Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Friday, November 29, 2013

Maqasid Syariah - Isu-Isu Kepenggunaan: Realiti Dan Cabaran

"Jika kesederhanaan dalam berbelanja dan penjimatan dalam menggunakan (harta dan wang ringgit) telah menjadi kebiasaan serta tradisi satu bangsa, nescaya akan berkumpullah bagi mereka satu potensi kekayaan yang sangat besar. Masyarakat yang mengamalkan konsep ini merupakan masyarakat yang dewasa dan memiliki pamahaman yang matang dalam kehidupan"

(Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi, 1996)

Bertitik-tolak dari pandangan tersebut, tidak dapat dinafikan bahawa perancangan dan pengurusan kewangan yang lemah dalam kalangan masyarakat Islam mennjadi faktor utama masalah bebanan hutang. Dalam konteks negara kita, situasi ini menyumbang pula kepada masalah muflis yang semakin meningkat saban tahun. Malah, ditambah dengan kepesatan pembangunan, khususnya dalam bidang sosioekonomi dan sosiobudaya, mengheret pula timbulnya masalah-masalah lain seperti gejala kahwin lambat ekoran terlalu mengutamakan soal-soal prestij, masalah generasi muda yang tidak mampu berdikari dalam soal pemilikan harta (terutama yang menjadi suatu keperluan semasa) dan lain-lain perkara dharuri.

Justeru, buku ini yang merupakan himpunan sebahagian daripada koleksi kertaskerja Seminar Kebangsaan Maqasid Syariah 2013, anjuran Persatuan Ulama' Malaysia dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. akan sedikit sebanyak memberi pencerahan kefahaman tentang keutamaan isu-isu kepenggunaan dalam syariat Islam. Turut dibahaskan juga ialah realiti ekonomi masyarakat Islam, kemudahan-kemudahan produk dan perkhidmatan bank-bank Islam serta kesannya terhadap kuasa beli pengguna.

- Penyelenggara

KANDUNGAN
  • Maqasid Syariah: Isu-Isu Kepenggunaan, Realiti dan Cabaran - Dato' Sheikh Abdul Halim Abd Kadir, Dr. Nor 'Azzah bte Kamri & Baharom bin Kassim
  • Pengurusan dan Perbelanjaan Harta Dalam Islam: Ketamaan dan Pendekatan - Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin
  • Pengurusan Kewangan Dalam Islam - Hajjah Rohani bte Datuk Mohd Shahir
  • Kemudahan Pembiayaan Peribadi oleh Perbankan dan Kesannya Kepada Kuasa Beli Pengguna - Mohd Nazri bin Chik
  • Perbankan Islam di Malaysia: Membantu atau Membahayakan Ummah? - Prof. Dr. Mohd Nazari bin Ismail
  • Sumber Pendapatan Alternatif MLM, Jualan Langsung Berbilang Tingkat, Penilaian Hukum Dari Perspektif Syariah - Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor
  • Jihad Ekonomi, Kepimpinan dan Pemilikan Equiti Melayu Muslim di Malaysia - Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim
  • Pemilikan Rumah Dalam Kalangan Golongan Muda Islam Di Malaysia - Dato' Dr. Sr. Kamarul Rashdan Bin Haji Salleh
  • Pembangunan Harta Wakaf di Malaysia: Pengalaman Perbadanan Wakaf Selangor - MAIS - Abu Bakar bin Yang
Harga = RM23.00
Mukasurat = 162
Penyelenggara = Abdul Karim Ali, PhD & Mohd Nazri Chik
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia

Thursday, November 28, 2013

Undang-Undang Syariah Di Malaysia

Islam adalah al-Din yang mengatur keseluruhan hidup manusia di muka bumi ini. Ia merupakan satu pakej yang lengkap merangkumi semua aspek seperti aqidah, ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah. Keindahan Islam akan terserlah apabila semua pengajarannya dalam kesemua aspek dilaksanakan. Di Malaysia sebagai contoh, aspek-aspek di atas dilaksanakan dengan baik, namun persoalan mengenai undang-undang jenayah Islam seperti qisas terus menjadi polemik. Perbincangannya mengalami pasang surut.

Dari senario masyarakat di Malaysia hari ini, saban hari akhbar-akhbar serta televisyen mendedahkan kepincangan masyarakat terutama dari aspek kejadian-kejadian jenayah. Pembunuhan, pembuangan bayi, penculikan, mencederakan, pukul, merompak, mencuri, menyamun, meragut, zina, rogol, pelacuran, judi, minum arak, penagihan dadah, qazaf, pecah amanah dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Adakah undang-undang sedia ada gagal mencegah dan menghalang individu daripada melakukan perkara-perkara di atas?

