Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Saturday, August 2, 2008

Ilmu Tajwid - Menurut RIWAYAT HAFS 'AN 'ASIM Melalui TORIQ ASY-SYATIBIYYAH

Buku Tajwid ini meliputi perbahasan tentang ilmu tajwid menepati apa yang diriwayatkan bacaannya dari Rasulullah S.A.W. menurut Qiraat 'Asim seperti yang diRiwayatkan oleh Imam Hafs melalui aliran Imam Asy-Syatibiah, yang merupaan ikutan umat Islam di Malaysia khasnya dan sebahagian besar umat Islam di seluruh dunia. Sekaligus buku ini juga telah disusun menepati kaedah penulisan Al-Qur'an Resam Uthmani.

Buku ini adalah hasil usaha penulis setelah lama membabitkan diri bertahun-tahun dalam mengajar ilmu tajwid. Pada mulanya buku ini adalah dalam bentuk lembaran nota-nota yang diedarkan kepada pelajar-pelajar semasa penulis mengajar di Uniersiti Islam Antarabangsa Malaysia. Nota-nota itu telah dikembangkan isinya sambil diperbetulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat padanya dari masa ke semasa dan dari tahun ke tahun.

Kemudian penulis terpaksa membuat beberapa kajian berdasarkan kitab-kitab induk ilmu tajwid dalam memastikan kesahihan fakta-fakta yang terdapat dalam buku ini.

Di samping itu, penulis selalu berhubung dengan Asy-Syeikh Muhammad Abdun Nabiy, seorang pensyarah ilmu Qiraat dan Al-Qur'an Uniiversiti Al-Azhar, Mesir, semasa beliau bertugas di Kelang, Selangor. Asy-Syeikh merupakan tempat rujuk utama penulis dalam memastikan kesahihan fakta-fakta dalam penulisan buku ini begitu juga dalam memastikan perkara-perkara yang kabur yang timbul hasil dari pmbacaan penulis melalui kitab-kitab induk ilmu Tajwid.

- Penerbit

Harga = RM20.00
Mukasurat = 341
Penulis = Ustaz Surur Shihabuddin Bin Hassan An-Nadawi
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

1 Comment:

Suedeabak said...

Salam..macam mne sy nak mbeli buku hukum tajwid ni? Boleh beli on9 ker? My dad mintak tolong cari n beli kn buku ni..sy nk post kn kt dia..he stayed in sarawak

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...