Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Wednesday, June 30, 2010

Hari-Hari Dalam Hidupku: Kisah Realiti Penyeksaan Di Penjara Tentera Mesir

Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili adalah seorang aktivis Islam yang sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan kebenaran yang yakini. Beliau adalah ketua Jama'ah Muslimat yang menjadi sayap kepada Ikhwan Muslimin di Mesir.

Pada era pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser, puluhan ribu, malah ratusan ribu anggota Ikhwan Muslimin dipenjara dan diseksa. Zainab Al-Ghazali dengan sepenuh kemampuan yang dimilikinya berusaha sedaya upaya meringankan bebanan keluarga mereka yang dipenjarakan. Pelbagai bantuan kebendaan dan rohani dihulurkan.

Rancangan untuk membunuhnya telah dilakukan. Akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan dan bermulalah siri penyeksaan ke atasnya. Tetapi Allah telah menyelamatkan beliau. Ketika menghadapi saat-saat penyeksaan di dalam penjara, Presiden Jamal Abdul Nasser telah mengarah agar beliau diseksa dengan penyeksaan yang berat.

"Atas perintah Jamal Abdul Nasser, Presiden Republik Mesir, Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili mestilah diseksa seperti seksaan ke atas orang lelaki."

Beliau dipukul dengan tongkat, cemeti, digantung kaki ke atas, dikurung dengan anjing-anjing yang ganas, direndam seharian dalam penjara air, dipenjara dengan tikus dan pelbagai lagi seksaan yang berlaku ke atas dirinya. Namun, beliau tabah menghadapinya dengan penuh yakin akan janji Allah: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."

Akhirnya beliau keluar daripada penjara pada tahun 1971. Semangat serta keyakinan kepada pertolongan Allah menghadapi segala bentuk penyeksaan menjadikan beliau teladan (qudwah) kepada generasi pejuang kebenaran sehingga hari Kiamat.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Jamal Abdul Nasser Membenciku
  • Terjadilah Bai'ah
  • Konspirasi
  • Bersama Shams Badran
  • Firaun Mendengar
  • Mahkamah
  • Pindah Ke Penjara Al-Qanatir 5 Jun 1966
Harga = RM14.50
Mukasurat = 366
Penulis = Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili
Penterjemah = Hj. Tahir Daeng Mengati & Mohd. Yamin As-Surur
Penerbit = Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Pembangunan Yang Fitrah

Buku ini dipersembahkan sedemikian rupa untuk memberikan pemahaman yang mudah kepada pembaca mengenai asas-asas pemikiran Islam. Ianya tidak diolah secara metodologi ilmiah bagi memudahkan semua peringkat pembaca memanfaatkannya. Asas-asas pemikiran dalam tajuk-tajuk yang dipilih adalah penting bagi membolehkan perspektif mengenai pembangunan dan perubahan difahami dengan jelas.

Salah satu masalah umat Islam kini ialah ketidakjelasan dan kecelaruan dalam memahami isu-isu pokok yang berhubung dengan asas-asas pemikiran Islam. Ada yang mendekati asas-asas ini secara spiritual dan rohaniah dan terdapat juga yang memahami secara pemikiran semata dan menyebabkan ruang lingkup pemahaman berada di tahap yang amat terbatas.

- Penulis

KANDUNGAN
  1. Membangun Jiwa Hamba
  2. Membangun Jiwa Khalifah
  3. Al-Quran Sumber Petunjuk
  4. Rasul Obor Rahmah Alamiah
  5. Rahmah Dan Nikmah Sebagai Amanah
  6. Beribadah Kerana Allah, Berhikmah Untuk Manusia
  7. Perubahan Dalam Kerangka Islam
  8. Barat Tidak Ditentang, Pembaratan Yang Disanggah
  9. Membangun Benda, Bukan Berjiwa Kebendaan
  10. Teknologi Selamanya Alat Bukannya Matlamat
  11. Takutkan Balasan Allah Dan Insaaf Ketuhanan
  12. Mencari Makna Pembangunan Yang Fitrah
  13. Matematik Dan Kehidupan
  14. Pedoman Ihsan Dalam Pembangunan Keluarga
  15. Menelusuri Kisah Mengambil Ibrah
Harga = RM14.50
Mukasurat = 175
Penulis = Prof. Dr. Sidek Baba
Penerbit = Dar Bariyazi

