Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Thursday, November 4, 2010

Urus Harta Sebelum Mati - Panduan Merancang Dan Mengurus Harta Bagi Mengelakkan Perpecahan Atau Konflik Keluarga

Kunci kepada buku ini adalah Ilmu faraid. Ilmu faraid akan menjadi penjana atau pun asas bagi anda untuk Merancang Harta Pusaka Semasa Hidup. Ilmu Faraid juga menjadi kunci bagi menguruskan Harta Pusaka apabila anda mati.

- Penulis

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1
  • Faraid Menjana Perancangan Harta Pusaka?
  • Bagaimana Merancang Harta Pusaka?
  • Harta Sepencarian Dan Hibah
  • Muhasabah Sejenak
  • Kenduri Arwah Dan Khairat Kematian
  • Fatwa Merancang Pusaka
  • Merancang Pusaka
BAHAGIAN 2
  • Umat Islam Jahil Tentang Pengurusan Harta Pusaka
  • Ilmu Faraid Menyelamatkan Kita Daripada Dosa
  • Pengurusan Harta Pusaka Di Malaysia
  • Implikasi Seandainya Tidak Mengurus Harta Pusaka
  • Contoh Pengiraan Harta Pusaka Mengikut Ilmu Faraid
Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 142
Penulis = Ustaz Md Ghazali Ibrahim
Penerbit = Must Read Sdn Bhd

Friday, April 23, 2010

Bagaimana Mengurus Harta Pusaka - Panduan Langkah Demi Langkah Merancang Serta Mengurus Harta Pusaka Orang Islam Dan Bukan Islam

Pertelingkahan dalam mewarisi harta pusaka antara ahli keluarga dapat diselesaikan sesudah membaca Bagaimana Mengurus Harta Pusaka. Ia lengkap dengan panduan mengikut undang-undang Islam dan sivil bagi merungkai segala kekeliruan dalam menyelesaikan peninggalan harta si mati.

- Haji Abdullah Muhammad, Pengarah Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan

KANDUNGAN

Bab 1: Perancangan Harta Pusaka
Bab 2: Pengurusan Dan Undang-Undang
Bab 3: Akta Harta Pusaka Kecil
Bab 4: Isu-Isu Harta Pusaka
Bab 5: Faraid
Bab 6: Akta Pembahagian Dan Wasiat
Bab 7: Budaya Harta Pusaka
Bab 8: Panduan Umum

Harga = RM19.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 136
Penulis = Mohd. Fitri Abdul Rahman
Penerbit = PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Friday, April 16, 2010

Hukum Harta Pusaka Dan Ilmu Faraid

Buku ini mengutarakan permasalahan dan penyelesaian hukum harta pusaka dan ilmu Faraid dengan jelas dan disertakan dengan contoh masalah. Ini merupakan kumpulan daripada seminar dalam masalah ilmu Faraid (ilmu pusaka). Dengan terbitnya buku ini maka ia dapat memberi manfaat kepada semua pembaca dengan susunan ayat yang sangat mudah untuk difahami. Buku ini diterangkan dengan mudah dan jelas.

Diharapkan agar buku ini dapat memberi manfaat kepada seluruh pembacanya dan semoga Allah SWT sentiasa menunjukkan jalan kebenaran kepada kita, kerana sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Mengabulkan doa. Semoga Allah mencurahkan selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabatnya semua.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA: PROF DR WAHBAH ZUHAILI

Bab 1: Ilmu Waris (Al-Faraidh)
Bab 2: Ahli Waris
Bab 3: Al-Ashabaat
Bab 4: Al-'Aul
Bab 5: Ar-Raad
Bab 6: Al-Hisab (Penghitungan)
Bab 7: Al-Munaskhat
Bab 8: At-Takharuj

