Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Saturday, July 25, 2009

Pengenalan Ilmu Qiraat - Tertakluk Kepada Stok!!!

Pada peringkat awal Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. dengan satu huruf (qiraat). Kemudian Al-Quran diturunkan beberapa huruf (qiraat) sehingga tujuh huruf (qiraat). Huruf-huruf tersebut telah dibaca dan diajar oleh Rasulullah S.A.W. kepada para sahabat r.a. Namun begitu penerimaan para sahabat terhadap huruf-huruf tersebut adalah berbeza.

Ada di kalangan mereka yang menerima satu huruf sahaja dan beberapa huruf sehingga tujuh huruf. Ketika itu penerimaan Al-Quran daripada Rasulullah S.A.W. adalah secara hafazan di dalam dada para sahabat r.a. kerana Al-Quran ketika itu belum lagi ditulis (dibukukan).

Di kalangan para sahabat juga ada yang meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W. Qiraat Syaazah (ganjil) dan kebanyakan daripada Qiraat Syaazah merupakan penafsiran Rasulullah S.A.W. terhadap Al-Quran sendiri. Qiraat Syaazah tersebut tidak pernah dibaca oleh Rasulullah S.A.W. walaupun ketika bersembahyang atau sebaliknya...

- Penulis

KANDUNGAN

BAB PERTAMA
- Al-Qiraat
- Perbezaan Di Antara Al-Quran Dan Qiraat
- Al-Quran Adalah Mutawaatirah (Disepakati)
- Bilakah Timbulnya Qiraat
- Faedah Berbilang Qiraat
- Hadis Yang Membincangkan Wujudnya Qiraat
- Penafsiran Makna Huruf Sab'ah
- Kenapa Rasulullah S.A.W. Tidak Menerangkan Makna Huruf Sab'ah
- Nama-Nama Lahjah (Loghat / Dialek) Kabilah Arab Yang Terdapat Di Dalam Al-Quran

BAB KEDUA
- Rukun Mengenal Qiraat Sahihah
- Beberapa Pandangan Ulama' Terhadap Ilmu Qiraat
- Nama-Nama Qurra' Yang Terdapat Di Dalam Toriq Al-Syatiby Dan Al-Jazari
- Nama Imam-Imam Qiraat Syaazah
- Contoh-Contoh Qiraat Syaazah Daripada Imam-Imam Tujuh
- Apakah Kepentingan (Kelebihan) Mushaf Usmani r.a.
- Hukum Membaca Qiraat Sepuluh Mutawaatirah
- Hukum Mencampuri Qiraat Dalam Satu Bacaan
- Hukum Mentafdhilkan (Melebihkan) Di Antara Qiraat
- Hukum Mengingkari Qiraat Mutawaatirah Dan Mengingkari Satu Huruf Daripada Tujuh Huruf
- Kenapakah Qurra' Yang Tujuh Lebih Masyhur Daripada Qurra' Sepuluh

BAB KETIGA
- Tarikh Pengumpulan Qiraat
- Kenapakah Timbulnya Kekhilafan Di Antara Dua Rawi Yang Diambil Daripada Imam Yang Sama
- Sebab-Sebab Kekhilafan Bilangan Imam Qurra' Di Dalam Kitab-Kitab Qiraat
- Kitab Ghayah Al-Ekhtisor
- Kitab Al-Tazkirah Ibnu Ghalbun
- Ahli Qurra' (Penghafaz Al-Quran) Di Kalangan Para Sahabat Dan Tabien
- Qurra' Di Kalangan Sahabat
- Qurra' Di Kalangan Tabien
- Nama-Nama Qurra' Yang Berada Di Madinah
- Nama-Nama Qurra' Yang Berada Di Makkah
- Nama-Nama Qurra' Yang Berada Di Kufah
- Nama-Nama Qurra' Yang Berada Di Basrah
- Nama-Nama Qurra' Yang Berada Di Syam
- Perbezaan Periwayatan Qiraat Hasf Daripada Toriq Imam Al-Syatiby Dan Imam Al-Jazari
- Nama-Nama Guru Kepada Imam-Imam Qiraat Sepuluh Dan Nama-Nama Murid Mereka
- Bahasan Imam Al-Jazari Di Dalam Turuq-Turuq Qiraat
- Nama-Nama Kitab Yang Menjadi Panduan Kepada Imam Al-Jazari Di Dalam Membahaskan Ilmu Qiraat Dan Turuqnya

