Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Wednesday, December 30, 2009

Memperkasa Umat Menghadapi Cabaran Global - Ucapan Teras Persidangan Umat Islam & Cabaran Semasa

KANDUNGAN

- PENDAHULUAN

- STRATEGI POLITIK KUASA BESAR

- CIRI-CIRI DAN TUJUHALA STRATEGI BARU

- SITUASI DALAM NEGARA
a. Agama
b. Sosial
c. Politik
d. Ekonomi
e. Ketenteraan
f. Media Dan Alat Sebaran Am
g. Perundangan

- LANGKAH-LANGKAH MEMPERKASA UMAT
1. Pembangunan Ekonomi Dan Infrastruktur
2. Merumuskan Indeks Pembangunan Konprehensif Dari Perspektif Islam
3. Empowerment Kepimpinan
4. Pemurnian Sistem Kepimpinan
5. Pemurnian Demokrasi Prasyarat Pemerkasaan
6. Pemerkasaan Ulama
7. Memperkasa Institusi Fatwa
8. Memantapkan Kedudukan Mahkamah Syariah
9. Empowerment Golongan Cendikiawan
10. Institusi Kepolisian Yang Multazam, Beretika Dan Menegakkan Amalan Demokrasi
11. Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Media Dan Amalan Etika Kewartawanan
12. Pembelaan Yang Sewajarnya Terhadap Nasib Golongan Buruh
13. Memperkasa Pendidikan Seimbang
14. Gerakan Mahasiswa Yang Dinamis, Bebas Serta Matang
15. Mengukuhkan Peranan Parti Politik Dan NGO Islam
16. Memperkasa Gerakan Wanita Yang Berteraskan Nilai Agama Dan Moral
17. Memperkasa Kualiti Dan Kelengkapan Pertahanan Negara
18. Memulihkan Kepimpinan Negara Arab Dan Umat Islam Ke Arah Reformasi OIC
19. Mengukuhkan Perjuangan Umat Dan Bangsa Islam Untuk Menuntut Kemerdekaan

- PENUTUP

Harga = RM5.00
Mukasurat = 44
Oleh = Ustaz Hj. Abdul Ghani Samsudin
Penerbit = Sekretariat Hhimpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)

Kursus Bahasa Arab Peringkat Permulaan = تعليم اللغة العربية للمبتدئين الغير ناطقين بها

Harga = RM15.00
Mukasurat = 182
Penulis = Dr. Abdul Ghani Bin Muhammad Din
Penerbit = Pustaka Darussalam Sdn Bhd

Monday, December 28, 2009

Insurans Menurut Perspektif Islam

Buku INSURANS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM ini adalah jawapan ilmiah kepada persoalan hukum insurans berasaskan konsep tijari (perniagaan). Buku ini wajar dimiliki dan dibaca oleh seluruh umat Islam. Buku berbentuk kajian ini adalah naskhah pertama dari siri Silsilah Perbahasan Isu Fiqh Kontemporari.

Perbahasan seputar insurans adalah merupakan satu isu Fiqh Kontemporari yang sangat penting untuk diketahui. Selain menambah ilmu pengetahuan dalam bidang muamalat, buku ini juga boleh dijadikan panduan asas dan rujuka kepada para pelajar dan siswazah di dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi, kewangan, insurans dan pengajian Islam untuk mengetahui kedudukan insurans dalam Islam.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA: PENGENALAN AKAD INSURANS
- Perbahasan Pertama: Pengenalan Akad Insurans
- Perbahasan Kedua: Pembahagian Jenis-Jenis Insurans
- Perbahasan Ketiga: Pembahagian Mengikut Tajuk
- Perbahasan Keempat: Tujuan Dan Matlamat Melanggan Insurans

BAHAGIAN KEDUA: POLEMIK INSURANS MENURUT SYARIAT ISLAM
- Perbahasan Pertama: Ulamak Dan Insurans
- Perbahasan Kedua: Perbincangan Insurans Yang Diharuskan
- Perbahasan Ketiga: Perbincangan Insurans Perniagaan
- Perbahasan Keempat: Munaqasyah Terhadap Dalil-Dalil Dan Perbincangan Hujah
- Perbahasan Kelima: Tarjih (Pendapat Yang Sesuai Dan Terpilih)

Harga = RM6.00
Mukusurat = 68
Penulis = Ahmad Tarmizi Ismail
Penerbit = Pustaka Darussalam

Sunday, December 27, 2009

Kitab Ar-Risalah Imam Syafii

Ar-Risalah ini, As-Syafii menjelaskan hadis perseorangan dan penggunaannya sebagai hujah, mengupas syarat-syarat kesahihan hadis dan keadilan para perawi, menolak khabar mursal dan munqathi', serta hal-hal lain yang dapat diketahui melalui daftar isi.