BAHAGIAN KEDUA: SYAIKH MUHAMMAD ALI SHABUNI

Bab 1: Ayat-Ayat Mengenai Mawarith
Bab 2: Aturan Waris Di Dalam Islam
Bab 3: Furudh (Bahagian Yang Di Tentukan) Di Dalam Al-Quran
Bab 4: Asabah Dan Jenis-Jenisnya
Bab 5: Mahjub Di Dalam Waris
Bab 6: Hak Waris Datuk Bersama Saudara
Bab 7: Hukum 'Aul Dan Rad
Bab 8: Penghitungan Dan Cara Mentashihkan Masalah

Harga = RM18.00
Mukasurat = 286
Penulis = Prof Dr Wahbah Zuhaili & Syaikh Muhammad Ali Shabuni
Penterjemah = Hj. Abdul Rahman B. Mohd. Adil
Penerbit = Pustaka Azhar

Wednesday, December 2, 2009

Bahagi Biar Adil - Mempelajari Konsep Ilmu Faraid Dan Kaedah Dalam Pembahagian Pusaka

Ilmu Faraid merupakan kunci untuk kita mengurus, membahagi dan merancang harta pusaka.

Sesungguhnya terlalu ramai umat Islam hari ini mengabaikan Ilmu Faraid. Ramai yang menganggap ianya remeh. Yang kemudian bila berlaku kematian, akhirnya membahagi harta mengikut:
- Suka hati,
- Siapa besar dia dapat banyak
- Siapa cepat dia dapat
- Siapa yang paling akhir duduk ngan arwah ayah berhak dapat
- Dan seumpamanya

Sedangkan Islam adalah agama yang sempurna, kerana Islam telah mengajar kita:
- Cara untuk mencari serta mengumpul harta semasa hidup di dunia
- Cara bagaimana untuk menggunakan harta yang ada untuk keperluan hidup di dunia (nafkah keluarga, zakat, sedekah dan lain-lain)
- Dan cara untuk mempusakakan harta kepada waris-waris selepas kita meninggal dunia iaitu melalui ilmu pewarisan (Ilmu Faraid)

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB PERTAMA: TAHU FARAID TAHU BANYAK ILMU
- Ilmu Faraid Sebahagian Dari Ilmu Yang Banyak
- Ilmu Syarak
- Ilmu Nasab
- Ilmu Hisab
- Persoalan Zakat, Wakaf, Sedekah, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah, Hadiah Dan Seumpamanya

BAB KEDUA: FARAID ILMU YANG DILUPAKAN
- Ilmu Faraid Adalah Ilmu Yang Dilupakan
- Ilmu Faraid Adalah Ilmu Yang Mula-Mula Dicabut Dari Umatku

BAB KETIGA: AKIBAT MENGABAIKAN ILMU FARAID
- Berlaku 1001 Fitnah Harta
- Fitnah Harta (Bukti Fakta) - Longgokan Kes Pusaka Yang Belum Selesai / Tuntut Selepas 100 Tahun / Perebutan Pusaka / Penama KWSP / Tanah Di Kg. Baru Kuala Lumpur
- Fitnah Harta (Bukti Pengalaman) - Pusaka Datuk / Ditipu Anak Saudara / Dimarahi Anak Tiri / Abang Sulong Keras Kepala / Tak Berhak Tuntut Pusaka
- Harta Yang Tidak Bersih, Menyumbang Kepada Kehancuran Masyarakat

BAB KEEMPAT: APA ITU ILMU FARAID
- Pengertian Faraid
- Sumber Hukum Faraid (Al-Quran / Hadis / Ijmak & Ijtihad)
- Hukum Memperlajari Ilmu Faraid
- Cara Mempusakakan Harta Sebelum Islam
- Sebab Turunnya Ayat Faraid
- Syarat Mendapat Pusaka
- Sebab Menerima Pusaka
- Rukun Pewarisan
- Waris-Waris Yang Berhak (Lelaki & Perempuan)
- Waris Paling Kuat
- Menerima Pusaka Secara Fardhu
- Bahagian Ahli Fardhu
- Menerima Pusaka Secara Asobah
- Waris Lelaki Yang Mendapat Pusaka Secara Asobah
- Jeni-Jenis Asobah
- Contoh Pengiraan Ringkas

