Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Wednesday, July 13, 2011

Pengantar Ilmu Tauhid

   
KANDUNGAN


BAHAGIAN A: MUKADDIMAH ILMU TAUHID
  1. Pendahuluan
  2. Ilmu Tauhid
  3. Pengertian Tauhid
  4. Pembahagian Tauhid
  5. Kedudukan Ilmu Tauhid
  6. Skop Ilmu Tauhid Dan Hukum Mempelajarinya
  7. Faedah Ilmu Tauhid
BAHAGIAN B: PENGENALAN AKIDAH
  1. Pendahuluan
  2. Definisi Akidah
  3. Keistimewaan Akidah
  4. Asas Pegangan Dan Sumber Akidah
  5. Hubungan Akidah Dengan Islam
BAHAGIAN C: AKIDAH
  1. Al-Din
  2. Penggunaan Perkataan Al-Din Dalam Al-Quran
  3. Pengertian Al-Din Yang Benar Menurut Islam
  4. Islam Agama Seluruh Para Nabi Dan Rasul
  5. Bidang Persamaan Dan Perbezaan Antara Nabi Dan Rasul
  6. Konsep Islam, Iman Dan Ihsan
  7. Hubungan Antara Islam, Iman Dan Ihsan
  8. Peranan Akidah Dari Sudut Kehidupan
BAHAGIAN D: SEJARAH AKIDAH
  1. Pendahuluan
  2. Sejarah Perkembangan Akidah
  3. Mazhab Akidah
  4. Kesan Akidah Terhadap Pembangunan Individu Dan Masyarakat |  Kesan Pembangunan Individu Para Sahabat
  5. Isu-Isu Bukan Akidah Yang Dieksploitasikan
BAHAGIAN E: METODOLOGI PEMIKIRAN AKIDAH
  1. Metodologi Ahl-Sunnah, Muktazilah Dan Falsafah Islam
  2. Skop Metodologi Perbahasan Akidah
BAHAGIAN F: METODOLOGI AL-QURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
  1. Kebebasan Akal Daripada Paksaan Dan Taklid
  2. Mengarah Akal Berfikir Dan Menganalisis Alam Nyata
  3. Membetang Akidah Batil Dan Menetapkan Kebatilannya
  4. Membetang Akidah Benar Dan Menetapkan Kebenarannya
  5. Menerusi Qudwah Hasanah
BAHAGIAN G: PENYELEWENGAN AKIDAH
  1. Pendahuluan
  2. Sejarah Penyelewengan Akidah
  3. Penyelewengan Dalam Tafsir Al-Quran
  4. Penyelewengan Menerusi Hadis Palsu
  5. Penyelewengan Aliran Kerohanian: Tasawuf Falsafi
  6. Penyelewengan Pemikiran Semasa
BAHAGIAN H: JAWAPAN KEPADA PENYELEWENGAN AKIDAH
  1. Jawapan Menurut Al-Quran Dan Al-Sunnah
  2. Jawapan Ulama Terhadap Penyelewengan Ahli Kerohanian
  3. Jawapan Ulama Terhadap Pemikiran Semasa | Pendapat Ulama Tentang Pemikiran Semasa
  4. Jawapan Ulama Terhadap Penyelewengan Israiliyat
  5. Jawapan Ulama Terhadap Penyelewengan Batiniah
  6. Jawapan Ulama Terhadap Penyelewengan Hadis Palsu
Harga = RM25.00
Mukasurat = 468
Penyusun = Ustaz Abd.Latif Muda & Dr. Rosmawati Ali
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Wednesday, August 25, 2010

Minggu Pertama Di Alam Kubur

Barzakh bererti pemisah atau sempadan antara dunia dan akhirat. Di sana manusia ibarat dalam tahanan reman, sementara menunggu saat perbicaraan. Tetapi di alam barzakh ini sudah ada petunjuk-petunjuk awal sama ada kembara seterusnya akan berjalan dengan baik atau sebaliknya.

Di sini sudah mula soal siasat terhadap segala perlakuan di dunia. Dua malaikat, Munkar dan Nakir, sudah menjalankan tugas awalnya. Mukadimah nikmat bagi hamba yang soleh dan mukadimah azab bagi hamba yang toleh sudah ketara dan dirasai. Di sinilah manusia akan menunggu saat perbicaraan sama ada dalam keadaan selesa atau seksa. Perbicaraan dan keputusan muktamadnya adalah di padang Mahsyar.

- Penulis

"Setelah beberapa langkah meninggalkan mayat,
roh ditiup kembali ke jasadnya.
Datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir
bertanya tentang amalan si mayat."

