Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Wednesday, November 20, 2013

Pemindahan & Pendermaan Organ

Buku Pencerahan Fiqh Semasa: Pemindahan dan Pendermaan Organ ini diterbitkan adalah untuk merungkai permasalahan hukum yang berkaitan dengan pemindahan dan pendermaan organ daripada seseorang kepada seseorag yang lain ketika benar-benar memerlukannya.

Dalam konteks Islam, hukum-hakam yang berkaitan dengan pemindahan dan pendermaan organ ini, tidak dibincangkan secara khusus melalui sumber hukum daripada al-Quran dan al-Sunnah. Tetapi ia dihuraikan oleh kebanyakan ulama Islam pada masa kini dan mereka mengeluarkan ijtihad masing-masing melalui pendekatan-pendekatan fiqah. Antara persoalan yang dihuraikan oleh para ulama ialah jenis organ yang boleh didermakan, hukum pemindahan organ, bolehkah menderma organ kepada orang bukan Islam, adakah harus mewasiatkan sebahagian  daripada anggota badan selepas mati dan adakah harus menjual anggota badan dan pelbagai persoalan lagi.

Diharap agar buku ini dapat memberi gambaran jelas kepada masyarakat agar menjadi insan yang prihatin terhadap penderitaan insan lain. Semoga kita mendapat mardhatillah dengan setiap amalan yang kita usahakan untuk kemaslahatan insan lain dalam  menjalani kehidupan sehari-hari.

- Penerbit

Organ yang Allah kurniakan kepada kita, boleh menjadi sumber pahala walaupun ketika jasad tidak lagi bernyawa. Benarkah Islam menghramkannya? Ataupun menggalakkannya?

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1
  • Bab 1: Definisi Pendermaan dan Pemindahan Organ
  • Bab 2: Jenis Organ Yang Boleh Didermakan
  • Bab 3: Hukum Pemindahan Organ daripada Seseorang kepada Orang Lain
BAHAGIAN 2
  • Bab 4: Seseorang Muslim Mendermakan Anggota Badannya Semasa Hidup
  • Bab 5: Memindahkan Anggota Orang Kafir kepada Muslim
  • Bab 6: Menderma Organ kepada Orang Bukan Islam
BAHAGIAN 3
  • Bab 7: Memindahkan Testis (Alat yang Mengeluarkan Sperma)
  • Bab 8: Mewasiatkan Sebahagian Badan Selepas Mati
  • Bab 9: Menderma daripada Sebahagian Anggota Si Mati
  • Bab 10: Menjual Anggota Badan
Harga = RM12.00 (Sem) RM14.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 98
Penulis = Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Penerbit = PSN Publications Sdn. Bhd.

Saturday, July 16, 2011

Siri Kajian Hukum - Haramkah Rokok?: Hukum Dan Penyelesainnya

Dalam Siri Kajian Hukum kali ini, penulis berbesar hati untuk menekuni isu merokok mengikut perspektif Islam.

Walaupun penggunaan tembakau di negara maju sudah berkurangan, keadaan sebaliknya berlaku di negara membangun. Contohnya, di Malaysia, apabila statistik menunjukkan ketagihan merokok di kalangan rakyatnya yang berumur 15 tahun dan ke atas terus meningkat daripada 21% pada tahun 1985 kepada 31% pada tahun 2000.

Persatuan Perubatan Malaysia dalam kenyataannya, Action on Smoking and Health melaporkan terdapat kira-kira 3.5 juta perokok di negara ini. Separuh daripada mereka mengghisa rokok hampir 10 batang sehari.

Laporan ini juga menganggarkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakanRM15 juta sehari untuk rokok dan dalam masa setahun mencecah RM6 bilion. Selain memberi kesan kepada kesihatan perokok, tabiat merokok juga boleh memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.

