Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Wednesday, January 26, 2011

Sabil Al-Muhtadin - Korban, Akikah, Perburuan, Sembelihan Dan Pemakanan

SABIL AL-MUHTADIN bab KORBAN, AKIKAH, PERBURUAN, SEMBELIHAN DAN PEMAKANAN ini adalah sorotan himpunan permasalahan tentang 5 perkara di atas daripada kitab SABIL AL-MUHTADIN karangan KIYAI AL-IMAM MUHAMMAD ARSYAD BIN ABDULLAH AL-BANJARI yang telah disalin dan disusun semula oleh al-Ustaz Muhammad Haidzir bin Hussin bin Ibrahim dan dipermodenkan bahasanya untuk mudah difahami oleh pembaca kontemporari tanpa berkurangan maksud isi kandungan dan hukum hakamnya oleh al-Ustaz Fuad Ismail. Malah teks tulisan jawi masih dikekalkan untuk rujukan pihak pembaca yang memerlukannya.

Korban dan akikah merupakan ibadah dan amalan yang mulia dan penting dalam Islam kerana fadilat dan implikasinya amat besar. Ia juga sebagai kemuncak tanda ubudiah kita kepada Allah Azzawajalla. Kefahaman yang mendalam mengenainya dapat meningkatkan kualiti ibadat kita kepada Allah.

Ibadat perburuan dan sembelihan pula tidak kurang pentingnya. Dua ibadat ini memainkan peranan penting bagi memastikan status halal dan haramnya haiwan sembelihan atau perburuan. Sekiranya penyembelihan dan perburuan tidak mengikut cara yang betul sebagaimana tuntutan syariat akan menyebabkan haiwan tadi menjadi bangkai.

Bab pemakanan pula menjadi topik penting di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Status halal atau haramnya sesuatu makanan mestilah berdasarkan pengetahuan syariat yang kukuh dan mantap sebagaimana yang telah digariskan oleh ulama-ulama silam.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1: Korban
BAHAGIAN 2: Akikah
BAHAGIAN 3: Perburuan Dan Sembelihan
BAHAGIAN 4: Pemakanan

Harga = RM26.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 259
Penulis = Kiyai Al-Imam Al-Allamah Al-Hammam Al-Fahhamah Al-Syeikh Muhammad Arsyad Bin Abdullah Al-Banjari
Disunting Oleh = Datuk Hj. Md. Hashim Yahaya
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

*Sabil Al-Muhtadin - Puasa Dan Iktikaf

0 Comments:

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...