KANDUNGAN

BAB 1: Fenomena Kehidupan Dunia
  • Rintangan Sepanjang Jalan
  • Keperluan Berbekal Dalam Perjalanan
BAB 2: Misteri Suatu Kesudahan
  • Alam Ghaib
  • Peringkat Kehidupan Manusia
  • Hikmah Mengingati Mati
  • Perkara-Perkara Yang Mengingatkan Mati
  • Sakaratulmaut
  • Godaan Syaitan Ketika Kematian
  • Suara Dari Kubur
  • Peranan Malaikat
  • Seksa Dan Nikmat Kubur
BAB 3: Persediaan Menemui Ajal
  • Bekalan Menuju Akhirat
  • Menyiapkan Bekalan
  • Kesudahan Yang Baik (Husnul Khatimah)
BAB 4: Suasana Alam Kubur
  • Tradisi Kematian Dalam Masyarakat Islam
  • Hari Pertama Di Alam Kubur
  • Hari Kedua Dan Berikutnya Di Alam Kubur
  • Kedudukan Roh Setelah Diambil Malaikat
  • Berdoa Untuk Mayat Sepanjang Masa
BAB 5: Kisah Untuk Pengajaran
  1. Umar Bin Al-Khattab
  2. Amir Bin Abdullah Bin Zubair
  3. Harun Al-Rasyid
  4. Para Perajurit Umar Bin Abdul Aziz
  5. Ja'afar Al-Thaiyar
  6. Lelaki Zaman Nabi Musa
BAB 6: Destinasi Terakhir
  • Gambaran Umum Syurga Dan Neraka
  • Jenis-Jenis Amalan Dan Tingkatan Syurga
  • Melihat Allah S.W.T. Di Dalam Syurga
Harga = RM22.00 (Sem) RM24.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 210
Penulis = Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam
Penerbit = Yamani Angle Sdn. Bhd.

Friday, March 26, 2010

Hidayatush Shibyan Fi Ma'rifatil Islam Wal-Iman

KANDUNGAN

Bahagian Pertama: Kata Pengantar

Bahagian Kedua:

  • Muqaddimah fil-Iman wal-Islam
  • Makna Iman
  • Makna Islam
  • Rukun Iman
  • Rukun Islam
  • Hakikat Ma'rifah
  • Sifat Wajib Bagi Allah
  • Sifat Yang Wajib Bagi Segala Rasul
Bahagian Ketiga: Kitab As-Shalat
Fasal 1: Hadas Kecil & Fardhu Wudhu'
Fasal 2: Hadas Besar & Fardhu Mandi
Fasal 3: Wudhu', Mandi & Tayammum
Fasal 4: Hadas Kecil Dan Besar
Fasal Fi Al-Istinja'
Fasal 5: 'Ain Najis & Kaifiat Menghilangkannya
Fasal 6: Mengetahui Masuk Waktu
Fasal 7: 'Ain Qiblat
Fasal 8: Menutup Aurat, Kaifiat & Tempat Sembahyang
Fasal 9: Yang Membatal Akan Sembahyang
Fasal 10: Sembahyang Fardhu Lima Waktu
Fasal 11: Bang & Qamat

Bahagian Keempat: Bab Fi Arkani As-Shalat
Fasal 1: Niat Sembahyang
Fasal 2: Takbiratul Ihram
Fasal 3: Qiyam
Fasal 4: Membaca Fatihah
Fasal 5: Ruku' & Iktidal
Fasal 6: Sujud & Duduk Antara Dua Sujud
Fasal 7: Tahiyyat Akhir, Selawat & Duduk Bagi Keduanya
Fasal 8: Memberi Salam
Fasal 9: Beberapa Yang Disunatkan
Fasal 10: Sujud Sahwi
Fasal 11: Sembahyang Sunat
Fasal 12: Sembahyang Qashar Dan Jama'
Fasal 13: Sembahyang Berjama'ah
Fasal 14: Sembahyang Juma'at
Fasal 15: Meningggalkan Sembahyang Juma'at
Fasal 16: Penutup

Bahagian Kelima: Bab Az-Zakat
Fasal 1: Pembahagian Zakat
Fasal 2: Beberapa Masalah Mengenai Zakat

Bahagian Keenam: Bab As-Shiyam
Fasal 1: Beberapa Masalah Mengenai Puasa

Bahagian Ketujuh: Bab A-Haj Wal-Umrah

Harga = RM14.90
Mukasurat = 169
Pengarang = Abu Abdullah Hussain Nasir Bin Muhammad Thalib Al-Mas'udi Al-Banjari
Penerbit = Perniagaan Jahabersa

Wednesday, January 27, 2010

Hakikat Rukun - Teguhkan Syahadah Tingkatkan Takwa

RUKUN IMAN adalah ilmu yang diturunkan ALLAH sebagai satu konsep pengakuan seseorang Muslim agar percaya kepada perkara-perkara ghaib. Rukun Islam pula menjadi jalan dan kaedah untuk manusia menunjukkan sifat taat, tunduk, patuh dan akur kepada perintah ALLAH. Semua perintah ALLAH ini bertujuan memelihara akhlak manusia dan mempunyai hikmah yang besar terhadap kehidupan manusia.