Harga = RM18.00 (Sem) RM21.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 105
Penulis = Md Ghazali Ibrahim
Penerbit = Must Read Sdn Bhd

Friday, October 30, 2009

Ilmu Waris Dalam Syariah Islam Menurut Al-Qur'an Dan Sunnah

Ilmu waris atau dikenali juga dengan ilmu faraid adalah ilmu yang pertama kali dicabut oleh Allah SWT dari diri manusia. Ini menunjukkan kemustahakkannya.

Berikutan sikap tidak mengambil berat umat Muhammad, membuatnya lenyap ditelan zaman sehinggalah di zaman kini muncul perselisihan berkenaan dengannya, malahan terdapat segolongan orang yang meragui keadilan Tuhan. "Mengapa Tuhan memberikan lelaki dua kali lipat daripada hak wanita." Ingin tahu jawapannya?

Buku bertajuk Ilmu Waris ini memberikan kepada para pembaca yang budiman sejarah waris wanita dan dasarnya sebelum Islam, faedah kewujudannya, ahli-ahli waris dan bahagian-bahagiannya dalam Islam berpandukan aturan-aturan Al-Quran Al-Karim.

- Penerbit

BAB 1: Ayat-Ayat Waris
BAB 2: Undang-Undang Ketentuan Waris Dalam Islam
BAB 3: Jenis-Jenis AL-Furudh Al-Mukadarah Dalam Al-Quran Al-Karim
BAB 4: Ashabah Dan Jenis-Jenisnya
BAB 5: Jenis-Jenis Hijab Dalam Ilmu Waris
BAB 6: Hak Waris Datuk Apabila Bersama-Sama Dengan Saudara-Saudara
BAB 7: Hukum Radd Dan Aul
BAB 8: Sistem Menghitung Dan Cara Pembulatan Masalahnya
BAB 9: Hukum-Hukum Tentang Munasakhat
BAB 10: Pusaka Zawilarham Dan Mulhaq Tambahan Tentang Hukum Orang Hilang Tenggelam Dan Kemalangan

PENUTUP
- Pusaka Waris Orang Tenggelam Dan Musibah

Harga = RM20.00
Mukasurat = 311
Penulis = Syeikh Muhammad Ali Al-Shabuni (Pensyarah Universiti Ummu Al-Qura)
Penterjemah = Haji Abdul Malik Haji Hasan LL.M (Syariah)
Penerbit = Pustaka Al-Shafa & Victory Agencies

Wednesday, March 4, 2009

Asas-Asas Memahami Ilmu Faraid

Buku ini menyentuh tentang ilmu yang amat tinggi nilainya di dalam Islam iaitulah ilmu Faraid atau ilmu perwarisan harta di dalam Islam yang jarang-jarang dikuasai oleh orang Islam hari ini termasuklah di kalangan para ilmuwan atau ustaz-ustaz, malah semakin hari semakin dilupakan sebagaimana yang diramalkan oleh Rasulullah SAW sendiri dalam hadis Baginda. Saya berasa amat bertuah kerana telah diberi sedikit kemampuan oleh Allah untuk memahami ilmu yang agak sukar ini dan diluangkan seikit masa untuk menulis dan menyiapkan buku ini sebagai sumbangan yang tidak seberapa untuk agama Allah.