Al-Qur'an Mushaf Al-Masar - Al-Qur'an Terjemahan Dan Terjemahan Perkataan


Harga = RM60.00 (Sem) RM65.00 (Sab/Swk)
Ciri-Ciri = Terjemahan, Terjemahan Perkataan & Warna Mukasurat Berbeza Mengikut Juzuk








Tuesday, June 29, 2010

Jalur Berfikir Remaja Islam

Teknologi dan tradisi Islam dilihat selamanya alat dan bukannya matlamat. Matlamat pembangunan Islam menghubungkan ilmu, keterampilan dan nilai dengan manusia. Manusiaah yang menjadi matlamat pembangunan kerana apabila manusia terbangun ilmu, keterampilan dan akhlaknya ia bakal melakukan pengurusan dengan baik, amanah, adil, jujur, ikhlas, telus, tulus dan bijaksana.

- Penulis

KANDUNGAN
  1. Islam Agama Mundur?
  2. Islam Menjadikan Umatnya Berserah?
  3. Islam Menghalang Kemajuan?
  4. Untuk Maju Kita Mesti Liberal?
  5. Bangsa Melayu Dan Jiwa Umat
  6. Ilmu Fardhu Ain Sahaja Tidak Memadai
  7. Hati-Hati Dengan Proses Pembaratan
  8. Tahun Baru Dalam Semangat Hijrah
  9. Al-Quran Bukan Kitab Sains Tetapi Terdapat Petunjuk Saintifik
  10. Celik Minda Dan Celik Hati
  11. Membangun Tradisi Sains Yang Islami
  12. Hijrah Dan Pengaruh Perubahan
  13. Faham Jahiliyyah Dan Jiwa Hijrah
  14. Makna Dialog Peradaban
  15. Melayu Itu Bangsa Dan Islam Itu Agama
  16. Memahami Islam Secara Kulit Dan Isi
  17. Kembali Kepada Islam Yang Sebenar
  18. Terlalu Islam Umat Tidak Akan Maju?
  19. Islam Itu Agama, Muslim Itu Pemeluknya
  20. Imej Islam Terletak Pada Ajaran Dan Pemeluknya
  21. Pentingnya Qudwah (Contoh) Dalam Kehidupan
  22. Alam Ini Ibarat Buku: Siapa Penulis Atau Penggubahnya
  23. Ilmu Yang Bermanfaat Perlu Dicari
  24. Batas Alam Terlalu Luas, Ufuk Akal Terlalu Terbatas
  25. Beriman Kepada Yang Ghaib
  26. Islam Adalah Agama Yang Hidup
  27. Perlunya Kita Hidup Dalam Lingkungan Syara'
  28. Sains Islam Dan Barat - Permasalahan Epistemologi
  29. Ilmu Islam Dan Barat - Isu Epistemologi Dan Tasawwur
  30. Membina Epistemologi Dan Pendidikan Islam
  31. Ilmu Islami Ibarat Sebatang Pokok
  32. Ilmu Sekular Dan Faham Rasional
  33. Ilmu Yang Bermanfaat Dalam Tradisi Ilmu Yang Islami
Harga = RM14.50
Mukasurat = 176
Penulis = Prof. Dr. Sidek Baba
Penerbit = Dar Bariyazi

Monday, June 28, 2010

Penjelasan Terhadap Masalah-Masalah Khilafiah

Buku ini merupakan sebuah risalah kecil karangan 'Ulama Besar Mesir, Syeikh Profesor Dr. Ali Jum'ah. Sebagai Mufti Mesir, beliau berusaha ke arah meluruskan dan membetulkan pelbagagi pemahaman kaum muslimin dewasa ini. Risalah ini memuatkan perbahasan yang mengupas atau menjawab secara jelas tentang 32 pertanyaan atau persoalan di dalam ibadah dan amalan sehari-hari.