Buku ini merupakan himpunan kertas kerja Seminar Kebangsaan Undang-Undang Syariah di Malaysia (2012) yang dianjurkan oleh Persatuan Ulama' Malaysia dengan kerjasama Jabatan Mufti Selangor dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Fokus buku ini secara amnya tertumpu kepada:
  • Menghuraikan Islam sebagai sebuah cara hidup yang komprehensif.
  • Menghuraikan falsafah undang-undang jenayah Islam.
  • Menjelaskan kategori-kategori jenayah mengikut Islam.
  • Menjelaskan senario kesalahan dan jenayah yang berlaku di Malaysia.
- Penyelenggara

KANDUNGAN
  • Islam Agama Komprehensif - Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
  • Falsafah Uqubah Dalam Kesalahan Jenayah Islam - Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
  • Adakah Federalisme Penghalang Kepada Pelaksanaan Syariah di Malaysia - Nurhafilah bt. Musa
  • Kemalangan Jalanraya dan Penyelesaiannya Mengikut Perundangan Islam - Shahidra Abdul Khalil
  • Political Will (Kemahuan Politik) Dalam Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam - Prof. Madya Dr. Hasan Bahrom
  • Hudud: Falsafah dan Keperluannya Dalam Masyarakat Majmuk - Nik Muhammad Zawawi bin Salleh
  • Hukuman Mati dan Hak Asasi Manusia - Prof. Madya Dr. Azman bin Mohd Nor
  • Jenayah Riddah di Malaysia: Cadangan Penyelesaian Berasaskan Maqasid Syariyyah - Mohamad Zamri Mohamed Shafik
  • Kaedah-Kaedah Pembuktian Dalam Undang-Undang Jenayah Islam - Dato' Hj. Md Saleh bin Ahmad @ Md
Harga = RM23.00
Mukasurat = 222
Penyelenggara = Abdul Karim Ali, PhD & Mohd Roslan Mohd Nor, PhD
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia

Thursday, October 17, 2013

Kewangan & Perbankan: Isu-Isu Dan Cabaran

Mutakhir ini, masyarakat Islam khususnya di Malaysia seringkali terdedah dengan isu-isu semasa berkaitan kewangan dan perbankan: contohnya pelaburan melalui internet, perniagaan MLM dan Forex, insurans konvensional, kontrak pinjaman berasaskan faedah, amanah saham dan sebagainya. Kesemua isu yang berlegar ini sememangnya berinteraksi terus dalam kehidupan seharian masyarakat Islam dan mempunyai implikasi hukum. Ditambah pula dengan lambakan produk-produk kewangan dan perbankan melalui instrumen yang pelbagai di pasaran. Meskipun perkembangan ini suatu yang baik, namun masyarakat Islam adakalanya dilihat kurang sensitif untuk membuat penilaian kepada produk-produk tersebut khususnya berkaitan hukum syariah.

Buku ini tampil memberi penjelasan hukum berkaitan isu-isu semasa serta cabaran kewangan Islam. Artikel-artikel yang terdapat dalam buku ini merupakan koleksi kertas kerja Konvensyen Kewangan dan Perbankan Islam (2010) dan Konvensyen Kewangan Islam (2011), anjuran Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Selangor.

