Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Tuesday, September 6, 2016

Jom! Kenali HUDUD

Ketika faktor-faktor membina keimanan dipinggirkan, hati akan dicengkam unsur materialistik, manakala akal pula akan terbelenggu oleh unsur rasionalisme. Padahal tidak semestinya semua perkara kebendaan itu mendatangkan keuntungan dan tidak semestinya semua yang rasional itu ideal, apalagi akal manusia amat terbatas dan tidak mampu menjangkau segala perkara. Ketika itu, seolah-olah mereka tidak lagi beriman kepada perkara ghaib. Oleh sebab itu, mereka tidak menyedari realiti sistem rekaan manusia sudah menemui kegagalan.

Senario tersebut menyebabkan penolakan dan penghinaan terhadap hukum hudud menjadi semakin meruncing. Hakikatnya, pelaksanaan hukum hudud banyak memberi kesan positif. Hal ini kerana pelaksanaannya bukanlah agenda pertama yang mesti dilaksanakan sebelum pelaksanaan total syariah Islam dalam sistem pemerintahan negara.

Syariah Islam lebih mengutamakan pendidikan kemudian barulah diikuti pengawalan dan pencegahan. Namun, tahap pendidikan tersebut tidak wajar berterusan selama-lamanya tetapi mestilah disusuli atau diiringi oleh tahap pengawalan dan pencegahan melalui penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang seperti hukum hudud. Di samping itu, umat Islam mestilah sedar bahawa mereka menanggung dosa jika mereka menerima atau memilih hukum selain daripada hukum Allah SWT.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: PENGERTIAN HUDUD

BAB 2: KESALAHAN HUDUD DAN HUKUMANNYA
  • Mencuri
  • Merompak atau Menyamun
  • Zina
  • Menuduh Zina
  • Minum Arak
  • Murtad
  • Bentuk-bentuk Murtad
BAB 3: PELAKSANAAN HUKUM HUDUD SUATU KEWAJIPAN
  • Hudud dan Bukan Islam
  • Bilakah Akan Dilaksanakan Hukum Hudud?
BAB 4: KEPENTINGAN PELAKSAAN HUKUMAN HUDUD
  • Pengertian Nakalan
  • Perkara yang Menjauhkan Manusia daripada Jenayah
  • Menjaga Kepentingan Umum
  • Imbasan Sejarah Pelaksanaan Syariah Islam di Tanah Melayu
BAB 5: KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG PADA HARI INI
  • Kesalahan-kesalahan Hudud yang Lain
  • Analisis Terhadap Batu Bersurat Terengganu
BAB 6: HUKUMAN SEBAT

BAB 7: CARA HUKUMAN SEBAT DILAKSANAKAN
  • Indeks Jenayah Meningkat: Ke arah Negara Tidak Selamat
BAB 8: ALAT SEBAT DAN CARA SEBATAN

Harga = RM25.00 (Sem) / RM27.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 170 (Berwarna penuh)
Penulis = Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Al-Hafiz
Penerbit = PSN Publications Sdn Bhd

Monday, September 5, 2016

Fotografi Gaya Mukmin: Panduan Fikah Seni Foto

Fokus pada penulisan ini bukanlah tentang teknikal dalam bidang fotografi. Ia lebih menjurus ke arah perbincangan fikah tentang fotografi dan hukum-hukum bidang ini yang menjadi kemusykilan terhadap segelintir jurufoto-jurufoto Muslim.

Antara topik menarik buku ini:
  • Betulkah pencipta kamera pertama adalah Muslim?
  • Bolehkah saya berkhidmat sebagai jurufoto perkahwinan?
  • Bagaimana sekiranya model itu tidak menutup aurat?
  • Apakah jenis gambar yang terbaik dalam Islam?
  • Kenapa perlu menjaga adab ketika mengambil gambar?
"Doh kalu nak tahu lebih, kena bace la.."


