Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Friday, June 25, 2010

Mati Syahid Menurut Pertimbangan Feqah

Buku Tindakan Berani Mati Menurut Pertimbangan Hukum Fiqh karya Dr. Nawwaf Hayil At-Tikrauri (semoga Allah S.W.T. menjaga dan melindunginya) ini dipersembahkan kepada manusia pada waktu mereka sangat perlu untuk mengetahuinya.

Dalam buku ini, Dr. Nawwaf Hayil At-Tikrauri menjelaskan makna tindakan mati syahid sejak dahulu hingga kini dan pengaruh-pengaruh yang ditimblkannya dengan bentuknya yang terkini. Juga disebut contoh-contoh berkesan tindakan mati syahid. Sebagaimana dia juga menyebut pendapat-pendapat para ulama sejak dahulu hingga kini tentang subjek ini, serta mengumpulkan fatwa-fatwa ahli ilmu yang tersentuh oleh realiti dan tidak sejalan dengan mereka-mereka yang bukan Islam di luar sana.

Kita memohon kepada Allah S.W.T., agar mengilhamkan kebenaran kepada kita semua, memberikan taufik kepada kita untuk mengamalkan apa yang disebutkan dalam Sunnah dan Kitab, menganugerahkan kepada kita amal yang bermanfaat dan amal yang soleh, meliputi kita semua dengan inayatnya, meneguhkan kita di atas kebenaran, menganugerahkan kepada kita kesyahidan di jalan Allah S.W.T., dan mengumpulkan kita bersama orang-orang yang dilimpahi nikmat oleh-Nya, iaitu para Nabi, Siddiqin (orang-orang yang sangat ikhlas), para syahid dan orang-orang soleh. Mereka adalah subjek yang sebaik-baiknya.

- Penulis

KANDUNGAN
  • Pengantar Syeikh Abdul Qadir Al-Arna'uth
  • Pengantar Prof. Dr. Muhammad Az-Zuhaili
  • Pengantar Syeikh Ahmad Mu'adz Al-Khathib
  • Makna Dan Bentuk-Bentuk Tindakan Berani Mati
  • Pengaruh-Pengaruh Yang Ditimbulkan Oleh Tindakan Berani Mati
  • Contoh-Contoh Berkesan Tindakan Berani Mati
  • Persoalan Persamaan Tindakan Berani Mati Dengan Bunuh Diri
  • Dasar Kajian Tentang Tindakan Berani Mati
  • Tindakan Berani Mati Pada Masa Nabi Dan Khulafa Rashidin
  • Pendapat-Pendapat Ulama Tentang Pembabitan Diri Ke Tengah-Tengah Musuh
  • Persamaan Sebahagian Ciri Tindakan Berani Mati Dengan Bunuh Diri Dan Pengaruhnya Dalam Hukum
  • Pendapat Para Pemikir Terkini Tentang Tindakan Berani Mati
  • Pendapat Penulis Tentang Tindakan Berani Mati
  • Hukum Bunuh Diri Bagi Tawanan
  • Hukum Tindakan Mati Syahid Bagi Wanita
  • Persoalan Terbunuhnya Orang Awam Dalam Tindakan Mati Syahid
  • Siapakah Orang Awam Dan Siapakah Tentera Di Antara Yahudi Di Palestin
  • Bantahan Dan Jawapan
  • Kesimpulan
  • Penutup
Harga = RM17.90
Mukasurat = 351
Penulis = Yahya Nuryadi
Penerbit = Pustaka Ilmi

1 Comment:

Shopee said...

Hello mate great blog

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...