi Kepolisian Yang Multazam, Beretika Dan Menegakkan Amalan Demokrasi
11. Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Media Dan Amalan Etika Kewartawanan
12. Pembelaan Yang Sewajarnya Terhadap Nasib Golongan Buruh
13. Memperkasa Pendidikan Seimbang
14. Gerakan Mahasiswa Yang Dinamis, Bebas Serta Matang
15. Mengukuhkan Peranan Parti Politik Dan NGO Islam
16. Memperkasa Gerakan Wanita Yang Berteraskan Nilai Agama Dan Moral
17. Memperkasa Kualiti Dan Kelengkapan Pertahanan Negara
18. Memulihkan Kepimpinan Negara Arab Dan Umat Islam Ke Arah Reformasi OIC
19. Mengukuhkan Perjuangan Umat Dan Bangsa Islam Untuk Menuntut Kemerdekaan

- PENUTUP

Harga = RM5.00
Mukasurat = 44
Oleh = Ustaz Hj. Abdul Ghani Samsudin
Penerbit = Sekretariat Hhimpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)

Wednesday, December 2, 2009

Bahagi Biar Adil - Mempelajari Konsep Ilmu Faraid Dan Kaedah Dalam Pembahagian Pusaka

Ilmu Faraid merupakan kunci untuk kita mengurus, membahagi dan merancang harta pusaka.

Sesungguhnya terlalu ramai umat Islam hari ini mengabaikan Ilmu Faraid. Ramai yang menganggap ianya remeh. Yang kemudian bila berlaku kematian, akhirnya membahagi harta mengikut:
- Suka hati,
- Siapa besar dia dapat banyak
- Siapa cepat dia dapat
- Siapa yang paling akhir duduk ngan arwah ayah berhak dapat
- Dan seumpamanya

Sedangkan Islam adalah agama yang sempurna, kerana Islam telah mengajar kita:
- Cara untuk mencari serta mengumpul harta semasa hidup di dunia
- Cara bagaimana untuk menggunakan harta yang ada untuk keperluan hidup di dunia (nafkah keluarga, zakat, sedekah dan lain-lain)
- Dan cara untuk mempusakakan harta kepada waris-waris selepas kita meninggal dunia iaitu melalui ilmu pewarisan (Ilmu Faraid)

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB PERTAMA: TAHU FARAID TAHU BANYAK ILMU
- Ilmu Faraid Sebahagian Dari Ilmu Yang Banyak
- Ilmu Syarak
- Ilmu Nasab
- Ilmu Hisab
- Persoalan Zakat, Wakaf, Sedekah, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah, Hadiah Dan Seumpamanya

BAB KEDUA: FARAID ILMU YANG DILUPAKAN
- Ilmu Faraid Adalah Ilmu Yang Dilupakan
- Ilmu Faraid Adalah Ilmu Yang Mula-Mula Dicabut Dari Umatku

BAB KETIGA: AKIBAT MENGABAIKAN ILMU FARAID
- Berlaku 1001 Fitnah Harta
- Fitnah Harta (Bukti Fakta) - Longgokan Kes Pusaka Yang Belum Selesai / Tuntut Selepas 100 Tahun / Perebutan Pusaka / Penama KWSP / Tanah Di Kg. Baru Kuala Lumpur
- Fitnah Harta (Bukti Pengalaman) - Pusaka Datuk / Ditipu Anak Saudara / Dimarahi Anak Tiri / Abang Sulong Keras Kepala / Tak Berhak Tuntut Pusaka
- Harta Yang Tidak Bersih, Menyumbang Kepada Kehancuran Masyarakat