KANDUNGAN

BAB 1: ISLAM DAN FOTOGRAFI
  • Al-Quran
  • Hadith
BAB 2: FIKAH DALAM FOTOGRAFI
Pengenalan Asas Usul Fikah
  • Sumber Penetapan Hukum Fikah dan Usul Fikah
Asas Kaedah Usul Fikah serta Kaitan dengan Fotografi

Pandangan Umum Para Ulama Berkenaan Fotografi
  • Fotografi Potret dan Isu Berkaitannya
  • Fotografi Perkahwinan dan Isu Berkaitannya
  • Upah Jurugambar
BAB 3: GAMBAR TERBAIK DALAM ISLAM
  • Foto Kewartawanan (Photojournalism)
  • Lanskap
  • Makro
  • Seni Bina
Harga = RM17.00 (Sem) / RM19.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 114 (Berwarna penuh)
Penulis = Ustaz Azhar Idrus & Imran Burhanuddin
Penerbit = PTS Publishing House Sdn Bhd

Sunday, January 20, 2013

Yusuf Al-Qaradhawi & Kebangkitan Rakyat

Mari kita renung kata-kata Saiyidina Umar RA yang pernah mencadangkan sebuah perarakan. Beliau berkata kepada Rasulullah SAW setelah mengisytiharkan pengislamannya di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Katanya: "Ya Rasulullah, bukankan kita di pihak yang benar, sama ada kita hidup mahupun mati?" Nabi SAW menjawab: "Ya, demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya kamu berada di pihak yang benar, sama ada kamu hidup atau mati."

Saiyidina Umar RA berkata: "Jika begitu, kenapa kita bersembunyi? Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, kamu pasti akan keluarkan kami (dari persembunyian)." Lalu baginda mengeluarkan para sahabat dalam dua barisan. Satu barisan diketuai oleh Saiyidina Hamzah RA, satu lagi pula diketuai oleh Saiyidina Umar RA. Derapan langkah mereka begitu mantap dan teratur, seperti hentakan penumbuk batu ke dalam lesungnya, sehingga mereka berjaya memasuki Masjid al-Haram. Kata Saiyidina Umar RA: "Pada saat itu, ketika golongan Quraisy melihat aku dan Hamzah, mereka terus berasa kecewa dan hampa. Semenjak itu, Rasulullah SAW telah menggelarkanku sebagai al-Faruq."

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1: HIMPUNAN KETERANGAN, KHUTBAH, FATWA, SEMINAR BERKAITAN KEBANGKITAN RAKYAT MESIR
  • Siapakah Yang Menentukan Kerosakan Pemimpin?
  • Adakah Islam Membenarkan Demonstrasi Dan Protes Secara Aman?
  • Kenyataan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Yang Pertama Dalam Akhbar Asy-Syuruq Al-Qahirriyyah (27 Januari 2011)
  • Kenyataan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Secara Langsung Menerusi Al-Jazeera Mendesak Pengunduran Mubarak (29 Januari 2011)
  • Kenyataan Persatuan Ulama Sedunia Terhadap Gerakan Intifadhah Mesir (30 Januari 2011)
  • Ucapan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Untuk Seluruh Rakyat Mesir (2 Februari 2011)
  • Ucapan Dan Doa Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Untuk Generasi Muda Penggerak Revolusi Mesir Menerusi Al-Jazeera (2 Februari 2011)
  • Khutbah Jumaat Bertemakan 'Masa Untuk Berundur' (4 Februari 2011)
  • Ucapan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Dalam Pehimpunan Menyokong Revolusi Rakyat Mesir di Doha (4 Februari 2011)
  • Ucapan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Pada Pembukaan Multaqa Ilmi Kali Ke-2 (4 Februari 2011)
  • Khutbah Jumaat Hari Perletakan Jawatan Hosni Mubarak Di Masjid Umat Al-Khattab, Doha (11 Februari 2011)
  • Ucapan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Menerusi Al-Jazeera Pada Jumaat Hari Perletakan Jawatan Hosni Mubarak (11 Februari 2011)
  • Wawancara 'Syariah Dan Kehidupan' Menerusi Al-Jazeera (13 Februari 2011)
  • Jawapan Kepada Fatwa 'Demonstrasi Bererti Khuruj Ke Atas Pemerintah'
  • Adakah Menyokong Demonstrasi Aman Bererti Menyokong Perbuatan Fitnah?
  • Ucapan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Di Festival Komuniti Mesir Di Qatar (16 Februari 2011)
  • Khutbah Jumaat Kemenangan Di Dataran Tahrir (18 Februari 2011)
BAHAGIAN 2: LAPORAN BERITA, TULISAN-TULISAN TOKOH, PENDAKWAH, WARTAWAN DAN LAIN-LAIN
  • Keruntuhan Institusi Kajian Dan Penyelidikan (Barat): Di Antara Kejayaan Bouazizi Dan Dokongan Al-Qaradhawi (Laman Web Akhbar Al-Syarq)
  • Al-Qaradhawi Seorang Pemidato Agung Menyokong Kelangsungan Revolusi (Harian Mesir)
  • Haikal, Al-Qaradhawi Dan Khomeini (Al-Yaum As-Sabi')
  • Al-Qaradhawi: Saya Tiada Kena Mengena Dengan Ikhwan (Al-Ahram)
  • Kitab Taurat Bukanlah Bahan Sejarah (Al-Hayat - 'Uyun Wa Azaan)
  • Mantan Ketua Mossad Mengajak Netanyahu Berdamai Dengan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi (Al-Yaum As-Sabi')
  • Tolak Kepimpinan Al-Qaradhawi (Al-Madinah)
  • Pembohong Berita-Berita Sensasi (Asy-Syuruq)
  • Mesir Moden Menolak Sekularisme (Al-Wafdu)
  • Di Atas Pentas (Al-Madinah)
  • Pusat Kajian Zionis: Al-Qaradhawi Menghantui Israel Islamofobia (Al-Misriyyun)
  • Al-Qaradhawi, Faqih Yang Marah Kezaliman Pemerintah Dan Golongan Pelampau (Al-Qaradhawi)
  • Al-Qaradhawi Dan Revolusi Islam (Harian Mesir)
Harga = RM22.00 (Sem) RM25.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 270
Editor = Sheikh Sirhan Bakatal
Tajuk Asal = 25 Yanair Sanah 2011, Thaurah Sha'ab

