Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Monday, February 2, 2009

Banjir Dan Karam Dari Perspektif Al-Qur'an

Malapetaka banjir yang melanda negara, khususnya di selatan tanahair, telah memberikan kesan yang mendalam kepada mangsanya. Selain daripada banyak harta benda yang rosak binasa, ia juga telah meragut nyawa! Dalam menanggapi kejadian banjir yang luar biasa ini, ada yang menganggapnya akibat gejala angin Monsun. Ada yang mengaitkannya dengan fenomena meningkatnya suhu panas dunia. Tanpa menafikan faktor alam sekitar dan kelemahan pengurusan manusia, buku ini menelusuri aspek yang jarang-jarang disedari atau dihubungkaitkan oleh kebanyakan kita, iaitu faktor-faktor yang berkaitan dengan qudrat iradat Allah SWT - pemilik alam ini dan faktor kejahatan dan kerosakan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri.

Dalam buku kecil ini, penulis menjelaskan beberapa kesimpulan seperti yang ditegaskan oleh ayat-ayat Al-Qur'an yang berkaitan dengan layanan Allah SWT yang tidak sama terhadap manusia yang beriman berbanding dengan manusia yang kafir. Orang-orang yang beriman juga boleh berhadapan dengan bencana sebagai ujian. Kecelakaan umumnya adalah kerana berbagai jenis dosa serta keperluan bertaubat dan kembali menghayati ajaran Islam yang hakiki untuk meraih kasihan belas Allah SWT.

- Penerbit

KANDUNGAN

Pendahuluan
- Setiap perkampungan dan bandar akan dimusnahkan atau diseksa di ambang kiamat
- Layanan Allah kepada mu'min yang soleh dan yang sebaliknya adalah berbeda
- Orang beriman yang soleh juga terdedah kepada ujian bencanna
- Semua dosa adalah kerana dosa dan kejahatan
- Umat dahulu kala telah dikenakan berbagai jenis bala' dan bencana

Sebab-Sebab Manusia Dilanda Bencana
- Mendustakan ajaran Rasul
- Mendustakan ayat-ayat Allah
- Mengecewa dan menimbulkan kemurkaan Allah
- Kerana palitan dosa
- Kerana perbuatan aniaya dan zalim
- Akibat kefasikan
- Akibat kekufuran

Harga = RM3.00
Mukasurat = 41
Penulis = Ustaz Hj Abd Ghani Samsudin
Penerbit = Intel Multimedia And Publication & Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)

0 Comments:

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...