Buku Pencerahan Fiqh Semasa: Pemindahan dan Pendermaan Organ ini diterbitkan adalah untuk merungkai permasalahan hukum yang berkaitan dengan pemindahan dan pendermaan organ daripada seseorang kepada seseorag yang lain ketika benar-benar memerlukannya.
Dalam konteks Islam, hukum-hakam yang berkaitan dengan pemindahan dan pendermaan organ ini, tidak dibincangkan secara khusus melalui sumber hukum daripada al-Quran dan al-Sunnah. Tetapi ia dihuraikan oleh kebanyakan ulama Islam pada masa kini dan mereka mengeluarkan ijtihad masing-masing melalui pendekatan-pendekatan fiqah. Antara persoalan yang dihuraikan oleh para ulama ialah jenis organ yang boleh didermakan, hukum pemindahan organ, bolehkah menderma organ kepada orang bukan Islam, adakah harus mewasiatkan sebahagian daripada anggota badan selepas mati dan adakah harus menjual anggota badan dan pelbagai persoalan lagi.
Diharap agar buku ini dapat memberi gambaran jelas kepada masyarakat agar menjadi insan yang prihatin terhadap penderitaan insan lain. Semoga kita mendapat mardhatillah dengan setiap amalan yang kita usahakan untuk kemaslahatan insan lain dalam menjalani kehidupan sehari-hari.
- Penerbit
Organ yang Allah kurniakan kepada kita, boleh menjadi sumber pahala walaupun ketika jasad tidak lagi bernyawa. Benarkah Islam menghramkannya? Ataupun menggalakkannya?
KANDUNGAN
BAHAGIAN 1
- Bab 1: Definisi Pendermaan dan Pemindahan Organ
- Bab 2: Jenis Organ Yang Boleh Didermakan
- Bab 3: Hukum Pemindahan Organ daripada Seseorang kepada Orang Lain
- Bab 4: Seseorang Muslim Mendermakan Anggota Badannya Semasa Hidup
- Bab 5: Memindahkan Anggota Orang Kafir kepada Muslim
- Bab 6: Menderma Organ kepada Orang Bukan Islam
- Bab 7: Memindahkan Testis (Alat yang Mengeluarkan Sperma)
- Bab 8: Mewasiatkan Sebahagian Badan Selepas Mati
- Bab 9: Menderma daripada Sebahagian Anggota Si Mati
- Bab 10: Menjual Anggota Badan
Mukasurat = 98
Penulis = Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Penerbit = PSN Publications Sdn. Bhd.
1 Comment:
Assalamualaikum w.b.t
Saya ada pertanyaan, adakah OKU mempunyai hak untuk menderma organ? Terima kasih.
Post a Comment