Sesungguhnya tiada manusia yang dirinya bersih daripada dosa pada mana-mana hari di dalam hidupnya. Namun pendosa yang terbaik ialah yang menyedari kehadiran Tuhannya dan mahu bertaubat. Pintu taubat dibuka Allah sehingga terbitnya matahari dari sebelah barat. Pintu taubat dibuka Allah sehingga sampai roh ke kerongkong. Allah kasih kepada hamba-Nya yang tahu mencari jalan pulang. Allah gemar melihat titisan air mata hamba-hamba-Nya.
Oleh itu ingatlah bahawa Allah tidak jemu dengan hamba-Nya sehingga hamba-Nya jemu terhadap-Nya. Dia mengampuni segala dosa melainkan dosa syirik kepada-Nya. Mudah-mudahan Dia menjauhkan kita daripada semua dosa-dosa besar dan kecil. Semoga Dia memberi kekuatan kepada kita untuk kekal mentaati-Nya pada sebilangan waktu dan tempat. Sesungguhnya kita adalah sangat lemah lagi tidak berdaya melainkan dengan izin-Nya dan bantuan-Nya.
Penyusun = Fadzlan Muhammed AliOleh itu ingatlah bahawa Allah tidak jemu dengan hamba-Nya sehingga hamba-Nya jemu terhadap-Nya. Dia mengampuni segala dosa melainkan dosa syirik kepada-Nya. Mudah-mudahan Dia menjauhkan kita daripada semua dosa-dosa besar dan kecil. Semoga Dia memberi kekuatan kepada kita untuk kekal mentaati-Nya pada sebilangan waktu dan tempat. Sesungguhnya kita adalah sangat lemah lagi tidak berdaya melainkan dengan izin-Nya dan bantuan-Nya.
- Penerbit
Harga = RM8.00
Mukasurat = 58
Mukasurat = 58
Penerbit = Pustaka Haji Abdul Majid
0 Comments:
Post a Comment