Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Saturday, October 31, 2009

Bulughul Maram (Terjemahan) - Pedoman Mencapai Hajat - Penjelasan Hadith Melengkapi Perawi, Darjat, Maksud & Hukum

Manusia adalah insan lemah yang sentiasa berhajat kepada pertolongan dan perlindungan dari Penciptanya. Hanya dia yang layak disembah dan tiada sekutu bagiNya. Sebagai hambaNya, hendaklah kita sentiasa berusaha dalam mencari jalan bagi menyampaikan diri supaya sentiasa hampir padaNya dengan jalan taqwa dan sabar. Semakin kita menghampiriNya, semakin dekat pula Dia dengan kita.

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada sentiasa memikirkan dan berusaha mencapai hajat pada kecintaan dunia tanpa menyedari bahawa hajat yang benar-benar diperlukan adalah rahmat dan pengampunan dari Allah SWT sebagai bekalan di hari kemudian. Bersihkan diri dan akhlak daripada segala kotoran zahir dan batin, perindahkan dengan amalan dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Semoga buku ini dapat dijadikan panduan dalam mencapai hajat yang menjadi dambaan setiap umat manusia, insya Allah.

- Penerbit

KANDUNGAN

1. THAHARAH
1. Air
2. Bejana
3. Menghilangkan Najis
4. Wuduk
5. Mengusap Bahagian Atas Sarung Kaki
6. Hal-Hal Yang Membatalkan Wuduk
7. Aturan Buang Air
8. Mandi Dan Hukum Junub
9. Tayamum
10. Haid

2. SOLAT
11. Waktu-Waktu Solat
12. Azan
13. Syarat-Syarat Solat
14. Dorongan Solat Khusyu'
15. Masjid
16. Cara-Cara Solat
17. Sujud Sahwi, Tilawah Dan Syukur
18. Solat Sunnah
19. Solat Berjamaah Dan Imamah
20. Solat Musafir Dan Orang Sakit
21. Solat Orang Sakit
22. Solat Jumaat
23. Solat Khauf
24. Solat Dua Hari Raya
25. Solat Khusuf
26. Solat Istisqa'
27. Pakaian

3. JENAZAH
28. Perawatan Jenazah

4. ZAKAT DAN SEDEKAH
29. Kewajipan Zakat
30. Zakat Fitrah
31. Sadaqah Tathawwu'
32. Pembahagian Zakat

5. PUASA
33. Puasa
34. Puasa Sunnad Dan Puasa Yang Dilarang
35. I'tikaf Dan Ibadah Dalam Ramadhan

6. HAJI
36. Haji
37. Miqat (Tempat Mulai Ihram)
38. Ihram Dan Jenis-Jenisnya
39. Ihram Dan Seluk Beluknya

7. JUAL BELI
40. Syarat Dan Larangan Dalam Jual Beli
41. Khiyar
42. Riba
43. Pelanggaran Dalam Transaksi 'Ariyyah Dan Penjualan Pohon Serta Buah-Buahan
44. Pemesan Barang, Hutang Dan Gadai
45. Hukum Orang Yang Bangkrup Usahanya Dan Orang Yang Berada Dalam Tannggungan Orang Lain
46. Mengadakan Perdamaian
47. Hawalah Dan Dlaman
48. Syarikah Dan Wakalah
49. Iqrar
50. 'Ariyyah
51. Ghashab
52. Syuf'ah
53. Qirad
54. Musaqah Dan Ijarah
55. Menhidupkan Tanah Mati Atau Tanah Gersang
56. Waqaf
57. Hibah, Umra Dan Ruqba
58. Luqathah
59. Faraid
60. Wasiat
61. Wadi'ah

8. NIKAH
62. Nikah
63. Kafa'ah Dan Khiyar
64. Pergaulan Dengan Isteri
65. Mas Kahwin
66. Walimah
67. Pembahagian Giliran Untuk Isteri
68. Khulu'
69. Talaq
70. Rujuk
71. Ila' Dzihar Dan Kafarat
72. Li'an
73. Iddah, Ihdad, Istibra Dan Lain-Lain
74. Radha
75. Nafkah
76. Hadhanah