Tuesday, January 8, 2013

Ledakan Facebook: Antara Pahala & Dosa

Zaman ini, Facebook digunakan di mana sahaja, di rumah, di pejabat, perniagaan kecil, besar, NGO, malah kerajaan sebuah negara juga menggunakan Facebook. Daripada presiden sebuah negara, perdana menteri, artis sehingga pelajar sekolah sudah mahir menggunakan Facebook.

Cuma golongan yang masih kurang menggunakan Facebook adalah golongan agamawan. Antara hujah yang diberikan:
  • Facebook adalah agenda Yahudi yang cuba menyesatkan umat Islam
  • Facebook ejen CIA
  • Facebook mendedahkan diri kepada zina
  • Facebook mendedahkan aib diri sendiri
  • Dan banyak lagi
Benarkah dakwaan begitu? Benarkah Facebook begitu jahat sehingga haram digunakan oleh umat Islam. Tokoh terkenal, Dr. Zaharuddin Abd Rahman menjawab persoalan ini dengan penuh hikmah dan rasional.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bahagian 1: Facebook: Ke Syurga Ataupun Neraka?
  • Bab 1: Hukum Facebook Dan Blog
  • Bab 2: Dosa-Dosa Dan Facebook
  • Bab 3: Facebook Menjadi Tempat Promosi Maksiat Dan Buka Aib Sendiri
  • Bab 4: Panduan Berblog Dan Facebook
  • Bab 5: Blog Dan Facebook Perantara Ulama Dan Rakyat
  • Bab 6: Kaedah Mengambil Manfaat Daripada Facebook, Ceramah Dan Blog Ilmuwan
  • Bab 7: Fenomena Puji, Ampu Dan Bodek Di Facebook
Bahagian 2: Kongsi Status Facebook Berhikmah
  • Bab 8: Akidah
  • Bab 9: Ibadah
  • Bab 10: Bersih Jiwa
  • Bab 11: Keluarga Dan Rumah Tangga
  • Bab 12: Lelaki Dan Wanita
  • Bab 13: Motivasi
  • Bab 14: Hari Raya
  • Bab 15: English
Harga = RM18.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 170 (Berwarna penuh)
Penerbit = PTS Islamika Sdn Bhd

Tuesday, November 2, 2010

Riba Dan Isu Kewangan Semasa - Keingkaran Menempah Ancaman

Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba - iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu DOSA BESAR. Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan.

Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya - 'membantu kemudian membunuh'. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang 'berhemah' dengan simbolnya - 'mengikut kemampuan semasa'.