Kehadiran buku ini diandaikan tepat pada masanya kerana isi kandungannya membincangkan topik berkaitan kepentingan rukun-rukun tersebut dan impaknya kepada kehidupan manusia. Pembacaan naskhah ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman dan keyakinan kita kepada kuasa ALLAH. Kupasan menyeluruh dalam buku ini tentang setiap pecahan rukun yang menjadi tunjang ketakwaan kita pasti dapat membuka mata dan minda kita dengan hakikat kejadian manusia.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bab 1: Kepentingan Rukun Dalam Amal Islam
Bab 2: Akidah Tauhid Menunjangi Syahadah
Bab 3: Syahadah Dan Kemerdekaan Diri
Bab 4: Kemerdekaan Diri
Bab 5: Kemerdekaan Ilmu
Bab 6: Kemerdekaan Budaya
Bab 7: Solat Mengatur Kehidupan
Bab 8: Ramadan Membangun Fitrah Kehidupan
Bab 9: Ramadan Menjana Produktiviti Rohaniah
Bab 10: Zakat Dan Fitrah Jambatan Kemanusiaan
Bab 11: Syawal Dan Jiwa Fitrah
Bab 12: Menuju Ke Jalan Fitrah
Bab 13: Ziarah Dan Ukhuwah
Bab 14: Mengharap Haji Mabrur
Bab 15: Sekolah Ramadan Membangun Jiwa Muttaqin
Bab 16: Jiwa Muttaqin Membangun Hidup Yang Fitrah
Bab 17: Ziarah Menghubungkan Mahabbah Dan Ukhuwah
Bab 18: Beragama Tidak Membebankan
Bab 19: Hidup Liberal Boleh Mencabut Akar Agama
Bab 20: Manusia Baru Dan Tekad Baru
Bab 21: Al-Quran Sebagai Sumber Hikmah
Bab 22: Melihat Islam Bukannya Muslim Di Barat
Bab 23: Apakah Berlaku Pertembungan Barat Dan Islam
Bab 24: Al-Quran Mukjizat Ramadan
Bab 25: Rasulullah Pembawa Risalah Kebenaran
Bab 26: Kebenaran Ajaran Rasulullah Adalah Suatu Amanah
Bab 27: Ajaran Rasulullah Perlu Disampaikan
Bab 28: Dakwah Rasulullah Berasaskan Fatanah
Bab 29: Ibadah Dalam Perspektif Tajdid
Bab 30: Menelusuri Kisah Menimba Ibrah
Bab 31: Menjambatani Turath Dengan Perubahan
Bab 32: Jihad Perniagaan Dan Pembangunan Modal Insan
Bab 33: Ibadah Dan Jihad Perniagaan
Bab 34: Manhaj Malazie Dalam Pendekatan Dakwah
Bab 35: Perbuatan Maksiat Bukan Hak Asasi
Bab 36: Langkah Pencegahan Harus Diutamakan
Bab 37: Musibah Alam Sebagai Ibrah
Bab 38: Memahami Maksud Tradisi Dan Perubahan
Bab 39: Akidah, Ibadah, Akhlak Dan Syariah Asas Kemerdekaan Diri
Bab 40: Takwa Asas Perubahan Yang Fitrah

Harga = RM10.00 (Sem) RM13.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 235
Penulis = Prof. Dr. Sidek Baba
Penerbit = Alaf 21 Sdn. Bhd.

Friday, August 21, 2009

Islam Liberal: Isu Dan Cabaran - Mesti Baca!!!

Buku ini membicarakan isu-isu berkait dengan "Islam Liberal" yang memberi kesan terhadap pemikiran umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain. Ia adalah hasil kajian beberapa penyelidik yang telah melakukan penyelidikan dan pemerhatian terhadap isu ini. Islam Liberal harus ditangani dengan baik agar ia tidak merosakkan minda masyarakat Islam dengan fikiran-fikiran yang bercanggah dengan dalil-dalil dan nas yang telah membentuk pemikiran Islam sedari zaman Rasulullah SAW. Ia tidak harus dicemari, ia harus dilestari. Kami dengan rendah hati memaparkan buku ini untuk semua pembaca. Selamat membedah buku ini.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Asas-Asas Utama Dalam Pemikiran Islam - Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Hamat

- Modenisme Dan Liberalismme, Sorotan Sejarah Kelahirannya Dan Penilaian Terhadap Metodologinya - Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Bin Haji Ibrahim

- Pluralisme Agama: Kritikan Terhadap Pemikiran Islam Liberal - Dr. Wan Salim Mohd Noor

- Kajian Islam Dan Liberalime Di Mesir: Pengalaman Pertemuan Dengan Tokoh Liberal Dan Pemikir Islam - Prof. Madya Mohd Kamil Hj. Ab Majid & Prof. Dr. Ab Aziz Mohd Zin

- Menangani Islam Liberal: Pengalaman Indonesia - Dr. Anis Malik Thoha

- Liberalisme Dalam Anti-Hadith Di Indonesia Dan Malaysia - Prof. Madya Dr. Ishak Bin Suliaman

