Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Wednesday, June 30, 2010

Hari-Hari Dalam Hidupku: Kisah Realiti Penyeksaan Di Penjara Tentera Mesir

Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili adalah seorang aktivis Islam yang sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan kebenaran yang yakini. Beliau adalah ketua Jama'ah Muslimat yang menjadi sayap kepada Ikhwan Muslimin di Mesir.

Pada era pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser, puluhan ribu, malah ratusan ribu anggota Ikhwan Muslimin dipenjara dan diseksa. Zainab Al-Ghazali dengan sepenuh kemampuan yang dimilikinya berusaha sedaya upaya meringankan bebanan keluarga mereka yang dipenjarakan. Pelbagai bantuan kebendaan dan rohani dihulurkan.

Rancangan untuk membunuhnya telah dilakukan. Akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan dan bermulalah siri penyeksaan ke atasnya. Tetapi Allah telah menyelamatkan beliau. Ketika menghadapi saat-saat penyeksaan di dalam penjara, Presiden Jamal Abdul Nasser telah mengarah agar beliau diseksa dengan penyeksaan yang berat.

"Atas perintah Jamal Abdul Nasser, Presiden Republik Mesir, Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili mestilah diseksa seperti seksaan ke atas orang lelaki."

Beliau dipukul dengan tongkat, cemeti, digantung kaki ke atas, dikurung dengan anjing-anjing yang ganas, direndam seharian dalam penjara air, dipenjara dengan tikus dan pelbagai lagi seksaan yang berlaku ke atas dirinya. Namun, beliau tabah menghadapinya dengan penuh yakin akan janji Allah: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."

Akhirnya beliau keluar daripada penjara pada tahun 1971. Semangat serta keyakinan kepada pertolongan Allah menghadapi segala bentuk penyeksaan menjadikan beliau teladan (qudwah) kepada generasi pejuang kebenaran sehingga hari Kiamat.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Jamal Abdul Nasser Membenciku
  • Terjadilah Bai'ah
  • Konspirasi
  • Bersama Shams Badran
  • Firaun Mendengar
  • Mahkamah
  • Pindah Ke Penjara Al-Qanatir 5 Jun 1966
Harga = RM14.50
Mukasurat = 366
Penulis = Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili
Penterjemah = Hj. Tahir Daeng Mengati & Mohd. Yamin As-Surur
Penerbit = Pustaka Salam Sdn. Bhd.

0 Comments:

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...