- Penulis

KANDUNGAN

BAB 1: PENGENALAN RIBA
Bahagian 1: Pendedahan Asas Berkaitan Riba
  • Definisi Riba
  • Hikmah Di Sebalik Pengharaman Riba
  • Perbezaan Riba Dan Jual Beli
  • Jenis Riba
  • Hukuman Riba Dalam Islam
  • Riba Sedikit Dan Banyak
  • Kedahsyatan Dosa Riba
Bahagian 2: Isu Berkaitan Riba
  • Zalim Bukan Penentu Riba
  • Pengajaran Daripada Hukum Musafir
  • Riba Di Antara Kerajaan Dan Rakyat Dibenarkan?
  • Adakah Mesti Tunai Untuk Elak Riba?
  • Nilai Masa Wang (Time Value Of Money) Di Antara Riba Dan Halal
  • Riba Dan Kaitannya Dengan Krisis Ekonomi Amerika
  • Riba Dan Akaun Pelaburan Emas
  • Caj Perkhidmatan Dalam Pinjaman
BAB 2: ISU-ISU KEWANGAN SEMASA
  • Mengapa Muslim Jauh Dari Bank Islam?
  • Bank Dan Rekod Senarai Hitam Pelanggan
  • Cabutan Bertuah Dan Bentuk Peraduan, Pertandingan Moden
  • Permainan Kutu Dan Cabutan Gilirannya
  • Kekerapan Beberapa Jenis Penipuan Kewangan Di Malaysia
  • Pembayaran Hutang Apabila Nilai Mata Wang Berubah
  • Meniru Dalam Peperiksaan
  • Minta Semula Hutang Yang Telah Dihalalkan
  • Pinjam Kemudian Jual, Ambil Untung Dan Komisyen Wakil
  • Kerjaya Juruwang Di Kedai Mini Yang Turut Menjual Arak
  • Caj Jaminan Pulang Hutang Dan Hukum Cagaran
  • Had Keuntungan Dalam Islam
  • Barang Cetak Rompak Dan Fotokopi Buku
  • Pembelian Guna Skim ESOS
  • Sekolah Dan Kupon Wajib
  • Beli Kereta Cara Islam Tapi Insurans Riba?
  • Haji Dalam Keadaan Hutang Atau Secara Berhutang
Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 167
Penulis = Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Monday, November 1, 2010

Angkara Black Metal: Apabila Syaitan Bertopengkan Muzik - Sebuah Pembongkaran Yang Amat Berani

Semuanya bermula sepertimana tugasan biasa. Budi Putra: wartawan bebas diminta menyiasat isu Black Metal di Sungai Petani, Kedah.

Budi Putra merasakan tugasnya itu semakin mudah apabila sudah ada anggota Balck Metal yang sedia membantu.Namun, rasa biasa itu menjadi luar biasa.

Rasa mudah itu menjadi sukar pada saat dia bertemu dengan seorang gadis yang punya rahsia besar berkenaan Black Metal. Pada saat misteri Black Metal semakin terkuak, gadis itu pula ditemui tidak bernyawa. Budi Putra kini di hujung jalan.

Segalanya umpama di hujung tanduk. Budi Putra perlu segera bertindak. Demi membonngkar sebuah kebenaran yang hakiki!

- Penulis

Harga = RM14.00 (Sem) RM16.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 202
Penulis = Ashadi Zain & Moh Dat Molok
Penerbit = PTS Fortuna Sdn. Bhd.

Baitul Maqdis: Sejarah Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel

Telah berdekad lamanya Baitul Maqdis, di mana terletaknya Masjidil Aqsa dan Kubah Sakhrah, tempat permulaan Muhammad S.A.W. Mi'raj untuk bertemu Allah S.W.T. di Sidratul Muntaha, berada di bawah penguasaan Yahudi. Penjajahan Zionis Israel ini menjadi batu penghalang kepada kemerdekaan dan kemajuan rakyat Palestin. Penaklukan ini juga turut menyukarkan usaha untuk menyatupadukan umat Islam dalam satu kesatuan politik serantau yang berkenaan.

