Mari kita renung kata-kata Saiyidina Umar RA yang pernah mencadangkan sebuah perarakan. Beliau berkata kepada Rasulullah SAW setelah mengisytiharkan pengislamannya di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Katanya: "Ya Rasulullah, bukankan kita di pihak yang benar, sama ada kita hidup mahupun mati?" Nabi SAW menjawab: "Ya, demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya kamu berada di pihak yang benar, sama ada kamu hidup atau mati."
Saiyidina Umar RA berkata: "Jika begitu, kenapa kita bersembunyi? Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, kamu pasti akan keluarkan kami (dari persembunyian)." Lalu baginda mengeluarkan para sahabat dalam dua barisan. Satu barisan diketuai oleh Saiyidina Hamzah RA, satu lagi pula diketuai oleh Saiyidina Umar RA. Derapan langkah mereka begitu mantap dan teratur, seperti hentakan penumbuk batu ke dalam lesungnya, sehingga mereka berjaya memasuki Masjid al-Haram. Kata Saiyidina Umar RA: "Pada saat itu, ketika golongan Quraisy melihat aku dan Hamzah, mereka terus berasa kecewa dan hampa. Semenjak itu, Rasulullah SAW telah menggelarkanku sebagai al-Faruq."
KANDUNGAN
BAHAGIAN 1: HIMPUNAN KETERANGAN, KHUTBAH, FATWA, SEMINAR BERKAITAN KEBANGKITAN RAKYAT MESIR
- Siapakah Yang Menentukan Kerosakan Pemimpin?
- Adakah Islam Membenarkan Demonstrasi Dan Protes Secara Aman?
- Kenyataan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Yang Pertama Dalam Akhbar Asy-Syuruq Al-Qahirriyyah (27 Januari 2011)
- Kenyataan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Secara Langsung Menerusi Al-Jazeera Mendesak Pengunduran Mubarak (29 Januari 2011)
- Kenyataan Persatuan Ulama Sedunia Terhadap Gerakan Intifadhah Mesir (30 Januari 2011)
- Ucapan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Untuk Seluruh Rakyat Mesir (2 Februari 2011)
- Ucapan Dan Doa Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Untuk Generasi Muda Penggerak Revolusi Mesir Menerusi Al-Jazeera (2 Februari 2011)
- Khutbah Jumaat Bertemakan 'Masa Untuk Berundur' (4 Februari 2011)
- Ucapan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Dalam Pehimpunan Menyokong Revolusi Rakyat Mesir di Doha (4 Februari 2011)
- Ucapan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Pada Pembukaan Multaqa Ilmi Kali Ke-2 (4 Februari 2011)
- Khutbah Jumaat Hari Perletakan Jawatan Hosni Mubarak Di Masjid Umat Al-Khattab, Doha (11 Februari 2011)
- Ucapan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Menerusi Al-Jazeera Pada Jumaat Hari Perletakan Jawatan Hosni Mubarak (11 Februari 2011)
- Wawancara 'Syariah Dan Kehidupan' Menerusi Al-Jazeera (13 Februari 2011)
- Jawapan Kepada Fatwa 'Demonstrasi Bererti Khuruj Ke Atas Pemerintah'
- Adakah Menyokong Demonstrasi Aman Bererti Menyokong Perbuatan Fitnah?
- Ucapan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Di Festival Komuniti Mesir Di Qatar (16 Februari 2011)
- Khutbah Jumaat Kemenangan Di Dataran Tahrir (18 Februari 2011)
BAHAGIAN 2: LAPORAN BERITA, TULISAN-TULISAN TOKOH, PENDAKWAH, WARTAWAN DAN LAIN-LAIN
- Keruntuhan Institusi Kajian Dan Penyelidikan (Barat): Di Antara Kejayaan Bouazizi Dan Dokongan Al-Qaradhawi (Laman Web Akhbar Al-Syarq)
- Al-Qaradhawi Seorang Pemidato Agung Menyokong Kelangsungan Revolusi (Harian Mesir)
- Haikal, Al-Qaradhawi Dan Khomeini (Al-Yaum As-Sabi')
- Al-Qaradhawi: Saya Tiada Kena Mengena Dengan Ikhwan (Al-Ahram)
- Kitab Taurat Bukanlah Bahan Sejarah (Al-Hayat - 'Uyun Wa Azaan)
- Mantan Ketua Mossad Mengajak Netanyahu Berdamai Dengan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi (Al-Yaum As-Sabi')
- Tolak Kepimpinan Al-Qaradhawi (Al-Madinah)
- Pembohong Berita-Berita Sensasi (Asy-Syuruq)
- Mesir Moden Menolak Sekularisme (Al-Wafdu)
- Di Atas Pentas (Al-Madinah)
- Pusat Kajian Zionis: Al-Qaradhawi Menghantui Israel Islamofobia (Al-Misriyyun)
- Al-Qaradhawi, Faqih Yang Marah Kezaliman Pemerintah Dan Golongan Pelampau (Al-Qaradhawi)
- Al-Qaradhawi Dan Revolusi Islam (Harian Mesir)
Harga = RM22.00 (Sem) RM25.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 270
Editor = Sheikh Sirhan Bakatal
Tajuk Asal = 25 Yanair Sanah 2011, Thaurah Sha'ab
Penebrit = Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
0 Comments:
Post a Comment