9. JINAYAT
77. Jinayat
78. Diyat
79. Tuduhan Pembunuh Dan Sumpah (Qasamah)
80. Menumpas Pemberontakan Atau Pelaku Keresahan Masyarakat
81. Memerangi Penjahat Dan Membunuh Orang Murtad

10. PIDANA HUDUD
82. Pidana Zina
83. Qazaf
84. Hukuman Pencuri
85. Hukuman Peminum Khamar Dan Hal-Hal Yang Masuk Dalam Kategori Memabukkan
86. Ta'zir Dan Hukum Penyerang

11. JIHAD
87. Jihad
88. Jizyah Dan Hudnah
89. Melakukan Perlumbaan Dan Latihan Memanah

12. MAKANAN DAN MINUMAN
90. Makanan Dan Minuman
91. Memburu Binatang Dan Menyembelih Binatang
92. Binatang Korban
93. 'Aqiqah

13. SUMPAH DAN NAZAR
94. Sumpah Dan Nazar

14. PENGADILAN
95. Pengadilan
96. Kesaksian
97. Gugatan Dan Alat Bukti

15. MEMERDEKAKAN
98. Memerdekakan Hamba

16. PELENGKAP
99. Mudabbar, Mukatab Dan Ummul Walad

17. KELANGKAPAN
100. Adab
101. Berbakti Kepada Orang Tua Dan Hubungan Silaturrahmi
102. Zuhud Dan Wara'
103. Akhlak Tercela
104. Menggalakkan Akhlak Yang Terpuji
105. Zikir Dan Doa

Harga = RM45.00
Mukasurat = 916
Karya = Al-Hafiz Ibnu Hajr Al-'Asqalani
Penterjemah = Drs Muhammad Thalib
Pentahqiq = Syeikh Muhammad Hamid
Penerbit = Darul Nu'man

Ruqyah Syar'iyyah: Sebuah Rawatan Islam Terhadap Gangguan Sihir Dan Jin

Dalam kehidupan di dunia ini, banyak musuh yang ingin mengganggu manusia sebagaimana yang dinyatakan oleh Ustaz Fathi Yakan dalam buku Bahtera Penyelamat. Salah satunya ialah gangguan dan permusuhan iblis dan syaitan. Gangguan ini mempunyai pelbagai tahap tetapi asasnya adalah untuk menyesatkan manusia daripada mengikuti jalan Allah.

Atas dasar itulah, buku ini amat sesuai untuk anda tatapi dan fahami sebagai panduan dalam menghadapi hari mendatang...

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA
- Pemikiran Syaitan

BAHAGIAN KEDUA
Bab 1: Ruqyah Syar'iyyah - Landasan Dan Definisi
Bab 2: Fenomena Campurtangan Jin Dalam Kehidupan Manusia
Bab 3: Sihir
Bab 4: Cara-Cara Ahli Sihir Memanggil Jin
Bab 5: Gejala Gangguan Jin Dan Kesannya Pada Manusia
Bab 6: Cara Mengatasi Sihir
Bab 7: Panduan Merawat Dengan Ruqyah Syar'iyyah

Harga = RM15.00
Mukasurat = 127
Penulis = Malik Faisal Bin Abd Wahab
Penerbit = Kersani Training Centre

Friday, October 30, 2009

Ilmu Rawatan Rabbani

Secara ringkas penulisan dalam buku ini mengutarakan:

Hubungkait antara alam ghaib dengan pesakit, peranan syaitan iblis dan kuncu-kuncu mereka dalam menjayakan program mereka, tanda-tanda gangguan semasa tidur dan jaga, perlindungan yang perlu ada sepanjang hayat bagi setiap muslim/muslimah, syarat-syarat dan cara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas rawatan. Juga disentuh dalam buku ini tentang rawatan yang tidak menepati kehendak Islam atau syara', contoh pengalaman yang dilalui oleh kalangan perawat yang awal dan yang kini serta secebis dari penglaman penulis buku ini. Tidak kurang penting setiap muslim menyedari perlu adanya 'tahsinat Ilahiyyah' dan contoh-contoh rawatan bagi perasaan sedih, dukacita, sukar tidur, gigitan binatang, kesukaran bersalin, berdebar, sesak dada, waswas, guguran dan lain-lain.