Mudah-mudahan penerbitan buku ini bakal menyuntik kefahaman yang mampan serta mampu memberikan penyelesaian syariah terhadap isu-isu perbankan dan kewangan Islam. Malah buku ini adalah alternatif terbaik dalam mendedahkan berkaitan konsep dan operasi perlaksanaan sistem kewangan dan perbankan Islam kepada masyarakat majmuk di Malaysia.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Senario Kewangan dan Perbankan Islam Masa Kini: Prospek, Isu-Isu dan Cabaran - Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin & Nusaibah bte Mohd Parid
  • Sistem dan Operasi Perbankan Islam: Tinjauan dan Ulasan - Dr. Ab Rashid Dail
  • Pendirian Syariah Terhadap Penggunaan Wang Kertas (Fiat Money) - Mohd Nazri bin Chik
  • A Review of Shariah Compliant Instrimentals for Islamic Credit Card as Adopted by Malaysian Financial Institution - Prof. Madya Dr. Azman bin Mohd Noor & Rafidah bte Mohd Azli
  • Perniagaan Multi Level Marketing (MLM) dari Perspektif Fiqh Islami - Zaharuddin bin Muhammad
  • Urusniaga Matawang Asing (Forex) dan Leverage: Satu Analisa dari Perspektif Syariah - Mohd Zamerey bin Aabdul Razak
  • Riba Dalam Perbankan Islam: Antara Persepsi dan Realiti - Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin
  • Isu-Isu Semasa Riba Dalam Jual Beli Emas dan Perak - Dr. Mohamad Fairooz bin Abdul Khir
  • Ciri-Ciri Keuntungan Menurut Perspektif Islam - Prof. Madya Dr. Shamsiah bte Mohamad
  • Pinjaman Dengan Faedah dan Penyelesaiannya Menurut Syariat Islam - Dr. Abdul Halim El-Muhammady
Harga = RM23.00
Mukasurat = 202
Penyelenggara = Azizi Che Seman, PhD & Mohd Nazri Chik
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia
 

Monday, October 15, 2012

Zina: Antara Nikmat Dan Azab

Pelbagai gejala sosial melanda masyarakat terutamanya golongan remaja pada masa kini. Antaranya adalah gejala zina yang kian berleluasa dan membimbangkan, bukan sahaja pada keluarga dan masyarakat, tetapi juga pada Negara.
Zina bukan sahaja PERBUATAN KEJI yang membawa kepada keruntuhan moral dan akhlak, tetapi juga keruntuhan institusi kekeluargaan dimana kes-kes hamil luar nikah dan pembuangan bayi semakin meningkat.
Marilah kita sama-sama mendekatkan diri kepada Allah. Tingkatkan kecintaan, ketakwaan dan keimanan terhadap-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Bab 1: Sejarah Awal Gejala Penzinaan
  • Bab 2: Realiti Masa Kini
  • Bab 3: Penzinaan Di Kalangan Masyarakat Islam Kini
  • Bab 4: Bahaya Perbuatan Zina
  • Bab 5: Kesan Perbuatan Zina
  • Bab 6: Balasan Di Dunia
  • Bab 7: Balasan Di Akhirat
  • Bab 8: Taubat
  • Bab 9: Panduan Menjauhi Zina
Harga = RM10.00 (Sem) RM13.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 88
Penulis = Zaman Azad Khad & Mohd Aizat B. Mohd Saleh
Penerbit = Best Seller Publication (bsp)

Thursday, October 11, 2012

Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat

Dalam kita melaksanakan ibadah kepada Allah, kekeliruan dan persoalan pasti tidak dapat dielakkan. Segala persoalan ini memerlukan jawapan bagi meleraikan kekusutan yang ada supaya kita berasa yakin dalam melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Perasaan was-was juga dapat dihindari.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Bab 1: Taharah Dan Wuduk
  • Bab 2: Al-Quran
  • Bab 3: Solat
  • Bab 4: Jual Beli, Pembahagian Harta Dan Zakat
  • Bab 5: Puasa
  • Bab 6: Hudud
  • Bab 7: Sembelihan Dan Akikah
  • Bab 8: Wanita
  • Bab 9: Halal Dan Haram
Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 162 (Berwarna)
Hak Cipta = Ustaz Azhar Idrus
Penerbit = PTS Islamika Sdn Bhd

Wednesday, May 30, 2012

Keajaiban Khitan

Khitan, yang biasa dikenal dengan istilah "sunat", bukan sekedar tuntutan syariat. Ternyata banyak sekali hikmah dan keajaiban yang tersimpan di dalamnya. Secara kedokteran, khitan terbukti bisa mencegah dan mengurangi infeksi pada saluran kencing dan alat reproduksi. Khitan juga bisa mencegah timbulnya kanker kelamin dan penyakit AIDS. Dan, masih banyak lagi manfaat lainnya yang dipaparkan dalam buku ini. Sungguh menakjubkan. Mungkin, ini buku pertama yang berbicara tentang seluk beluk khitan secara detail.

Komparasi antara sudut pandang syariat dan kedokteran begitu kental dalam buku ini, yang dikaji secara obyektif. Penulis berhasil menyajikan analisis yang cermat serta memberikan kesimpulan yang menakjubkan. Penulis juga mampu menjawab tuntas berbagai kontroversi seputar khitan, baik khitan pria maupun khitan wanita.