- Penulis

"Membudayakan masyarakat berfikiran rasional dan ilmiah bagi menerima atau menolak sesuatu hukum menerusi pendidikan fatwa"

KANDUNGAN
- MUKADIMAH
- BAB 1: KENALI ROKOK
  • Kandungan Dalam Sebatang Rokok
  • Kesan Bahan Dalam Rokok
- BAB 2: AKIBAT ROKOK
  • Merokok Membawa Penyakit
  • Jenis-Jenis Penyakit Akibat Rokok
  • Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
- BAB 3: HUKUM DAN FATWA
  • Fatwa Ulama Terdahulu
  • Pendapat Ulama Mutakhir Atau Semasa
  • Keputusan Majlis Fatwa
- BAB 4: ALASAN DAN HUJAH PENGHARAMAN ROKOK
- BAB 5: JALAN PENYELESAIAN
  • Motivasi Berhenti Merokok
  • Petua 10M Berhenti Merokok
  • Peranan Negara
  • Petua Berhenti Merokok Menurut Kajian Pakar Dan Pengalaman Bekas Perokok
- BAB 6: HAK PEROKOK
  • Betulkah Perokok Juga Ada Hak?
  • Berhenti Sebelum Terlambat
  • Kesan Berhenti Merokok Mengikut Tempoh
- PENUTUP
  • Berhenti Merokok!
Harga = RM12.00
Mukasurat = 94
Penulis = Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Thursday, February 24, 2011

Transformasi Fikah Semasa: Evolusi Hukum Islam

Keperluan kepada hukum Islam semasa bagi menjawab persoalan hidup semasa dalam masyarakat Islam pada hari ini sangat-sangat dirasakan. Di bawah pengaruh dunia baru dengan segala kemajuannya, baik dari segi ekonomi, sosial mahupun sains dan teknologi, hampir semua perkara dalam kehidupan moden sekarang ini telah berubah.

Sekiranya syariat Islam hanya agama semata-mata, segala perubahan ini mungkin tidak merupakan cabaran besar terhadap corak amalannya. Kerana ritual keagamaan biasanya tidak tertakluk kepada apa-apa perubahan masyarakat memandangkan sifat dan nilainya yang dogmatik. Tetapi Islam lebih besar daripada agama semata-mata dalam konsep di atas. Ianya suatu dasar hidup. Oleh kerana hidup manusia ini berkembang maka cabaran yang terpaksa dihadapi ialah pengembangan tafsiran dan amalannya agar sesuai dengan keperluan setiap perkembangan yang ada.

Buku ini menyingkap perubahan yang berlaku kepada hukum fikah yang tertakluk dengan perubahan masa, tempat, teknologi dan persekitaran. Buku ini penting bagi memahami akar hukum Islam.

- Penerbit

KANDUNGAN

FASAL PERTAMA
Menangani Pemikiran Hukum Islam Semasa

FASAL KEDUA
Pandangan Al-Qaradhawi Tentang Ijtihad Kontemporari

FASAL KETIGA
Ijtihad Dan Fatwa Semasa

FASAL KEEMPAT
Keperluan Kepada Penyelidikan Ilmiah Dalam Menentukan Hukum Islam Semasa

FASAL KELIMA
Kepentingan Penyelidikan Dalam Pengeluaran Fatwa

FASAL KEENAM
Keperluan Kepada Ijtihad Dalam Menentukan Hukum Islam Semasa

FASAL KETUJUH
Keperluan Kepada Islah Dalam Pembinaan Fikah Semasa

FASAL KELAPAN
Pengaruh Timbal Balik Antara Hukum Dan Budaya

FASAL KESEMBILAN
Fikah Keutamaan Dan Kesannya Dalam Ijtihad Dan Fatwa Masa Kini

FASAL KESEPULUH
Ijtihad Dan Cabaran Globalisasi

FASAL KESEBELAS
Hukum Islam Semasa Di Malaysia: Prospek Dan Cabaran

FASAL KEDUA BELAS
Fatwa Dan Isu Semasa: Masalah Dan Cabaran Di Malaysia

FASAL KETIGA BELAS
Ijtihad Dan Fatwa Pada Abad Ke-21: Keperluan Kepada Fikah Semasa Beroreantasikan Tempatan

FASAL KEEMPAT BELAS
Ke Arah Pembentukan Fikah Malaysia

Harga = RM22.50 (Sem) RM25.50 (Sab/Swk)
Mukasurat = 256
Penulis = Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid
Penerbit = PTS Islamika Sdn. Bhd.

