Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Friday, July 25, 2008

Azimat, Jampi, Sihir & Berubat Menurut Islam

Persoalan azimat, tangkal, jampi mentera dan sihir adalah antara persoalan yang diperincikan huraiannya oleh para ulama Islam.

Anntara sebabnya ialah kerana persoalan tersebut mempunyai kaitan yang rapat dengan aqidah seseorang Muslim. Kesilapan di dalam menangani isu-isu tersebut boleh membawa kepada syirik. Menurut sepotong hadis sahih, amalan sihir adalah perbuatan yang merosak dan membinasakan, meskipun mungkin pengamalnya mampu memperolehi habuan keduniaan. Begitu juga persoalan tangkal dan jampi mentera masih menjadi amalan dikalangan masyarakat.

Islam telah memberikan panduan yang jelas berkaitan persoalan tersebut agar manusia terbiming dan terselamat dari amalan yang boleh menatijahkan dosa syirik. Buku kecil ini merupakan ringkasan penjelasan-penjelasan ulama Islam mengenai persoalan berkenaan khususnya dipetik dari karya Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Dr. li Nufayyi' Al-'Ilyani dan himpunan fatwa-fatwa beberapa ulama terkemuka.

- Penerbit

Harga = RM10.00
Mukasurat = 96
Penyusun = Dr. Rushdi Ramli
Penerbit = Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

Tuesday, July 22, 2008

Lailatul Qadar - Amalan & Cara Salafussoleh Memperolehinya - Mesti Baca!!

Baginda Rasulullah S.A.W. telah melihat amalan umat-umat terdahulu yang melebihi amalan umatnya. Faktor umur yang panjang membolehkan mereka beribadat lebih lama berbanding dengn umat baginda lalu Allah Ta'ala mengurniakan kepada Nabi S.A.W. dengan Lailatul Qadar. Diriwayatkan oleh Imam Malik rhm. di dalam "Muwatta'" dan Imam Al-Baihaqi rhm.

Imam Mujahid rhm. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. telah menyebut mengenai seorang lelaki dari kalangan Bani Israil yang berjihad pada jalan Allah selama seribu bulan yang menimbulkan rasa ta'ajub di hati para sahabat lalu Allah Ta'ala menurunkan surah Al-Qadr bagi menyatakan bahawa ganjaran Lailatul Qadar lebih baik dari apa yang telah dilakukan oleh lelaki Bani Israil itu.

Manakala Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani rhm. telah menulis di dalam kitabnya "Fathul Bari" bahawa jumhur ulama' berpendapat bahawa Lailatul Qadar adalah khusus untuk umat Nabi Muhammad S.A.W. sahaja dan tidak pernah dikurniakan kepada umat-umat terdahulu!

- Petikan bab 2

KANDUNGAN

BAB 1: Hikmat, Kelebihan Dan Keistimewaan Sebahagian Makhluk Dan Bulan-Bulan
BAB 2: Adakah Lailatul Qadar Hanya Khusus Untuk Umat Nabi Muhammad?
BAB 3: Adakah 10 Terakhir Ramadhan Lebih Mulia Daripada 10 Zulhijjah?
BAB 4: Antara Lailatul Qadar & Lailatul Israk: Manakah Lebih Mulia?
BAB 5: Hikmah Dirahsiakan Tarikh Lailatul Qadar
BAB 6: Hikmah Allah Ta'ala Melupakan Rasulullah Mengenai Tarikh Lailatul Qadar
BAB 7: Keistimewaan Lailatul Qadar
BAB 8: Golongan Yang Rugi
BAB 9: Pendapat 'Ulamak Dalam Menentukan Lailatul Qadar
BAB 10: Malam-Malam Terkenal & Pilihan Lailatul Qadar
BAB 11: Pendapat Saiyyidina Ibnu 'Abbas
BAB 12: Tanda-Tanda Lailatul Qadar
BAB 13: Amalan-Amalan Kelayakan Memperolehi Lailatul Qadar
BAB 14: Doa Lailatul Qadar
BAB 15: Golongan Yang Tidak Memperolehi Keampunan Pada Lailatul Qadar
BAB 16: Rahsiakan Lailatul Qadar Setelah Memperolehinya
BAB 17: Kisah-Kisah Lailatul Qadar
BAB 18: Ibadah Salafussoleh Di Bulan Ramadhan

