Perpecahan umat Islam berlaku sejak lebih 700 tahun yang lampau. Ahli Sunnah Waljamaah, Syiah, Khawarij dan sebagainya muncul pada zaman itu. Semuanya didakwa berpunca daripada kelemahan pemerintahan Khalifah Uthman berbanding pemerintahan Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar yang menyebabkan beliau dibunuh. Perlantikan Saidina Ali sebagai khalilfah bertambah kritikal apabila berlaku konflik antara pengikut Saidina Ali dengan pengikut Muawwiyah dan diikuti perang antara kedua belah pihak dan perang dengan Saidatina Aishah.
Pertelingkahan antara sahabat turut mengheret umat Islam dalam pertelingkahan pandangan pada zaman ini.
Buku ini mendedahkan:
- Keutamaan dan kelebihan para sahabat Rasulullah S.A.W.
- Kaedah memahami Al-Quran dan hadis, serta cara menilai sebuah hadis.
- Cara dan kaedah menapis sumber sejarah daripada buku-buku sejarah.
- Bagaimana memahami situasi yang berlaku dan ijtihad para sahabat pada masa itu.
- Mengenali musuh Islam yang melaga-laga sesama Islam.
- Penerbit
KANDUNGAN
- Bab 1: Al-Quran Memartabatkan Para Sahabat
- Bab 2: Sunnah Memartabatkan Para Sahabat
- Bab 3: Percanggahan Antara Islam Dengan Rekod Sejarah
- Bab 4: Kekeliruan Fakta Sejarah
- Bab 5: Sejarah Pembunuhan Saidina Uthman Bin Affan
- Bab 6: Peperangan Sahabat Antara Ahli Sunnah Dengan Syiah
- Bab 7: Pendirian Ahli Sunnah Dalam Pertelingkahan Para Sahabat
Mukasurat = 161
Penulis = Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Ph.D.
Penerbit = PTS Islamika Sdn. Bhd.
0 Comments:
Post a Comment