Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Thursday, November 13, 2008

Poster Surat Rasulullah Pengusir Jin Dari Kediaman


*Membeli Sambil Menderma

Harga = RM10.00
Kitab Rujukan = At-Tazkirah - Imam Al-Qurtubi
Penerbit = Sekolah Rendah, Menengah Islam & Tahfiz Al-Quran Zubaidiyah, Merbok, Kedah

5 Comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Maaf. Saya nak minta tolong untuk menenangkan hati kecil saya. Boleh tak saya tahu dari mana sumber yang menyatakan surat Rasulullah itu sebagai pengahalau jin dan syaitan???
Terima kasih Ustaz.

Anonymous said...

Bismillah. Saya juga ingin dapatkan kepastian adakah surat ini dipetik dari mana2 hadith? Kalau ada, minta jasa baik untuk diberikan kalau boleh dengan sanadnya sekali. Saya cuba mencari tapi tidak berjumpa.

afiq.dr@gmail.com

BookKeeper said...

Ada, Nabi baca doa tu, saiyidina Ali tulis, pastu bagi pada sahabat yang bernama Abu Dujanah r.a. - HR Imam Al-Baihaqi r.a.. syukran

Nur Insyirah said...

anda boleh rujuk url ini utk rujukan tentang ceritanya.

http://iklantukulbesi.blogspot.com/2010/01/miliki-segerasurat-rasulullah-pengusir.html

moga bermanfaat.

wslm

Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Hukum hadith tentang ‘tulisan agung’:
بسم الله الرحمن الرحيم
Hadith tentang pendinding (atau tangkal atau azimat) ‘tulisan agung’ telah dinyatakan oleh beberapa orang ulamak dan dikomen oleh mereka seperti berikut:

1- al-Imam al-Baihaqi dalam ‘Dalail al-Nubuwwah’ no 3050 di bawah tajuk “Jima’ Abwab Kaifiyyah Nuzul al-Wahy ‘ala Rasulillah Sallallahu ‘alaih wa sallam” dan beliau telah berkata:
وقد روي في حرز أبي دجانة حديث طويل ، وهو موضوع لا تحل روايته
Ertinya: ‘Dan telah diriwayatkan berkenaan pendinding Abu Dujanah sebuah hadith yang panjang. Ianya palsu dan tidak halal untuk diriwayatkan.’

2- al-Imam Ibn al-Jauzi dalam “al-Maudhu’at al-Kubra” no 1583 di bawah tajuk “Kitab al-Zikr: Bab Hirz Abi Dujanah” dan beliau telah berkata:
هذا حديث موضوع بلا شك ، وإسناده مقطوع ، وليس في الصحابة من اسمه موسى أصلا ، وأكثر رجاله مجاهيل لا يعرفون
Ertinya: ‘Ini adalah hadith palsu tanpa syak. Sanadnya terputus. Tidak terdapat sama sekali di kalangan para sahabat orang yang bernama Musa. Kebanyakan para periwayatnya majhul dan tidak dikenali.’

3- al-Imam al-Suyuti dalam “al-Laali al-Masnu’ah fi al-Ahadith al-Maudhu’ah” di bawah tajuk “Kitab al-Zikr wa al-Du’a” dan beliau telah berkata:
موضوع ، وإسناده مقطوع ، وأكثر رجاله مجاهيل ، وليس في الصحابة من اسمه موسى أصلا
Ertinya: ‘Palsu dan sanadnya terputus. Kebanyakan para periwayatnya majhul. Tidak terdapat langsung di kalangan para sahabat orang yang bernama Musa.’

4- al-Imam al-Fatani dalam “Tazkirah al-Maudhu’at” no 1734 di bawah tajuk “Kitab al-‘Ilm: Bab al-Maradh min al-Humma wa al-Ramad wa al-‘Ama wa al-Zukam wa al-Juzam wa Isabah al-‘Ain wa Dawaih” dan beliau telah berkata:موضوع وإسناده مقطوع وأكثر رجاله مجهولون وليس في الصحابة من يسمى بموسى أصلا

Ertinya: ‘Palsu dan sanadnya terputus. Kebanyakan para periwayatnya majhul dan tidak terdapat sama sekali di kalangan para sahabat orang yang bernama Musa.’

5- al-Imam al-Kanani dalam “Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah ‘an al-Akhbar al-Syani’ah al-Maudhu’ah” no 15 di bawah tajuk “Kitab al-Zikr wa al-Du’a: al-Fasl al-Thani” dan beliau telah membawa kata-kata al-Imam Ibn al-Jauzi dan al-Imam al-Baihaqi yang menghukum riwayat ini sebagai maudhu’.

Sekian dahulu, semoga kita dipelihara Allah Ta’ala daripada menyebar dan mengamalkan hadith yang palsu.

Fadlan Mohd Othman
Jabatan al-Quran dan al-Sunnah
Fakulti Pengajian Islam
U.K.M.
Bangi, Malaysia. 3 Jumadil Awwal 1427H - 31/5/2006.
http://fadlan-mohd-othman.blogspot.com/2008/06/hukum-hadith-tentang-tulisan-agung_02.html

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...