Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Saturday, September 6, 2008

Membangun Institusi Masjid - Penting!!!

Institusi masjid merupakan institusi yang paling penting dalam kehidupan umat Islam. Ia merupakan lambang kesucian dan keagungan Islam itu sendiri. Sebarang kecacatan yang berlaku di institusi ini akan turut memberi kesan kepada umat Islam. Oleh itu kepekaan umat Islam terhadap pembangunan masjid perlu ditinigkatkan bagi menjamin keutuhan institusi ini. Masjid adalah milik umat Islam bersama.

Buku ini membincangkan asas-asas untuk mencapai matlamat masjid sebagai pusat pembagunan masyarakat Islam. Ia perlu ditatapi untuk mendapat gambaran sebenar tentang masjid, khususnya dari sudut peranan dan kedudukannya dalam masyarakat. Maklumat-maklumat yang diperolehi dapat membantu bagi memperbaiki program yang dirancang, di samping sebagai garis panduan yang baik untuk menjamin keberkesanan fungsinya.

Usaha mengemukakan buku ini, hasil daripada himpunan kertas kerja yang pernah dianjurkan oleh Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya ini, amat dialu-alukan kerana ia merupakan pendedahan hasil kajian yang dilakukan oleh para sarjana terhadap perkembangan pembangunan masjid di Malaysia masa kini. Data-data yang diperolehi akan membantu masyarakat dan jabatan-jabatan yang berkait dengan institusi suci ini memperbaiki program yang dirancang, seterusnya memperolehi garis panduan yang baik untuk menjamin keberkesanan fungsi institusi ini.

Antara kajian yang dilakukan oleh para sarjana tersebut merangkumi aspek memahami fungsi masjid sebagai institusi kemasyarakatan, pengurusan masjid, program masjid, komunikasi masjid dan pembangunan fizikal masjid masa kini.

- Penulis

KANDUNGAN

- Konsep dan Falsafah Masjid
- Cara Berpakaian Pegawai Masjid
- Komunikasi Masjid
- Status Imam di Malaysia
- Keberkesanan Program Masjid: Kajian Umum Masjid-Masjid Di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
- Pembangunan Ekonomi Masjid
- Retorik Pengucapan Khutbah Jumaat di Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM)
- Pembangunan Minda Pegawai Masjid
- Pembangunan Masjid dan Halangannya
- Peranan Masjid Dalam Pembangunan Insan Remaja
- Melawat Masjid bagi Non Muslim: Suatu Kajian Dari Sudut Hukum dan Kesannya Terhadap Dakwah
- Memperkasa Aktiviti Masjid Sebagai Medium Dakwah
- Peranan Masjid dalam Pembangunan Personaliti Wanita Islam
- Program Dakwah Masjid Abu Bakar, Temerloh, Pahang: Kajian Mengenai Sambutan Dan Masalah
- Daya Tarik Masjid: Masjid Sebagai Pusat Perpaduan dan Pembangunan Komuniti Islam Di Malaysia
- Kajian Keberkesanan Penyampaian Khutbah Jumaat di Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur: Satu Tinjauan Awal

Harga = RM17.00
Mukasurat = 203
Penulis = Norrodzoh Hj. Siren & Yusmini Md. Yusoff
Penerbit = Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur & Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

0 Comments:

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...