Syeikh Profesor Dr. Ali Jum'ah menjelaskan tentang dalil-dalil yang menjadi landasan (pegangan) para alim ulama atau jumhur ulama di dalam menjawab pelbagai persoalan-persoalan ibadah dan amalan yang diperselisihkan, di mana terdapat fatwa-fatwa segolongan ulama yang menyalahi pendapat jumhur ulama. Oleh itu, seorang ulama tidak dibenaran jatuh ke dalam situasi yang boleh menjadikan masalah-masalah tersebut terlibat ke arah terjadinya perpecahan kaum muslimin, melainkan membimbing kaum muslimin untuk kembali kepada manhaj yang sewajibnya, iaitu kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

- Penerbit

Harga = RM14.90
Mukasurat = 198
Penulis = Prof. Dr. Ali Jum'ah (Mufti Republik Arab Mesir)
Penerbit = Dar Bariyazi

Persembahan Cinta Isteri Hasan Al-Banna

Hasan Al-Banna memanglah seorang suami yang memiliki perhatian dan sikap istimewa terhadap keluarganya, namun tugas dakwah yang dipikulnya, jelas sangat memerlukan seorang isteri yang bukan hanya sekadar meneduhkan jiwanya, menenangkan perasaannya, membahagiakan hatinya tatkala dia di dalam rumah, tetapi juga yakin dan percaya kepada si isteri soal perawatan dan pendidikan anak-anaknya di rumah.

- Penulis

KANDUNGAN

Renungan 1
  • Selalu Ada Perempuan Hebat Di Belakang Laki-Laki Hebat
Renungan 2
  • Selalu Ada Perempuan Hebat Di Belakang Laki-Laki Hebat
  • Kaum Perempuan Sebahagian Dari Satu Bangsa
  • Mata Air Dakwah Itu Adalah Rumahnya
  • Kenalkan, Ini Keluarga Besar Hasan Al-Banna
  • Ibunda Yang Tegas Dan Istiqamah
  • Ayahanda Yang Ahli Hadis Dan Pemimpin Masyarakat
  • Membina Suasana Ilmiah Di Rumah
  • Si Sulung Hasan Al-Banna, Anak Kesayangan
  • Saling Menyayangi, Ibunda Dan Hasan Al-Banna
  • Lathifah, Si Ratu Rumah Tangga
  • Kenalkan, Inilah Isteri Hasan Al-Banna
  • Lantunan Tilawah Berbuah Pernikahan
  • Lamaran, Akad Nikah, Kenduri Dalam Dua Bulan
  • Akad Nikah, Saat Peringatan Nuzul Al-Quran
  • Belajar Makna Berkorban Dari Suami
  • Sangat Percaya Kepada Suami
  • Pendamping Setia Amanah Dakwah Suami
  • Jalinan Persaudaraan Keluarga Yang Terus Bersambung
  • Kerana Suami Merasakan Keteduhan Di Rumah
  • Rumah Sewa Yang Kecil Bagaikan Istana
  • Semua Kader Dakwah Adalah Anak-Anaknya
  • "Hasan Al-Banna, Hadiah Terindah Dalam Hidupku"
  • Lebih Mementingkan Dakwah Berbanding Peribadinya
  • Hishamuddin Wafat, Al-Banna Sedang Berceramah
  • Wanita Hebat Itu, Setelah Kepergian Suami
  • Kenangan Hana, Saat Hari Meninggalkan Hasan Al-Banna
  • Langkah-Langkah Yang Dahulu Kuat Itu Menjadi Layu
  • Saling Menguatkan, Ibunda Al-Banna Dan Isteri Al-Banna
  • Kunamakan Anakku, Istisyhad (Berharap Mati Syahid)
  • Kesabarannya Saat Melahirkan Anak-Anak
  • Perjuangan Dakwah Berlanjut Setelah Ditinggal Suami
  • Iman Yang Mewaja, Menghadapi Ujian Dakwah Silih Berganti
  • Apa Yang Dilakukannya Dalam Situasi Kritikal Itu?
  • Berusaha Menyelamatkan Perpustakaan Hasan Al-Banna
  • Wanita Hebat Itu Tutup Usia
Harga = RM12.00 (Sem) RM15.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 98
Penulis = Muhammad Lili Nur Aulia
Penerbit = Alam Raya Enterprise