Kitab Ar-Risalah ini merupakan kitab perdana di bidang Usul Fiqah, bahkan terbilang kitab perdana di bidang Usul Hadis Fakhrurrazi di dalam kitab Manaqib Asy-Syafii (hlm.57) menyebutkan, "Sebelum Imam Asy-Syafii para ulama telah membicarakan masalah-masalah Usul Fiqah, mengajukan dalil dan kritik, tetapi mereka tidak memiliki aturan universal yang menjadi rujukan dalam mengetahui dalil-dalil syariat, serta kaedah perbandingan dan tarjihnya. Asy-Syafii lalu menemui Usul Fiqah dan meletakkan sebuah aturan universal yang menjadi rujukan bagi umat untuk mengetahui berbagai tingkatan dalil syariat. Dengan demikian, kedudukan Asy-Syafii terhadap ilmu syariat sama seperti kedudukan Aristotle terhadap ilmu akal".

Menurut saya, kitab Ar-Risalah sepatutnya menjadi kitab bacaan wajib di Universiti Al-Azhar serta universiti lainnya dan sebaiknya dipilihkan beberapa bahagian darinya untuk dijadikan bacaan para pelajjar sekolah menengah di pusat pengajian dan madrasah biasa, agar mereka memperoleh pengetahuan tentang pandangan yang benar dan hujah yang kuat, serta penjelasan yang tidak mereka temui padanannya dalam kitab-kitab ulama lain dan sastera para sasterawan.

- Penerbit

KANDUNGAN

Pendahuluan
1. Bayan (Penjelasan)
2. Kitabullah
3. Hak Nabi S.A.W.
4. Nasikh Dan Mansukh
5. Kewajipan-Kewajipan (Fara'idh)
6. Alasan-Alasan Dalam Hadis
7. Sifat Larangan Allah Dan RasulNya
8. Hadis Ahad
9. Ijmak
10. Qiyas
11. Ijtihad
12. Istihsan
13. Perbezaan Pendapat

Harga = RM20.00
Mukasurat = 367
Penterjemah = Dr. Muhammad Amar Adly MA
Penerbit = Jasmin Publications

Friday, December 25, 2009

Petunjuk Sepanjang Jalan

Dia menerima hukuman itu dengan tenang. Sedikit pun dia tidak takut atau terkejut bila Mahkamah Khas Tentera Mesir menjatuhkan hukuman gantung hingga mati.

"Mati Syahid", katanya perlahan dan sempat pula menguntum senyum kepada mereka yang bertanya tentang hukuman yang akan diterimanya. Itulah As-Syahid Syed Qutb yang akhirnya terkulai di tali gantung pada awal tahun 1965, setelah bertahun-tahun berjuang menegakkan kebenaran Allah.

Beliau ialah seorang sasterawan yang berjuang menegakkan kebenaran dengan penanya. Sebagai anggota pertubuhan Ikhwanul Muslimin, beliau tidak merasa takut atau ragu-ragu mengkritik para pemimpin yang bertentangan dengan kehendak Allah.

Terlalu tajam penanya; sehingga pihak pemerintah merasa bimbang dan mengambil tindakan untuk memberhentikannya dari menulis. Maka pada tahun 1945, Qutb telah ditangkap dan terpaksa merengkok di penjara selama 15 tahun atas tuduhan menyertai komplot untuk membunuh Presiden Jamal Abdul Nasser.

Tetapi mengurungnya di dalam penjara tidak bererti menamatkan perjuangannya. Buku-buku yang ditulisnya tersebar luas bukan sahaja di negara-negara Arab malah di seluruh dunia. Tulisannya diterjemahkan dalam berbagai bahasa.