- Penulis

KANDUNGAN

BAB SATU
- Punca Dan Sebab Penyakit

BAB DUA
- Jenis-Jenis Penyakit

BAB TIGA
- Perlindungan

BAB EMPAT
- Rawatan

BAB LIMA
- Rawatan Yang Tidak Menepati Kehendak Islam

BAB ENAM
- Kisah Benar Tentang Pengubatan Dengan Al-Quran

BAB TUJUH
- Tahsiinat Ilahyyah

BAB LAPAN
- Sebahagian Dari Rawatan Yang Diperlukan Oleh Muslim

BAB AKHIR
- Pengalaman Kalangan Soolihuun

Harga = RM20.00
Mukasurat = 230
Penulis = Ustaz Abdullah Bin Abu Bakar & Ustaz Abas Bin Muda
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Tips Mencerdaskan Anak Sejak Di Alam Rahim

Hasil penyelidikan telah membuktikan bahawa otak bayi dalam kandungan sudah mula menunjukkan potensi yang mengkagumkan. Kebanyakan ibu hamil tidak menyedari bahawa pengalaman dan emosi ibu semasa mengandung turut dirasai oleh janin.

Tanpa disedari perlakuan dan emosi ibu sepanjang tempoh kehamilan turut mempengaruhi personaliti dan watak bayi apabila dilahirkan kelak. Sebaik sahaja bayi lahir ke dunia, mereka telahpun memiliki lebih kurang 1 x 10 sel neuron di otak. Sel-sel neuron terus berkembang dengan pesat sehingga berusia lima tahun. Pada tahap inilah bayi belajar mengamati lingkungannya.

Sepanjang manusia membesar, terutama di awal usianya, dia adalah seperti plastik, terdedah kepada tanggapan-tanggapan mental dan fizikal yang akan membentuk dirinya dalam kehidupan.

Berdasarkan keadaan ini, ibubapa sebenarnya mempunyai peluang yang luar biasa untuk mempengaruhi dan mencorakkan anak-anak menjadi manusia pintar, cemerlang dan bermutu. Berkurun-kurun lamanya Islam telah menekan hal meransang (mendidik) anak-anak dalam kandungan melalui amalan-amalan tertentu. Malah, Islam juga turut mendidik pasangan cara-cara berjima' untuk melahirkan zuriat yang genius dan soleh.

Buku ini mendedahkan amalan-amalan yang sepatutnya dilakukan oleh ibubapa untuk mempastikan cahaya mereka menjadi pintar cerdas dan soleh.

- Penerbit

KANDUNGAN

1. Aspek Komunikasi Dalam Pembinaan Rumahtangga
2. Mewujudkan Keluarga Yang Berkualiti
3. Punca Krisis Rumahtangga Dan Cara Mengatasinya
4. Melahirkan Zuriat Yang Suci Dan Berkualiti
5. Dua Perkara Yang Mesti Diteliti Dalam Mendidik Anak
6. Tingkatkan Komunikasi Dengan Anak
7. Kesilapan Mendidik Anak
8. Mewujudkan Masyarakat Dan Keluarga Penyayang
9. Kasih Sayang Sebagai Asas Pendidikan
10. Kasih Sayang Sebagai Asas Keluarga Bahagia
11. Petua Meningkatkan IQ Anak
12. Ibubapa Wajib Menunaikan Hak-Hak Anak

Harga = RM10.90
Mukasurat = 172
Penulis = Abdul Majid Hakim
Penerbit = Pustaka Ilmi

Zakat Menurut Empat Mazhab

Buku ini telah dikemukakan pendapat para imam dalam persoalan-persoalan zakat dan saringkan beberapa perkara yang lebih wajar diketengahkan dan lebih utama untuk merealisasikan kerjasama sosial. Dalam kajian topik ini adalah bersandarkan kepada sumber rujukan asas iaitu:

1. Fiqh Az-Zakah oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi
2. Al-Mughni oleh Ibnu Qudamah
3. Al-Majmu' oleh Imam Al-Nawawi
4. Al-Fiqh 'Ala Mazahib Al-Arba'ah

Menyorot kepada institusi zakat yang menjadi mercu kepada perjalanan ekonomi Islam maka perbincangan mengenainya amatlah penting, apatah lagi di saat ekonomi dunia sedang di ancam dengan pelbagai musibah oleh akal dan sistem manusia itu sendiri. Melihat kepada situasi inilah maka sistem zakat yang diperkenalkan oleh Islam kepada kita adalah langkah penyelesaian terhadap kemelut dan tidak ketentuan ekonomi yang wujud ini mengharapkan perbincangan yang diutarakan di dalam buku ini memberi satu implikasi kepada pelaksanaan dan natijah ke arah penghidupan umat Islam yang lebih sejahtera di masa depan.

KANDUNGAN

- Kefardhuan Zakat
- Harta-Harta Yang Diwajibkan Zakat
- Syarat Wajib Zakat
- Bagaimana Mengeluarkan Zakat
- Siapakah Penerima Zakat?
- Siapakah Orang Yang Tidak Boleh Diberikan Zakat?
- Bolehkah Harta Zakat Dipindakan Ke Negeri Yang Bukan Tempat Harta Tersebut?
- Adakah Perhiasan Wanita Dikenakan Zakat?
- Adakah Pada Hutang Dikenakan Zakat?
- Beberapa Persoalan Berkaitan Zakat
a. Adakah Zakat Wajib Dikeluarkan Serta Merta
b. Bolehkah Mendahulukan Pembayaran Zakat Sebelum Haul?
c. Melewatkan Zakat Selama Beberapa Tahun?
d. Adakah Zakat Gugur Kerana Mati?
e. Bolehkah Melakukan Helah Untuk Menggugurkan Pengeluaran Zakat?
f. Bolehkah Harta Zakat Dilaburkan Untuk Kepentingan Orang Fakir?
g. Adakah Pembayaran Cukai Memadai Sebagai Ganti Zakat?
h. Bolehkah Dibayar Zakat Dengan Harga?
i. Bolehkah Pembayaran Zakat Dibuat Melalui Wakil?
j. Apakah Adab-Adab Zakat Yang Terpenting?

Harga = RM8.50
Mukasurat = 117
Penulis = Abdullah Nasih 'Ulwan
Penterjemah = Muhammad Ramzi Omar
Penerbit = Pustaka Ilmi

Ilmu Waris Dalam Syariah Islam Menurut Al-Qur'an Dan Sunnah

Ilmu waris atau dikenali juga dengan ilmu faraid adalah ilmu yang pertama kali dicabut oleh Allah SWT dari diri manusia. Ini menunjukkan kemustahakkannya.

Berikutan sikap tidak mengambil berat umat Muhammad, membuatnya lenyap ditelan zaman sehinggalah di zaman kini muncul perselisihan berkenaan dengannya, malahan terdapat segolongan orang yang meragui keadilan Tuhan. "Mengapa Tuhan memberikan lelaki dua kali lipat daripada hak wanita." Ingin tahu jawapannya?

Buku bertajuk Ilmu Waris ini memberikan kepada para pembaca yang budiman sejarah waris wanita dan dasarnya sebelum Islam, faedah kewujudannya, ahli-ahli waris dan bahagian-bahagiannya dalam Islam berpandukan aturan-aturan Al-Quran Al-Karim.