- Agenda Sekularisasi Di Sebalik Pemikiran Anti-Hadith Dan Islam Liberal: Suatu Kupasan Epistemologikal - Azmil Bin Zainal Abidin

- Manifestasi Islam Liberal Di Malaysia: Dimensi Politik Dan Undang-Undang - Dr. Marzuki Mohamad

- Usaha Membendung Pengaruh Islam Liberal: Kajian Terhadap Strategi Kiai Haji Ahmad Dahlan Dalam Memurnikan Ajaran Islam - Dr. Bharuddin Che Pa, Raja Hisyamudin Raja Sulong & Afandi Sanusi

- Pengaruh Orientalis Ke Atas Pemikiran Islam Liberal - Dr. Mohd Roslan Bin Mohd Nor

- Telaah Hubungan Muslim - Non Muslim Dari Perspektif Pemikiran Islam Liberal - Mohamad Zaidi Abdul Rahman, Wan Adli Wan Ramli & Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali

- Islam Liberal Di Indonesia: Satu Analisis Pengalaman Kajian Lapangan - Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi Abd. Rahim, Prof. Madya Dr. Idris Awang & Nor Adina Abdul Kadir

- Islam Liberal Dan Pandangan Personaliti Akaemik Di Indonesia: Satu Analilsis - Dr. Mohd Farid Bin Mohd Sharif, Dr. Noor Sakinah Mat Akhir & Dr. Muhammad Azizan Bin Sabjan

- Pemikiran Islam Liberal Nurcholis Madjid: Satu Tinjauan Awal - Yusof Bin Nordin & Jamilah Binti Haji Ikhsan

- Perselingkuhan Islam Liberal Dan Barat: Pasca 911 - Identifikasi, Faham Dan Strategi Dalam Mendepani Arus Liberal Islam - Abu Saifa Al-Mahshari

Harga = RM27.00 (Sem) RM30.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 282
Penyelenggara = Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali & Dr. Mohd Roslan Mohd Nor
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia

Tuesday, August 18, 2009

Kasyfu Al-Asrar - Pembukaan Segala Rahsia

KANDUNGAN

SOAL JAWAB
- 'Ilmu Dan 'Amal
- Rukun Iman
- KeEsaan Zat, Sifat, Dan Af'al Allah Ta'ala
- Mengenal Zat, Sifat, Af'al Dan Asma' Allah Ta'ala
- 20 Sifat Wajib Bagi Allah Ta'ala
- Kandungan Kalimah " لا اله إلا الله "
- Perbezaan Sifat Dalam 20 Sifat Wajib Bagi Allah Ta'ala
- Syari'at, Thariqat, Hakikat Dan Ma'rifat
- Orang Yang Ber'aqal
- Iman, Islam, 'Amalan, Ikhlas, Syirik, Jahil Dan Orang 'Arif
- Asal Kejadian Diri Yang Batin
- Hubungan Hamba Dengan Tuhan (Allah Ta'ala)
- Qadim Dan Azali
- Tafsiran Beberapa Petikan Ayat Al-Qur'an (Yang Mutasyabihat Dan Muhkamat)
- Usaha Dan 'Aqal
- Manusia Yang Diutamakan Dan Manusia Yang Dibenci
- Tanda Penghuni Syurga Dan Penghuni Neraka
- Perbezaan 'Ulama' Dunia Dan 'Ulama' Akhirat
- 'Ilmu Dan Harta
- Pendapat Hubungan Antara 'Alam Dan Qudrat Tuhan
- Rukun Sembahyang, Niat Dan Syaratnya
- Mengenai Sembahyang Berjama'ah, Sembahyang Juma'at Dan Sembahyang Mayat
- 'Aqal Manusia
- Menuntut 'Ilmu
- Tanda-Tanda Perempuan (Isteri) Yang Baik/Jahat
- Fardhu
- Kalimah " لا إله إلا الله "
- Nafi Dan Itsbat
- I'tiqad Kita Terhadap Tuhan (Allah Ta'ala)
- Zikir " لا إله إلا الله " dan " الله "
- Menuntut 'Ilmu Tasawwuf
- Martabat Orang Yang Sembahyang
- Martabat Orang Berpuasa
- Orang Yang Dikasihi Dan Orang Yang Dibenci Allah Ta'ala
- Nafsu
- Tanda 'Amalan Yang Diterima Oleh Allah Ta'ala Dan Yang Tidak Diterima Oleh Allah Ta'ala
- Tanda Hati Yang Mati Dan Tanda Hati Yang Hidup

Ini Satu Khatimah DIAMBIL DARIPADA HADITH
FIRMAN ALLAH TA'ALA (HADITH QUDSI)

Ini Suatu Fasal Pada Menyatakan KEJAHATAN MATI
- Kasihkan Kemuliaan Dunia
- Takbur
- Riya' (Suka Menunjuk-Nunjuk)
- Bakhil, Hasad Dengki, Berrkelakuan Jahat Dan Memandang Ringan Terhadap Gurunya

