Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Saturday, March 28, 2009

Gaza Menangis - Menelusuri Sejarah Perjuangan Palestin Dan Pembantaian Di Gaza

Palestin adalah bumi yang menjadi rebutan agama samawi sejak zaman-berzaman. Tanahnya sering bersimbah darah merah, air mata warganya juga sudah kering untuk menangisi penderitaan dan kejerihan. Waktu terus bergulir pantas sehingga kita alpa tanah suci ini belum tertebus hutangnya, al-Quds yang dijajah, Masjid al-Aqsa yang diratah.

Buku ini menyingkap rahsia Palestin dan perjuangan membebaskan setiap inci tanah yang dijarah Yahudi Zionis. Juga merakamkan kanvas hitam pembantaian tanpa ampun Cast Lead selama 22 hari, iaitu serangan paling kejam di millenium baru ini.

- Penerbit

Harga = RM20.00
Mukasurat = 199
Penulis = Aris Hazlan Ismail & Riduan Mohamad Nor
Penerbit = Jundi Resources

Monday, December 29, 2008

Isu Memali : Hakikat Dan Realiti

"ISU MEMALI HAKIKAT DAN REALITI", merupakan penjelasan ke atas peristiwa berdaraah yang berlaku di Memali (23 tahun yang lalu). Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya seramai 14 orang telah gugur syahid di dalam peristiwa itu.

...Buku ini menjelaskan siapa Ibrahim Libya dan rakan-rakannya. Apakah kesalahan yang telah mereka lakukan, sehingga mereka dibunuh begitu kejam. Buku ini tidak bertujuan mengatakan siapa salah dan siapa benar. Apa yang ditonjolkan ialah hakikat sebenar yang berlaku di sebalik peristiwa tersebut.

Buku ini juga menyanggahi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia juga Majlis Fatwa Negeri Kedah yang memutuskan bahawa Allahyarham Ibrahim tidak syahid, tetapi mereka adalah kumpulan bughah yang menentang kerajaan serta menggugat kepentingan dan keselamtan negara. Pandangan para fuqaha berhubung dengan bughah dan syahid telah dihuraikan dengan agak terperinci dalam buku ini. Adalah diharapkan agar buku ini dapat mengajak para pembaca menilai dan memberi hukuman sendiri terhadap peristiwa Memali.

- Ketua Penerangan PAS Pusat (2002)

Harga = RM4.00
Mukasurat = 79
Penerbit = Jabatan Penerangan PAS Pusat

Thursday, September 4, 2008

Duka Acheh Luka Kita

Ingatan kita seakan disentap kuat terhadap Acheh dengan tragedi 26 Disember 2006 lalu yang menggegar dunia. Walaupun di penjuru alam lain turut diasak dengan tsunami namun ianya tidak sama dengan simpati kita yang mendalam terhadap Acheh. Ya, Acheh bukan nama asing bagi sebahagian besar kita yang sejarahnya kita terpaksa menekuninya dari celah-celah lembaran buku Tamadun Islam sama ada di bangku sekolah atau Universiti. Acheh adalah warna warni kehidupan yang ditoreh dengan darah merah pertembungan. Mulai perang panjang menentang kafir Belanda, perlaksanaan Daerah Operasi Militer (DOM) di zaman Soeharto yang tidak sedikit menelan korban sehingga api kebencian tidak mampu dipadam dalam masa terdekat. Kini bumi Acheh sebahagiannya menjadi padang jarak padang tekukur dengan korban tsunami lebih daripada 200,000 orang manakala ratusan ribu yang lain kehilangan tempat berteduh dan mata pencarian.

Sungguh teman! Duka Acheh adalah luka kita bersama kerana kita mengusung panji aqidah yang satu. Bukankah bumi ini pernah bersimbah dengan darah syuhada menentang penjajah kafir Belanda dan di dada bumi pernah tertegak ketuanan Islam yang namanya wangi ke seluruh alam. Taman-taman ilmunya pernah dilestarikan oleh ulama-ulama besar seperti Sheikh Samsuddin Al-Sumaterani, Sheikh Abdul Rauf Singkel, Sheikh Hamzam Fansuri. Dari kolam madrasah dan pesantrennya pernah mengalirkan ilmu ke pelosok nusntaranya ketika kafir Portugis menerjah rakus Aqidah Umat Islam. Dalam lipatan sejarahnya pula, ibu-ibu menghayun buaian tidak lupa mengalunkan syair Hikayat Perang Sabil:

"mati syahid sakit tiada,
sama seperti mengerta kuku,
jangan katakan mati mereka,
mujahid abid hidup selalu"

- Penulis

Harga = RM10.00
Mukasurat = 91
Penulis = Riduan Mohamad Nor
Penerbit = Penerbitan Hemah

Wednesday, September 3, 2008

Catatan Pilu Tragedi Gempa Bumi Pakistan

Pakistan dengan pantas mencuri perhtian media antarabangsa, foto-foto bangunan berserakan, mayat, mangsa yang merintih kesakitan, mangsa yang terselamat dan puluhan keajaiban yang berlaku adalah sajian berita yang melariskan akhbar. Pakistan dengan pantas diterpa oleh agensi-agensi PBB dan NGO-NGO kemanusiaan untuk menyalurkan bantuan dan menguruskan agenda tersembunyi. Kejadian gempa ini berlaku di saat umat Islam menjalani ibadah puasa, Ramadhan yang turut memahat sejarah di sepanjang dunia dengan Badar Al-Kubra, Nuzul Al-Quran, Fathu Makkah, pembunuhan ke atas Saiyidina Ali, kewafatan Khadijah, kewafatan Aisyah, penaklukan Al-Quds oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, Perang Ramadhan Arab-Israel dan ratusan memorial sejarah yang lain.

Gerak gempa bumi pada awal Ramadhan 2005 yang tidak sampai tiga saat telah meninggalkan kesan yang mendalam dengan mengorbankan hampir 87,000 di Wilayah India dan Pakistan, juga meranapkan hampir 90 peratus Bandar Balakot dan Muzaffarabad yang sebelum ini memukau pandangan mata sehingga Kashmir pernah dinobat sebagai 'The Heaven of The Earth'. Semenjak kejadian gempa itu liputan meluas media telah menarik simpati dunia terhadap pengunsi khemah pelarian dan kem-kem pelarian yang menampung ratusan ribu mangsa.

- Penulis

Harga = RM10.00
Mukasurat = 96
Penulis = Riduan Mohd Nor
Penerbit = Penerbitan Hemah

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...