Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Wednesday, March 26, 2014

Kesan Postur Dan Pergerakan Solat Terhadap Kesihatan Badan

Solat merupakan rukun kedua daripada rukun Islam yang lima. Solat adalah amalan utama dan diibaratkan sebagai tiang agama. Solat bukan sahaja mampu menjana kekuatan rohani yang kental bahkan kajian sains telah membuktikan bahawa solat juga memberikan kesan yang sangat baik terhadap kesihatan badan.

Buku ini yang merupakan rentetan daripada buku bestseller Solat - Kebaikan Dari Perspektif Sains mengupas secara ringkas dan padat bagaimana postur dan pergerakan solat efektif menurut sains. Buku ini juga mendedahkan bagaimana solat boleh diaudit, postur dan pergerakan solat wanita, dan bagaimana solat dapat menjadi terapi efektif bagi menguruskan badan.

Mudah-mudahan kajian ini dapat menjadi saham akhirat buat penulis dan para pembaca, khususnya dalam usaha kita saling bantu membantu menyemarakkan dakwah dan menyampaikan ilmu bermanfaat yang diamanahkan oleh Allah kepada Muslimin dan Muslimat.

Wallahu A'lam

- Penulis

Sebuah kupasan lanjut buku BESTSELLER:

KANDUNGAN
  • Bab 1: Pendahuluan
  • Bab 2: Komposisi Badan
  • Bab 3: Kesan Senaman Terhadap Komposisi Badan
  • Bab 4: Kesan Postur Dan Pergerakan Solat Terhadap Komposisi Badan
  • Bab 5: Audit Postur Dan Pergerakan Solat Yang Efektif Untuk Kesihatan
Harga = RM32.90 (Sem) RM34.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 128 (Berwarna Penuh)
Penulis = Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim
Penerbit = Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya

Monday, February 17, 2014

Solat Sebagai Terapi Minda

"Solat bukan hanya melibatkan pergerakan fizikal, tetapi juga bacaan daripada ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa. Justeru itu, solat bukan sahaja dapat memberikan kesihatan fizikal yang baik tetapi juga dapat memberikan kesan yang baik kepada perasaan dan fikiran. Buku ini yang merupakan rentetan daripada buku bestseller Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains akan menjelaskan bagaimana solat yang terdiri daripada kombinasi pergerakan fizikal dan bacaan ayat suci Al-Quran dan Doa mampu menyumbang kepada kesihatan mental dan emosi yang baik."

- Penerbit

Sebuah kupasan lanjut buku BESTSELLER:

KANDUNGAN
  • Bab 1: Mengenali Otak Anda
  • Bab 2: Isyarat Otak
  • Bab 3: Teknik Terapi Minda
  • Bab 4: Solat Dan Kajian Saintifik
Harga = RM18.90 (Sem) RM20.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 63
Penulis = Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim & Dr. Ng Siew Cheok
Penerbit = Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya
 

Mati Pucuk: Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur Pergerakan Solat

"Bagi kaum lelaki, kehidupan sosial yang baik adalah sangat penting dalam menjamin kebahagiaan hidup. Di antara masalah kesihatan lelaki yang sentiasa menjadi igauan mereka adalah mati pucuk. Buku yang sedang berada di tangan anda ini akan mendedahkan bagaimana solat yang menjadi kefardhuan bagi setiap muslim dapat berfungsi sebagai terapi mati pucuk."

- Penerbit

Sebuah kupasan lanjut buku BESTSELLER:

Harga = RM28.90 (Sem) RM30.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 106 (Berwarna Penuh)
Penulis = Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim & Prof. Dr. Azad Hassan Abdul Razack
Penerbit = Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya

Tuesday, October 6, 2009

Cahaya Di Atas Cahaya - Menyingkap Rahsia Alam Menurut Al-Quran & Sains

Al-Quran, selain fungsinya sebagai petunjuk dan hidayah dalam soal akidah, syariah, akhlak dan muamalah, ia juga menjadi petunjuk terhadap kadungan seisi alam semesta ini. Dengan kata lain Al-Quran dapat dijadikan sebagai sumber panduan utama dan pertama kebenaran agama dan ilmu pengetahuan (sains). Namun sesetengah pihak meragui kewujudan sains dalam Al-Quran. Adakah penemuan sains-sains moden itu selari dengan nas-nas Al-Quran, atau sebaliknya? Jika memang itu benar, mengapa yang menemukan kemukjizatan sains dalam Al-Quran justeru para ilmuwan Barat, bukannya cendekiawan Muslim? Lalu apa fungsinya Allah bersumpah dengan matahari, bulan, bintang dan tumbuh-tumbuhan?

