Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Friday, December 11, 2009

Tafsir Al-Munir - Juz 'Amma

Kitab Tafsir al-Munir (terjemahan) yang sedang anda tatap ini merupakan sebuah kitab yang amat berharga dalam bidang tafsir al-Quran. Tafsir al-Munir ini bukan sahaja sesuai untuk digunakan di peringkat pengajian 'separuh masa' di masjid-masjid, malah ia juga sesuai dijadikan bahan bacaan di peringkat sekolah-sekolah sehinggalah ke peringkat universiti.

Tafsir ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Ia mengadunkan pandangan klasik dan juga moden dengan menggunakan bahasa yang sederhana dan tidak terlalu susah. Ia merupakan tafsir kontemporari yang sangat relevan untuk bacaan semua peringkat.

Prof. Dr. Wahbah Mustaffa al-Zuhaily, pengarang Tafsir al-Munir ini merupakan seorang ulama', akademis dan tokoh ilmuan Islam tersohor. Berasal dari Damsyik, Syria. Beliau telah menulis sekian banyak kitab yang menjadi rujukan. Antara yang paling utama ialah al-Fiqh al-Islami (11 jilid), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu dan lain-lain.

Terjemahan Tafsir al-Munir ini telah diusahakan oleh sekumpulan para pensyarah universiti tempatan yang berkaliber. Penterjemahan ini diharap dapat membantu para pembaca mendekati makna dan kandungan ayat-ayat al-Quran dengan lebih mendalam.

- Penerbit

Harga = RM39.00 (Kulit Nipis) RM49.00 (Kulit Tebal)
Mukasurat = 500
Pengarang = Prof. Dr. Wahbah Mustaffa Al-Zuhaily
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia & Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

4 Comments:

Unknown said...

Salam....saya nak oder 20 buah buku tafsir al munir juz 28...ader stok lagi x

BookKeeper said...

wsalam.. tuan dah dapat ke kitab ni?

Anonymous said...

Mcm mne nak order?

Unknown said...

kedai bukak hari apa je?

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...