Petunjuk Sepanjang Jalan adalah salah satu dari buah-buah tangannya yang berani. Buku dari judul asal 'Ma'alim Fi-Tariq' ini, mendedahkan segala kepincangan yang dihadapi oleh umat Islam masa kini, gejala-gejala yang boleh meruntuhkan umat dan berbagai penyelewengan yang amat bertentangan dengan landasan Allah.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Ringkasan Riwayat Hidup Syed Qutb
- Petunjuk Sepanjang Jalan
- Generasi Al-Quran Yang Unik
- Tabiat Program Al-Quran
- Masyarakat Islam - Pertumbuhan Dan Ciri-Cirinya
- Jihad Di Jalan Allah
- La Ilaha Illallah Panduan Hidup
- Undang-Undang Universal
- Islam Ialah Tamaddun
- Konsep Islam Terhadap Kebudayaan
- Akidah: Rupabangsa Muslim
- Jaraknya Jauh
- Keagungan Iman
- Inilah Jalannya
- Sajak Syed Qutb Yang Terakhir

Harga = RM15.00
Mukasurat = 210
Penulis = Asy-Syahid Syed Qutb
Penerbit = Crecent News (K.L) Sdn. Bhd.

Kisah Daripada Al-Quran Untuk Anak-Anak

Sesungguhnya cerita memainkan peranan yang tersendiri dalam meransang imaginasi, minda dan perkembangan daya fikir anak-anak. Ditambah pula jika cerita-cerita tersebut mempunyai nilai moral yang positif maka sudah tentulah akan menjadikannya lebih berharga.

Al-Quran bukan hanya terbatas kepada amalan, pedoman dan huku-hakam sahaja, malah ianya juga memuatkan begitu banyak kisah yang hebat dan luar biasa. Ianya sarat dengan nilai keimanan, teladan, keberanian, pengorbanan, perjuangan dan kasih sayang.

Buku "Kisah Daripada Al-Quran Untuk Anak-Anak" ini adalah untuk memupuk rasa cinta dan sayang anak-anak kita kepada Kita suci Al-Quran. Dipersembahkan dalam bahasa yang mudah difahami dan diperindahkan lagi dengan ilustrasi berwarna yang menarik supaya anak-anak tidak berasa bosan apabila membacanya.

Diharap supaya anak-anak akan dapat mengambil iktibar daripada segala kisah di dalam buku ini. Semoga dengan membaca buku ini, akan membantu anak-anak menjadi insan yang salih dan salihah di kemudian hari.

- Penerbit

KANDUNGAN

KISAH 1
Kisah Habil Dan Qabil: Pembunuhan Manusia Yang Pertama

KISAH 2
Kisah Lembu Betina: Pembongkar Rahsia Kematian

KISAH 3
Kisah Nabi Musa Dengan Nabi Khidir: Lelaki Yang Mengetahui Masa Depan

KISAH 4
Kisah Qarun Yang Tamak: Semua Harta Ditelan Bumi

KISAH 5
Kisah Hari Sabtu: Manusia Yang Berubah Menjadi Kera

KISAH 6
Kisah Ashabul Ukhdud: Keteguhan Iman Seorang Pemuda

KISAH 7
Kisah Ashabul Kahfi: Pemuda-Pemuda Yang Tidur 300 Tahun

KISAH 8
Kisah Tentera Bergajah: Dihancurkan Oleh Burung Yang Kecil

KISAH 9
Kisah Uzair: Mati Seratus Tahun Hidup Kembali

KISAH 10
Kisah Bilal Bin Rabah: Tetap Beriman Walaupun Diseksa

KISAH 11
Kisah Maryam Ibu Isa: Melahirkan Bayi Yang Boleh Bercakap

KISAH 12
Kisah Samiri Durjana: Pengukir Anak Patung Lembu Emas

KISAH 13
Kisah Kewafatan Rasulullah: Perginya Manusia Paling Mulia

KISAH 14
Kisah Luqman Al-Hakim: Pesanannya Diabadi Di Dalam Al-Quran

Harga = RM35.00
Mukasurat = 152 (Berwarna Penuh)
Penyusun = Othman Ramli
Penerbit = Sarjana Media Sdn Bhd

Wednesday, December 16, 2009

Panduan Lengkap Sujud Tilawah - Siri Panduan Mudah Solat-Solat Sunat

KANDUNGAN

BAB 1: Sujud Dan Jenisnya Dalam Al-Quran

BAB 2: Hukum Sujud Tilawah

BAB 3: Ayat-Ayat Allah S.W.T. Yang Wajib Difahami Dan Diamalkan Sebagai Ibadah Kepada Allah

BAB 4: Sujud Tilawah Al-Quran Tidak Disyariatkan Dengan Tahrim (Takbiratul Ihram) Dan Tahlil (Salam)

BAB 5: Melakukan Sujud Tilawah Dari Posisi Berdiri Lebih Utama Daripada Posisi Duduk

BAB 6: Bolehkah Melakukan Sujud Tilawah Tanpa Berwudhu?