Ini Suatu Khatimah Pada Menyatakan
HAK LELAKI HUTANG ATAS PEREMPUANNYA
- Isteri Yang Ta'at Kepada Suami Dan Yang Tidak Ta'at Kepada Suami

Harga = RM8.00
Mukasurat = 117
Penyusun = Aasy-Syeikh Muhammad Shaleh Bin 'Abdullah Mengkabauw
Alih Tulisan Jawi Ke Rumi = Ustazah Noraine Abu
Penerbit = AL-Hidayah Publications

Wednesday, July 22, 2009

Menjawab Persoalan Makhluk Halus - Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan

Saya sering menerima soalan sama ada melalui surat atau yang bertanya terus di majlis-majlis kuliah. Di antara soalan yang berulang kali diajukan kepada saya ialah yang berkaitan dengan makhluk halus seperti jin, qarin, sihir, rasukan, bunian, saka, orang mati hidup semula, penggunaan tangkal, penyakit yang disebabkan oleh jin dan sebagainya. Mereka meminta pendapat saya walaupun ramai alim ulama' lain di Malaysia yang boleh memberikan jawapan yang sama dengan saya.

Memandangkan persoalan ini berhubung kait dengan soal aqidah, maka menjadi suatu kefarduan kepada saya untuk menjelaskannya. Persoalan masyarakat ini perlu dirungkaikan supaya mereka tidak terus terjebak dengan amalan syirik.

Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada semua pembaca buku ini.

- Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

KANDUNGAN

BAB 1: PERSOALAN UMUM BERKAITAN MAKHLUK HALUS
- Adakah makhluk halus benar-benar wujud?
- Bolehkah manusia melihat makhluk halus?
- Apakah hikmah manusia tidak boleh melihat makhluk halus?
- Bolehkah makhluk halus menyebabkan penyakit?
- Apakah jenis penyakit bawaan makhluk halus?
- Bagaimanakah mencegah penyakit bawaan makhluk halus?
- Bolehkah makhluk halus dibunuh, diawet dan dipamerkan?
- Adakah aqidah boleh terjejas jika melihat pameran hantu?
- Benarkah makhluk halus boleh menyebabkan permusuhan dan pembunuhan?

BAB 2: PERSOALAN BERKAITAN JIN, BUNIAN, QARIN DAN SAKA
- Bolehkah manusia berkahwin dengan jin?
- Bolehkah jin ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol?
- Benarkah orang bunian itu wujud?
- Bolehkah orang Islam bersahabat dengan orang bunian?
- Bolehkah roh suami yang telah meninggal dunia menziarahi isterinya?
- Bolehkah orang yang telah mati menjelma semula bertemu dengan ahli keluarganya?
- Adakah qarin dan saka itu sama? Bagaimanakah untuk mengatasi gangguan mereka?
- Bagaimanakah cara mengatasi gangguan saka?
- Bolehkah roh suami yang telah mati kembali meniduri isterinya yang masih hidup?

BAB 3: PERSOALAN BERKAITAN TANGKAL
- Apakah hukum memakai tangkal?
- Bolehkah menggunakan tangkal yang ditulis dengan ayat-ayat Al-Quran?
- Apakah hukum menggunakan tangkal yang ditulis ayat-ayat Al-Quran untuk tujuan kesembuhan penyakit?
- Adakah melilit benang hitam pada kanak-kanak amalan syirik?
- Benarkah kayu Koka boleh melindungi diri dan memurahkan rezeki?

BAB 4: PERSOALAN BERKAITAN SIHIR
- Apakah hukum mempelajari dan mengamalkan Ilmu sihir?
- Apakah hukum merawat sihir dengan sihir?
- Bagaimakah cara menghindarkan diri daripada sihir?
- Bagaimanakah merawat penyakit sihir?
- Benarkah Rasulullah SAW pernah disihir?
- Apakah hukuman terhadap pengamal sihir?
- Apakah santau? Benarkah ia dibuat untuk menganiaya orang?
- Benarkah wujud ilmu pembenci yang menyebabkan suami isteri bercerai?
- Benarkah ilmu pelalau boleh menghalang daripada mendapat jodoh?
- Adakah benda-benda pelik yang ditabur di pejabat itu kerja sihir? Bagaimanakah untuk mengatasinya?
- Benarkah memelihara ikan dapat mengelak daripada terkena pukau?
- Kenapa suami berasa panas dan rimas bila didekati isteri?

BAB 5: PERSOALAN BERKAITAN ILMU GHAIB
- Bolehkah mengamalkan ilmu yang diperolehi daripada mimpi?
- Apakah ilmu ladunni? Bolehkah ilmu ini dipelajari?
- Benarkah ilmu pengasih dan pembenci itu wujud?
- Apakah hukum rawatan menggunakan mantera dan jampi serapah?
- Benarkah amalan kita ditolak selama 40 hari sekiranya mempercayai tukang tilik & bomoh?

