Pengarang telah terserempak dengan al Ustaz Muhammad al Hasyimi al Hamidi, wartawan akhbar al Muslim al Wa'i, ketika menghadiri muktamat tahunan ikatan pemuda-pemuda Arab Muslim (ar Rabitah asy-Syabab al-Muslim al-'Arabi), Amerika Utara, musim sejuk Disember 1989. Di kesempatan itu, pengarang dimaklumkan mengenai (Pusat Pembelajaran Masa Depan Islam) yang mana penubuhannya didokong oleh sekumpulan pemikir Muslim. Dalam usaha ini, penyertaan dan sokongan dari pengarang amat dialu-alukan. Pengarang juga turut dimaklumkan betapa pusat ini begitu komited di dalam usaha menimbang-nilai isu-isu terkini umat Islam.
Atas kesedaran tersebut, pengarang dengan penuh tawadu' menerima pelawaan tersebut. Sememangnya penyertaan pengarang di dalam pusat tersebut sesuatu yang dinanti-nantikan. Ini kerana pengarang amat menitik beratkan soal "FIQH Al-Aulawiyat" menerusi penulisan-penulisannya, dan juga pengarang cuba menyusuri untuk membuat pengemaskinian di dalam gerakan Islam menerusi idea tersebut.
Ketika muktamar diadakan di Algeria, pengarang diminta untuk menulis satu kertas kerja bertajuk "Keutamaan-keutamaan Gerakan Islam Dalam Tiga Tahun Akan Datang".
Menerusi buku ini, pengarang banyak mendedahkan perkara-perkara yang perlu diutamakan dalam usaha menggerakkan jentera gerakan Islam untuk memartabatkan kalimah al-Haq di persada dunia. Buku ini juga sarat dengan nasihat atau teguran membina yang patut diambil perhatian. Selain itu, buku ini juga turut memuatkan teori-teori gerakan yang seharusnya dijadikan garis panduan dan diikuti.
Muksurat = 254Atas kesedaran tersebut, pengarang dengan penuh tawadu' menerima pelawaan tersebut. Sememangnya penyertaan pengarang di dalam pusat tersebut sesuatu yang dinanti-nantikan. Ini kerana pengarang amat menitik beratkan soal "FIQH Al-Aulawiyat" menerusi penulisan-penulisannya, dan juga pengarang cuba menyusuri untuk membuat pengemaskinian di dalam gerakan Islam menerusi idea tersebut.
Ketika muktamar diadakan di Algeria, pengarang diminta untuk menulis satu kertas kerja bertajuk "Keutamaan-keutamaan Gerakan Islam Dalam Tiga Tahun Akan Datang".
Menerusi buku ini, pengarang banyak mendedahkan perkara-perkara yang perlu diutamakan dalam usaha menggerakkan jentera gerakan Islam untuk memartabatkan kalimah al-Haq di persada dunia. Buku ini juga sarat dengan nasihat atau teguran membina yang patut diambil perhatian. Selain itu, buku ini juga turut memuatkan teori-teori gerakan yang seharusnya dijadikan garis panduan dan diikuti.
- Penerbit
Harga = RM18.00
Pengarang = Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Penterjemah = Ust. Fakhrudin Hj. Tajudin
Penerbit = Pustaka Darussalam Sdn Bhd
2 Comments:
assalamu'alaikum.
buku 'keutamaan harakah islamiyah' ni ada jual lagi x? klu ada saya nak beli.
email: khairulkamaruddin85@yahoo.com
Post a Comment