Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Tuesday, August 5, 2008

Tinta & Minda Abdul Ghani Samsudin : Mengenai Islam, Ulama & Umara - Mesti Baca!!!

Buku ini dengan tajuk Tinta & Minda Abdul Ghani Samsudin : Mengenai Islam, Ulama & Umara merupakan sebahagian daripada pilihan kertas-kertas kerja beliau yang telah dibentangkan di pelbagai seminar dan majlis-majlis diskusi sepanjang beliau menjadi Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), iaitu dari tahun 1997 hingga 2004.

Pada hemat kami, meskipun ada pandangan-pandangan dan tulisan beliau yang agak keras, kritikal dan "melawan arus", namun atas sifatnya sebagai seorang ulama, pembimbing dan aktivis masyarakat sejak zaman mudanya lagi, kami percaya teguran dan kritikan-kritikan yang ditulis dan disebutnya itu adalah ikhlas dan lahir dari jiwa beliau yang jernih. Bahkan, tidak dapat dinafikan bahawa tulisan-tulisan beliau sememangnya bermanfaat untuk dijadikan rujukan serta input bagi memperbaiki mana-mana kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat kita dewasa ini. Sudah pasti sebagai seorang ulama, beliau tidak akan merasa selesa untuk bersikap diam membisu ketika melihat kepincangan-kepincangan berada di persada masyarakat.

Kami amat berharap dan yakin buku ini bakal memperkayakan lagi khazanah perbendaharaan ilmu kita. Mudah-mudahan Allah memberikan beliau kekuatan untuk terus menulis dan menyumbang kepada masyarakat, khususnya umat Islam di negara ini.

- Penyelenggara

Harga = RM25.00
Mukasurat = 235
Penyelenggara = Abdul Karim Ali & Baharom Kassim
Penerbit = Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

0 Comments:

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...