Harga = RM8.00
Mukasurat = 113
Penulis = Ustaz Hanif Hj. Ghazali
Penerbit = Madrasah Zubaidiyah

Rahsia Kegemilangan ISLAM di China

Sejak China membuka pintunya kepada dunia luar, segala maklumat dan fakta mengenai umat Islam di negara itu mulai terdedah satu persatu. Umat Islam di China bukan sahaja kaya dengan budaya, kesenian dan nilai peradaban yang tinggi bahkan keadiran mereka juga telah memberikan sumbangan yang cukup penting kepada pembinaan tamadun dan bangsa negara berkenaan.

Umat Islam memainkan peranan yang amat penting di dalam pentadbiran beberapa dinasti China. Mereka juga terlibat di dalam beberapa pergolakan politik di negara tersebut. Umat Islam di China pernah menduduki kedudukan yang tinggi di kaca mata pemerintah. Mereka juga pernah ditindas dan dinafikan kedudukannya.

Semua itu merupakan rakaman sejarah yang akan djadikan sebagai bukti tentang kehadiran umat Islam di China yang sejak dahulu lagi dianggap sebagai negara kuasa dunia.

- Penulis

Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 115
Penulis = Ann Wan Seng
Penerbit = La Khauf Marketing

Sunday, July 20, 2008

Belajar Dari Dua Umar - Kenyangkan Perut Rakyat - Terbaru!!

"Dua Umar ini adalah pemimpin yang mula-mula melaksanakan kepimpinan Negara Berkebajikan. Mereka mengajar rakyat bagaimana hidup dalam berkat kemiskinan atau kaya dalam petunjuk dan cahaya."

- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan

"Penulisan sejarah sahabat atau tokoh Muslim, boleh menjadi rujukan kepada masyarakat. Bahawa, mereka memimpin dengan penuh keteladanan dan peribadi yang mempersona didasari al-Quran dan as-Sunnah. Semoga buku ini mampu meluruskan distorsi sejarah Islam dan tokoh-tokohnya."

- Ahmad Mansur Suryanegara, Sejarawan Muslim Indonesia

"Saya ingin mencontohi Khalifah Umaiyah, Khalifah Umar Abdul Aziz dalam gerak kerja saya."

- Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

KANDUNGAN

- Antara Usaha Dan Pertolongan Allah
- Bersedia Sebelum Musuh Bersatu
- Kenyangkan Perut Rakyat
- Menentukan Sikap
- Piawai Menangani Perbezaan
- Menghidupkan Semangat Anti Kezaliman
- Jangan Jadi Pengecut
- Belajar Berdoa Daripada Para Nabi
- Bersama Membina Kekuatan
- Gendang Perang Sudah Ditabuh
- Mencari Pendukung di Antara Musuh
- Membuat Musuh Pasif
- Mendamba Hakim Yang Adil
- Cerdas Dalam Berdakwah
- Bersatu Melawan Badai Fitnah
- Menutup Ruang Untuk Musuh
- Membumikan Cita-Cita
- Belajar Daripada Dua Umar
- Berdakwah di Tengah Fitnah
- Menebar Ketenangan Meraih Simpati
- Memerangi Kemiskinan
- Berwaspada Dengan Pakatan Kafir
- Ke Arah Berdikari
- Tradisi Menuntut Ilmu
- Hilangkan Dengki Satukan Suara
- Kekuasaan Itu Harus Direbut

Harga = RM15.00 (Sem) RM17.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 130
Eksklusif Pandang Sisi = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

Islam Dalam Perlembagaan Malaysia - Mesti Baca!!

Buku ini membahaskan beberapa isu dan tema penting yang berkaitan dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Malaysia. Ini termasuklah isu tentang perlaksaan undang-undang moral yang ditentang oleh golongan yang kelihatannya mempamerkan imej Islam liberal. Koleksi ini ditujukan untuk khalayak umum, meskipun ia juga sesuai untuk dibaca oleh para pengamal dan pelajar undang-undang. Pendekaan yang diambil sesuai dengan audien sedemikian; yang menseimbangkan aspek-aspek teknikal dengan tema keseluruhan kerangka perlembagaan. Aspek politik dan persoalan semasa turut disentuh. Buku ini sesuai untuk sesiapa juga yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam kedudukan dan masalah Islam di dalam kerangka Perlembagaan Malaysia.