Buku ini menghadirkan bukti bahawa khitan bukan tradisi biasa, tapi syariat yang luar biasa. Telusuri halaman demi halamannya, dan pastikan Anda temukan berbagai keajaiban mengagumkan yang telah dirancang oleh-Nya!

- Penerbit

DAFTAR ISI
  • Bagian Pertama: Khitan Dalam Syariat Islam
  • Bagian Kedua: Khitan Wanita Dalam Perspektif Islam
  • Bagian Ketiga: Mengapa Harus Berkhitan?
Harga = RM16.00
Mukasurat = 109
Penulis = Abdollah bin Abdirrohman
Penterjemah = Hawin Murtadlo
Penerbit = Al-Qowam Publishing (Solo, Indonesia)

Hukum Berkawan Dengan Jin Dan Adab Ruqyah Syar'iyyah

Alam jin adalah suatu yang misteri. Kita tidak mungkin mengetahui hakikatnya kecuali dengan adanya nas Al-Quran dan Hadis.

Buku ini membongkar rahsia alam jin dan menjelaskan hukum berkawan dengannya, sama ada jin kafir atau jin mukmin. Buku ini juga menjelaskan adab-adab Ruqyah Syar'iyyah, iaitu merawat orang yang dirasuki jin dengan rawatan secara Islam.

Sebelum menjelaskan adab-adab Ruqyah Syar'iyyah terlebih dahulu diterangkan segala keburukan ilmu hitam (sihir), cara mengenali amla sihir dan sebagainya. Orang yang mengaku membuat rawatan secara Islam itu sendiri pun ternyata masih ada yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah.

- Penerbit

Harga = RM15.00
Mukasurat = 248
Pengarang = Abu Nashr Muhammad Bin Abdullah
Penterjemah = Abu Athiyyah
Penerbit = Pustaka Al-Shafa

Friday, December 4, 2009

Pengantar Syariah Dan Teori Fiqh

Buku yang dihasilkan oleh penulis yang tidak asing lagi ini cuba mendedahkan kepada masyarakat tentang Syariat Islam dan Fiqh serta hubungan antara keduanya dari sudut teori dan praktikal. Sehubungan dengan itu penulis mengupas mengenai Teori Hak, Pemikiran, Harta serta Akad secara terperinci. Apa yang menariknya, semua perbahasan tersebut dibentangkan berdasarkan dalil-dalil muktabar sekali gus dikemukakan hujah yang digunakan oleh ulama mujtahid pelbagai mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafi'i serta Hambali.

Apa yang jelasnya, buku Pengantar Syariah Dan Teori Fiqh ini merupakan salah satu buku rujukan Syariah yang bertaraf ilmiah. Ia amat sesuai untuk dijadikan sebagai panduan, rujukan serta landasan untuk mendalami bidang tersebut. Selain daripada itu, berasaskan susunan yang teratur berasaskan bahagian khusus, gaya bahasa yang mudah difahami juga sumber yang diperolehi daripada kajian yang bermutu, ia amat sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat dan peringkat pengajian, sama ada tempatan atau luar negara.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN A: SYARIAH DAN FIQH
- Pendahuluan
- Ketinggian Islam
- Syariah Dan Fiqh
- Perbezaan Fiqh Dan Syariah
- Tujuan Syariah Islam
- Keperluan Kepada Syariah
- Ciri-Ciri Keistimewaan Syariah

BAHAGIAN B: KEDUDUKAN SYARIAH ISLAM
- Pendahuluan
- Syariah Umat Terdahulu
- Agama-Agama Samawi
- Kedudukan Syariah Islam
- Syariah Dan Undang-Undang Ciptaan
- Perbezaan Syariah Dan Undang-Undang
- Matlamat Umum Syariah
- Bahagian Matlamat Umum Syariah
- Jenis-Jenis Hukum
- Jenis-Jenis Hukum Syariah

BAHAGIAN C: TEORI HAK
- Pengertian Hak
- Rukun Hak
- Pembahagian Hak Manusia
- Hukum Sesuatu Hak
- Dalil Haram Salah Guna Hak
- Sebab Haram Salah Guna Hak
- Kesan Atau Hukum Salah Guna
- Pemindahan Dan Berakhir Hak

BAHAGIAN D: HARTA
- Pengertian Harta
- Kedudukan Harta Dalam Islam
- Kategori Harta