- Penerbit

BAB 1: Ayat-Ayat Waris
BAB 2: Undang-Undang Ketentuan Waris Dalam Islam
BAB 3: Jenis-Jenis AL-Furudh Al-Mukadarah Dalam Al-Quran Al-Karim
BAB 4: Ashabah Dan Jenis-Jenisnya
BAB 5: Jenis-Jenis Hijab Dalam Ilmu Waris
BAB 6: Hak Waris Datuk Apabila Bersama-Sama Dengan Saudara-Saudara
BAB 7: Hukum Radd Dan Aul
BAB 8: Sistem Menghitung Dan Cara Pembulatan Masalahnya
BAB 9: Hukum-Hukum Tentang Munasakhat
BAB 10: Pusaka Zawilarham Dan Mulhaq Tambahan Tentang Hukum Orang Hilang Tenggelam Dan Kemalangan

PENUTUP
- Pusaka Waris Orang Tenggelam Dan Musibah

Harga = RM20.00
Mukasurat = 311
Penulis = Syeikh Muhammad Ali Al-Shabuni (Pensyarah Universiti Ummu Al-Qura)
Penterjemah = Haji Abdul Malik Haji Hasan LL.M (Syariah)
Penerbit = Pustaka Al-Shafa & Victory Agencies

Thursday, October 29, 2009

Fiqh Keutamaan - Keutamaan Tugas-Tugas Kaum Muslimin

FIQH AL-AWLAWIYYAT mendedahkan kepada generasi Islam akan perkara-perkara apakah yang patut diletakkan pada tangga pertama, diberi keutamaan dan keistimewaan serta hal-hal apakah yang seharusnya diletakkan sebaliknya dan dilakukan kemudian.

Kegagalan mengetahui kaedah-kaedah tersebut akan mengakibatkan tindakan-tindakan menjadi tidak teratur dan tersusun rapi, sehingga memperlambatkan ummah untuk mencapai matlamat yang dicita-citakan.

Umat Islam mesti bijak dan pintar menyusun perancangan kerja dengan efektif dan berkesan selari dengan tuntutan fiqh keutamaan dan prioriti kerja sesuai dengan pedoman dan panduan yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW.

Oleh itu, perkara-perkara kecil, remeh-remeh dan pinggiran tidak seharusnya dibesar-besarkan kerana ia akan menghambat gerak perjuangan.

Tiba masanya bagi ummah untuk melepaskan semua bentuk perselisihan pinggiran di antara sesama sendiri. Sebaliknya berganding bahu dan bekerjasama untuk menyambut era kebangkitan dan kegemilangan Islam sebagai satu-satunya "Addin" (cara hidup) yang paling sesuai untuk kebaikan dan kebahagiaan seluruh insan di planet bumi ini.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bab 1: Hajat Umat Islam Terhadap Fiqh Keutamaan
Bab 2: Keutamaan Kualiti Ke Atas Kuantiti
Bab 3: Keutamaan Kefahaman Ke Atas Semata-Mata Hafalan
Bab 4: Keutamaan Dalam Bidang Fatwa Dan Dakwah
Bab 5: Keutamaan Dalam Bidang Amal Perubatan
Bab 6: Keutamaan Dalam Perkara-Perkara Yang Diperintahkan Allah Ta'ala
Bab 7: Keutamaan Dalam Perkara-Perkara Yang Dilarang Allah Ta'ala
Bab 8: Sifat Sangat Kedekut
Bab 9: Keutamaan Dalam Bidang Pembaharuan Masyarakat
Bab 10: Fiqh Al-Awlawiyyat Di Dalam Ilmu Warisan Islam
Bab 11: Keutamaan Mengikut Pandangan Para Pejuang Pembaharuan Di Era Moden

Harga = RM20.00
Mukasurat = 335
Penulis = Prof. Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi
Penterjemah = Ahmad Nuryadi Asmawi
Penerbit = Thinker's Library Sdn Bhd

Ulasan Ulama' Tetang Janggut & Misai

KANDUNGAN

BAB PERTAMA
Beberapa Hadis Mengenai Janggut Dan Misai

BAB KEDUA
Ulasan Para Ulama Dari Pelbagai Golongan Tentang Masalah Janggut Dan Misai