Berbagai bentuk penindasan dan kekejaman telah dilakukan regim Israel untuk menelan dan menjadikan Baitul Maqdis ibu kota negara haram mereka. Justeru, pembebasan Al-Quds bererti berjuang menentang reactionisme dan merampas kuasa dari tangan boneka imperialisme antarabangsa. Juga merupakan perjuangan untuk kebebasan manusia dari segala bentuk imperialisme dan facisme.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Kata-kata Aluan Yang Dipertua, Persatuan Ulama' Malaysia
  • Kata-kata Aluan Pengerusi Lajnah Penerbitan, Persatuan Ulama' Malaysia
  • Pertarungan Islam Dan Zionis: Baitul Maqdis dan Ketamakan Yahudi Sepanjang Sejarah - Dr. Muhammad al-Ramaadi
  • Sejarah Kejaatuhan Palestin dan Kewujudan Israel - Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor
  • Yahudi dan Bani Israel - Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri
  • Intifadah - Merintis Generasi Salahuddin Al-Ayyubi - Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin
  • Pengaruh Zionis di Dalam Organisasi Pentadbiran dan Perniagaan - Profesor Dr. Mohd Nazari bin Ismail
  • An Analytical Study Of Justice In The Behaviour of Caliph 'Umar In Islamic Jerusalem - Dr. Maher Y. Abu-Munshar
  • Masa Depan Baitul Maqdis Berdasarkan Hadith - Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
  • Gerakan Ulama' Dalam Menangani Isu Palestin - Hj. Abdul Ghani bin Samsudin
  • "Bumi Yang Dijanjikan" Menurut Yahudi dan Perbandingannya dari Sudut Pandangan Islam - Mohamad Fauzi bin Zakaria
Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 221
Penyelenggara = Dr. Abdul Karim Ali & Dr. Mohd Roslan Mohd Nor
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia Dengan Kerjasama Yayasan Taqwa

Wednesday, May 5, 2010

Halal Haram - Buku Penting Untuk Umat Islam

Pasaran hari ini dibanjiri pelbagai makanan dan barangan pengguna yang sesetengahnya boleh memudaratkan kesihatan, sementara yang lain haram dimakan menurut ajaran Islam.

Kajian mendapati, banyak makanan yang diproses yang kini terdapat di pasaran mengandingi gula dan garam berlebihan, selain mengandungi pelbagai jenis bahan penambah yang tidak dapat dipastikan halal dan haram.

Bahan penambah seumpamanya juga mungkin mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

KANDUNGAN

Bahagian 1: Pengenalan
Bahagian 2: Masalah Berhubung Isu Halal Haram
Bahagian 3: Adab Makan Umat Islam
Bahagian 4: Gelatin
Bahagian 5: Keju Dan Wei
Bahagian 6: Lemak Binatang
Bahagian 7: Lain-Lain Bahan Haram Dan Meragukan
Bahagina 8: Lain-Lain Produk Dan Isu Pengguna

Harga = RM20.00
Mukasurat = 226
Harga = RM20.00
Penerbit = Parsatuan Pengguna Pulau Pinang

Thursday, October 22, 2009

Anda Bertanya Saya Menjawab Tentang Masalah Agama Bersama Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi

Buku ANDA BERTANYA SAYA MENJAWAB TENTANG MASALAH AGAMA BERSAMA PROF. DATO' PADUKA DR. MAHMOOD ZUHDI menjawab persoalan, masalah atau kemusykilan agama yang sering menghantui ramai orang. Antara aspek yang dijawab ialah:

- Persoalan peribadi
- Masalah ibu bapa dengan anak-anak dan akhlak remaja
- Hubungan sulit suami isteri
- Hubungan menantu, mentua dan ipar duai
- Kesempurnaan amal ibadah
- Hukum halal haram
- Hukum berkaitan dengan masalah kewangan kontemporari

Anda mungkin mengharungi banyak masalah dalam hidup ini. Anda tidak punya banyak tempat khusus untuk bertanya. Mungkin anda tidak punya banyak masa untuk bertanya. Pada masa yang lain anda malu untuk bertanya terutama persoalan yang melibatkan permasalahan yang sulit dan memalukan.

Maka buku ini diharap dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda dengan jawapan daripada orang yang ahli dalam bidangnya.

- Penerbit

KANDUNGAN

1. Kemelut Peribadi
2. Ibu Bapa Dengan Anak
3. Suami Isteri
4. Menantu Dan Mentua
5. Amal Ibadat
6. Halal Dan Haram
7. Kewangan

Harga = RM20.00 (Sem) R22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 240
Penulis = Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Abdul Majid
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Wednesday, August 5, 2009

Soal Jawab Isu-Isu Mencabar Dalam Islam

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1: Soal Jawab Bersama Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
- Bolehkah Orang Bukan Islam Menjadi Ahli PAS?
- Tidak Boleh Jadi Artis Jika Masuk PAS?
- Gambaran Malaysia Masa Depan
- Pandangan Simplistik Tuan Guru
- Betulkah PAS Seperti Taliban?
- Kontroversi Samseng
- Yoga Hukumnya Haram