BAB KEEMPAT: APA ITU ILMU FARAID
- Pengertian Faraid
- Sumber Hukum Faraid (Al-Quran / Hadis / Ijmak & Ijtihad)
- Hukum Memperlajari Ilmu Faraid
- Cara Mempusakakan Harta Sebelum Islam
- Sebab Turunnya Ayat Faraid
- Syarat Mendapat Pusaka
- Sebab Menerima Pusaka
- Rukun Pewarisan
- Waris-Waris Yang Berhak (Lelaki & Perempuan)
- Waris Paling Kuat
- Menerima Pusaka Secara Fardhu
- Bahagian Ahli Fardhu
- Menerima Pusaka Secara Asobah
- Waris Lelaki Yang Mendapat Pusaka Secara Asobah
- Jeni-Jenis Asobah
- Contoh Pengiraan Ringkas

Harga = RM18.00 (Sem) RM21.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 105
Penulis = Md Ghazali Ibrahim
Penerbit = Must Read Sdn Bhd

Tuesday, December 1, 2009

Rahsia Bisnes Rasulullah

12 Rahsia Kejayaan Rasulullah Memimpin Dan Membangun Empayar Bisnes Yang Sentiasa Untung Sepanjang Perniagaan Yang Dijalankan

Nabi Muhammad S.A.W. adalah prototaip anak muda yang tidak diam dan mengalah. Baginda adalah anak muda yang berfikir dan bertindak membuktikan kepada dunia; bahawa orang lahir dalam keadaan miskin dan yatim piatu, juga berhak dan boleh berhasil dan kaya; bahawa orang yang lahir dengan tidak mempunyai modal materi seperti Baginda juga boleh menjadi orang terkaya; bahawa Baginda tidak mampu membaca dan menulis (ummy) bukanlah menjadi penghalang untuk menjadi berjaya-kaya dan sejahtera. Anda ingin kaya-berjaya dalam berniaga seperti Nabi Muhammad S.A.W.? Terutama dalam hal menghilangkan rasa rendah diri, diam diam dan malas? Buku ini jawabannya. Dahsyat dan luar biasa.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bahagian Pertama: Rahsia Bisnes Rasulullah
- Rahsia Bisnes Pertama: Menjadikan Bekerja Sebagai Ladang Menjemput Syurga
- Rahsia Bisnes Kedua: Dalam Dunia Bisnes Kejujuran Dan Kepercayaan Tak Boleh Ditawar Sama Sekali
- Rahsia Bisnes Ketiga: Bukan Hanya Boleh Mimpi, Tapi Harus Mampu Mewujudkan Mimpi Itu
- Rahsia Bisnes Keempat: Berfikir Visioner, Kreatif, Dan Siap Menghadapi Perubahan
- Rahsia Bisnes Kelima: Rasulullah Memiliki Planning Dan Goal Setting Yang Jelas
- Rahsia Bisnes Keenam: Pintar Mempromosikan Diri
- Rahsia Bisnes Ketujuh: Membayar Gaji Pekerja Sebelum Kering Keringatnya
- Rahsia Bisnes Kelapan: Mengetahui Rumus 'Bekerja Dengan Cerdas'
- Rahsia Bisnes Kesembilan: Mengutamakan Sinergisme
- Rahsia Bisnes Kesepuluh: Berbisnes Dengan Cinta
- Rahsia Bisnes Kesebelas: Pandai Bersyukur Dan Mengucapkan Terima Kasih
- Rahsia Bisnes Keduabelas: Be The Best! Menjadi Manusia Paling Bermanfaat
- Penutup Sekaligus Pengantar Buku Ketiga: Sekali Lagi Tentang Trusty Atau Amanah

Bahagian Kedua: Kapsul-Kapsul 'Motivasi Bisnes' Dari Rasulullah

Harga = RM24.00 (Sem) RM27.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 179
Penulis = Prof. Dr Laode M Kamaluddin, Pakar Ekonomi Antarabangsa Dan CEO Syarikat Global Eco Rescue Ltd
Pengantar = Anif Sirsaeba, MBQ, Pengerusi Majlis Ta'lim Wisata Ruhani, Pondok Basmala
Penerbit = Alam Raya Enterprise