1. Syeikh Ali Abdul 'Al At-Tahawi

2. Syeikh Abdul Lathif Musytahiri
- Serban, Ekor Serban Dan Janggut
- Asal Usul Ekor Serban

3. Al-Ustaz Abdul Aziz Al-Muhammad Al-Salman
- Haram Mencukur Janggut
- Larangan Menyerupai Orang Kafir
- Keagungan Janggut Nabi SAW
- Larangan Mencabut Uban
- Janggut Sahabat
- Menyerupai Perempuan
- Mengugbah Ciptaan Allah
- Keistimewaan Lelaki Dan Perempuan
- Kesaksian Tidak Di Terima
- Keistimewaan Janggut

Majallah Al-Jum'ah Al-Misriah
- Pendapat Mazhab Yang Empat
- Haram Mencukur Janggut Dari Ugama
- Hikmat Janggut

Syeikh Muhammad Zakariya Al-Kandahlawi
- Sebab Buku Berkenaan Disusun
- Sepuluh Fitrah Semula Jadi
- Arahan Membiarkan Janggut Dan Memotong Misai
- Nabi SAW Memiliki Janggut Yang Agung
- Ukuran Janggut
- Menyangkal Pendapat Yang Salah
- Fatwa Ulama Mazhab
- Orang Islam Patut Memiliki Identiti Tersendiri
- Janggut Dari Segi Kesihatan
- Menggunting Misai
- Sahabat Dan Pengikut Mereka Bersama Misai
- Alasan Dan Pendapat Yang Mecukur Janggut Dan Bantahan Mengenainya
- Berjanggut Bukan Aib

Al-Allamah Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz
- Adakah Mencukur Janggut Dikira Sebagai Mengubah Ciptaan Allah?
- Hukum Mencukur Janggut, Mempersendakan Dan Menafikannya Dan Bolehkah Menggunting Panjang Dam Tepinya
- Bagaimana Orang Yang Mencukur Janggut Dibangkitkan?
- Hukum Mencukur Jambang
- Mewarnai Janggut Dengan Warna Hitam
- Hukum Mencukur Janggut Dan Misai
- Adakah Mencukur Janggut Dan Misai Ada Kelonggaran?
- Adakah Saya Patut Mematuhi Orang Tua Saya Dalam Perkara Mencukur Janggut?
- Hukum Sembahyang Di Belakang Yang Mencukur Janggut
- Hukum Sembahyang Di Belakang Yang Mencukur Janggut Yang Mempersendakan Orang Yang Berjanggut Dan Menyuruh Mencukurnya
- Hukum Tukang Cukur Janggut
- Mencukur Janggut Dan Melabuhkan Kain
- Berjanggut Kerana Menyalahi Yahudi?

Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi

Dr. Ahmad Al-Syribashi

Al-Azhar Al-Syarif

Ulama-Ulama Syafi'i
- Janggut
- Mewarnai Janggut
- Perkara-Perkara Yang Kurang Elok Dilakukan Ke Janggut
- Misai
- Kesimpulan Pendapat Mazhab Syafi'i

Janggut Sebagai Sunnah Nabi-Nabi A.S.

Kisah Al-Qalandariyah

Harga = RM10.00
Mukasurat = 139
Penulis = Hj. Muhammad Nur Lubis
Penerbit = Al-Hidayah Publishers

Tuesday, October 27, 2009

Panduan Perbankan ISLAM: Kontrak Dan Produk Asas

Bidang kewangan dan perbankan Islam masih baru jika dibandingkan dengan bidang kewangan dan perbankan konvensional. Oleh itu, ia memerlukan usaha berterusan untuk menjelaskan konsep ini kepada pelbagai pihak. Jumlah individu yang mengetahui pula amat sedikit dan sangat sibuk dengan urusan membangunkannya daripada hanya sebuah konsep kepada satu produk yang praktikal, serta boleh ditawarkan di dalam sebuah ruang undang-undang sedia ada.

Semakin banyak pula pihak mula menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari bidang ini sama ada daripada kalalngan para ulama, peguam, ahli akademik, usahawan korporat, orang awam dan pelajar universiti. Bertitik tolak daripada keperluan itu, lahirlah buku ini sebagai satu usaha Zaharuddin Abd. Rahman untuk membantu memberikan kefahaman dengan lebih baik iaitu dengan:

- Menampilkannya dengan bahasa dan penerangan yang mudah dan sederhana, namun cukup untuk memahami aplikasi sesebuah kontrak dengan gambaran awal hingga akhir.