Harga = RM10.00 (Sem) RM11.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 140
Penterjemah = Nur Hidayah
Penerbit = Al-Hidayah Publication

Panduan Lengkap Sujud Syukur - Siri Panduan Mudah Solat-Solat Sunat

KANDUNGAN

BAB 1: Beberapa Ayat Yang Menunjukkan Suruhan Mensyukuri Allah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Agung

BAB 2: Beberapa Hadis Dan Athar Mengenai Sujud Syukur

BAB 3: Maksud Sujud Syukur

BAB 4: Hukum Sujud Syukur

BAB 5: Sebab Sujud Syukur

BAB 6: Kesalahan Dan Bidaah Mengenai Sujud Syukur

Harga = RM15.00 (Sem) RM16.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 174
Penulis = Yusuf Bin Abdul Aziz Ath-Thuraifi
Penterjemah = Nabilah Abd. Jalil
Penerbit = Al-Hidayah Publication

Tokoh Pejuang Muslimah Zaman Nabi

Pejuang-pejuang pada zaman Nabi bukan hanya terdiri dari golongan lelaki semata-mata, akan tetapi golongan wanita pun tidak kurang hebatnya dalam usaha perjuangan menegakkan kalimah Allah. Sesungguhnya keimanan yang mantap kepada Allah merupakan antara pemangkin utama ke arah memantapkan perjuangan mencari redha Ilahi.

Justeru, dalam buku kecil ini, penulis memuatkan 15 orang tokoh pejuang muslimah pada zaman Nabi SAW yang begitu komited dalam memperteguhkan keimanan mereka kepada Allah dengan membantu perjuangan Rasulullah SAW. Mereka tidak gentar walau apa jua badai, dan onak duri yang datang melanda, sebaliknya keteguhan iman membuatkan mereka begitu cekal dan sabar dalam menghadapi apa jua cabaran dan tribulasi. Di samping itu, mereka juga berjaya menunjukkan akhlak terpuji dan menjadi isteri dan ibu mithali. Matlamat mereka hanyalah satu iaitu mencari keredhaan Ilahi dan kebahagiaan yang hakiki.

- Penulis

KANDUNGAN

1. ASMA' BINTI ABU BAKAR
- Lahirkan Bayi Islam Pertama Di Al-Madinah Al-Munawwarah

2. ASMA' BINTI 'UMAIS
- Dua Kali Berhijrah Di Jalan Allah

3. FATIMAH BINTI AL-KHATTAB
- Pendorong Kepada PengIslaman Umar Al-Khattab

4. KHADIJAH BINTI KHUWAILID
- Srikandi Yang Agung

5. AL-KHANSA' BINTI 'AMRU
- Luah Kesedihan Melalui Puisi

6. KHAULAH BINTI THA'LABAH
- Doanya Didengar Hingga Langit Ketujuh

7. NUSAIBAH BINTI KA'AB (UMMU 'UMARAH)
- Keberaniannya Mengatasi Lelaki

8. SOFIYYAH BINTI ABDUL MUTTALIB
- Wanita Berani Berjiwa Seni

9. SUMAYYAH BINTI KHUBBAT
- Wanita Pertama Syahid Di Dalam Islam

10. UMMU FADHL (LUBABAH AL-KUBRA)
- Melahirkan Ulama' Agung Yang Dikasihi Rasul

11. UMMU HABIBAH BINTI ABU SUFIAN
- Suri Di Hati Rasulullah SAW

12. UMMU HARAM BINTI MILHAN
- Wanita Pertama Menyertai Angkatan Tentera Laut

13. UMMU KALTHUM BINTI 'UQBAH
- Wanita Cekal Yang Sabar Mempertahankan Aqidah Islam

14. UMMU SULAIM BINTI MILHAN
- Kesabaran Dan Ketenangannya Yang Tiada Tandingan

15. UMMU WARAQAH BINTI NAUFAL
- Wanita Ansar Yang Syahid Di Rumah

Harga = RM10.00
Mukasurat = 151
Penulis = Mohd Sukki Bin Othman (Ustaz Shauqi)
Penerbit = Mahzum Book Services

Tuesday, December 15, 2009

Tanbihul Ghafilin - Peringatan Bagi Yang Lupa

Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan sifat semula jadi iaitu bertabiat resah gelisah lagi bakhil kedekut. Apabila ditimpa kesusahan, dia sangat resah dan gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil dan kedekut. Dengan sifat dan tabiat ini sekiranya Allah berikan kepadanya pelbagai kenikmatan dunia maka dengan mudahnya ia lupa, sombong bahkan berasa takbur seakan-akan ia merupakan kejayaan yang datang atas jerih payahnya sendiri. Makhluk bernama manusia ini tidak sedar bahawa segala nikmat yang diberik oleh Allah merupakan kurniaan yang handaknya digunakan untuk kemaslahatan dan kebaikan semata..