Sunday, November 29, 2009

Menangani Individu Sukar - Teknik Dan Pendekatan Yang Dipraktikan Oleh Nabi Allah Musa A.S. Ketika Menghadapi Individu Sukar

Adakah kita merupakan individu sukar? Atau mungkin hampir menjadi individu sukar? Atau orang yang disekeliling kita adalah individu sukar yang mampu untuk mengheret kita bersama jemaah mereka? Perbincangan di dalam buku ini berkisar mengenai individu sukar bukanlah untuk kita fikirkan buat orang lain, tetapi yang paling penting adalah tertuju kepada diri kita sendiri. Selama ini mungkin kita menganggap orang lain di sekeliling kita adalah individu sukar. Padahal orang lain juga melihat kita sebagai individu sukar buat mereka. Buku ini mensajikan teknik-teknik berkesan menghadapi individu sukar yang diekstrak dari sejarah kehidupan Nabi Musa A.S. dan Nabi Harun A.S. seperti mana yang diceritakan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Kepada pembaca mari bersama-sama kita mengembara ke zaman Nabi Musa A.S. dan Fir'aun laknatullahi 'alaihi. Pastinya kita tidak akan menjadi individu sukar! Insya Allah.

- Penulis

KANDUNGAN

- Siapa Individu Sukar

- Kategori Indivdu Sukar

- Proses Transformasi Nabi Musa A.S. Ke Arah...
- - Fasa Pertama: Pra-Kerasulan
- - Fasa Kedua: Di Ambang Kerasulan
- - Fasa Ketiga: Semasa Kerasulan

- Pengenalan Nabi Musa A.S.
- - Kelahiran Musa Dan Pengasuhnya
- - Musa Keluar Dari Mesir
- - Musa Bertemu Jodoh Di Kota Madyan
- - Musa Diperintahkan Berdakwah Kepada Fir'aun
- - Dialog Antara Musa Dengan Fir'aun
- - Musa Menunjukkan Dua Mukjizatnya Kepada Fir'aun
- - Fir'aun Tetap Berdegil Dan Semakin Bingung
- - Fir'aun Menghina Dan Mengejek Musa
- - Bani Israil Keluar Dari Mesir
- - Nabi Musa A.S. Dan Bani Israil Setelah Keluar Dari Mesir
- - Musa Bermunajat Dengan Allah
- - Bani Israil Kembali Menyembah Patung Anak Lembu
- - Bani Israil Mengembara Tidak Berketentuan...
- - Kisah Lembu Bani Israil
- - Nabi Musa A.S. Dengan Al-Khidir
- - Nabi Musa A.S. Dan Qarun Si Kaya Raya
- - Thalout Diangkat Sebagai Raja Bani Israil
- - Raja Thalout

- Teknik Yang Diperolehi Berdasarkan Peristiwa...
- - Teknik 1: Ikhlas
- - Teknik 2: Jika Tidak Mampu Melawan, Sertai Mereka
- - Teknik 3: Hadapinya, Bukan Lari Daripadanya
- - Teknik 4: Beri Kesempatan Demi Kebaikan
- - Teknik 5: Targhib Dan Tarhib
- - Teknik 6: Ilmu Dilengkapi, Sesuaikan Mengikut Zaman
- - Teknik 7: Sabar, Jangan Marah
- - Teknik 8: Mesti Berani! Jika Undur Susun Strategi
- - Teknik 9: Perkataan Lemah Lembut
- - Teknik 10: Bantuan Dan Alat Bantu
- - Teknik 11: Practice Makes Perfect
- - Teknik 12: Penyerahan Diri Kepada Tuhan

Harga = RM24.90 (Sem) RM27.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 186
Penulis = Nordin Jaafar
Penerbit = Must Read Sdn Bhd

Wednesday, November 11, 2009

21 Tip Bagi Yang Sukar Solat Subuh

Jika anda termasuk orang yang merasa berat untuk bangun solat Subuh, maka buku ini akan membangkitkan anda. Tidak pernah menghadiri solat subuh berjamaah merupakan sikap tasyabbuh (menyerupai) perilaku kaum munafik pada zaman Nabi. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud "Barangsiapa yang menyerupai satu kaum, maka ia termasuk golongan kaum tersebut" (HR Muslim). Cuba anda renungkan 'Munafikkah anda' atau dalam hati anda telah bersemi benih-benih kemunafikan.

