Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Monday, March 1, 2010

Fardu 'Ain Dan Permasalahan

..Fardu Ain merupakan asas penerimaan ibadat terhadap Allah SWT. Kesucian ( طهارة ) yang dibinangkan dalam buku ini membahaskan kepentingan dan nilai kebersihan terhadap seorang muslim serta sebagai panduan bagi memahami perlaksanaan kehendak Islam dalam kehidupan harian kita apabila solat didirikan.

Permasalahan yang ditimbulkan dalam buku ini merupakan permasalahan yang sering ditimbulkan oleh masyarakat Islam tidak kira di mana mereka berada.

Semoga dengan adanya buku ini dapatlah umat Islam memahami perkara-perkara yang penting seperti thaharah (bersuci) dan solat (sembahyang)..

- Pengarang

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA
- Bersuci
- Najis
- Istinjak
- Tayammum
- Mandi Wajib
- Darah
- Wudu'

BAHAGIAN KEDUA
- Solat
- Solat Jumaat
- Solat-Solat Sunat

PERMASALAHAN MENGENAI BERSUCI

PERMASALAHAN MANDI WAJIB

PERMASALAHAN MENGENAI DARAH

PERMASALAHAN MENGENAI WUDU'

PERMASALAHAN MENGENAI SOLAT

Harga = RM15.00
Mukasurat = 223
Pengarang = Ustazah Zurina Binti Hj Abdul Khalid Awang Osman
Penerbit = Pustaka Haji Abdul Majid Sdn Bhd

Saturday, July 25, 2009

Panduan Solat Lelaki & Panduan Solat Perempuan

Ajaran Islam menuntut setiap individu Muslim yang telah akhil baligh berkewajipan menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Kita adalah hamba Allah. Kita bersolat untuk mendatangkan rasa hamba kepada Allah. Solat diajar sewaktu individu itu sejak kanak-kanak lagi. Dalam pengertian lain sebelum individu itu akhil baligh. Ini bermakna ibadat solat menjadi tuntutan kepada setiap ibu bapa Muslim mendidik dan mengasuh anak-anak mereka cara solat yang betuldan sempurna.
Berdasarkan kepada tuntutan inilah maka buku "PANDUAN SOLAT LELAKI' dan 'PANDUAN SOLAT PEREMPUAN' diterbitkan sebagai satu kaedah cara-cara mengajar anak-anak kita menunaikan solat yang betul dan praktikal. Kandungannya dihiasi dengan gambar-gambar ilustrasi, ayat-ayat hafalan serta zikir dan doa di dalam solat, juga panduan solat sunat dan wirid selepas solat. Kesemuanya ini adalah bertujuan agar anak-anak diajar dengan didikan solat yang betul sehingga dapat membentuk peribadinya bersesuaian dengan tuntutan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

KANDUNGAN BAB 1: KAIFIAT DAN PERATURAN BERWUDUK
- Pengertian Wuduk
- Syarat-Syarat Wuduk
- Perkara-Perkara Sunat Ketika Berwuduk
- Perkara-Perkara Yang Membatalkan Wuduk
- Cara-Cara Berwuduk

BAB 2: ADAB DAN PERATURAN BERTAYAMMUM
- Pengertian Tayammum
- Syarat-Syarat Tayammum
- Niat Tayammum
- Perkara-Perkara Sunat Dalam Tayammum
- Perkara Yang Membatalkan Tayammum
- Cara-Cara Bertayammum

BAB 3: LAFAZ AZAN
- Doa Sesudah Azan

BAB 4: LAFAZ IQAMAT BAB 5: PERATURAN MENDIRIKAN SOLAT
- Pengertian Solat
- Syarat-Syarat Sah Mendirikan Solat
- Rukun-Rukun Solat
- Perkara Yang Membatalkan Solat
- Terdapat Dua Jenis Solat Dalam Melaksanakan Solat
- Perkara-Perkara Makruh Dilakukan Ketika Solat
- Sujud Sahwi
- Kaifiat Mendirikan Solat Zohor
- Doa Qunut Dalam Solat Subuh
- Lafaz Wirid Selepas Solat
- Lafaz Doa Selepas Solat
- Lafaz Niat Solat Fardu
- Lafaz Niat Bagi Solat Jamak Qasar
- Lafaz Niat Bagi Solat Jamak Taqdim
- Lafaz Niat Solat Jumaat

