Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Saturday, September 12, 2009

Keajaiban Solat Istikharah

Bila disebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringtan dalam soal ini. Ianya tidak sahaja berkaitan tentang jodoh, tetapi mencakupi tentang semua urusan hidup, hajat dan perkara-perkara lainnya. Oleh itu, Solat Sunat Istikharah ini sangat-sangat digalakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

"Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al-Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat".

Buku ini mendedahkan kaifiat Solat Istikharah secara mendetail. Semoga dengan terbitnya buku ini dapat menambah keimanan kita, dah menjadikan amalan soleh dalam hidup kita. Amin.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Solat Istikharah: Benteng Dari Kesesatan
- Solat Istikharah: Jalan Keluar Terbaik
- Pengertian Istikharah
- Berbagai Petanda Bagi Orang Yang Istikharah
- Hubungan Istikharah Dengan Tauhid
- Bersih Hati Ketika Istikharah
- Adab Berdoa Dan Syarat Doa Diterima
- Penuh Keyakinan Dan Kesungguhan
- Waktu Mustajab Untuk Berdoa
- Bolehkah Doa Istikharah Diulang Tujuh Kali?
- Doa Istikharah: Haruskah Di Dalam Solat?
- Berdoa Ketika Istikharah
- Hukum Dan Waktu Istkharah
- Waktu Yang Dilarang Solat Istikharah
- Beberapa Bentuk Istikharah Yang Batil
- Minta Nasihat Kepada Orang Yang Pakar
- Hukum Minta Pertimbangan Orang Lain
- Siapa Yang Layak Diminta Nasihat
- Bagaimana Cara Melihat Hasil Istikharah
- Apa Yang Dilakukan Setelah Istikharah
- Persoalan Mengenai Istikharah

Harga = RM8.00
Mukasurat = 75
Penyusun = Hj. Abdul Rahman B. Mohd. Adil
Penerbit = Pustaka Azhar

0 Comments:

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...