BAB 6: PERSOALAN UMUM
- Siapakah wali Allah atau tok wali?
- Wujudkah wali Allah pada zaman sekarang?
- Bolehkah manusia menentukan seseorang itu masuk syurga ataupun neraka?
- Benarkah Rasulullah SAW tidak pernah mengubati orang sakit?
- Benarkah Nabi Ayub pernah sakit teruk sehingga badannya berulat?
- Adakah benar bermimpi bertemu Rasulullah SAW yang keluar dari bilik mandi?
- Adakah bermimpi penderitaan ibu di alam kubur menunjukkan arwah ibu terseksa?
- Adakah Nabi Khidir masih hidup?

BAB 7: DOA-DOA DAN AYAT-AYAT AL-QURAN UNTUK MENGATASI GANGGUAN MAKHLUK HALUS
- Doa pendinding daripada semua kemudaratan
- Doa menghindar gangguan syaitan
- Al-Mu'awidhat
- Surah Al-Fatihah dan rangkaian sebelas ayat-ayat ruqyah daripada surah Al-Baqarah
- Tiga ayat untuk mengatasi sihir daripada surah Al-A'raf
- Empat ayat untuk mengatasi sihir daripada surah Yunus
- Enam ayat untuk mengatasi sihir daripada surah Taha

Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 222
Oleh = Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Penerbit = Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') & Koperasi Darussyifa'

Wednesday, June 10, 2009

Islam Pada Nama Sahaja

Sesungguhnya Allah S.W.T. membezakan manusia dengan haiwan-haiwan ialah akal untuk berfikir dengannya. Dan akal itulah manusia dapat petunjuk ke arah kebenaran berkat taufik Allah S.W.T.

Melihat kepada senario sekarang ini Islam semakin dipinggirkan memang benar kata Nabi S.A.W. Islam akan kembali dagang. Nak beramal dengan Islam ibarat menggenggam bara api, susahnya nak buat..... Yang menyedihkan lagi Nabi S.A.W. berkata umat akhir zaman ini akan keluar dari Islam berpuak-puak, berduyun-duyun... Di manakah akal kita? Apa yang dah jadi kepada Islam kita? Apakah benar kita sudah hilang taufik Allah S.W.T.?

- Penulis

KANDUNGAN

FASAL PERTAMA
- Pengertian Islam

FASAL KEDUA
- Rukun Islam Dan Rukun Iman

FASAL KETIGA
- Hubungan Antara Islam Dan Iman

FASAL KEEMPAT
- Iman Bertambah Dan Berkurang

FASAL KELIMA
- Perkara-Perkara Yang Membatalkan Islam & Yang Memusnahkan Iman

Harga = RM8.00
Mukasurat = 88
Penulis = Ustaz Ismail Shafiee Al-Bakabi
Penerbit = Penerbitan Bakabi

Wednesday, April 8, 2009

Tips-Tips Memasuki Syurga - Panduan-Panduan Mengapai Syurga Dan Menyelamatkan Diri Daripada Azab Kubur

TENTANG TAMAN SYURGA

Tak diragukan, bahawa jiwa setiap mukmin senantiasa merindukan taman-taman syurga. Kata 'taman' menunjukkan pada kenikmatan yang tidak terlintas sifatnya di benak manusia. Allah telah menyiapkan bagi penduduk syurga apa yang belum terlihat oleh mata, belum terdengar oleh telinga, dan belum terbetik oleh benak manusia. Taman itu merupakan sebahagian dari nikmat syurga.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka atas apa yang mereka kerjakan". - Surah As-Sajdah : 17

- Penulis

Buku ini diterbitkan dengan tujuan untuk mengumpul dana pembangunan dan pembinaan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. Justeru itu, setiap pembelian buku ini secara tidak langsung merupakan sumbangan kepada dana tersebut.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Tentang Taman Syurga
- Macam-Macam Taman Syurga
- Sebab-Sebab Yang Mengantar Masuk Syurga Dan Yang Menghindarkan Dari Azab Kubur
- Secerah Cahaya Dari Sunnah Nabi Yang Suci
- Berita Tentang Alam Kubur
- Islam Dan Iman
- Petikan Hadis-Hadis Iman

Harga = RM15.00
Mukasurat = 156
Penulis = Muhammad Mahmud Abdillah
Penerbit = Abyan Solo

Sunday, March 29, 2009

Sulam At-Tauhid (Tangga Ilmu Tauhid) - (Jawi)

Harga = RM7.00
Mukasurat = 125
Penyusun = Datuk Syeikh Haji Zakaria Bin Haji Ahmad Wan
Penerbit = Pustaka Darussalam

Thursday, February 26, 2009

Pemikiran Islam Liberal - Pembahasan Isu-Isu Sentral

Istilah "Islam Liberal" pertama kali digunakan oleh para penulis Barat seperti Leonard Binder dan Charles Kurzman. Binder menggunakan istilah "Islamic Liberalism", sementara Kurzman memakai istilah "Liberal Islam". Secara tersirat kedua-duanya mempercayai bahawa Islam itu banyak; "Islam Liberal" adalah salah satunya. Namun sebelum kita melanjutkan perbincangan ini, pertamanya kita mesti nyatakan dahulu bahawa Islam itu satu dan tidak banyak. Yang nampak banyak sebenarnya adalah adalah "mazhab" dalam Islam, bukan Islam itu sendiri. Jadi istilah "Islam Liberal" yang kita maksudkan di sini adalah "Pemikiran Islam Liberal" yang merupakan satu aliran berfikir baru di kalangan umat Islam.