Dr. Zahglul Raghib Muhammad Najjar, seorang Profesor dan pakar ilmu bumi (Geologi) akan memberikan kupasan dan huraian menyeluruh guna membuktikan kemukjizatan Al-Quran dalam bidang sains dan memberikan jawapan-jawapan lengkap, jelas, terang dan memuaskan terhadap pihak-pihak yang meragui kewujudannya dengan memadukan antara ayat-ayat Al-Quran dengan penemuan-penemuan sains moden.

- Penerbit

Harga = RM9.00
Mukasurat = 155
Penulis = Prof. Dr. Zaglul Al-Najjar
Penterjemah = Mujahidin Nuryadi
Penerbit = Pustaka Al-Shafa

Thursday, August 6, 2009

Senaman Regangan & Pergerakan Solat: Sebuah Kupasan Lanjut Buku: Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains - Mesti Baca!!!

Sebuah Kupasan Lanjut Buku: Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains

KANDUNGAN


BAB 1: Asas Regangan
- Pengenalan
- Apakah Regangan

BAB 2: Jenis-Jenis Regangan
- Pengenalan
- Regangan Statik
- Regangan Statik-Pasif
- Regangan Dinamik
- Teknik-Teknik Regangan Lain

BAB 3: Kebaikan Regangan
- Pengenalan
- Manfaat Melakukan Regangan
- - Mengurangkan Ketegangan Otot
- - Mencegah Kecederaan
- - Meningkatkan Gerakan Sendi
- - Memantapkan Koordinasi Otot
- - Meningkatkan Kitaran Darah
- - Meningkatkan Prestasi Tubuh

BAB 4: Perbandingan Antara Pergerakan Dan Prostur Solat Dengan Regangan
- Pengenalan
- Apa Itu Solat?
- Pergerakan/Postur Solat Dan Regangan
- - Berdiri
- - Rukuk
- - Sujud
- - Duduk
- - Memberi Salam
- Kebaikan Postur Dan Pergerakan Solat

Harga = RM18.00 (Sem) RM21.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 65 (Berwarna Penuh)
Penulis = Wan Abu Bakar Wan Abas, Fatimah Ibrahim & Rameezan Begam Abdul Rahim
Penerbit = Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia

Sakit Pinggang: Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur Dan Pergerakan Solat - Mesti Baca!!!

Penganut agama Islam dituntut menunaikan solat fardu lima kali sehari. Gerakan solat harian itu boleh dianggap sebagai senaman fizikal sederhana yang menyerupai senaman regangan berbentuk terapi perubatan.

Komponen-komponen dalam gerakan solat yang dilakukan secara terus-menerus memberikan kesan yang positif dan bermanfaat kepada tubuh manusia sama ada daripada aspek fizikal mahupun emosi.

Buku ini adalah rentetan daripada buku 'Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains'. Buku ini memperincikan bagaimana postur dan pergerakan solat bukan sahaja menjadi kewajiban yang perlu dillaksanakan tetapi ia juga boleh dijadikan sebagai altenatif terapi rawatan pemulihan sakit pinggang. Malah, terapi postur dan pergerakan solat ini telah diperkenalkan kepada pesakit bukan Islam dalam rawatan sakit pinggang.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: Mengenali Tulang Belakang Anda
- Pengenalan
- Komponen Struktur Tulang Belakang
- Cakera Tulang Belakang
- Sendi Tulang Belakang
- Otot Tulang Belakang Dan Urat Ligamen
- Urat Saraf

BAB 2: Sakit Pinggang: Pengenalan
- Pengenalan
- Terma Sakit Pinggang
- Jenis-Jenis Sakit Pinggang
- Punca-Punca Sakit Pinggang
- - Sakit Disebabkan Akktiviti Harian
- - Sakit Pinggang Dan Kaitannya Dengan Keadaan Tidak Aktif
- - Sakit Pinggang Dan Postur Badan
- Sakit Pinggang Tidak Spesifik

BAB 3: Gejala-Gejala Dan Diagnosa Sakit Pinggang
- Pengenalan
- Gejala-Gejala Sakit Pinggang
- Gejala Sakit Belakang Tidak Spesifik Atau Sakit Pinggang Biasa
- Gejala Sakit Pinggang Akibat Urat Saraf Terhimpit
- Gejala Sakit Pinggang Akibat Atritis Spina
- Gejala Sakit Pinggang Akibat Penyakit
- Diagnosa Sakit Pinggang

BAB 4: Prinsip Dan Kaedah Rawatan Sakit Pinggang
- Pengenalan
- Konsep Rawatan Pemulihan Bagi Sakit Pinggang Tidak Spesifik
- Senaman Fizikal
- - Senaman Regangan
- - Senaman Aerobik Impak Rendah
- - Senaman Untuk Menguatkan Otot Belakang

