Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Sunday, December 27, 2009

Kitab Ar-Risalah Imam Syafii

Ar-Risalah ini, As-Syafii menjelaskan hadis perseorangan dan penggunaannya sebagai hujah, mengupas syarat-syarat kesahihan hadis dan keadilan para perawi, menolak khabar mursal dan munqathi', serta hal-hal lain yang dapat diketahui melalui daftar isi.

Kitab Ar-Risalah ini merupakan kitab perdana di bidang Usul Fiqah, bahkan terbilang kitab perdana di bidang Usul Hadis Fakhrurrazi di dalam kitab Manaqib Asy-Syafii (hlm.57) menyebutkan, "Sebelum Imam Asy-Syafii para ulama telah membicarakan masalah-masalah Usul Fiqah, mengajukan dalil dan kritik, tetapi mereka tidak memiliki aturan universal yang menjadi rujukan dalam mengetahui dalil-dalil syariat, serta kaedah perbandingan dan tarjihnya. Asy-Syafii lalu menemui Usul Fiqah dan meletakkan sebuah aturan universal yang menjadi rujukan bagi umat untuk mengetahui berbagai tingkatan dalil syariat. Dengan demikian, kedudukan Asy-Syafii terhadap ilmu syariat sama seperti kedudukan Aristotle terhadap ilmu akal".

Menurut saya, kitab Ar-Risalah sepatutnya menjadi kitab bacaan wajib di Universiti Al-Azhar serta universiti lainnya dan sebaiknya dipilihkan beberapa bahagian darinya untuk dijadikan bacaan para pelajjar sekolah menengah di pusat pengajian dan madrasah biasa, agar mereka memperoleh pengetahuan tentang pandangan yang benar dan hujah yang kuat, serta penjelasan yang tidak mereka temui padanannya dalam kitab-kitab ulama lain dan sastera para sasterawan.

- Penerbit

KANDUNGAN

Pendahuluan
1. Bayan (Penjelasan)
2. Kitabullah
3. Hak Nabi S.A.W.
4. Nasikh Dan Mansukh
5. Kewajipan-Kewajipan (Fara'idh)
6. Alasan-Alasan Dalam Hadis
7. Sifat Larangan Allah Dan RasulNya
8. Hadis Ahad
9. Ijmak
10. Qiyas
11. Ijtihad
12. Istihsan
13. Perbezaan Pendapat

Harga = RM20.00
Mukasurat = 367
Penterjemah = Dr. Muhammad Amar Adly MA
Penerbit = Jasmin Publications

2 Comments:

Anonymous said...

Salam...saya nk beli buku Risalah imam alShafie

BookKeeper said...

wsalam.. tuan berada di mana ye?
kalau di kuala lumpur tuan boleh dapatkan di kedai buku sarjana media di aeon taman melawati atau online di sini selagi stok masih ada..
wallahu a'lam

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...