Kemudian perkara yang kedua yang kita perlu jelaskan juga adalah, pemikiran Islam Liberal ini tidak termasuk dalam mazhab Islam. Mengapa? Kerana mazhab-mazhab dalam Islam tetap merujuk pada induk yang sama, yang disepakati, yang satu, yang mapan, yang dipersetujui oleh seluruh umat Islam dari dahulu hingga kini, di berbagai negeri dan lokaliti.

KANDUNGAN

- Isu-Isu Sentral Dalam Pemikiran Islam Liberal: Kes Indonesia Dan Pengajarannya Untuk Malaysia
-- Akar-Akar Pemikiran Islam Liberal
-- Pemikiran Islam Liberal Di Indonesia
--- Sekularisasi Dan Sekularisme
--- Pluralisme Agama
--- Al-Qur'an Edisi Kritis
--- Hermeneutika
--- Feminisme
- Al-Atas Dan Al-Qaradawi Mengenai Islam Dan Sekularisme: Jawaban Tegas Dua Ilmuwan Islam Kontemporer
- Upaya Meruntuhkan Kewibawaan Mushaf 'Uthmani Dari Dahulu Ssehingga Kini
- Apakah Al-Qur'an Memerlukan Hermeneutik?
- Peranan Tulisan Dalam Periwayatan Hadith
-- Tradisi Periwayatan Dengan Isnad
-- Tradisi Penulisan Hadith
-- Tradisi Izin Dan Referensi Murid-Guru
-- Meluruskan Kesalah Fahaman
-- Peranan Tulisan

Harga = RM15.00
Mukasurat = 158
Penulis = Dr. Ugi Suharto (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
Penerbit = Dewan Pustaka Fajar

Monday, February 2, 2009

Banjir Dan Karam Dari Perspektif Al-Qur'an

Malapetaka banjir yang melanda negara, khususnya di selatan tanahair, telah memberikan kesan yang mendalam kepada mangsanya. Selain daripada banyak harta benda yang rosak binasa, ia juga telah meragut nyawa! Dalam menanggapi kejadian banjir yang luar biasa ini, ada yang menganggapnya akibat gejala angin Monsun. Ada yang mengaitkannya dengan fenomena meningkatnya suhu panas dunia. Tanpa menafikan faktor alam sekitar dan kelemahan pengurusan manusia, buku ini menelusuri aspek yang jarang-jarang disedari atau dihubungkaitkan oleh kebanyakan kita, iaitu faktor-faktor yang berkaitan dengan qudrat iradat Allah SWT - pemilik alam ini dan faktor kejahatan dan kerosakan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri.

Dalam buku kecil ini, penulis menjelaskan beberapa kesimpulan seperti yang ditegaskan oleh ayat-ayat Al-Qur'an yang berkaitan dengan layanan Allah SWT yang tidak sama terhadap manusia yang beriman berbanding dengan manusia yang kafir. Orang-orang yang beriman juga boleh berhadapan dengan bencana sebagai ujian. Kecelakaan umumnya adalah kerana berbagai jenis dosa serta keperluan bertaubat dan kembali menghayati ajaran Islam yang hakiki untuk meraih kasihan belas Allah SWT.

- Penerbit

KANDUNGAN

Pendahuluan
- Setiap perkampungan dan bandar akan dimusnahkan atau diseksa di ambang kiamat
- Layanan Allah kepada mu'min yang soleh dan yang sebaliknya adalah berbeda
- Orang beriman yang soleh juga terdedah kepada ujian bencanna
- Semua dosa adalah kerana dosa dan kejahatan
- Umat dahulu kala telah dikenakan berbagai jenis bala' dan bencana

Sebab-Sebab Manusia Dilanda Bencana
- Mendustakan ajaran Rasul
- Mendustakan ayat-ayat Allah
- Mengecewa dan menimbulkan kemurkaan Allah
- Kerana palitan dosa
- Kerana perbuatan aniaya dan zalim
- Akibat kefasikan
- Akibat kekufuran

Harga = RM3.00
Mukasurat = 41
Penulis = Ustaz Hj Abd Ghani Samsudin
Penerbit = Intel Multimedia And Publication & Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)

Sunday, December 7, 2008

40 Perkara Yang Membatalkan Iman Menurut Al-Quran & Sunnah

Dalam dunia yang mencabar sekarang ini, aqidah umat Islam perlu dijaga agar tidak terpesong sama ada secara sedar atau tidak sedar. Aqidah tauhid adalah pegangan umat Islam. Oleh itu penerimaan amalan manusia di sisi Allah S.W.T. adalah bergantung kepada keikhlasan mentahidkan Allah S.W.T..