BAB KEEMPAT
- Tajwid Adalah Satu Cabang Daripada Ilmu Qiraat
- Pentingnya Sanad Di Dalam Mempelajari Al-Quran
- Sanad Daripada Para Ulama' Quraa'
- Sanad Bacaan Qiraat Imam Sepuluh Daripada Rasulullah S.A.W.
- Timbulnya Qiraat Sepuluh Kecil Dan Sepuluh Besar
- Nama-Nama Kitab Yang Menjadi Sumber Rujukan Imam-Imam Qiraat Syaazah
- Hukum Membaca Qiraat Syaazah
- Pernahkah Rasulullah S.A.W. Dan Para Sahabat Membaca Qiraat Syaazah

BAB KELIMA
- Peranan Qiraat Di Dalam Ilmu Tafsir
- Perana Qiraat Terhadap Waqaf Dan Ibtida'
- Nama-Nama Bab Di Dalam Usul Qiraat
- Ringkasan Usul Qiraat Yang Terdapat Dalam Dua Toriq, Iaitu Toriq Al-Syatiby Dan Toriq Al-Jazari
- Peranan Kerajaan Umawiyyah Di Dalam Pembelajaran Al-Quran
- Pengenalan Imam Al-Syatiby
- Pengenalan Imam Ibnu Al-Jazari

Harga = RM25.00
Mukasurat = 336
Penulis = Ustaz Mohd Rahim Jusoh

12 Comments:

el hablil said...

berapa harga buku itu ? ( dalam rupiah) dan kontak personnya?

BookKeeper said...

bapak el habli, harga buku sahaja 68000 rupiah tidak termamsuk kos penghantarannya. tetapi buat masa ini buku ini telah kehabisan stok.. tidak pasti sama ada mereka akan membuat cetakan baru atau tidak.. harap pihak penerbit dapat mengeluarkannya lagi kerana permintaan atas buku ini agak tinggi..

nabilahfarhanah said...

salam..buku ni ada stok lgi tak untuk ditempah?..harap beri maklum balas.tq

BookKeeper said...

nabilah, saya masih menunggu buku ni drp pembekal.. mudah2an akan cepat sampai.. harap penerbitnya dapat ulang cetak secepat mungkin sebab permintaan untuk buku ni memang tinggi.. wallahu a'lam

Siti Khadijah Binti Hamzah said...

khadijah>>salam....kalau buku nie sudah siap dicetak, mcm mana ingin mendapatkannya????

BookKeeper said...

kalau buku ni dah siap insyaAllah saya akan maklumkan dan puan boleh buat tempahan melalui borang pesanan di blog ni atau emel atau sms/call saya.. inysaAllah saya uruskan :)

CahayaQaseh said...

salam..
boleh tak kalau saya nk beli buku ni??ada lagi x stoknye??

BookKeeper said...

waalaikumussalam CQ.. maaf sgt2 sebab buku ni dah takde stok. kalau ada nanti insyaAllah saya akan maklumkan di sini

Saidatul Shida said...

salam boleh x sy nk dapatkan buku ini.

Saidatul Shida said...

salam ada lg x stok buku ni...blh x sy dptkn buku ini cz sy sgt tertarik untuk mendapatkan buku ni.

hisan said...
This comment has been removed by the author.
hisan said...

buku pengenalan ilmu qiraat masih available ka yg dijual...bagaimana jika saya mahu dapatkannya?

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...