..InsyaAllah buku ini akan banyak memberi manfaat terutamanya bagi kaum muslimin-muslimat, generasi muda dan para pendidik untuk sentiasa saling memberi nasihat dan muhasabah menuju ke arah kebaikan dan kebenaran. Selamat membaca...

- Penerbit

KANDUNGAN

JILID 1
- Bab Ikhlas (Bersih Hati Dari Segala Tujuan Selain Keredhaan Allah)
- Bab Beratnya Maut Dan Kengeriannya
- Bab Kedahsyatan Dan Kengerian Hari Qiyamat
- Bab Sifat Api Neraka Dan Ahlinya
- Bab Sifat Syurga Dan Ahlinya
- Bab Yang Dapat Diharapkan Dari Rahmat Allah
- Bab Amar Ma'ruf Dan Nahi Mungkar
- Bab Taubat
- Bab Hak Kedua Ibu Bapa (Orang Tua)
- Bab Hak Anak Terhadap Orang Tua
- Bab Silaturrahim (Menghubungi Kerabat)
- Bab Hak Jiran Tetangga
- Bab Larangan Minum Khamar (Minuman Memabuk)
- Bab Larangan Berdusta
- Bab Ghibah (Menyebut Keburukan Orang)
- Bab Namimah (Fitnah Adu-Adu)
- Bab Hasad, Dengki Atau Iri Hati
- Bab Sombong (Kibr)
- Bab Al-Ihtikar (Menimbun Makanan Untuk Dijual Mahal)
- Bab Larangan Tertawa Bergelak
- Bab Menahan Marah
- Bab Menjaga Lidah
- Bab Rakus Dan Panjang Angan-Angan
- Bab Kelebihan Orang-Orang Fakir (Miskin)
- Bab Mengabaikan Dunia Atau Menolaknya
- Bab Sabar Menghadapi Bala' Dan Kesukaran
- Bab Sabar Menghadapi Mushibah
- Bab Fadhilah Wuduk (Keutamaan Wuduk)
- Bab Sembahyang Lima Waktu
- Bab Fadhilat Azan Dan Iqamah
- Bab Thaharah Kesucian
- Bab Fadhilat Jumaat
- Bab Kehormatan Masjid
- Bab Fadhilat Keutamaan Sedekah
- Bab Sedekah Dapat Menghindarkan Bala' Dari Yang Bersedekah