BAB 6: JENIS-JENIS SOLAT SUNAT
- Solat Sunat Mengiringi Waktu
- Qiyamullail Dan Solat Sunat Tahajjud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Istikharah
- Solat Sunat Witir
- Solat Sunat Awwabin Atau Hifzul Iman
- Solat Sunat Aidil Fitri
- Solat Sunat Aidil Adha
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Dan Doa Musafir

Harga = RM4.90 setiap satu
Mukasurat = 81
Penyusun = Al-Ustaz Muhammad Aiman Az-Zuhairi
Penerbit = Penerbitan Seribu Dinar

Saturday, July 18, 2009

Asas-Asas Fardu Ain - Edisi Terkini

KANDUNGAN

BAHAGIAN I: Rukun Islam
- Mengucap Dua Kalimah Syahadat

BAHAGIAN II: Rukun Iman
- Rukun Iman
- Sifat Dua Puluh (20)
- Ringkasan Mengenai Munafik, Musyrik, Kafir Dan Murtad
- Hukum-Hukum Di Dalam Islam

BAHAGIAN III: Taharah (Bersuci)
- Taharah (Bersuci)
- Wuduk
- Hukum Mandi Wajib Dan Mandi-Mandi Sunat
- Najis Dan Cara Menyucikannya

BAHAGIAN IV: Ibadat Solat
- Perkara Yang Sunat Dilakukan Sebelum Solat
- Solat
- Bacaan-Bacaan Dalam Solat
- Bacaan Wirid, Zikir Dan Doa Sesudah Solat
- Solat Jumaat
- Solat Qasar Dan Jamak
- Solat Bagi Orang Yang Sakit
- Tahlil
- Solat Sunat

BAHAGIAN V: Ibadat Puasa

BAHAGIAN VI: Ibadat Zakat

BAHAGIAN VII: Ibadat Haji
- Ibadat Haji
- Sembelihan
- Qurban
- Aqiqah

BAHAGIAN VIII: Nikah

BAHAGIAN IX: Taubat Dan Doa
- Taubat Dan Doa
- Adab-Adab Berdoa Dan Senarai Doa

BAHAGIAN X: Adab Dalam Islam

BAHAGIAN XI: Bulan-Bulan Hijrah
- Bulan Hijrah Dan Peristiwa Yang Berkaitan

BAHAGIAN XII: Surah-Surah Al-Quran

Harga = RM16.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 378
Penyusun = Ustaz Sulaiman Endut
Penerbit = Pustaka Haji Abdul Majid Sdn. Bhd.

Saturday, June 6, 2009

Amalan Jima': Pengaruhnya Dalam Ibadah Menurut Al-Quran & Al-Hadis

Untuk mencapai matlamat perkahwinan yang luhur maka adalah amat penting menjaga agama, jiwa dan keturunan. Di masa yang sama wujudnya ketenangan dan kebahagiaan.

Setelah mengetahui dengan baik, maka suami isteri berusaha untuk memberikan perhatian terhadap mencapai matlamat perkahwinan sebaik mungkin. Apabila hak dan kewajipan dapat dilaksanakan secara saksama oleh suami isteri maka sudah pastinya hadir kebahagiaan.

Adapun sekalian banyak hak dan kewajipan yang perlu diberi perhatian, maka ada suatu hal yang turut menyumbang kepada kebahagiaan rumah tangga iaitu menikmati hubungan seksual secara sewajarnya. Maka dalam hubungan ini, buku ini menyingkap segala permasalahan seksual yang berkait dengan hukum-hukum Islam yang wajib diketahui oleh setiap muslim.

