Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Wednesday, July 15, 2009

Status Wanita Dalam Undang-Undang Jenayah Islam

Dalam kekeliruan terhadap hal dan juga kedudukan wanita dalam masyarakat terutamanya yang berhubung dengan undang-undang jenayah Islam begitu jelas berlaku. Keadaan ini diburukkan lagi dengan tindakan sesetengah wanita yang mengambil sikap membisu terhadap apa jua perkara yang menimpa diri mereka.

Dan ada pula yang bersifat agresif dengan melaungkan gerakan pembebasan wanita yang berfahaman liberalisme barat, yang ada kalanya jauh tersasar dari landasan ajaran Islam. Ini menambahkan kekeliruan yang sedia ada.

Perkara ini harus diambil berat kerana pandangan melampau oleh golongan sebegini telah mendorong masyarakat antarabangsa mahupun masyarakat Islam sendiri memandang sepi peranan undang-undang jenayah Islam dalam membela nasib wanita.

Penulis juga mengetangahkan faktor-faktor yang menyumbang ke arah berlakunya fenomena tersebut dengan menampilkan hujah-hujah, idea yang bernas di samping nas-nas syariat yang boleh dikaitkan dengan isu-isu semasa yang berlaku di dalam masyarakat terutama di negara ini.

Penerangan turut dibuat mengenai kejatuhan tamadun Islam yang menyaksikan pembekuan pemikiran orang Islam sehingga menyebabkan mereka bergantung kepada hukum lama walaupun masyarakat Islam sudah berubah dan memerlukan ijtihad dan hukum baru bagi disesuaikan dengan kehendak semasa.

Sehubungan itu, dengan adanya buku ilmiah sebegini dapat mendalamkan lagi kefahaman umat terhadap peranan dan layanan kepada wanita berdasarkan undang-undang jenayah Islam yang sememangnya begitu unik, berkesan dan bersesuaian dengan fitrah manusia itu sendiri.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB PERTAMA: KEDUDUKAN WANITA SECARA UMUM DARIPADA PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
- Pendahuluan
- Pandangan Islam Mengenai Wanita
- Istilah Wanita Dalam Al-Quran Dan Al-Sunnah
- Hukum Mengenai Wanita Dalam Al-Quran Dan Al-Sunnah
- Kesimpulan

BAB KEDUA: WANITA SEBAGAI SUBJEK JENAYAH
- Pendahuluan
- Konsep Jenayah
- Subjek Jenayah
- Wanita Sebagai Subjek Jenayah
- Kes-Kes Jenayah Wanita Di Zaman Awal Islam
- Pengecualian
- Kesimpulan

BAB KETIGA: HUKUMAN-HUKUMAN ATAS WANITA YANG MELAKUKAN JENAYAH
- Pendahuluan
- Konsep Hukuman
- Ciri-Ciri Penting Dalam Keseksaan
- Objektif Hukuman Atau Keseksaan
- Bahagian-Bahagian Hukuman Atau Keseksaan
- Hukuman-Hukuman Atas Penjenayah Wanita
- Wanita Dan Hukuman Qisas
- Tanggungjawab Wanita Atas Bayaran Diyat
- Wanita Dan Hukuman Hudud
- Wanita Dan Hukuman Ta'zir
- Kesimpulan

BAB KEEMPAT: WANITA DAN PENGADILAN JENAYAH
- Pendahuluan
- Wanita Sebagai Hakim Jenayah
- Kesaksian Wanita Dalam Kes-Kes Jenayah
- Pengakuan Wanita
- Prosedur Bersumpah
- Asas Penerimaan Sumpah Dalam Kes-Kes Pembunuhan
- Wanita Sebagai Peendakwa Jenayah
- Wanita Sebagai "Wali Dam"
- Wanita Sebagai Peguam Jenayah

BAB KELIMA: ANALISA PERBANDINGAN TENTANG STATUS WANITA ANTARA PRINSIP SYARIAT DAN IJTIHAD FUQAHA DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM
- Pendahuluan
- Antara Wanita Dan Lelaki Secara Umum
- Bentuk Dan Sifat Masyarakat Islam
- Wanita Dalam Masyarakat Islam
- Wanita Sebagai Subjek Jenayah
- Wanita Dan Hukuman Qisas
- Diyat Wanita
- Wanita Dan Hudud
- Wanita Dan Ta'zir
- Wanita Dan Pengadilan Jenayah

Harga = RM22.00
Mukasurat = 277
Penulis = Dr. Paizah Hj. Ismail
Penerbit = Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

2 Comments:

Unknown said...

salam...saya nk tyer cmner kalau kite nak tahu buku status wanita dalam jenayh islm ni ade di mana n di jual di mna je yer?

BookKeeper said...

wsalam.. cuba puan hubungi akademi Islam UM sama ada buku tu masih ada lagi atau tidak.. saya dah kehabisan stok.. wallahu a'lam

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...