JILID 2
- Bab Fadhilat Bulan Ramadhan
- Bab Fadhilat Sepuluh Zulhijjah
- Bab Fadhilat Hari Asyuraa'
- Bab Fadhilat Puasa Sunnat Dan Hari Putih
- Bab Nafkah Pada Anak Keluarga
- Bab Mendidik Budak Sahaya
- Bab Membantu Menolong Anak Yatim
- Bab Zina Pelacuran
- Bab Makan Riba
- Bab Tentang Dosa-Dosa
- Bab Zalim (Aniaya)
- Bab Rahmat Dan Kasih Sayang
- Bab Takut Kepada Allah
- Bab Zikir Kepada Allah
- Bab Doa
- Bab Tasbih (Subhanallah)
- Bab Fadhilat Membaca Selawat Nabi S.A.W.
- Bab Fadhilat Laa Ilaha Illallah
- Bab Fadhilat Al-Quran
- Bab Fadhilat Menuntut Ilmu
- Bab Mengamalkan Ilmu
- Bab Fadhilat Majlis Ilmu
- Bab Syukur
- Bab Fadhilat Usaha Kasab
- Bab Bahaya Kasab Yang Haram, Dan Bahayanya
- Bab Fadhilat Memberi Makan, Dan Baik Budi
- Bab Tawakal Menyerah Pada Allah
- Bab Wara' (Meninggalkan Yang Syubhat, Khuatir Terjerumus Dalam Haram)
- Bab Malu
- Bab Amal Tergantung Pada Niat
- Bab Ujub (Sombong Dengan Amal)
- Bab Fadhilat Haji
- Bab Fadhilat Perang Jihad
- Bab Fadhilat Orang Murabathah
- Bab Fadhilat Memanah Dan Berkenderaan Kuda
- Bab Adab Dalam Jihad
- Bab Fadhilat Umat Muhammad S.A.W.
- Bab Hak Suami Atas Isterinya
- Bab Hak Isteri Atas Suami
- Bab Memperbaiki Orang Yang Bersengketa
- Bab Berbaik-Baik Dengan Raja (Pemerintah)
- Bab Fadhilat Penyakit Dan Sambang Orang Sakit
- Bab Fadhilat Sembahyang Sunnat
- Bab Menyempurnakan Sembahyang Dan Khusyu'
- Doa-Doa Yang Mustajab
- Bab Lunak
- Bab Mengerjakan Sunnaturrasul S.A.W.
- Bab Sedih Karena Memikir Akhirat
- Bab Bagaimana Seharusnya Seseorang Di Waktu Pagi
- Bab Memikirkan Makhluk Allah
- Bab Tanda-Tanda Hari Qiyamat
- Bab Hadith Abu Zar Al-Ghifari R.A.
- Bab Rajin Dalam Ta'at
- Bab Permusuhan Syaithan Dan Mengenal Tipu Dayanya
- Bab Redha Pada Hukum Allah
- Bab Nasihat-Nasihat
- Bab Hikayat-Hikayat
- Bab Doa Dan Tasbih

Harga = RM55.00 (Kulit Tebal)
Mukasurat = 1030
Penulis = Abu Laits As-Samarqandi
Penterjemah = H. Salim Bahreisy
Penerbit = Pustaka Jiwa

Monday, December 14, 2009

Malam Pertama Di Alam Kubur - Edisi Bahasa Malaysia

Setiap kehidupan akan diakhiri dengan kematian. Tidak seorang pun tahu bilakah harinya. Ianya hadir menjemput dengan penuh misteri. Namun, ada sesuatu yang menakutkan, apakah yang akan terjadi setelah kematian? Lantaran itu, setiap insan perlu bersiap sedia dan husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mengecapinya patuhilah segala perintah Allah SWT dan jauhilah segala laranganNya.

Alam kubur adalah alam yang mengerikan dan membuatkan penghuninya tidak sabar menanti hari pembalasan. Azab atau nikmat yang dirasai di dalamnya adalah permulaan pembalasan dari Allah SWT Pemilik alam semesta. Bimbingan perlulah dicari gali kerana hiruk-pikuk dunia terkadang melalaikan. Iman yang selalunya pasang surut perlu pupukan terutama ketika ketakwaan kepadaNya mulai hanyut dibuai mainan duniawi.

Semoga buku ini dapat menginsafkan diri kita tentang nikmat atau peritnya keadaan terutamanya malam pertama di alam kubur/barzakh. Seterusnya ia menjadikan kita manusia yang senantiasa bersedia untuk menghadapinya dengan amalan dan ketakwaan, insyaAllah.

- Penerbit

KANDUNGAN

PARIT KEMATIAN
A. Sesuatu Yang Pasti
B. Detik Akhir Kehidupan Orang Soleh
C. Golongan Hitam Dan Kematian
D. Kubur, Antara Taman Syurga Atau Lubang Neraka
E. Masalah Berkaitan Jenazah Dan Kubur

MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR

TRAGEDI ALAM KUBUR
A. Berimankah Kita Dengan Hari Akhirat
B. Rawatan Hati Yang Keras
C. Ziarahi Kubur
D. Berbincang Dengan Kubur
E. Pegangan Ahlus Sunnah Tentang Azab Kubur
F. Bolehkah Mayat Mendengar
G. Nikmat Dan Azab Kubur
H. Hikmah Keghaiban Alam Kubur
I. Takutilah Azab Kubur
J. Dahsyatnya Kubur
K. Agar Selamat Dari Azab Kubur
L. Soal Jawab Berkaitan Azab Kubur
M. Seruan Sebelum Ajal

Harga = RM10.00
Mukasurat = 164
Penulis = Dr. A'idh Al-Qarni, M.A., S. Muhammad Husain Ya'kub & Dr. Muhammad A. R. Al-Uraifi
Edisi = Bahasa Malaysia (Klik Untuk Edisi Bahasa Indonesia)
Penerbit = Darul Nu'man

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...