Jika anda berkata 'tidak' atau bukan, maka buktikan bahawa anda bukan seorang munafik. Dan satu-satunya cara untuk membuktikan adalah tanamkan azam dalam diri anda mulai esok anda akan buangkan rasa mengantuk yang menjerat dan rasa malas yang membelenggu diri anda dan berbarislah bersama jemaah dalam menunaikan solat Subuh.

Buku ini membantu anda dalam memperbaiki diri anda, dengan tips-tips yang mudah difahami akan merubah diri anda menjadi antara insan-insan yang berada di baris jemaah Subuh.

- Penerbit

KANDUNGAN

Tip 1: Tidur Lebih Awal
Tip 2: Bersungguh-Sungguh Dalam Bersuci Dan Berzikir Sebelum Tidur
Tip 3: Tekad Untuk Bangun Solat Subuh
Tip 4: Berzikir Kepada Allah SWT Ketika Bangun
Tip 5: Minta Bantuan Keluarga Atau Orang-Orang Soleh Untuk Bangun Solat
Tip 6: Berdoa Kepada Allah SWT Agar Diberi Taufik Untuk Bangun Solat
Tip 7: Menggunakan Saranan-Saranan Peringatan
Tip 8: Memercikkan Air Di Wajah Orang Tidur
Tip 9: Tidak Tidur Sendirian
Tip 10: Tidak Tidur Di Tempat Yang Jauh Dari Orang Lain
Tip11: Keinginan Yang Kuat Untuk Bangun Dan Jangan Bangun Secara Bertahap
Tip 12: Jangan Kunci Jam Loceng Terlalu Jauh Dari Waktu Solat Subuh
Tip 13: Menyalakan Lampu Di Saat Bangun
Tip 14: Tidak Berjaga Malam Terlalu Lama
Tip 15: Tidak Memperbanyakkan Makan Sebelum Tidur
Tip 16: Jangan Salah Menerapkan Sunnah Berbaring Setelah Solat Sunat Fajar
Tip 17: Mengerjakan Qiyamul Lail Di Waktu Terakhir Sebelum Subuh
Tip 18: Mengikut Petunjuk Nabi Muhammad SAW Dalam Cara Berbaring Saat Tidur
Tip 19: Tidur Di Siang Hari (Qailulah)
Tip 20: Jangan Tidur Sesudah Asar Dan Sesudah Maghrib
Tip 21: Ikhlas Kerana Allah SWT

Harga = RM14.90 (Sem) RM17.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 119
Penulis = Syaikh Muhammad Shalih Al-Munajjid & Syaikh Murid Al-Kullab
Penerbit = Must Read Sdn. Bhd.

Monday, October 12, 2009

Bagaimana Islam Memerintah Negara

Bible menyebut, "Berikan kepada raja-raja apa yang menjadi milik raja dan berikan kepada Tuhan apa yang menjadi milik Tuhan." Akibatnya, prinsip itu menyempitkan agama dengan pemerintahan negara.

Antara faktor terbesar adalah doktrin-doktrin sekular yang memisahkan undang-undang dengan agama.

Ideologi yang memisahkan agama dan urusan dunia semakin menular sehingga Islam hanya dianggap sebagai agama ritual. Benarkah Islam hanya mengutamakan ibadat semata-mata tanpa mementingkan urusan dunia seperti pemerintahan negara? Benarkah Islam menindas hak bukan Islam dalam pemerintahannya?