Monday, January 17, 2011

Krisis Fatwa: Dilema Antara Prinsip & Penyimpangan

Dewasa ini banyak didapati keganjilan dan kontroversi yang berlaku tentang fatwa Islam Kontemporari (masa kini) dari kalangan intelekual, pakar dan orang yang menamakan diri sebagai ulama. Sehingga umat Islam menjadi keliru, bingung dan kabur tentang nilai-nilai Islam. Banyak perkara yang aneh dan pernyataan yang tergesa-gesa dalam menyelesaikan masalah keIslaman, membesarkan masalah yang kecil dan memperkecilkan masalah yang besar. Selain itu banyak penyelewengan hukum Islam yang terjadi disebabkan oleh faktor kepentingan politik, ekonomi, ideologi atau kepentingan peribadi.

Dr. Yusuf Qaradhawi, salah seorang ulama besar Islam dan tetap konsisten dengan penyebaran ilmu dan amalnya di dalam buku ini berusaha memberikan ilmu dan petunjuk untuk mengawal penyelewengan hukum Islam dan memastikan fatwa Islam tetap benar, hukum-hukumnya terasa indah, mudah berkat, aman dan nyaman.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB PERTAMA
Kedudukan Fatwa Dan Syarat-Syaratnya

BAB KEDUA
Faktor-Faktor Yang Menggelincirkan Para Mufti Kontemporari

BAB KETIGA
Konsep Fatwa Kontemporari

Harga = RM10.00
Mukasurat = 174
Penulis = Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi
Penterjemah = Setiawan Budi Utomo, LC
Penerbit = Pustaka Syuhada

Friday, October 16, 2009

Palestin Tak Pernah Gentar!: Fatwa Kontemporari Dan Penyelesaiannya

Buku Palestin Tak Pernah Gentar! Fatwa Kontemporari Dan Penyelesaiannya ini dikemukankan supaya umat Islam dapat menyedari akan bahayanya gerakan Zionis dan betapa rakusnya mereka dalam misi memusnahkan Islam dan umatnya. Mereka begitu bernafsu untuk memperhambakan seluruh umat agar tunduk dan patuh kepada agenda mereka. Bahasa yang paling sesuai digunakan untuk mereka adalah perang dan jihad seperti mana yang diusulkan para ulama dan juga pemimpin Islam seperti mana kaedah disebut "Pedang hendaklah diselesaikan dengan pedang". Ini kerana makin dilarang, dikeji dan dicerca semakin menjadi-jadi tindakan kekejamannya. Semoga umat Islam bangkit begitu juga masyarakat dunia, bagi menyekat kezaliman Israel di muka bumi ini. Semoga buku ini menjadikan kita kasih kepada bumi Palestin dan warganya di samping semangat ukhwah Islamiah serta ta'awun dapat disuburkan lagi. Menjadi harapan kita semua agar umat Islam sentiasa mendapat pemeliharaan Allah SWT dan Baitul Maqdis menjadi milik umat Islam kembali. Amin.

- Penulis

"Memburu Menang Atau Syahid"

KANDUNGAN

Bab 1: Yahudi, Zionisme Dan Freemason
- Sejarah Yahudi
- Yahudi Musuh Utama
- Identiti Yahudi Dewasa Ini
- Ringkasan 12 Jenayah Yahudi Dalam A-Quran
- Apa Itu Zionisme?
- Apa Kaitan Freemason Dengan Yahudi?

Bab 2: Perebutan Baitul Maqdis Di Palestin
- Pembukaan Kota Baitul Maqdis
- Saiydina Umar R.A. Menemui Kedudukan Masjid Al-Aqsa
- Petanda Bangsa Yahudi Tersingkir
- Masjid Al-Aqsa Dan Ukurannya
- Pendirian Ulama Berkenaan Masjid Al-Aqsa Dan Al-Quds
- Palestin Bumi Islam
- Sejarah Pengambilan Bumi Palestin Oleh Yahudi
- Kenapa Semua Yahudi Tidak Berpindah Ke Palestin?

Bab 3: Yahudi Pengganas Dan Penghancur Manusia
- Sejarah Kezaliman Yahudi
- Syaitan Berkata-Kata Dalam Kitab Talmud
- Keganasan Ajaran Talmud
- Antara Kesesatan Terang-Terangan Di Dalam Kitab Talmud
- Tipu Daya Dan Perancangan Yahudi
- Protokol-Protokol Yahudi
- Keputusan-Keputusan Muktamar Zionis Pertama Dan Pembongkaran Protokol-Protokol Yahudi
- Konspirasi Antarabangsa