Profesor Dr ABDUL AZIZ BARI telah mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak 1989. Lahir di Selangor pada 1959. Beliau adalah bekas pelajar Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan undang-undang di Malaysia dan England. Beliau telah menghasilkan banyak buku dan tulisan mengenai undang-undang awam khususnya undang-undang perlembagaan. Ini termasuk tujuh buah buku dan lebih 50 artikel jurnal dan bab dalam buku beliau telah diterbitkan di dalam dan di luar negara. Sementara itu lebih 85 kertas beliau telah dibentangkan di dalam pelbagai seminar tempatan dan antarabangsa. Beliau juga telah menulis lebih 250 kolum dan makalah mengenai undang-undang, politik dan perlembagaan dalam akhbar dan majalah tempatan. Di UIAM beliau adalah penyelaras kursus undang-undang perlembagaan dan Ketua Editor IIUM Law Journal. Beliau juga adalah mantan Ketua Jabatan Undang-Undang Awam (1997-99) dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan, 2004-5) di UIAM. Beliau adalah anggota International Bar Association (IBA) dan Society of Legal Scholars (SLS) yang berpusat di London dan tersenarai dalam Marquis' Who's Who in the World 2005.

Harga = RM20.00
Mukasurat = 167
Penulis = Prof Dr Abdul Aziz Bari (UIAM)
Penerbit = Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATIONS

Wednesday, July 16, 2008

Amalan Harian Dato' Hj. Fadzil Mohd. Noor

Ketokohan almarhum Dato' Hj. Fadzil bin Mohd. Noor dalam arena dakwah dan politik tanahair amatlah terserlah. Tokoh ini bukan sekadar hebat ketika berpidato tetapi berjaya menarik minat masyarakat Malaysia kepada perjuangan yang berteraskan kepada politik Islam.

Di sebalik kehebatan itu, tokoh ini menyimpan pelbagai rahsia kekuatan dalaman (batiniyah) bagi meneruskan perjuangan yang diwarisi darripada baginda Rasulullah S.A.W.

Selain daripada Al-Quran yang menjadi amalan harian, Dato' Hj Fadzil juga mengamalkan amalan-amalan yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para ulama'.

Amalan Al-Makthurat adalah sebahagian dari himpunan dari doa-doa yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan ia disusunkan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna juga menjadiamalan rutin tokoh ini.

Beliau juga menjadikan Hizib Imam Nawawi rhm sebagai amalan harian sejak sekian lama. Hizib ini amat terkenal di kalangan ulama' dan diakui sebagai amalan pelindung diri dari kejahatan sebarang makhluk...

Beramallah dengan ikhlas dan istiqamah semoga diri kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan Allah Ta'ala dan mendapat perhatian daripada baginda Rasulullah S.A.W.

- Ustaz Hanif Bin Hj Ghazali

Harga = RM5.00 (membeli sambil menderma)
Mukasurat = 60
Penyusun = Ustaz Hanif bin Hj Ghazali
Penerbitt = Madrasah Zubaidiyah, Merbok, Kedah

Tuesday, July 15, 2008

Bertemu Janji ALLAH

"Di sisi Islam, kejayaan manusia tidak diukur dari aspek penguasaan kehidupan dunia. Kejayaan hakiki bergantung kepada sejauh manakah manusia mampu berusaha menyingkap segala rahsia hidup yang abadi.

Hitam putih masa depan kehidupan akhirat seseorang adalah dicorakkan sendiri oleh pegangan hidup seseorang itu semasa di dunia. Allah SWT telah mendatangkan para rasulNya bersama wahyu sebabagai panduan untuk umat manusia.

Buku ini mengajak pembaca menelusuri jejak-jejak menuju mahsyar. Ia cukup menyentuh dan menyayat hati. Dengan mengikuti huraian tentang hari qiamat dan alam akhirat. Tok Guru cuba mendorong kita untuk menjadi mukmin yang lebih mencintai akhirat, justeru di sanalah hidup kita yang sebenar, dunia keabadian dalam pertemuan yang pasti di sisi Allah SWT.