Buku "Bagaimana Islam Memerintah Negara" mengupas secara jelas konsep dan bagaimana aplikasi Islam mentadbir dan mengurus negara berlandaskan prinsip keadilan, kebebasan dan mengutamakan kesejahteraan. Buku ini juga menjawab tohmahan sekular yang mengatakan Islam memerintah secara zalim, menindas orang bukan Islam dan tidak membawa kemajuan.

- Penulis

"Negara aman makmur dan Tuhan yang Maha Pengampun."
- Surah Saba', ayat 15 -

KANDUNGAN

1. Antara Politik, Negara Dan Agama
2. Negara Islam
3. Panduan Asas Bagi Setiap Pemerintah
4. Matlamat Negara Islam
5. Prinsip-Prinsip Amali Dalam Negara Islam
6. Ketua Negara Islam
7. Sejarah Pelantikan Ketua Negara
8. Bai'ah
9. Ahlul Halli Wal Aqdi
10. Kewajipan Dan Tanggungjawab
11. Prinsip Kehakiman Islam
12. Kerakyatan
13. Al-Kharaj
14. Islam Dan Hubungan Antarabangsa

Harga = RM18.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 208
Penulis = Dato' Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang
Penerbit = PTS Islamika Sdn. Bhd.

Thursday, May 14, 2009

Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim - Kaedah Bergaul Dengan Rakan, Jiran Dan Keluarga Bukan Islam Tanpa Mengabaikan Syariat

Buku "Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim" ini memberi gambaran jelas tentang batasan dan keindahan hidup bermasyarakat dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Pelbagai masalah dan situasi kita hadapi terutama yang berkaitan arak dan khinzir. Penulis membentangkan penyelesaian dan penerangan dengan hujah yang mudah diiringi firman Allah serta Hadis sahih.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bab 1: Fiqah Iman Dan Agama
- Hukum Berkongsi Menyambut Perayaan Non-Muslim
- Muslim Memasuki Rumah Ibadah Agama Lain
- Non-Muslim Memasuki Masjid
- Ucapan Tahniah Sempena Perayaan Agama Lain
- Upacara Tafakur Di Hadapan Patung
- Perebutan Jenazah Muslim Antara Muslim Dengan Non-Muslim
- Jualan Kitab Agama Lain Secara Terbuka

Bab 2: Fiqah Bersaudara, Berjiran Dan Berkawan
- Mengucapkan Salam Kepada Non-Muslim
- Menjawab Salam Non-Muslim
- Berjabat Tangan Dengan Non-Muslim
- Berjiran Dengan Non-Muslim
- Tinggal Serumah Dengan Non-Muslim
- Menerima Hadiah Daripada Non-Muslim Ataupun Memberikan Hadiah Kepada Mereka
- Ziarah Non-Muslim Yang Sakit Ataupun Meninggal Dunia
- Nafkah Ibu Bapa Non-Muslim

Bab 3: Fiqah Makanan
- Non-Muslim Belanja Makan
- Jamuan Makan Di Rumah Non-Muslim
- Majlis Berbuka Puasa Bersama Non-Muslim
- Haiwan Sembelihan Non-Muslim (Bukan Ahli Kitab)
- Haiwan Sembelihan Ahli Kitab
- Haiwan Sembelihan Yang Disebutkan Nama Selain Allah
- Haiwan Disembelih Sempena Perayaan Agama Non-Muslim
- Ikan Jualan Non-Muslim
- Kelapa Yang Dipecahkan Sempena Perayaan Deepavali
- Produk Makanan Keluaran Syarikat Non-Muslim
- Ayam Diberi Makanan Yang Diperbuat Daripada Khinzir
- Daging Korban Dimakan Oleh Non-Muslim

