Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Sunday, November 16, 2008

Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani Rahimahullahu Ta'ala (1365 - 1425H) (1946 - 2004M) - Sejarah Hidup Dan Dasar-Dasar Pemikirannya

Prof. Dr. Habib As-Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani adalah seorang tokoh yang terkenal pada abad ini. Ayahnya dan datuknya sehingga tujuh keturunan adalh dari kalangan ulama yang terkenal di Makkah beliau adalah dari keurunan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dari zuriat Hasan Bin Ali Bin Abu Thalib r.a.. Kitab-kitab karangannya lebih dari empat puluh buah yang tersebar luas di seluruh pelusuk dunia. Rumah kediamannya di Rushaifah, di Jalan Al-Maliki yang bersambung ke jalan antara Makkah menuju Jeddah merupakan tempat perhimpunan para ulama dari seluruh dunia di musim haji dan umrah.

Pada subuh Jumaat 15 Ramadhan 1425H bertepatan dengan 29 Oktober 2004M yang lalu, sekitar jam 0430 waktu Makkah (pukul 1030 jam Malaysia) umat Islam di seluruh dunia dikejutkan dengan berita kewafatannya, sehingga rasa kesedihan meliputi mereka, kerana kepergiannya dirasakan sebagai suatu kerugian yang amat besar bagi umat Islam.

Maka untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi, penulis rasa terpanggil untuk menulis sedikit dari riwayat hidupnya dan dasar-dasar pemikiran serta usaha-usaha beliau dalam dakwah dan pengembangan agama.

Semoga Allah Ta'ala senetiasa mencucuri beliau dengan rahmatNya yang luas dan mengumpulkan beliau dan juga kita nantinya bersama-sama dengan hamba-hambaNya yang soleh, Amin.

- Penulis

Harga = RM8.00
Mukasurat = 67
Penulis = Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki (Ahmad Fahmi Zamzam)
Penerbit = Khazanah Banjariah

0 Comments:

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...