BAHAGIAN E: TEORI PEMILIKAN
- Pengertian Pemilikan
- Hak Memiliki Harta
- Kategori Harta Sudut Dimiliki
- Kategori Pemilikan
- Keistimmewaan Pemilikan Penuh
- Berakhir Pemilikan Penuh
- Sebab Pemilikan Manfaat
- Keistimewaan Hak Manfaat
- Berakhir Hak Milik Manfaat
- Jenis Hak Al-Irtifaq
- Perbezaan Hak Al-Irtifaq Dengan Hak Manfaat

BAHAGIAN F: TEORI AKAD
- Pengertian Akad
- Kemahuan Dalam Akad
- Kehendak Satu Pihak Dalam Akad
- Rukun Akad
- Kelayakan
- Bahagian Ahliah
- Halangan Ahliah
- Kuasa Mengurus
- Bahagian Kuasa Mengurus
- Bahagian Kuasa Terhadap Orang Lain
- Kuasa Terhadap Diri Dan Harta Serentak
- Perwakilan
- Rukun Perwakilan
- Jenis Perwakilan
- Syarat Perwakilan
- Berbilang Wakil
- Berakhirnya Perwakilan
- Bertindak Bagi Pihak
- Hukum Akad Al-Fuduli
- Hukum Akad Dan Bahagiannya
- Kecacatan Proses Akad

Harga = RM19.50
Mukasurat = 331
Penulis = Abd. Latif Muda
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Wednesday, April 1, 2009

Kajian Syariah & Undang-Undang (Studies In Syariah And Law) - Siri 2

KANDUNGAN

- Kaedah-Kaedah Fiqh: Satu Pengenalan Ringkas - Abdul Manan Ismail (KUIM)

- Hakim Syarie: Pemilihan, Perlantikan Dan Bidangkuasa - Hj. Ibnor Azli Ibrahim & Md Yazid Ahmad (UKM)

- Pemunya Premis Dan Tanggungan Dalam Undang-Undang Tort Islam: Satu Kajian Perbandingan Dengan Undang-Undang Sivil Mesir, Syria, Libya Dan Kuwait - Prof. Madya Dr Abdul Basir Bin Mohamad (UKM)

- Wanita Dan Kufu Daripada Perspektif Islam - Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail Al-Qudsy (UM)

- The Role Of Law In Improving The Standard Of Health Care In Malaysia - Nik Salida Suhaila Nik Saleh (KUIM)

- The Concept Of Equality Of Shareholders Under The Law Of Company Take-Overs - Izawati Wook & Arif Fahmi Md Yusof (KUIM)

المذاهب الفقهية القائمة - عزمان بن عبد الرحمن - جامعة العلوم الإسلامية بماليزيا

أهمية اعتبار الوسائل لتحقيق مقاصد الشرعية - الدكتور فريدة زوزو - جامعة العلوم الإسلامية بماليزيا

حكمة تحريم المسكرات والمخدرات - الدكتور محمد خير حسب الرسول أحمد

Harga = RM20.00
Mukasurat = 104 + 76
Penyunting = Irwan Mohd Subri, Farah Salwani Muda @ Ismail & Dr. Mohamed Bechir Salem
Penerbit = Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Malaysia

Kajian Syariah & Undang-Undang (Studies In Syariah And Law) - Siri 1

KANDUNGAN

- Kerelaan Dan Paksaan Dalam Akad: Pandangan Islam Dan Konvensional - Irwan Bin Mohd Subri

- Teori Milik Dan Kaitannya Dengan Muamalat Semasa - Abdul Manan Bin Ismail

- Pengukuhan Akidah Melalui Penghayatan Konsep Ibadah - Mohd Radhi Bin Ibrahim

- Memahami Makna Bidaah Dan Khurafat Mengikut Perspektif Islam - Syamsul Badri Andi Galigo

- Kegiatan Keilmuan Pada Zaman Sahabat Dan Tabiin - Mohd Fauzi Mohd Amin & Nik Mohd Zaim Abdul Rahim

- Tanggungjawab Pemunya Premis Menurut Perspektif Undang-Undang Tort Islam - Abdul Basir Bin Mohamad

- An Overview Of The Historical Background Of Islamic Law And Its Administration Under The Federal Constitution - Abdul Samat Bin Musa

- Harta Sepencarian: Application Of 'Urf In Malay Customary Law - Arif Fahmi Bin Md Yusof

- The Concept Of Good Faith And Insurable Interest: A Comparative Study Between Life Insurance And Family Takaful - Syahirah Binti Abdul Shukor