BAB 5: Sakit Pinggang: Teknik Pemulihan Melalui Terapi Postur Dan Pergerakan Solat
- Pengenalan
- Kelebihan Solat
- Elemen-Elemen Penting Di Dalam Solat
- - Postur Dan Pergerakan Solat
- - Qiyam (Berdiri Tegak)
- - Rukuk
- - Sujud
- - Duduk Antara Dua Sujud
- - Tahiyat Awal
- - Tahiyat Akhir
- - Niat Atau Aktiviti Minda/Hati
- Persamaan Postur Dan Pergerakan Solat Dengan Terapi Senaman Sakit Pinggang
- - Postur Dan Pergerakan Rukuk Dan Senaman 'Selamat Pagi'
- - Persamaan Postur Dan Pergerakan Sujud Dengan Gabungan Senaman 3 Dalam 1
- Kajian Postur Dan Pergerakan Solat Sebagai Terapi Sakit Pinggang
- Intervensi Peserta Sakit Pinggang
- Keputusan Kajian Postur Dan Pergerakan Solat Sebagai Terapi Sakit Pinggang

Harga = RM18.90 (Sem) RM21.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 63 (Berwarna Penuh)
Penulis = Fatimah Ibrahim & Rameezan Begam Abdul Rahim
Penerbit = Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia

Pencegahan Penyakit Jantung Dari Perspektif Holistik: Sebuah Kupasan Lanjut Buku Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains - Mesti Baca!!!

Kehidupan adalah satu anugerah Tuhan yang sangat berharga. Ia bermula dengan denyutan jantung yang pertama semasa kita berada di dalam perut ibu dan tamat dengan denyutan jantung yang terakhir. Apabila kita meneliti bagaimana jantung kita berfungsi, kita dapat melihat keajaiban organ yang sebesar genggaman tangan ini merasai kebesaran dan keagungan pencipta-Nya. Sesuatu yang begitu penting dan berharga yang telah diamanahkan kepada kita sejak bermula kehidupan kadang-kadang menyebabkan kita tidak tahu untuk menghargainya. Kebiasaan manusia apabila sudah terkena penyakit jantung atau lemah jantung, barulah mula sedar betapa besarnya nikmat tersebut. Buku ini adalah rentetan dari buku Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains. Fokus buku ini adalah kepada pencegahan penyakit jantung dari perspektif holistik yang menerangkan pencegahan dari aspek perubatan moden dan Islam.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: Mengenali Jantung Anda
- Pengenalan
- Ruangan (Kompartmen) Jantung
- Proses Pengaliran Dan Sistem Kardiovaskular
- Sistem Elektrikal (Konduksi)

BAB 2: Penyakit Kardiovaskular
- Pengenalan
- Strok (Angin Ahmar)
- Tekanan Darah Tinggi
- Aneurysm
- Kegagalan Jantung Kongestif
- Angina
- Serangan Jantung

BAB 3: Atheroklerosis: Punca Kebanyakan Penyakit Kardiovaskular
- Pengenalan

BAB 4: Faktor-Faktor Risiko Atherosklerosis
- Pengenalan
- Faktor Risiko Tak Terkawal
- Faktor Risiko Terkawal
- Kencing Manis (Diabetis Mellitus)
- Obesiti
- Merokok
- Langkah Pencegahan

BAB 5: Pencegahan Atherosklerosis
- Pengenalan
- Pencegahan Atherosklerosis Dari Perspektif Perubatan Moden
- Rawatan Penyakit Jantung
- Rawatan Perubatan Menggunakan Ubat-Ubatan
- Rawatan Pembedahan Dan Angioplasti

BAB 6: Pencegahan Penyakit Kardiovaskular Menurut Gaya Hidup Islam
- Anjakan Paradigma
- Adab Makan Dan Minum Mengikut Cara Hidup Islam
- Menyebut 'Bismillahirrahmanirrahim'
- Makan Secara Sederhana
- Berkat Dalam Makanan
- Postur Duduk Yang Disyorkan Semasa Makan
- Kesederhanaan Dalam Kehidupan
- Cara Hidup Sederhana Yang Diamalkan Oleh Penduduk Madinah
- Diet Pemakanan Yang Disyorkan Oleh Islam
- Limau
- Bijan Hitam
- Madu
- Buah Zaiton Dan Minyak Zaiton
- Kurma
- Pisang
- Anggur
- Delima

BAB 7: Gaya Hidup Cara Islam
- Pengenalan
- Doa
- Membaca Al-Quran
- Zikir
- Berjalan Kaki
- Solat
- Kebaikan Solat Untuk Kesihatan
- Kadar Denyutan Jantung
- Faktor-Faktor Mempengaruhi Kadar Denyutan Jantung
- Kajian Denyutan Jantung Pada Setiap Postur Solat

Harga = RM23.90 (Sem) RM26.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 87 (Berwarna Penuh)
Penulis = Fatimah Ibrahim & W. Azman W. Ahmad
Penerbit = Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia

Thursday, July 10, 2008

Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains - Membongkar Fakta-Fakta Saintifik Di Sebalik Solat - Mesti Baca!!!

