Ghirah, cemburu dan siri bukan sahaja milik orang Islam, atau pemimpin Islam, yang selalunya dilabelkan sebagai fanatik. Kerana hal ini terdapat pada segala bangsa dan agama, juga tokoh dan pemimpin mereka. Sebab cemburu adalah kesan daripada maruah yang tinggi. Cemburu adalah perhiasan yang laksana mahkota terletak di keningnya yang memancarkan cahaya bagi sejarahnya.
Ghirah atau cemburu itu ada dua, pertama masalah wanita dan kedua perkara agama. Jika adik perempuanmu diganggu orang, lalu orang itu kamu pukul, petanda padamu masih ada ghirah. Jika agamamu, nabi dan al-Quran kitab sucimu dipersenda, dihinakan orang kamu berdiam diri sahaja, bermakna ghirah telah luput dari dirimu. Sedarlah bahawa, ghirah dan cemburu kerana syaraf dan agama adalah pakaian yang tidak boleh ditanggal. Kalau akan ditanggal juga, gantinya hanya satu, iaitu kain kaan tiga lapis. Sebab kehilangan cemburu samalah dengan mati.
Kalau Ghirah, Cemburu dan Siri yang sejati tidak ada, nescaya kita akan dijajah orang kembali, bukan sahaja penjajahan dari bangsa asing bahkan daripada golongan yang kuat kepada yang lemah, daripada golongan yang merasa dirinya berkuasa kepada golongan yang tidak mempunyai kuasa apa-apa, selain dari keadilan sejati dan kebenaran sejati.
Maka kalau tidak berani lagi mempertahankan keadilan dan kebenaran, bererti bahawa diri telah punah, dan punah pulalah kemerdekaan.

- Penerbit
KANDUNGAN
Mukasurat = 130
Penulis = Prof. Dr. Hamka
Penerbit = Pustaka Dini Sdn Bhd
- Ghirah (Cemburu)
- Cemburu Kerana Agama
- Cemburu Dan Peribadi
- Ghirah Pada Ghandi
- Al-Ghazwul Fikri
- Untuk Kita Fikirkan Bersama
- Siri
- Pandangan Islam Terhadap Siri
Mukasurat = 130
Penulis = Prof. Dr. Hamka
Penerbit = Pustaka Dini Sdn Bhd
0 Comments:
Post a Comment