Bab 4: Fiqah Kenajisan Anjing
- Bejana Yang Dijilat Anjing
- Tujuh Kali Basuhan
- Kenajisan Anjing
- Bersentuhan Dengan Anjing
- Menyentuuh Tempat Yang Disentuh Oleh Anjing
- Rumah Yang Pemilik Sebelumnya Membela Anjing
- Baju Dijilat Anjing
- Memelihara Anjing

Bab 5: Fiqah Keharaman Khinzir
- Pengharaman Daging Khinzir Sebagai Makanan
- Sebab Daging Khinzir Diharamkan
- Segala Organ Khinzir Haram Dimakan
- Keharusan Makan Khinzir Ketika Darurat
- Kenajisan Khinzir
- Cara Membersihkan Bekas Yang Terkena Khinzir
- Samak Mulut Kerana Termakan Daging Khinzir
- Makanan Bercampur Daging Khinzir
- Menternak Khinzir
- Memanfaatkan Kulit Khinzir
- Ubat-Ubat Yang Diperbuat Daripada Khinzir
- Daging Lembu Dijual Bersebelahan Daging Khinzir
- Baja Najis Khinzir

Bab 6: Fiqah Pengharaman Arak
- Dalil Pengharaman Arak
- Jenis-Jenis Arak Zaman Ini
- Kenajisan Arak
- Jamuan Yang Menghidangkan Arak
- Kerjaya Berkaitan Arak
- Arak Sebagai Ubat
- Pelaburan Dalam Syarikat Arak

Bab 7: Fiqah Muamalah
- Jual Beli Dengan Non-Muslim
- Muamalah Dengan Syarikat Yahudi
- Menghantar Anak Kecil Ke Pusat Asuhan Non-Muslim
- Non-Muslim Menjual Dan Membeli Al-Quran
- Kitab Dan Buku Agama Islam Diberikan Kepada Non-Muslim
- Rumah Muslim Atau Premis Milik Muslim Disewa Kepada Non-Muslim
- Muslim Bekerja Dengan Majikan Non-Muslim

Bab 8: Fiqah Perubatan
- Doktor Non-Muslim Merawat Pesakit Muslim
- Derma Organ Kepada Non-Muslim
- Penerimaan Organ Daripada Non-Muslim
- Penerimaan Darah Daripada Non-Muslim

Bab 9: Fiqah Aurat
- Aurat Antara Wanita Muslimah Dengan Wanita Non-Muslim
- Fesyen
- Pakaian Khas Untuk Non-Muslim

Bab 10: Fiqah Perkahwinan
- Bercinta Dengan Non-Muslim
- Wanita Muslimah Berkahwin Dengan Lelaki Non-Muslim
- Berkahwin Dengan Ahli Kitab

Bab 11: Fiqah Siasah
- Non-Muslim Dalam Negara
- Bekerjasama Dengan Non-Muslim
- Mengangkat Non-Muslim Sebagai Wakil Rakyat
- Kerjasama Politik (Al-Tahluf Al-Siyasi)
- Jizyah
- Jihad Menentang Non-Muslim

Bab 12: Fiqah Menganut Agama Islam
- Berkhatan
- Qada' Ibadat Yang Tidak Ditunaikan Semasa Belum Islam
- Amal Kebajikan Semasa Masih Non-Muslim
- Tukar Nama Kerana Masuk Islam
- Wajibkah Memberitahu Keluarga Tentang Pengislaman
- Muslim Baru Tidak Tahu Solat
- Hukuman Jenayah Murtad Ialah Bunuh

Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 186
Penulis = Ust. Mohammad Nizam Abdul Kadir
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Tuesday, March 31, 2009

Hubungan Antarabangsa Dalam Fiqh Islam

Sesungguhnya fuqaha' Islam berfungsi sebagai penolong dan bekalan yang tidak pernah habis dan kering, tidak diragukan bahawa kegemilangan dan kekentalannya diambil dari sumber-sumber yang agung. Inilah titisan samudera luas dan tumbuhan dari tanaman yang menghijau, tidak diragukan bahawa syari'at Islam datang untuk membahagiakan manusia di dunia dan akhirat kerana ia mengandungi pengajaran-pengajaran yang tinggi, peraturan-peraturan dan hukum-hukum yang selaras bagi setiap waktu dan tempat.