Umat Islam diwajibkan menunaikan solat lima kali sehari. Mereka juga digalakkan melaksanakan beberapa sembahyang sunat dalam kehidupan hariannya.

Penekanan terhadap ibadat solat dari segi rohaniah banyak diperkatakan dalam Al-Quran dan Hadis.

Solat juga memberi kesan positif terhadap tubuh badan manusia secara fizikal dan mental. Kajian saintifik yang telah dijalankan mengesahkan hal ini.

Buku ini mengupas hasil kajian awal kesan solat ke atas kesihatan. Objektif kajian tersebut dijalankan adalah untuk menentukan kesan solat terhadap kesihatan fizikal dan mental pengamalnya, termasuklah kesan ke atas sistem kardiovaskular, komposisi tubuh badan, isyarat otak, dan aktiviti otot. Walaupun kajian tersebut berbentuk penyelidikan saintifik tetapi buku ini membentangkan dapatannya dalam format yang sesuai untuk bacaan masyarakat umum.

Fakta-fakta yang dibentangkan dalam buku ini akan memotivasikan umat Islam untuk melakukan ibadat solat dengan lebih tekun dan teratur demi mencapai kebaikan spiritual, fizikal, dan mental.

- Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan
Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia

KANDUNGAN

BAB 1 - Pendahuluan
- Qiyam
- Rukuk
- Sujud
- Duduk Antara Dua Sujud Dan Tahiyat Awal
- Duduk Tahiyat Akhkir

BAB 2 - Komposisi Badan
- Komponen Komposisi Badan
- Cara Pengukuran Komposisi Badan
- Parameter BIA Dan Petunjuk Kepada Tahap Kesihatan Badan
- Kebaikan Senaman Terhadap Komposisi Badan
- Kajian Solat Ke Atas Komposisi Badan
- Faedah Mengamalkan Tabiat Lazim Sempurna Atau Sebaliknya Ke Atas Komposisi Badan Semasa Solat
- Kebaikan Solat Tarawih Dan Puasa Terhadap Komposisi Badan

BAB 3 - Denyutan Jantung
- Denyutan Jantung Normal
- Perubahan Denyutan Jantung
- Solat Dan Posisinya
- Pengukuran Denyutan Jantung
- Faktor-Faktor Mempengaruhi Kadar Denyutan Jantung
- Kajian Denyutan Jantung

BAB 4 - Sakit Pinggang
- Pergerakan Solat Dan Terapi Senaman Sakit Pinggang
- Pergerakan Rukuk
- Pergerakan Sujud
- Kajian Kesan Pergerakan Solat Ke Atas Wanita Yang Mengalami Sakit Pinggang

BAB 5 - Otak
- Anatomi Dan Fungsi Otak
- Gelombang Otak
- Meditasi
- Solat
- Kajian Elektroensefalogram Dalam Solat
- Kajian Perubahan Isyarat Otak Semasa Tamakninah
- Kajian Kesan Solat Kepada Isyarat Otak

BAB 6 - Otot
- Unit Motor Dan elektromiografi
- Kajian Aktiviti Otot Semasa Melakonkan Pergerakan Solat
- Kebaikan Regangan

BAB 7 - Disfungsi Ereksi
- Jenis-Jenis Disfungsi Ereksi
- Faktor-Faktor Disfungsi Ereksi
- Rawatan-Rawatan Disfungsi Ereksi
- Rawatan Alternatif
- Kajian Kesan Solat Ke Atas DE

*Kupasan Lanjut Mengenai Buku Ini Dalam Pencegahan Penyakit Jantung Dari Perspektif Holistik, Sakit Pinggang: Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur Dan Pergerakan Solat & Senaman Regangan & Pergerakan Solat.

Harga =
1. (Bahasa Melayu) Kulit Nipis - RM29.90 (Sem) RM31.90 (Sab/Swk)
2. (Bahasa Inggeris) Kulit Nipis - RM31.90 (Sem) RM33.90 (Sab/Swk)
3. (Bahasa Inggeris) Kulit Tebal - RM41.90 (Sem) RM43.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 110 (BM) / 111 (BI)
Bahasa = Melayu & Inggeris
Penulis = Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas & Ng Siew Cheok
Penerbit = Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...