- Modern Scholar's Views About Closing Of The Gate Of Ijtihad - Muhammad Bin Amanullah

منهاج الكتابة في القواعد الفقهية - محمد خير حسب الرسول

تاريخ تشكيل المحاكم الشرعية في ماليزيا ما قبل الاستعمار إلى أوائل عام 1980 - إبنور أزلي بن إبراهيم

Harga = RM20.00
Mukasurat = 194
Penyunting = Irwan Mohd Subri, Md. Yunus Abd Aziz, Abidah Abdul Ghafar, Dina Imam Supaat & Syahirah Abdul Shukor
Penerbit = Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Malaysia

Thursday, February 26, 2009

Pemikiran Islam Liberal - Pembahasan Isu-Isu Sentral

Istilah "Islam Liberal" pertama kali digunakan oleh para penulis Barat seperti Leonard Binder dan Charles Kurzman. Binder menggunakan istilah "Islamic Liberalism", sementara Kurzman memakai istilah "Liberal Islam". Secara tersirat kedua-duanya mempercayai bahawa Islam itu banyak; "Islam Liberal" adalah salah satunya. Namun sebelum kita melanjutkan perbincangan ini, pertamanya kita mesti nyatakan dahulu bahawa Islam itu satu dan tidak banyak. Yang nampak banyak sebenarnya adalah adalah "mazhab" dalam Islam, bukan Islam itu sendiri. Jadi istilah "Islam Liberal" yang kita maksudkan di sini adalah "Pemikiran Islam Liberal" yang merupakan satu aliran berfikir baru di kalangan umat Islam.

Kemudian perkara yang kedua yang kita perlu jelaskan juga adalah, pemikiran Islam Liberal ini tidak termasuk dalam mazhab Islam. Mengapa? Kerana mazhab-mazhab dalam Islam tetap merujuk pada induk yang sama, yang disepakati, yang satu, yang mapan, yang dipersetujui oleh seluruh umat Islam dari dahulu hingga kini, di berbagai negeri dan lokaliti.

KANDUNGAN

- Isu-Isu Sentral Dalam Pemikiran Islam Liberal: Kes Indonesia Dan Pengajarannya Untuk Malaysia
-- Akar-Akar Pemikiran Islam Liberal
-- Pemikiran Islam Liberal Di Indonesia
--- Sekularisasi Dan Sekularisme
--- Pluralisme Agama
--- Al-Qur'an Edisi Kritis
--- Hermeneutika
--- Feminisme
- Al-Atas Dan Al-Qaradawi Mengenai Islam Dan Sekularisme: Jawaban Tegas Dua Ilmuwan Islam Kontemporer
- Upaya Meruntuhkan Kewibawaan Mushaf 'Uthmani Dari Dahulu Ssehingga Kini
- Apakah Al-Qur'an Memerlukan Hermeneutik?
- Peranan Tulisan Dalam Periwayatan Hadith
-- Tradisi Periwayatan Dengan Isnad
-- Tradisi Penulisan Hadith
-- Tradisi Izin Dan Referensi Murid-Guru
-- Meluruskan Kesalah Fahaman
-- Peranan Tulisan

Harga = RM15.00
Mukasurat = 158
Penulis = Dr. Ugi Suharto (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
Penerbit = Dewan Pustaka Fajar

Thursday, November 6, 2008

Jurnal Syariah (Jilid 11 / Bilangan 2 / Julai 2003)

KANDUNGAN

- Keganasan dan Islam: Analisis Konsep Jihad - Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid

- Maslahah dan Nas - Suatu Wacana Semasa - Asmadi Mohamed Naim

- Pendekatan Ijtihad Tarjihi Dalam Amalan Fatwa Jemaah Ulama Negeri Kelantan: Rujukan Kepada Fatwa-fatwa 1990-an - Noor Naemah Abd. Rahman & Mohd Nor Hashri B. Junoh

- Konsep Penurunan Autoriti (Delegation) Menurut Perspektif Islam - Suhaili Sarif

- Status Wanita Dalam Islam: Antara Prinsip Syariah dan Ijtihad Fuqaha - Paizah Hj. Ismail

- Tinjauan Isu-Isu Yang Membataskan Penggunaan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Ummah Di Malaysia - Mohd Saharudin bin Shakrani, Mohd Saifoul Zamzuri Noor & Jamal Ali

- Pemakaian Organ dan Tisu Binatang: Kesannya Terhadap Ibadah Solat - Zulkifli Muda & Nizaita Omar