Dengan adanya perhatian Universiti Al-Azhar ke atas pustaka ini dan keinginannya yang kuat untuk menyebarkannya maka kajian mengenai 'Fiqh Islam' memutuskan akan menyebarkannya pada setiap tahun kajian yang baru.

"Hubungan Antarabangsa Dalam Fiqh Islam" diputuskan untuk diajarkan kepada seluruh pelajar tahun tiga pada seluruh fakulti baru dan tahun dua fakulti kejuruteraan, di mana kami telah bentangkan tajuk-tajuk pelajaran yang selaras dengan kurikulum di fakulti-fakulti tersebut.

Kami pohon kepada Allah agar dijadikannya sebagai usaha yang bermanfa'at serta ikhlas keranaNya, dapat merealisasikan tujuan dan menghasilkan tujuan dan menghasilkan buah yang diharapkan demi mencari keredhaan Allah.

- Dr. Nasr Farid Muhammad Wasil
Ketua Bahagian Fiqh
Fakulti Syari'at Dan Hukum
Kaherah, Mesir

KANDUNGAN

- Kajian Pendahuluan
- Pembahasan Pertama: Jenis-Jenis Negara Dalam Fiqh Islam
- Pembahasan Kedua: Dasar-Dasar Hubungan Kemanusiaan Dalam Islam Dan Efektivitinya Dalam Hubungan Antarabangsa
- Pembahasan Ketiga: Persamaan Hak Dan Kewajipan Dalam Syari'at Islam
- Pembahasan Keempat: Pokok-Pokok Hubungan Sosial Antara Kaum Muslimin
- Pembahasan Kelima: Menghargai Jiwa, Kehormatan Dan Harta Benda Orang Muslim
- Pembahasan Keenam: Hubungan Kaum Muslimin Dengan Ahli Zimmi
- Pembahasan Ketujuh: Peraturan Islam Dalam Perdamaian Dan Peperangan
- Pembahasan Kelapan: Hukum-Hukum Luqtah Dalam Islam

Harga = RM15.00
Mukasurat = 203
Pengarang = Panitia Professor-Professor Fakutli Syari'at & Hukum, Universiti Al-Azhar
Penterjemah = Arifin Bin Ladari
Penerbit = Jasmin Enterprise

Wednesday, September 24, 2008

Nilai & Harga Waktu Dalam Kehidupan Muslim

Buku karya ulama terkenal Dr. Yusuf Qaradawi ini sangat menaarik untuk ditatapi, dibaca dan dihayati. Ia begitu menyentuh perasaan. Sepanjang usaha penyuntingan dilakukan, entah berapa ratus kali saya menitiskan air mata keinsafan. Lakaran pena beliau sememangnya mampu memberi kesedaran terhadap kelekaan kita terhadap nikmat masa. Sememangnya kita begitu leka terhadap masa yang dianugerahkan oleh Allah. Ia juga memberi motivasi untuk membetulkan halatuju kehidupan ke arah yang lebih cemerlang di alam kehidupan dunia seterusnya di alam yang kita dambakan iaitu akhirat.

Buku ini sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada rakan dan taulan untuk sama-sama berkongsi kebaikan dan kesedaran. Tidak ada hadiah yang paling bernilai melainkan hadiah yang boleh mendatangkan seribu keinsafan.

- Penerbit

Permasalahan "masa" bukan hanya salah satu cabang permasalahan kehidupan muslim, malahan "masa" adalah merupakan permasalahan utama di antara sejumlah permasalahan tersebut. Ini kerana "masa" adalah kehidupan atau umur seseorang. Setiap saat dan detik yang berlalu, bukan hanya sebahagian daripada jam dan hari, malahan ia adalah "umur" seseorang atau usia manusia.