Kerana tujuan manusia hidup di atas dunia ini adalah untuk beribadah, perintahkan secara optimal, padahal hubungan seksual ini terkadang boleh merosakkan nilai ibadah seseorang muslim terhadap Tuhannya. Justeru itu topik ini perlu difahami dan dihalusi oleh setiap muslim agar seluruh aktiviti kehidupan kita menjadi pengabadian yang hakiki terhadap Allah S.W.T..

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1
Kaedah Perbincangan Dan Pemahaman

BAHAGIAN 2
Pengertian Dan Definisi

BAHAGIAN 3
Amalan Jima' Pengaruhnya Terhadap Penyucian Diri (Taharah)

BAHAGIAN 4
Amlan Jima' Pengaruhnya Terhadap Ibadah
A. Bersetubuh Dengan Sengaja
B. Brsetubuh Kerana Lupa (Tidak Tahu Atau Dipaksa)
C. Hukum Isteri Yang Bersetubuh
D. Berjima' Di Waktu Malam Namun Belum Mandi Ketika Terbit Fajar
E. Jima' Ketika Sudah Terbit Fajar
F. Bersetubuh Kerana Keliru, Mengira Fajar Belum Terbit Atau Matahari Telah Tenggelam Tapi Berlaku Sebaliknya
G. Bersetubuh Ketika Puasa Selain Ramadhan
H. Hukum Jima' Pada Selain Faraj, Ciuman, Dan Sentuhan Terhadap Puasa
I. Memandang Isteri Dan Mengkhayal Dengan Syahwat, Pengaruhnya Terhadap Puasa

BAHAGIAN 5
Amalan Jima' Pengaruhnya Terhadap Iktikaf
A. Berjima' Dengan Sengaja
B. Berjima' Kerana Lupa
C. Pengaruh Dan Batalnya Iktikaf Kerana Berjima'
D. Hukum Orang Yang Beriktikaf Berjima' Pada Selain Faraj, Ciuman Dan Sentuhan

BAHAGIAN 6
Amlan Jima' Pengaruhnya Terhadap Ibadat Haji
A. Bersetubuh Dengan Sengaja Sebelum Wukuf Di Arafah Dan Sesudahnya, Sebelum Tahallul Awal
B. Bersetubuh Dengan Sengaja Sesudah Tahallul Awal
C. Bersetubuh Kerana Lupa Dan Tidak Tahu (Jahil)
D. Hukum Berjiima' Selain Pada Faraj, Ciuman Dan Sentuhan
E. Hukum Memandang, Membayangkan / Imajinasi Seksual Dan Onani Bagi Orang Yang Ihram

Harga = RM18.00
Mukasurat = 222
Penyusun = Abdul Aziz Ismail
Penerbit = Pustaka Al-Shafa

Wednesday, May 13, 2009

Indahnya Hidup Bersyariat - Panduan Fardu Ain Lengkap Bergambar

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual-beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan Al-Quran dan Hadis sahih.

Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step-by-step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.

Buku ini seterusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: SYARIAT KELAHIRAN

BAB 2: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 3: SYARIAT BERKAITAN REMAJA

BAB 4: FARDU AIN ASAS
- Bersuci
- Solat
- Solat Berjemaah
- Puasa
- Zakat
- Haji
- Umrah
- Sembelihan
- Korban

BAB 5: MUNAKAHAT (HUKUM PERKAHWINAN)

BAB 6: SYARIAT DALAM BERMASYARAKAT

BAB 7: SYARIAT SUNAT HARIAN SEPANJANG MASA
- Membaca Al-Quran
- Istighfar
- Berselawat
- Berdoa
- Zikir
- Amalan-Amalan Sunat Mengikut Takwim Islam

Harga = RM55.00 (Sem) RM57.00 (Sab/Swk) - Kulit Keras
Mukasurat = 308 (Berwarna Penuh)
Penulis = Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...