- Isu-Isu Peguam Syarie di Malaysia - Md Zawawi Bin Abu Bakar

- Hubungan Kemeruapan Antara Pembolehubah Makroekonomi, Pasaran Saham Islam dan Konvensional di Malaysia - Mohd Yahya Mohd Hussin

Harga = RM20.00
Mukasurat = 159
Penerbit = Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Jurnal Syariah (Jilid 11 / Bilangan 1 / Januari 2003)

KANDUNGAN

- Harta Sepencarian dan Wang Simpanan KWSP: Satu Perbincangan Dari Sudut "Sumbangan Secara Tidak Langsung" - Suwaid Tapah

- Hak Tukar Agama Dalam Perlembagaan Malaysia: Konflik Antara Kebebasan Beragama dan Hukum Islam - Mohamed Azam Mohamed Adil

- Re-Defining Property and Property Rights in Islamic Law of Contract - Engku Rabiah Adawiah Engku Ali

- Some Issues of Gharar (Uncertainty) in Insurance - Wan Marhaini Wan Ahmad

- Perakaunan Zakat Saham: Kajian Di Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam, Wilayah Persekutuan - Nor Aini Ali

- Konsep Pertandingan Dan Hadiah Dalam Islam - Ashraf Md. Hashim

- Kedudukan Khuntha Dalam Undang-Undang Pusaka Islam - Mohd Zamro Muda & Amir Husin Mohd Nor

- Berpoligami: Antara Hak Suami dan Hak Isteri Menurut Undang-Undang Keluarga Islam - Raihanah Hj. Abdullah

Harga = RM15.00
Mukasurat = 146
Penerbit = Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Thursday, October 16, 2008

Jurnal Syariah (Jilid 10 / Bilangan 2 / Julai 2002)

KANDUNGAN

- Sejarah Penubuhan Institusi Fatwa Di Negeri Selangor - Mazni binti Abdul Wahab

- Ruang Ijtihad Dalam Amalan Fatwa Di Malaysia: Sorotan Dari Sudut Pentadbiran - Noor Naemah Abdul Rahman

- Halangan-halangan Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam Di Dalam Perlembagaan Malaysia - Abdul Aziz Bari

- Etika Pengurusan Islam dan Konvensional: Satu Analisis Perbandingan - Nor 'Azzah binti Kamri

- Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM): Satu Perbandingan Antara Prinsip Konvensional Dan Islam - Ilhaamie binti Abdul Ghani Azmi

- Perbelanjaan Bermanfaat Dan Tidak Membazir Mengikut Perspektif Islam - Surtahman Kastin Hasan

- Istisna' In Islamic Banking: Concept And Application - Joni Tamkin bin Borhan

- Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syar'iyyah - Sharifah Hayaati Syed Ismail

- Dasar Luar Islam: Penyesuaian Antara Teori Fiqh Tradisional Dengan Tuntutan Semasa - Mohd. Nasran Mohamad

Harga = RM15.00
Mukasurat = 134
Penerbit = Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Monday, October 13, 2008

Jurnal Syariah (Jilid 10 / Bilangan 1 / Januari 2002)

KANDUNGAN

- Ke Arah Penyediaan Kaedah Penyelidikan Hukum Islam Terkini: Satu Pengenalan - Rahimin Affandi Abdul Rahim

- Garis Panduan Mengemukakan Persoalan dan Mengeluarkan Fatwa Menurut Al-Qur'an - Noor Naemah Abd. Rahman

- Analisis Fatwa-fatwa Semasa Syariah di Malaysia: Ruang Lingkup dan Masalahnya - Abdul Aziz Bari

- Polisi Kewangan Menurut Perspektif Ekonomi Islam - Joni Tamkin bin Borhan

- Bay' al-Dayn, Bay' al-'Inah and IPDS in the Malaysian Islamic Capital Market - Azizi bin Che Seman

- Ciri-ciri Keuntungan Menurut Perspektif Islam - Shamsiah Mohamad

Harga = RM15.00
Mukasurat = 137
Penerbit = Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Friday, September 26, 2008

Jurnal Syariah (Jilid 9 / Bilangan 1 / Januari 2001)