BAHAGIAN 2: Soal Jawab Bersama Ustaz Abdul Ghani Shamsudin
- Allah Membahasakan Diri Dengan Kami Bukan Aku
- Amalan-Amalan Nisfu Syaaban
- Antara Jemaah Tabligh Dan Jemaah Islam Lainnya
- Antara Mati Dan Tuduhan Ulama Sebagai Pengganas
- Aurat Dengan Anak Angkat
- Benarkah Malaysia Mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi?
- Benarkah Nikah Melalui Wali Hakim Tidak Sah Dengan Adanya Wali
- Benarkan Kekeliruan Berhubung Tindakan Angkat Sumpah Saiful Bukhari
- Bolehkah Seseorang Itu Bercinta
- Bukan Islam Dalam Program Dakwah Masjid
- Guna Minyak Wangi Beralkohol Untuk Luaran Sahaja
- Hakim Yang Masuk Neraka
- Hasil Haram Daripada Penipuan Dalam Pilihan Raya
- Hukum Aurat Ipar (Adik Atau Kakak Isteri), Kekeliruan Tentang Kedudukan Aurat Ipar-Duai Dan Biras
- Hukum Ibu Berimamkan Anaknya Yang Belum Baligh
- Hukum Melompat Parti Dengan Menyalahi Sumpah
- Hukum Memerahkan Rambut Dengan Pewarna
- Penjelasan Mengenai Sokongan Terhadap Rakyat Palestin
- Pandangan Shura Terhadap Kelesuan Umat Islam
- Kalau Datuk Alim Lagi Beramal, Adakah Cucunya Secara Automatik Juga Akan Jadi Alim Dan Beramal?
- Kecintaan Terhadap Rasulullah S.A.W.
- Kekeliruan Dengan Kegiatan Demonstrasi
- Kewajipan Isteri Taat Kepada Suami
- Masalah Masyarakat Yang TidaK Terdidik Dengan Islam
- Masalah Membeli Dua Buah Rumah Dengan Hutang Bank
- Hukum Mewarnakan Rambut
- Mengenai Pentadbiran Kerajaan BA Selangor
- Perbuatan Menghina Isteri Rasulullah S.A.W.
- Minta Penjelasan Mengenai Konsep Hibah
- Orang Islam Terlibat Dengan Kegiatan Jenayah
- Pandangan Islam Terhadap Kegiatan Bedah Siasat Mayat
- Pandangan Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi Mengenai Isu Liwat DSAI
- Persoalan Gelang Dan Ramadan Bagi Lelaki / Tidak Boleh Mengerjakan Solat Tarawih
- Persoalan Kematian Akibat Kemalangan Dan Lain-Lain
- Persoalan Perang Badar Dan Hubungannya Dengan Ramadan
- Perwarisan Harta Anak Angkat
- Rumah Terbuka Dan Duit Raya
- Bercita-Cita Mahu Jadikan Ramadan Terbaik Tahun Ini
- Persoalan Mengenai Dua Jemaah Solat Di Surau R&R
- Tazkirah Di Bulan Ramadan
- Tinggal Serumah Dengan Ibu Bapa Selepas Kahwin

Harga = RM23.00 (Sem) RM26.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 330
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat & Ustaz Abdul Ghani Shamsudin
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Monday, September 29, 2008

Kemelut Kenaikan Harga Minyak: Kenapa Kita Tidak Kembali Kepada Islam?

Sebenarnya, pengislahan tidak boleh diukur melalui lidah dan kenyataan akhbar, tetapi pengislahan hanya mampu diketahui melalui pembedahan terhadap hakikat sebenar. Oleh itu persoalannya ialah, apakah hakikat sebenar di sebalik kenaikan harga minyak? Adakah penghapusan subsidi satu pengislahan? Dan kita sebagai seorang Islam, perlu kita mengetahui bagaimana sistem ekonomi Islam menyelesaikannya.

Secara tabii, tidak ada makhluk yang mengaku membuat kerosakan, sebaliknya pelaku kerosakan ini mengaku mengaku diri mereka sebagai pengislah. Mafhum firman Allah S.W.T. :
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan". - (Al-Baqarah : 11)

Harga = RM10.00
Mukasurat = 128
Penulis = Zaharuddin Mohammad
Penerbit = Lajnah Keahlian & Ulama' Pelapis, Dewan Ulama' PAS Selangor

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...