Kerajaan Islam Uthmaniyyah merupakan kekhalifahan Islam yang terakhir sebelum ia dijatuhkan oleh puak sekular Kemalis yang dikatakan didalangi oleh Yahudi dan Barat. Kelangsungan kerajaan ini selama lebih daripada lima abad, meliputi tiga benua utama dunia, Asia, Afrika dan Eropah. Apa yang menarik, kejatuhan kota Constantinople pernah diriwayatkan dalam satu hadis yang dicatatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dengan mengatakan raja yang menawannya adalah raja yang terbaik dan ternyata raja itu daripada dinasti Uthmaniyyah.
Kerajaan Islam Uthmaniyyah seolah-olah berada dalam dua zaman silam dan zaman moden. Tentu banyak khazanah tinggalan kerajaan besar ini yang boleh menjadi teladan dan sempadan kepada kita dalam menggagaskan sebuah negara idaman di zaman pasca-modernisme ini.
- Penyelenggara
KANDUNGAN
Mukasurat = 167
Penyelenggara = Mohd Roslan Mohd Nor & Mohamad Zamri Bin Mohamed Shapik
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor
- Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah - Dr. Mohd Roslan Bin Mohd Nor
- Sisi Gelap Kerajaan Uthmaniyyah: Satu Pengajaran Berharga - Prof. Madya Dr. Fadhlullah Jamil
- Zionisme Dan Peranannya Di Dalam Menjetuhkan Kerajaan Turki Uthmaniyyah Di Awal Abad Ke 20 - Mohamad Fauzi Zakaria
- Model Pengurusan Dan Kepimpinan Muhammad Al-Fateh Dalam Pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah - Dr. Nor 'Azzah Kamri
- Aplikasi Sistem Ekonomi Islam Dalam Tamadun Islam Uthmaniyyah - Dr. Amir Bin Shaharuddin & Dr. Yasmin Hanani Mohd Safian
- Hubungan Turki Uthmaniyyah Dan Alam Melayu - Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff
- Perkembangan Fiqh Dan Usul Di Empayar Uthmaniyyah - Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali
- Kewarganegaraan Dalam Sistem Pemerintahan Uthmaniyyah: Satu Kajian Dalam Konteks Kewarganegaraan Negara Islam Moden - Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Ibrahim
Mukasurat = 167
Penyelenggara = Mohd Roslan Mohd Nor & Mohamad Zamri Bin Mohamed Shapik
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor
0 Comments:
Post a Comment