20 Hujjah Ahli Sunnah Waljamaah VS Akidah Sesat

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA
  • Testimoni Ajaran Sesat
  • Testimoni Kisah Satu
  • Testimoni Kisah Dua
  • Testimoni Kisah Tiga
BAHAGIAN KEDUA
  • Muqaddimah
  • Tingkatan Islam
  • Pengertian Ilmu Usuluddin
  • Tingkatan Iman
  • Tingkatan Ihsan
BAHAGIAN KETIGA
  • Pengenalan Ajaran Sesat
  • Ajaran Sesat Di Malaysia
  • Ajaran Sesat Daripada Perspektif Al-Quran
  • Definisi Ajaran Sesat
  • Sejarah Ajaran Sesat Di Malaysia
  • Ciri-Ciri Ajaran Sesat
  • Ciri-Ciri Asas Penganut Ajaran Sesat
  • Teknik Penyebaran Ajaran Sesat Memikat Pengikutnya
  • Mangsa Ajaran Sesat
  • Faktor Berlakunya Ajaran Sesat
  • Jenis-Jenis Ajaran Sesat
  • Taktik Penyebaran Ajaran Sesat
  • Ancaman Kepada Ummah Dan Negara
  • Implikasi Terhadap Kemurnian Akidah Dan Keselamatan
  • Kunci Utama Ciri-Ciri Ajaran Dan Amalan Yang Sesat
  • Cara Penyebaran Ajaran Sesat
BAHAGIAN KEEMPAT
  • 20 Hujjah Balas Ahli Sunnah Waljamaah VS Akidah Sesat
  • Bab Solat
  • Bab Akidah
  • Bab Puasa
  • Bab Haji
  • Bab Zikir
BAHAGIAN KELIMA
  • Akidah Ahli Sunnah Waljamaah
  • Ijma' Ulama'
  • Qias
BAHAGIAN KEENAM
  • Peringatan Nabi Muhammad SAW Kepada Golongan Ajaran Sesat
BAHAGIAN KETUJUH
  • Doa-Doa Daripada Hadis Nabi Muhammad SAW
  • Nota Hujung
Harga = RM18.00
Mukasurat = 256
Penulis = Ustaz Ku Muhammad Asmadi Bin Ku Mohd Saad
Penerbit = Pustaka Al-Ehsan

Friday, June 25, 2010

Mati Syahid Menurut Pertimbangan Feqah

Buku Tindakan Berani Mati Menurut Pertimbangan Hukum Fiqh karya Dr. Nawwaf Hayil At-Tikrauri (semoga Allah S.W.T. menjaga dan melindunginya) ini dipersembahkan kepada manusia pada waktu mereka sangat perlu untuk mengetahuinya.

Dalam buku ini, Dr. Nawwaf Hayil At-Tikrauri menjelaskan makna tindakan mati syahid sejak dahulu hingga kini dan pengaruh-pengaruh yang ditimblkannya dengan bentuknya yang terkini. Juga disebut contoh-contoh berkesan tindakan mati syahid. Sebagaimana dia juga menyebut pendapat-pendapat para ulama sejak dahulu hingga kini tentang subjek ini, serta mengumpulkan fatwa-fatwa ahli ilmu yang tersentuh oleh realiti dan tidak sejalan dengan mereka-mereka yang bukan Islam di luar sana.

Kita memohon kepada Allah S.W.T., agar mengilhamkan kebenaran kepada kita semua, memberikan taufik kepada kita untuk mengamalkan apa yang disebutkan dalam Sunnah dan Kitab, menganugerahkan kepada kita amal yang bermanfaat dan amal yang soleh, meliputi kita semua dengan inayatnya, meneguhkan kita di atas kebenaran, menganugerahkan kepada kita kesyahidan di jalan Allah S.W.T., dan mengumpulkan kita bersama orang-orang yang dilimpahi nikmat oleh-Nya, iaitu para Nabi, Siddiqin (orang-orang yang sangat ikhlas), para syahid dan orang-orang soleh. Mereka adalah subjek yang sebaik-baiknya.

- Penulis

KANDUNGAN
  • Pengantar Syeikh Abdul Qadir Al-Arna'uth
  • Pengantar Prof. Dr. Muhammad Az-Zuhaili
  • Pengantar Syeikh Ahmad Mu'adz Al-Khathib
  • Makna Dan Bentuk-Bentuk Tindakan Berani Mati
  • Pengaruh-Pengaruh Yang Ditimbulkan Oleh Tindakan Berani Mati
  • Contoh-Contoh Berkesan Tindakan Berani Mati
  • Persoalan Persamaan Tindakan Berani Mati Dengan Bunuh Diri
  • Dasar Kajian Tentang Tindakan Berani Mati
  • Tindakan Berani Mati Pada Masa Nabi Dan Khulafa Rashidin
  • Pendapat-Pendapat Ulama Tentang Pembabitan Diri Ke Tengah-Tengah Musuh
  • Persamaan Sebahagian Ciri Tindakan Berani Mati Dengan Bunuh Diri Dan Pengaruhnya Dalam Hukum
  • Pendapat Para Pemikir Terkini Tentang Tindakan Berani Mati
  • Pendapat Penulis Tentang Tindakan Berani Mati
  • Hukum Bunuh Diri Bagi Tawanan
  • Hukum Tindakan Mati Syahid Bagi Wanita
  • Persoalan Terbunuhnya Orang Awam Dalam Tindakan Mati Syahid
  • Siapakah Orang Awam Dan Siapakah Tentera Di Antara Yahudi Di Palestin
  • Bantahan Dan Jawapan
  • Kesimpulan
  • Penutup
Harga = RM17.90
Mukasurat = 351
Penulis = Yahya Nuryadi
Penerbit = Pustaka Ilmi

Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi

Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun Sultan negara yang datang merisik. Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untukNya.

Kisahnya bermula dengan lahirnya sebagai anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermakna nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup itu, beliau diculik pula lalu menjadi hamba.

Tidak sedikitpun Rabiah kesal. Untuknya Allah tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah dan tiada tempat sebaik-baik mengadu juga selain Allah. Sampai akhir hayatnya Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut sudah hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.

- Penulis

Harga = RM24.00 (Sem) RM27.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 268
Penulis = Zahiruddin Zabidi
Penerbit = PTS Litera Utama Sdn Bhd

Teras Utama Sistem Pengurusan Islam

Sesunugguhnya sejarah tamadun Islam kaya dengan tradisi dan budaya pengurusannya yang istimewa. Kemunculan tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang pernah mencipta sejarah gemilang dalam sejarah peradaban dunia sudah banyak diperkatakan. Segala pencapaian tamadun Islam itu tentulah didukung oleh kekuatan satu tradisi dan budaya pengurusannya tersendiri.

Keupayaan pengurusan para penganut Islam di zaman silam ialah satu faktor pemangkin yang penting kepada kelahiran dan penyuburan tamadun Islam dalam sejarah tamadun dunia.

- Penerbit

"Pengurusan yang baik dan terancang akan mengurangi risiko terjadinya Ketirisan dan Penyelewengan"

KANDUNGAN
  1. Istikhlaf: Pengemudi Matlamat Pengurusan
  2. Tazkiah Al-Nafs: Kunci Pengurusan Diri Sendiri
  3. Al-Tashkir: Neraca Pengurusan Sumber Alam
  4. Karamat Al-Insan: Pencerna Pengurusan Manusia
  5. Epilog: Jalinan Di Antara Keempat-Empat Teras
Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 302
Penulis = Auni Haji Abdullah
Penerbit = Alam Raya Enterprise

Indahnya Amalan Doa - Susuli Kehidupan Dan Usaha Dengan Doa

Buku "INDAHYA AMALAN DOA" diterbitkan sebbagai susulan kepada buku beliau INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pembaca khasnya dan seluruh umat Islam amnya. Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tulang belakang kepada ajaran akidah Islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadikan dan mentadbir alam ini.

Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang dicapai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada "Tuhan" mereka walaupun pada hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN SATU: KONSEP DOA

BAHAGIAN DUA: KAITAN ISTIGHFAR DAN SELAWAT DENGAN BERDOA

BAHAGIAN TIGA: BEBERAPA AMALAN BERDOA
  1. Doa Solat-Solat Sunat
  2. Wirid Dan Bacaan Doa Selepas Solat Fardu, Bacaan Tahlil Serta Doa Selamat
  3. Doa-Doa Ma'thurat Daripada Al-Quran Dan Al-Hadis
  4. Doa Dan Amalan Orang Soleh
  5. Doa Dan Amalan Untuk Kebahagiaan Rumah Tangga
  6. Doa Supaya Terbuka Hati Dan Mudah Menghafal Ilmu
  7. Doa Dan Amalan Yang Boleh Diamalkan Untuk Mudah Menerima Ilmu
  8. Beberapa Amalan Untuk Mengatasi Keuzuran Dan Gejala-Gejala Penyakit
  9. Doa Dan Amlan Dalam Kehidupan Harian Untuk Keselamatan, Kesihatan Dan Kebahagiaan
Harga = RM35.00 (Sem) RM37.00 (Sab/Swk) - Kulit Keras
Mukasurat = 264
Penulis = Dato' Ismail Kamus
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...