- Penerbit

Harga = RM17.00 (Sem) RM19.00 (Sab / Swk)
Mukasurat = 190
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

Friday, July 11, 2008

Seni Dalam Islam

Buku SENI DALAM ISLAM ini merupakan buku yang telah diusahakan bersama oleh Ustaz Haji Abdul Ghani Shamsudin, Ustaz Ishak Haji Sulaiman dan Dr. Engku Ibrahim Ismail. Buku kecil ini membicarakan pelbagai pandangan Islam mengenai persoalan seni yang berlaku di sekitar masyarakat kita dewasa ini. Meskipun kajian melalui buku ini masih boleh diperincikan lagi, namun sebagai usaha awal buku ini dilihat penting untuk memberikan kefahaman umum kepada masyarakat mengenai persoalan tersebut.

Dengan termuatnya pandangan ulama'-ulama' muktabar berhubung dengan persoalan yang dibincangkan, fatwa-fatwa seni bagi negeri-negeri di Malaysia serta tambahan indeks di akhir buku ini, penerbit percaya buku ini amat bermanfaat dan berguna sebagai bahan rujukan semua peingkat masyarakat.

- Penerbit

Antara kandungan buku ini membicarakan tentang seni suara, seni rupa seperti seni ukir, patung, patung cacat, patung permainan kanak-kanak, seni foto dan lain-lain. Juga membicarakan tentang seni pakaian dan seni sastera.

Harga = RM13.00
Mukasurat = 138
Penyusun = Ustaz Haji Abdul Ghani Shamsudin, Ustaz Ishak Haji Sulaiman & Dr. Engku Ibrahim Ismail
Penerbit = Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

Thursday, July 10, 2008

Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains - Membongkar Fakta-Fakta Saintifik Di Sebalik Solat - Mesti Baca!!!

Umat Islam diwajibkan menunaikan solat lima kali sehari. Mereka juga digalakkan melaksanakan beberapa sembahyang sunat dalam kehidupan hariannya.

Penekanan terhadap ibadat solat dari segi rohaniah banyak diperkatakan dalam Al-Quran dan Hadis.

Solat juga memberi kesan positif terhadap tubuh badan manusia secara fizikal dan mental. Kajian saintifik yang telah dijalankan mengesahkan hal ini.

Buku ini mengupas hasil kajian awal kesan solat ke atas kesihatan. Objektif kajian tersebut dijalankan adalah untuk menentukan kesan solat terhadap kesihatan fizikal dan mental pengamalnya, termasuklah kesan ke atas sistem kardiovaskular, komposisi tubuh badan, isyarat otak, dan aktiviti otot. Walaupun kajian tersebut berbentuk penyelidikan saintifik tetapi buku ini membentangkan dapatannya dalam format yang sesuai untuk bacaan masyarakat umum.

Fakta-fakta yang dibentangkan dalam buku ini akan memotivasikan umat Islam untuk melakukan ibadat solat dengan lebih tekun dan teratur demi mencapai kebaikan spiritual, fizikal, dan mental.

- Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan
Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia

KANDUNGAN

BAB 1 - Pendahuluan
- Qiyam
- Rukuk
- Sujud
- Duduk Antara Dua Sujud Dan Tahiyat Awal
- Duduk Tahiyat Akhkir

BAB 2 - Komposisi Badan
- Komponen Komposisi Badan
- Cara Pengukuran Komposisi Badan
- Parameter BIA Dan Petunjuk Kepada Tahap Kesihatan Badan
- Kebaikan Senaman Terhadap Komposisi Badan
- Kajian Solat Ke Atas Komposisi Badan
- Faedah Mengamalkan Tabiat Lazim Sempurna Atau Sebaliknya Ke Atas Komposisi Badan Semasa Solat
- Kebaikan Solat Tarawih Dan Puasa Terhadap Komposisi Badan

BAB 3 - Denyutan Jantung
- Denyutan Jantung Normal
- Perubahan Denyutan Jantung
- Solat Dan Posisinya
- Pengukuran Denyutan Jantung
- Faktor-Faktor Mempengaruhi Kadar Denyutan Jantung
- Kajian Denyutan Jantung