- Mengambil petikan-petikan dari kitab silam, moden dan resolusi badan-badan fatwa berautoriti peringkat nasional dan dunia, agar manfaat yang lebih sempurna mampu diperolehi oleh para pembaca, khususnya para ilmuan syariah.

- Mengutarakan jawapan kepada beberapa soalan kerap tentang sesebuah produk.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: Bank Dan Kontrak Dalam Muamalat Islam
- Definisi Akad Atau Kontrak
- Rukun Bagi Kontrak Dalam Islam
- Kaedah Asas Dalam Fiqh Muamalat
- Ringkasan Fakta Sejarah Dan Urusan Perbankan

BAB 2: Kontrak Pertukaran Berbalas Pemilikan Harta
- Pertama: Murabahah
- Kedua: Bai' Al-'Inah ( بيع العينة )
- Ketiga: Jualan Tangguh Bayaran
- Keempat: Istisna' ( الإستصناع )
- Kelima: Jualan As-Salam ( بيع السلم )
- Keenam: Ijarah (Sewaan)

BAB 3: Kontak Partisipasi (Al-Istihrak)
- Pertama: Mudarabah
- Kedua: Musyarakah

Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 113
Penulis = Zaharuddin Abd. Rahman
Penerbit = Telaga Biru Sdn. Bhd

Tasauf Moden - Edisi Bahasa Malaysia

Orang yang redha dan sukacita bilamana ia melihat alam sekelilingnya, timbullah kesenangan dan kegembiraan. Kesenangan dan kegembiraan hati itu adalah pangkal jalan menuju bahagia. Redha menghilangkan cela dan aib. Lantaran redha telah lekat di hati, kalau ada cela itu akan lupa dalam fikiran; kalau ada cacat, cacatnya tidak disedari. Hal ini bukannya disebabkan kebodohan dan gila, tetapi sudah dasar 'redha' demikian adanya. Redha tabiatnya pemaaf dan benci tabiatnya tidak adil.

BERHADAPAN DENGAN HATI YANG DUKACITA, TEGAKLAH PERASAAN REDHA.
BERDEKATAN DENGAN HATI YANG DUKA, TEGAK PULA RASA BENCI.

- HAMKA

KANDUNGAN

1. Berbagai Pendapat Tentang Bahagia
- Sebab Timbulnya Penyelidikan
- Pendapat Orang Budiman Tentang Bahagia
- Pendapat Aristoteles
- Pendapat Ahli-Ahli Fikir Zaman Sekarang
- Golongan Kedua
- Pendapat Nabi Muhammad SAW
- Iradah
- Dari Apakah Tersusun Anasir Bahagia
- Sebab-Sebab Yang Membawa Bahagia

2. Bahagia Dan Agama
- Iktikad
- Yakin
- Al-Iman
- Erti Agama
- Inayat Ilahi
- Apakah Perlunya Iman Kepada Allah Bagi Suatu Bangsa
- Bahaya Mengingkari Tuhan (Atheisme)
- Perlumbaan Beragama
- Keterangan Iktikad Yang Tiga
- Tiga Sifat Yang Timbul Kerana Beragama
- Agama Dan Pengetahuan
- Terbuka Pintu Memahamkan Agama
- Islam Dan Kemajuan

3. Bahagia Dan Utama
- Memarangi Hawa Nafsu
- Hawa Dan Akal
- Ikhlas
- Ikhlas Dan Nasihat

4. Kesihatan Jiwa Dan Badan
- Sebab Bahagia Yang Keempat
- Memelihara Kesihatan Jiwa
- Megubati Jiwa
- Sifat-Sifat Yang Terbit Kerana Tahawwur Dan Jubun
- Beberapa Sifat Yang Buruk
- Penyakit Takut
- Takut Mati
- Peringatan Mati
- Ubat Dukacita
- Kepedihan Penanggungan Batin
- Hikmat
- Adil