KANDUNGAN

- Tadarruj (Beransur-ansur) Dalam Perlaksanaan Hukum Islam Masa Kini - Amir Husin Mohd Nor
- Fatwa dan Realitinya Pada Zaman Rasulullah - Nor Naemah Abd Rahman
- Orientalime dan Keutuhan Ummah Islam: Suatu Analisis - Rahimin Affandi Abdul Rahim
- Percanggahan Strategik Dalam Pentadbiran Islam: Suatu Tinjauan Perbandingan - Syarifah Hayaati Syed Ismail
- Pengurusan Organisasi Dari Perspektif Islam: Satu Kajian Kes di Perbadanan Johor dan SAPURA Holdings - Siti Arni Basir
- Masalah Asas Ekonomi dan Penyelesaiannya Menurut Islam - Shofian Ahmad
- Pasaran Niaga Hadapan: Satu Tinjauan - Khairul Anuar Ahmad
- Pengakuan Tanpa Sukarela Serta Kesannya Dalam Undang-undang Keterangan Islam - Mohd. Nasran Mohamad
- Konsep Penjara Islam: Tinjauan Aktiviti Institusi Penjara dan Pengalaman Para Banduan di Penjara Malaysia - Abdullah Yusof

Harga = RM15.00
Mukasurat = 140
Penerbit = Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Friday, September 12, 2008

Jurnal Syariah (Jilid 8 / Bilangan 2 / Julai 2000)

KANDUNGAN

- Kaedah Pelaksanaan Hukuman Sebat Di Dalam Islam - Ashraf Md. Hashim
- Offer and Acceptance in Islamic Law of Contract - Hasbullah Hj. Abd Rahman
- Ibadah in the Era of Jahiliyyah with Reference to the Hanafiyyah and Idolatry - Saadan Man
- Penubuhan Parti Politik Menurut Pandangan Islam - Lukman Thaib
- The Conflict of Traditionalism and Reformism in Malaya (1900-1940): A Study of Socio-Political Impact - Rahimin Affandi Abd. Rahim
- Pengurusan Zakat: Satu Analisis Dari Perspektif al-Quran dan al-Sunnah - Ahmad Hidayat Buang
- Bidangkuasa dan Kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia Pasca Alaf 20: Ke Arah Mana? - Mohamed Azam Mohamed Adil
- Perceraian Secara Khul': Peruntukan Serta Perlaksanaannyaa Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Johor (Kajian Kes 1995-1997) - Zaini Nasohah
- Talaq Tiga: Analisis Terhadap Penghakiman Mahkamah Syariah - Raihanah Hj. Abdullah
- Laporan-laporan Kes:
1- Shaheila bt Haji Abdul Majid lwn. Roslan b. Abdul Aziz
2- Shamsudin bin Mustafa lwn. Ros Anita binti Mustapha Kamil

Harga = RM15.00
Mukasurat = 167
Penerbit = Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Monday, August 18, 2008

Jurnal Syariah (Jilid 7 / Bilangan 1 / Januari 1999)

KANDUNGAN

1. Implications and Consequences of Illegitimate Child (Walad al-Zina) in Islamic Law: A Classical View - Dr. Md. Som Sijimon
2. Batas-batas Pergaulan Antara Lelaki dan Perempuan Dalam Masyarakat Islam Kini: Satu Huraian Hukum Islam Semasa - Dr. Anisah Abd. Ghani
3. Sejarah Perlaksanaan Undang-undang Islam Di Pulau Pinang - Mardiana Abd. Rahim, Mazlipah Ibrahim, Mohd Nawawi Mohd Nordin dan lain-lain
4. Percukaian Tanah Menurut Perspektif Islam - Prof. Dato' Dr. Mahmud Saedon Awang Othman dan Dr. Muhammad Bin Ariffin
5. Muslim Marital Regulations: A Revisit in the Light of Existing Practices Among Some Muslim Communities in Ghana - Dr. M. Sey
6. Hudud Kelantan dan Pengislahannya - Prof. Madya Mohd Noor Deris
7. Perlembagaan: Isu Perlaksanaan Undang-undang Islam - Haji Hasan Bahrom
8. Nilai-nilai Semasa dan Setempat Dalam Penentuan Hukum: Satu Perbincangan Awal - Dr. Abdul Karim Ali
9. Laporan-laporan Kes
- Noh Atan lawan Shakila - Kes Rayuan Mal
- Noh Atan lawan Shakila - Kes Mal
- Abdul Rahman lawan Hasma Senawi - Kes Rayuan Mal
- Abdul Rahman lawan Hasma Senawi - Kes Mal

Harga = RM15.00
Mukasurat = 137
Penerbit = Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...