Buku yang sederhana ini memberi pendedahan kepada seluruh kaum muslimin dalam rangka memurnikan aqidah tauhid dan menyelamatkan dari segala bentuk amalan yang boleh membatalkan syahadah dan iman.

Semoga buku ini menjadi salah satu khazanah ilmu ketauhidan dan pedoman ke arah menjadi muslim bertaqwa dan beriman kepada Allah S.W.T. semata-mata.

Kepada Allah S.W.T. jua dipohon agar buku ini berguna untuk generasi kini dan yang akan datang.

- Penulis

Harga = RM6.00
Mukasurat = 63
Penulis Drs. Hanafi Mohamed
Penerbit = Pustaka Haji Abdul Majid

Thursday, September 25, 2008

Qadha' & Qadar - Kesannya Terhadap Perilaku Manusia

Beriman kepada Qadha' dan Qadar adalah satu bahagian yang sangat penting daripada Aqidah Islamiah. Ia mempunyai kesan yang kuat terhadap perangai individu, tindak tanduk dan pendiriannya terhadap sesuatu kenyataan dan kejadian, dengan syarat keimanan tersebut hendaklah berasaskan kepada pengertian terhadap Qadha' dan Qadar yang sahih. Jadi di manakah kita boleh memperolehi pengertian yang sahih itu? Jawapannya ialah daripada satu-satunya sumber untuk mengetahui segala pengertian Aqidah Islamiah (salah satunya ialah persoalan Qadha' dan Qadar). Sumber tersebut ialah wahyu Ilahi yang hanya diwakili oleh al-Quranul Karim dan as-Sunnah an-Nabawiah yang suci. Dalam perkara ini, ia secara mutlak tidak boleh digantikan atau disertakan dengan sumber lain.

- Penulis

KANDUNGAN

- Pengertian dan Prinisip Qadha' dan Qadar
- Prinsip-prinsip Qadha' dan Qadar yang qat'ie
- i) Allah mengetahui semua perkara semenjak azali
- ii) Allah pencipta segala sesuatu
- iii) Kehendak Allah Ta'ala meliputi semua benda
- iv) Tanggungjawab manusia terhadap perbuatannya
- v) Mustahil Allah Ta'ala bersifat zalim
- vi) Qadar tidak boleh dijadikan hujah
- vii) Allah Ta'ala tidak dipersoalkan tentang apa yang Dia lakukan
- viii) Hubungan sebab dan musabbab
- ix) Keperluan melaksanakan sebab

- Kesan Iman dengan Qadha' dan Qadar Terhadap Tingkah Laku Individu
- 1. Tingkah laku yang lurus bersama orang lain
- 2. Meminta Pertolongan Dengan Allah
- 3. Pergantungan hanya kepada Allah semata-mata
- 4. Melawan Qadar dengan Qadar
- 5. Melihat Qadar ketika melakukan kebaikan dan kesan daripadanya
- 6. Menuding diri sendiri ketika melakukan kejahatan dan kesannya
- 7. Mengiktiraf Qadar ketika ditimpa bencana

Harga = RM4.00
Mukasurat = 71
Penulis = Dr. Abdul Karim Zaidan
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Tuesday, September 9, 2008

Pengertian Tauhid

Sepatah Kata Dari Penterjemah

Segala puji bagi Allah S.W.T., selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W. serta keluarga dan para sahabatnya.

Persoalan akidah merupakan persoalan terpenting di dalam kehidupan individu Muslim, ia sewajarnya diambil dari sumber yang sah dan terjamin. Bagi setiap individu Muslim yang telah terseret jauh ke dalam arus jahiliah sama ada dari sudut pemikirannya atau akidahnya hendaklah kembali semula dengan mengimani dan mengamali ajaran Islam yang sebenarnya.

Kandungan buku "Pengertian Tauhid" (Hakikatul Tauhid) ini adalah antara buku-buku yang menyeru ke arah matlamat ini. Semoga individu Muslim dapat membaca dan menatapinya.

Saya bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan ketabahan dan kesabaran buat saya dalam menyelesaikan terjemahan buku ini. Kelemahan-kelemahan dari sudut terjemahannya mungkin terdapat di dalamnya. Oleh itu saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada para pembaca yang bermurah hati membuat teguran dan pembetulan semoga kesempurnaannya dapat dihasilkan... InsyaAllah.

Wassalam.

Harga = RM6.00
Mukasurat = 112
Penulis = Dr. Yusuf Al-Qardawi
Penerjemah = Abdul Majid Bin Abdullah
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...