5. Harta Benda Dan Bahagia
- Kekayaan
- Kekuasaan Harta
- Harta Baik Dan Buruk
- Kewajipan Terhadap Harta
- Sekadar Yang Perlu

6. Qanaah
- Pengertian Qanaah
- Qanaah Sebab Kebahagiaan Umat Dahulu
- Tambahan

7. Tawakkal
- Mengubati Penyakit
- Bagaimana Kita Menunggu Cubaan?
- Perumpamaan

8. Bahagia Yang Dirasai Rasulullah SAW

9. Hubungan Redha Dengan Keindahan Alam

10. Tangga Bahagia
- Bertrend Russel
- Amin Al-Raihany
- Al-Anisah Mal

11. Celaka
- Pendapat Akal Yang Salah
- Benci
- Mengundurkan Diri (Pesimis)
- Sebab-Sebab Orang Celaka (Menurut Keterangan Prof. Syeikh Yusuf Dajwi)

12. Munajat

Harga = RM15.00
Mukasurat = 363
Penulis = Prof. Dr. HAMKA
Penerbit = Darul Nu'man

Monday, October 26, 2009

Rabi'ah Al-Adawiyah & Mabuk Cintanya Kepada Sang Khalik

Baginya, kecintaan terhadap Tuhan melebihi segala yang ada, bahkan surga dan neraka pun bukanlah sesuatu yang dia ingini apa lagi dia takuti.

Dalam hatinya, seluruh penyembahan dan pengabdian semata-mata dia lakukan atas nama kecintaannya pada Keagungan Yang Mahasuci, bukannya orang lain.

Ketulusan cintanya pada Tuhan melebihi ketulusan cinta seluruh perempuan pada masanya hingga sekarang. Rabiah Al-Adawiyah bukanlah sekadar lagenda yang cukup untuk dibaca melainkan dia adalah keindahan anugerah yang pernah diberikan Tuhan untuk umat manusia.

- Penerbit

"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." Mafhum Surah Yunus: 62

KANDUNGAN

Bagian Pertama: Mimpi Ismail Bertemu Dengan Rasulullah SAW
Bagian Kedua: Rabi'ah Diculik
Bagian Ketiga: Rabi'ah Menjadi Penyanyi Di Majlis Dzikir
Bagian Keempat: Rabi'ah Menjadi Pengajar
Bagian Kelima: Rabi'ah Dipinang Raja
Bagian Keenam: Rabi'ah Tidak Mau Menikah?
Bagian Ketujuh: Rindu Akhirat
Bagian Kedelapan: Mendidik Hati
Bagian Kesembilan: Kezuhudan Rabi'ah
Bagian Kesepuluh: Ma'rifatullah
Bagian Kesebelas: Kesederhanaan Rabi'ah
Bagian Keduabelas: Sifat Sabar
Bagian Ketigabelas: Rabi'ah Menjadi Pemimpin Bagi Orang-Orang Shalih
Bagian Keempatbelas: Mimpi Rabi'ah
Bagian Kelimabelas: Rabi'ah Dan Ilmu Hakikat
Bagian Keenambelas: Sifat Ikhlas
Bagian Ketujuhbelas: Suri Teladan
Bagian Kedelapanbelas: Sifat Jujur
Bagian Kesembilanbelas: Sifat Keibuan
Bagian Keduapuluh: Rabi'ah Di Antara Orang-Orang Yang Mencintai Allah SWT
Bagian Keduapuluh Satu: Rasa Cinta
Bagian Keduapuluh Dua: Karamah
Bagian Keduapuluh Tiga: Karamah Para Sahabat Rasul
Bagian Keduapuluh Empat: Dunia Di Bawah Telapak Kakinya
Bagian Keduapuluh Lima: Ruhnya Bersama Malaikat Di Langit
Bagian Keduapuluh Enam: Rabi'ah Telah Tiada

Harga = RM30.00
Mukasurat = 277
Penulis = Abdul Mun'im Qandil
Penterjemah = Ust.Mohammad Yusron, Lc.
Penerbit = Citra Media (Indonesia)

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...