Malaysia dibentuk dari kepelbagaian penduduk sebagai warganegaranya, serta masih mengekalkan Islam dan Melayu sebagai teras dan asas kewujudan. Suasana kehidupan pluralistik agama sebegini pastinya menuntut suatu kefahaman dan toleransi hidup bermasyarakat antara penganut Islam dan bukan Islam yang mencabar. Justeru bagi umat Islam, fikah sebagai salah satu cabang ilmu merupakan panduan yang membimbing hidup bermasyarakat mengikut keperluan semasa tersebut. Ia bertujuan untuk mencari penyelesaian bersepadu bagaimana menangani permasalahan yang timbul khususnya berkaitan isu-isu hubungan antara anggota masyarakat, terutama perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti orang Melayu, hak bukan Islam, hak asasi manusia secara keseluruhan serta kesan yang timbul dari segi aqidah, syariat dan akhlak. Isu-isu sebeginilah diharap dapat membantu untuk membentuk gagasan Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam konteks Malaysia, khususnya berdasarkan prinsip-prinsip yang muktabar untuk memberikan panduan kepada umat Islam dan bukan Islam.
- Penyelenggara
KANDUNGAN
Mukasurat = 254
Penyelenggara = Abdul Karim Ali & Rumaizi Ahmad al-Mustapha
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor
- Ucaptama: Pengantar Fiqh Masyarakat Bukan Islam - Professor Dr. Sheikh Wahbah Mustafa al-Zuhayli
- Hubungan Masyarakat Islam Dan Masyarakat Bukan Islam Dalam Konteks Sejarah Islam - Dr. Mohd Roslan Mohd Nor
- Konsep Kerakyatan Orang Bukan Islam Dalam Politik Islam Moden: Satu Kajian Berdasarkan Fiqh Ahl Dhimmah - Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, Muhammad Adli Musa
- Hak-Hak Mengamalkan Ajaran Agama Masyarakat Bukan Islam Dalam Sebuah Negara Islam - Zahari Mahad Musa
- Islam Dan Toleransi Budaya Dalam Masyarakat MajmukDi Malaysia: Beberapa Catatan - Dr. Mohd Nor Manuty
- Prinsip Berinteraksi Dengan Non Muslim Dalam Konteks Malaysia - Mohammad Nidzam Abdul Kadir
- Perayaan Bukan Islam Dalam Sebuah Negara Islam - Dr. Basri bin Ibrahim
- Kecelaruan Fahaman Liberal Dalam Fiqh: Satu Kajian Mengenai Hukum Wanita Islam Berkahwin Dengan Non-Muslim - Muhammad Atiullah bin Othman, Mohd Nor bin Daud
- Bukan Islam Dan Kehakiman Dalam Islam - Tan Sri Sheikh Ghazali bin Hj. Abd. Rahman
- Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Sistem Kehakiman Syariah: Bukan Islam Sebagai Saksi Di Mahkamah Syariah Malaysia - Prof. Madya Dr. Zulfakar Ramlee Saad
- Jizyah Kepada Warga Negara Bukan Islam Analisa Kemungkinan Pelaksanaan Dalam Realiti Malaysia - Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki bin Ibrahim
- Isu-Isu Berkaitan Masyarakat Bukan Islam Dalam Fatwa Di Malaysia - Rumaizi bin Ahmad
- Dasar Fiskal Dan Kewangan: Hubungannya Dengan Pembangunan Sosio-Ekonomi Umat Dan Negara - Prof. Madya Dato' Dr. Haji Hailani bin Muji Tahir
- Kerangka Asas Dalam Pembinaan Hukum Fiqh Masyarakat Bukan Islam Masa Kini - Dr. Luqman Haji Abdullah
- Siyasah Syar'iyyah Dalam Membentuk Gagasan Fiqh Masyarakat Majmuk - Prof. Madya Dr. Shukeri Mohamad
Mukasurat = 254
Penyelenggara = Abdul Karim Ali & Rumaizi Ahmad al-Mustapha
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor
0 Comments:
Post a Comment