Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Thursday, September 25, 2008

Murtad - Implikasi Hukum Dan Fenomena

Buku ini terbit kepada pembaca di tengah kegemparan isu murtad yang melanda kepada umat Islam di negara ini. Fenomena penyelewengan akidah ini dipandang ringan oleh masyarakat dalam perlumbaan membina kehidupan dunia mereka. Berbeda dengan sikap umat Islam di negara ini di masa dahulu yang cukup prihatin dengan apa saja isu berkaitan dengan agama contohnya di Singapura pada tahun 1950, umat Islam sanggup merusuh dan bermandi darah untuk mempertahankan akidah seorang gadis yang dimurtadkan iaitu Natrah.

Bantahan awam ini dipimpin oleh Almarhum Doktor Burhanuddin Al-Helmi, Singapura dengan pantas diserkup dengan perintah berkurung oleh rejim British. Bukan hanya orang awam yang membantah namun seorang pegawai polis yang bernama Inspektor Taha Kalu telah menanggalkan uniform pegawai polisnya untuk bersama-sama umat Islam yang lain untuk menyatakan sikap amarah terhadap usaha memurtadkan Natrah. Malangnya hari ini ribuan Natrah telah berjaya dimurtadkan tanpa ada solusi yang ampuh daripada umat Islam dan penguasa. Buku ini menyingkap isu murtad dan fenomenanya yang semakin gencar di negara ini.

- Penerbit

Harga = RM10.00 (Sem) RM13.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 108
Penulis = Riduan Mohd Nor
Penerbit = MHI Publication

0 Comments:

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...