BAB 4 - Sakit Pinggang
- Pergerakan Solat Dan Terapi Senaman Sakit Pinggang
- Pergerakan Rukuk
- Pergerakan Sujud
- Kajian Kesan Pergerakan Solat Ke Atas Wanita Yang Mengalami Sakit Pinggang

BAB 5 - Otak
- Anatomi Dan Fungsi Otak
- Gelombang Otak
- Meditasi
- Solat
- Kajian Elektroensefalogram Dalam Solat
- Kajian Perubahan Isyarat Otak Semasa Tamakninah
- Kajian Kesan Solat Kepada Isyarat Otak

BAB 6 - Otot
- Unit Motor Dan elektromiografi
- Kajian Aktiviti Otot Semasa Melakonkan Pergerakan Solat
- Kebaikan Regangan

BAB 7 - Disfungsi Ereksi
- Jenis-Jenis Disfungsi Ereksi
- Faktor-Faktor Disfungsi Ereksi
- Rawatan-Rawatan Disfungsi Ereksi
- Rawatan Alternatif
- Kajian Kesan Solat Ke Atas DE

*Kupasan Lanjut Mengenai Buku Ini Dalam Pencegahan Penyakit Jantung Dari Perspektif Holistik, Sakit Pinggang: Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur Dan Pergerakan Solat & Senaman Regangan & Pergerakan Solat.

Harga =
1. (Bahasa Melayu) Kulit Nipis - RM29.90 (Sem) RM31.90 (Sab/Swk)
2. (Bahasa Inggeris) Kulit Nipis - RM31.90 (Sem) RM33.90 (Sab/Swk)
3. (Bahasa Inggeris) Kulit Tebal - RM41.90 (Sem) RM43.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 110 (BM) / 111 (BI)
Bahasa = Melayu & Inggeris
Penulis = Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas & Ng Siew Cheok
Penerbit = Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Tuesday, July 8, 2008

Bunga Kebahagiaan

"...anugerah sekebun bunga dari taman iman; inilah kebahagiaan sebenar"

Berkasih sayang dalam rumahtangga adalah fitrah manusia. Suami isteri, anak-anak dan siapa saja hatta haiwan sekalipun sangat mengingininya. Tetapi adakah ianya berlaku dalam kehidupan kita seharian? Runtuhnya moral masyarakat Islam hari ini bermula di sini. Oleh itu rasa kasih sayang perlu ditekankan setiap hari, setiap waktu berterusan dan menjadi perkara yang melekat di hati kita. Manusia, secara fitrahnya inginkan kebahagiaan, ketenangan, kerehatan dan segala macam kesempuraan mengiringi kehidupannya.

"Janganlah seorang lelaki mukmin membenci isterinya yang mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang dia suka." - H.R. Ahmad dan Muslim


Harga = RM20.00 (Sem) / RM23.00 (Sab / Swk)
Mukasurat = 195
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

Panduan Solat Jama'ah Dan Solat Musafir (Jama' dan Qasar) - Jawi

Tuntutan solat (sembahyang) dalam kehidupan seorang muslim adalah suatu hal yang umum diketahui. TIdak ada orang Islam yang tidak tahu bahawa solat itu wajib dilaksanakan oleh setiap mukallaf. Tetapi perlaksaan iadat solat itu mesti berjalan menurut kehendak Islam dan tepat sebagaimana yang difahami oleh para ulama' mujtahidin, bukan boleh direka-reka menurut kehendak akal pemikiran manusia. Oleh yang demikian menjadi kewajipan kita bersama untuk mempelajaridan memahimi cara-cara yang ditentukan bagi mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Bagi memenuhi sebahhaagian dari keperluan di atas maka buku kecil ini dilahirkan untuk membantu masyarakat Islam dalam memahami konsep Solat Jama'ah dan Qasar dari segi perlaksanaan dan beberapa hukum yang berkaitan dengannya. Segala huraian dan penjelasan hukum solat-solat ini adalah berdasarkan Mazhab As-Syafi'e.

- Penerbit

Harga = RM10.00
Mukasurat = 144
Penulis = Ustaz Mohd Saleh Haji Ahmad
Penerbit = Pustaka Haji Abdul Majid

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...