- Penulis

Harga = RM15.00 (Sem) RM17.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 237
Penulis = Dr. Yusuf al-Qaradawi
Penterjemah = Ustaz Ahmad Asri Lubis Bin Abusamah
Penerbit = Darul Fuqaha

Friday, August 29, 2008

Prinsip Dan Pengurusan Fatwa Di Negara-Negara ASEAN

KANDUNGAN

1- Kaedah-kaedah dan Adab-adab Mengeluarkan Fatwa - Dr. Uthman El-Muhammady, ISTAC, UIAM
2- Pengurusan Fatwa Muamalat Dalam Sistem Kewangan Islam - Y.A.A Datuk Sheikh Ghazali Haji Abdul Rahman, JKSM
3- Ke Arah Penyelarasan Fatwa: Masalah, Kemungkinan dan Cara Penyelesaian - Prof. Madya Dr. Ahmad Hidayat Buang, Universiti Malaya
4- Pengurusan Fatwa Di Malasia - S.S. Dato' Haji Nooh Gadot, Mufti Negeri Johor
5- Pengurusan Fatwa Di Indonesia - K.H. Ma'ruf Amin, Majelis Ulama Indonesia
6- Penguruan Fatwa Di Negara Brunei Darussalam - Haji Japar Bin Haji Mat Dain @ Maidin, Jabatan Mufti Brunei
7- Pengurusan Fatwa Di Singapura - Haji Mohd Murat Md. Aris, Majlis Ugama Islam Singapura
8- Penngurusan Fatwa Di Thailand - Dr. Ahmad Omar Chapakia, Kolej Islam Yala, Thailand
9- Pengurusan Fatwa Di Kemboja - Haji Mohammad Abdus Salam Bin Osman
10- Fatwa dan Cabaran Globalisasi - Prof. Suwito Rakiyo, Universiti Islam Negeri, Indonesia
11- Mekanisme Penerbitan Fatwa Di Internet dan Cabarannya: Satu Kajian Khusus Mengenai Isu-isu Fiqh Muamalat di Laman Islamweb.net - Dr. Mohamad Akram Laldin dan Dr. Mohd. Fuad Sawari, UIAM
12- Kepentingan Penyelidikan Dalam Pengeluaran Fatwa - Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid, Universiti Malaya
13- Kebelbagaia Fatwa: Kekuatan dan Kelemahan? - Prof. Dato' Dr. Abdul Monir Yaacob, Universiti Malaya
14- Ke Arah Kerjasama ASEAN Dalam Pengurusan Fatwa: Pengalaman MABIMS - Dato' Hj. Wan Muhammad Bin Hj. Abd. Aziz, JAKIM
15- The Importance and Implication of Fatwa Towards Society - Prof. Dr. Ala'Eddin Kharofa
16- Fatwa Management in the Philippines - Prof. Dr. Aminoddin Bara, Mindanao State University, Philippines
17- The Implimentation of ICT in the Promulgation of Fatwa: Needs & Implication - Najwa Hayaati Binti Mohd Alwi, KUIM
18- نظرية الاجتهاد وعلاقتها بالفتوى - الأستاذ الدكتور الصادق عبد الرحمن الغرياني
19- عند ما تصبح الفتوى مطية للسياسة والمصالح - الأستاذ الدكتور محمد سعيد رمضان البوطي
20- دور مقاصد الشريعة في إصدار الفتوى - الأستاذ المشارك الدكتور محمد الحسن البغا

Harga = RM30.00
Mukasurat = 360
Penyunting = Prof. Dr. Hj. Abdul Samat Musa, Dr. Adel M. Abdul Aziz, Haliza Harun & Nik Salida Suhaila Nik Saleh
Penerbit = Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) & Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...