- Penulis

KANDUNGAN

- Muqaddimah (Pengenalan Ilmu Faraid)
- Ahli-Ahli Waris
- Cara-Cara Perwarisan
- Perwarisan Bil-Fardhi
- Ashbil-Furudh Dan Cara Perwarisan Setiap Seorang Dari Mereka
- Perwarisan Datuk Bersama Saudara-Saudara
- Perwarisan Bit-Ta'shib
- Al-Hajb (Hadangan)
- Perwarisan Zawil-Arham
- Kaedah-Kaedah Pengiraan Dalam Pembahagian Harta Pusaka
- Contoh-Contoh Pengiraan Lengkap Dalam Pembahagian Harta Pusaka
- Rajah-Rajah & Jadual-Jadual

Harga = RM15.00
Mukasurat = 190
Penulis = Ustaz Ahmad Adnan Fadhil
Penerbit = Pustaka Darussalam Sdn Bhd

Sunday, September 21, 2008

Fiqhul Manhaji - Jilid 5 (Wakaf, Wasiat, Faraid)

KANDUNGAN JILID 5

BAB 20 : WAKAF
- Wakaf

BAB 21 : WASIAT
- Wasiat
- Pegangan Amanah

BAB 22 : FARAID
- Ilmu Faraid
- Pewaris Lelaki Dan Perempuan
- Jenis-jenis Pusaka
- Hijab
- Kes Perkongsian Musharakah
- Pusaka Datuk Bersama Adik Beradik
- Kes Al-Akhdariah
- Pusaka Khunsa Musykil
- Orang Yang Hilang
- Kira-kira Dalam Ilmu Faraid
- Kes Rad
- Munasakhah
- Hak Pusaka Zawil Arham
- Pembahagian Pusaka
- Kes Yang Masyhur Dalam Ilmu Faraid
- Penyelesaian Kes Faraid
- Beberapa Kes Penerima Secara Fard Dan Asabah
- Datuk Dan Adik Beradik
- Kes Munaskhah
- Kes Khunsa
- Kes Orang Hilang

Harga = RM16.00
Mukasurat = 995 - 1277

Wednesday, September 10, 2008

Al-Fara'id Al-Mubassat - Berdasarkan Kepada Mazhab al-Syafi'i

Sebuah karya bernilai dalam ilmu pembahagian harta pusaka. Perintis dalam metodologi yang amat sistematik. Penerangan yang amat jelas dan penggunaan bahasa yang mudah. Dikarang berdasarkan kepada kajian mendalam daripada lapan belas kitab al-Fara'id. Himpunan maklumat daripada sebahagin besar kitab-kitab muktabar silam. Dihiasi dengan maklumat terkini daripada penulis hasil pengalaman beliau dalam mengajar ilmu ini. Dilengkapi dengan jadual dan gambarajah yang seragam untuk memudahkan pemahaman konsep. Contoh penyelesaian dengan gambarajah melebihi seratus dua puluh masalah. Disesuaikan dengan kaedah matematik moden. Maklumat yang lengkap dan padat membolehkan pelajar memahami tanpa merujuk kepada kitab lain. Kupasan yang ringkas dan tidak perlu panjang. Sesungguhnya inilah karya yang dinantikan. Penulis telah memerah keringatnya dalam usaha menyusun buku ini. Lalu lahirlah sebuah buku yang amat penting dalam pengajian agama al-Islam dengan limpahan kurnia tawfiq dan hidayah daripada Allah S.W.T.. Sesungguhnya masyarakat al-Islam perlu mengambil berat terhadap ilmu ini sebagai menyahut sabda al-Nabi Muhammad S.'A.W..

"Pelajarilah ilmu al-Fara'id dan ajarkanlah ianya kepada manusia. Sesungguhnya daku akan diwafatkan dan ilmu ini akan pupus sehingga berlaku pertelingkahan dalam pembahagian harta pusaka dan mereka tidak mendapati seseorang yang dapat menyelesaikan masalah tersebut"

- Penerbit

Harga = RM25.90
Mukasurat = 213
Penulis = Al-Syaykh 'Abduh Bin Salim al-Himsi
Penerbit = Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (PERSIDAM)

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...