Bab 4: Dunia Menjadi Saksi, Yahudi Menghisap Darah Gaza
- Sejarah Gaza
- Resolusi Kerajaan Malaysia Terhadap Serangan Israel Di Gaza
- Pendapat Tokoh Dan Pemimpin Berhubung Isu Palestin

Bab 5: Fatwa Ulama
- Tindakan / Serangan Berani Mati (Amaliah Istisyahadiah)
- Hujah Ulama (Dr. Yusuf Al-Qaradhawi) Dalam Mengharuskan Jihad Berbentuk Serangan Berani Mati
- Pendapat Ahli Fiqah
- Menyentuk Isu Palestin Supaya Dibebaskan Daripada Cengkaman Israel
- Hukum Menghadiri Muktamar "Madrid" Dan Berdamai Dengan Israel
- Hukum Yang Disepakati Oleh Para Ulama Berdasarkan Dalil-Dalil

Bab 6: Penyelesaian Isu Palestin
- Cara Rasulullah SAW Menyelesaikan Isu Yahudi
- 12 Langkah Praktikal Untuk Terlibat Dalam Jihad Di Palestin
- Sejauh Mana Peranan Barrack Hussien Obama Dalam Isu Palestin?
- Kerinduan Umat Islam Terhadap Bumi Palestin
- Sekatan Senjata Ke Gaza, Satu Penyelesaian Atau Konspirasi?
- Adakah Orang Yahudi Berjaya Menegakkan Kerajaan Mereka?

Lampiran 1: Antara Produk AS Yang Diboikot Oleh Para Ulama
Lampiran 2: Secangkir Pengalaman Di Bumi Gaza
Lampiran 3: Cebisan Sajak Dan Puisi Palestin
Lampiran 4: Kata-Kata Pemimpin

Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 200
Penulis = Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri & Fatimah Syarha Mohd. Noordin
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Sunday, September 6, 2009

Fatwa Syeikh Ali Jumaah (Mufti Republik Arab Mesir)

Keterangan yang jitu untuk memperbetulkan beberapa fahaman yang keliru.

KANDUNGAN

- Penciptaan Makhluk
- Nur Saidina Muhammad S.A.W.
- Rasulullah S.A.W. Sentiasa Hidup
- Yaqazhah
- Menyebut Saidina
- Perayaan Maulidur Rasul
- Tafsiran Ayat 64 Surah An-Nisa'
- Tawassul Dengan Nabi S.A.W.
- Bersumpah
- Ibu Bapa Nabi
- Cinta Kepada Ahli Bait
- Ziarah Ahli Bait
- Maqam Saidina Hussain
- Menziarahi Kubur
- Bersolat Di Kubur Dan Bersolat Di Masjid
- Memasuki Tareqah Sufi
- Karamah Para Wali
- Berzikir Dengan Nyaring
- Berhimpun Untuk Berzikir
- Menyimpan Janggut
- Melabuhkan Pakaian
- Berzikir Dengan Menggunakan Tasbih
- Qunut Subuh
- Membaca Al-Quran Kepada Mayat
- Bersalaman Selepas Solat
- Membaca Al-Quran Pada Mushaf Ketika Solat
- Zakat Fitrah Dengan Duit
- Ramadhan: Ru'yah Falak Atau Anak Bulan?
- Puasa Orang Yang Meninggalkan Solat
- Takziah Kematian
- Memakai Niqab (Purdah)
- Permasalahan Perkara Yang Nabi Tidak Lakukan

Harga = RM17.00
Mukasurat = 191
Oleh = Syeikh Ali Jumaah (Mufti Republik Arab Mesir)
Penterjemah = Abu Al-Baqir Ad-Dusuqi
Penerbit = Al-Baqir Enterprise

Saturday, October 11, 2008

Fatwa-Fatwa Pengeboman - Oleh Ulama-Ulama Besar Saudi Arabia

Di dalam buku ini pembaca yang budiman dapat mengetahui jawaban para ulama besar, seputar hukum pengeboman, pengkafiran, mogok kerja, demonstrasi, hukum memberontak terhadap penguasa kaum muslimin, hukum mencela ulama, hukum seputar jihad dan hukum lainnya.

Di antara ulama yang menjelaskan hukum-hukum tersebut adalah Syaikh Al-Imam 'Abdul 'Aziz bin 'Abdillah bin Baaz, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Al-Faqihuz Zaman Syaikh Muhammad bin Shalih al-'Utsaimin, dan ulama-ulama besar lainnya. Harapan kami, dengan adanya buku ini kaum muslimin dapat merujuk kepada pendapat para ulama Sunnah dalam setiap perkara yang terjadi.

