Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Monday, August 11, 2008

Fiqh Malaysia - Ke Arah Pembinaan Fiqh Tempatan Yang Terkini - Tertakluk Kepada Stok

Buku ini mengutarakan suatu gagasan idea untuk melahirkan hukum Islam berdasarkan pendekatan semasa dan setempat di Malaysia. Ia mengemukakan beberapa perbincangan melibatkan konsep fiqh Malaysia, cabaran semasa terhadap penerusan serta perlaksanaan konsep tersebut, pendekatan khusus dalam meralisasikannya yang melibatkan beberapa teori-teori tertentu seperti metode penafsiran nas, pemakaian qiyas, penggunaan maslahah serta 'urf dan sebagainya. Di samping itu beberapa permasalahan semasa yang melibatkan pemodifikasian terhadap beberapa hukum fiqh di Malaysia dikemukakan secara detil dan komprehensif.

Dalam bentuknya yang sedia ada, buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat umat Islam di Malaysia khususnya mereka yang cintakan perkembangan ilmu pengetahuan serta prihatin terhadap perkembangan hukum Islam semasa di Malaysia. Bagi para mahasiswa peringkat awalan dan lanjutan di innstitusi pengajian tinggi, buku ini merupakan rujukan utama terutama dalam mengemukakan tasawwur yang jelas terhadap peri pentingnya kewujudan fiqh Malaysia serta kelangsungannya. Begitu juga bagi golongan cendekiawan Islam di Malaysia. Buku ini akan membantu mereka membuat beberapa analisis berguna khususnya melibatkan pemodifikasian terhadap beberapa hukum fiqh di Malaysia.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB PERTAMA: KONSEP
- Fiqh Malaysia: Konsep dan Cabaran - Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid
- Fiqh Malaysia: Suatu Tinjauan Sejarah - Dr. Rahimin Affandi Abdul Rahim
- Asas-asas Pembentukan Fiqh Malaysia: Satu Saranan - Shukeri Mohamad

BAB KEDUA: TEORI
- Faktor-faktor Semasa dan Setempat di Malaysia yang Boleh Mempengaruhi Penafsiran Nas Syarak dalam Menentukan Hukum - Dr. Abdul Karim Ali
- Perlaksanaan Qiyas dalam Faktor Semasa dan Setempat di Malaysia - Prof. Madya Dr. Mohd Daud Bakar
- 'Urf dan Adat Semasa di Malaysia sebagai Asas Penentuan Hukum yang Tidak Dinaskan - Prof. Madya Md. Saleh Bin Haji Md. @ Haji Ahmad
- Keterikatan Maslahah sebagai Sumber Hukum dengan Kepentingan Semasa dan Setempat di Malaysia - Prof. Madya Hj. Mohd. Noor Deris
- Maslahah dan Hubungannya dengan Nas Syarak dalam Pembinaan Hukum Islam Semasa di Malaysia - Ridzwan Ahmad
- Maqasid Shari'ah: Konsep dan Hubungannya dengan Nilai-nilai Semasa di Malaysia dalam Menentukan Hukum - Dato' Dr. Abdul Monir Yaacob

BAB KETIGA: PENDEKATAN
- Perubahan-perubahan Perlu dalam Fiqh Muamalat Berasaskan Teori Fiqh Malaysia: Satu Tinjauan - Prof. Madya Dr. Abdul Halim El-Muhammady
- Perubahan-perubahan Perlu dalam Fiqh Jenayah berasaskan Teori Fiqh Malaysia - Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail
- Perubahan-perubahan Perlu dalam Fiqh Ibadat Berdasarkan Realiti Semasa di Malaysia - Dr. Anisah Ab Ghani
- Perubahan-perubahan Perlu dalam Fiqh Al-Ahwal Al-Shaksiyyah Berdasarkan Realiti Semasa dan Setempat - Puan Raihanah Hj Azahari

BAB KEEMPAT: BEBERAPA PERMASALAHAN
- Tajuk-tajuk Baru dalam Pengajaran Fiqh Berasaskan Keperluan Semasa di Malaysia - Hj Abdul Ghani Samsudin
- Hukuman Kesalahan Liwat: Antara Perbendaharaan Fiqh dan Realiti Hukumannya di Malaysia - Mohamed Azam Mohamed Adil
- Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan: Satu Analisis dari Sudut Keterangan - Ruzman Md. Noor
- Fiqh Malaysia dan Cabaran Era Siber - Dr. Abd. Jalil Borham

Harga = RM20.00
Mukasurat = 308
Penyelenggara = Paizah Hj. Islmail & Ridzwan Ahmad
Penerbit = Akademi Pengajian Islam Universti Malaya & Al-Baian Corporation Sdn Bhd

1 Comment:

Unknown said...

Assalamualaikum,

Saya nak bertanya. Buku Fiqh Malaysia masih ada dalam stok?

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...