Akhirnya hanya kepada Allah 'Azza wa Jalla kami memohon agar dia memberikan ketetapan kepada kaum muslimin di atas jalan yang lurus.

Shalawat teriring salam semoga tetap tercurah kepada Nabi Muhammad S.A.W., juga kepada keluarga, para Sahabat Baginda, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan kebaikan hingga hari Pembalasan. Akhir seruan kami, alhamdulillaahi Rabbil 'Aalamiin.

- Penerbit

Harga = RM39.00
Mukasurat = 203
Penyusun = Muhammad bin Husain bin Sa'id Alu Sufran al-Qahthani
Penerbit = Pustaka al-Inabah

Friday, August 29, 2008

Prinsip Dan Pengurusan Fatwa Di Negara-Negara ASEAN

KANDUNGAN

1- Kaedah-kaedah dan Adab-adab Mengeluarkan Fatwa - Dr. Uthman El-Muhammady, ISTAC, UIAM
2- Pengurusan Fatwa Muamalat Dalam Sistem Kewangan Islam - Y.A.A Datuk Sheikh Ghazali Haji Abdul Rahman, JKSM
3- Ke Arah Penyelarasan Fatwa: Masalah, Kemungkinan dan Cara Penyelesaian - Prof. Madya Dr. Ahmad Hidayat Buang, Universiti Malaya
4- Pengurusan Fatwa Di Malasia - S.S. Dato' Haji Nooh Gadot, Mufti Negeri Johor
5- Pengurusan Fatwa Di Indonesia - K.H. Ma'ruf Amin, Majelis Ulama Indonesia
6- Penguruan Fatwa Di Negara Brunei Darussalam - Haji Japar Bin Haji Mat Dain @ Maidin, Jabatan Mufti Brunei
7- Pengurusan Fatwa Di Singapura - Haji Mohd Murat Md. Aris, Majlis Ugama Islam Singapura
8- Penngurusan Fatwa Di Thailand - Dr. Ahmad Omar Chapakia, Kolej Islam Yala, Thailand
9- Pengurusan Fatwa Di Kemboja - Haji Mohammad Abdus Salam Bin Osman
10- Fatwa dan Cabaran Globalisasi - Prof. Suwito Rakiyo, Universiti Islam Negeri, Indonesia
11- Mekanisme Penerbitan Fatwa Di Internet dan Cabarannya: Satu Kajian Khusus Mengenai Isu-isu Fiqh Muamalat di Laman Islamweb.net - Dr. Mohamad Akram Laldin dan Dr. Mohd. Fuad Sawari, UIAM
12- Kepentingan Penyelidikan Dalam Pengeluaran Fatwa - Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid, Universiti Malaya
13- Kebelbagaia Fatwa: Kekuatan dan Kelemahan? - Prof. Dato' Dr. Abdul Monir Yaacob, Universiti Malaya
14- Ke Arah Kerjasama ASEAN Dalam Pengurusan Fatwa: Pengalaman MABIMS - Dato' Hj. Wan Muhammad Bin Hj. Abd. Aziz, JAKIM
15- The Importance and Implication of Fatwa Towards Society - Prof. Dr. Ala'Eddin Kharofa
16- Fatwa Management in the Philippines - Prof. Dr. Aminoddin Bara, Mindanao State University, Philippines
17- The Implimentation of ICT in the Promulgation of Fatwa: Needs & Implication - Najwa Hayaati Binti Mohd Alwi, KUIM
18- نظرية الاجتهاد وعلاقتها بالفتوى - الأستاذ الدكتور الصادق عبد الرحمن الغرياني
19- عند ما تصبح الفتوى مطية للسياسة والمصالح - الأستاذ الدكتور محمد سعيد رمضان البوطي
20- دور مقاصد الشريعة في إصدار الفتوى - الأستاذ المشارك الدكتور محمد الحسن البغا

Harga = RM30.00
Mukasurat = 360
Penyunting = Prof. Dr. Hj. Abdul Samat Musa, Dr. Adel M. Abdul Aziz, Haliza Harun & Nik Salida Suhaila Nik Saleh
Penerbit = Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) & Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...