Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Thursday, January 14, 2010

Solat Berjemaah: Asas Kekuatan Peribadi, Masyarakat Dan Ummah

Sebenarnya pencetus kepada keinginan untuk menyusun buku ini ialah kerana melihat kepada kepincangan yang begitu ketara di dalam masyarakat dewasa ini. Kepincangan dari segi agama, akhlak dan moral. Masyarakat tertanya-tanya bagaimanakah ingin mengbati penyakit yang begitu parah sekarang ini? Boleh jadi masyarakat sudah mengetahui formulanya, tetapi enggan mengamalkannya atau boleh jadi mereka sungguh-sungguh tidak mengetahuinya!

Kesimpulannya, penyakit masyarakat sekarang hanya boleh diubati dengan solat berjemaah kerana itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. pada zamannya. Buktinya, tidak ada walaupun seorang sahabat yang meninggalkan solat berjemaah kecuali orang yang munafik sahaja. Rasulullah S.A.W. telah menunjukkan contoh teladan yang cukup hebat kerana walaupun baru sedar dari pengsan, masih juga berusaha untuk datang solat berjemaah.

- Penyusun

KANDUNGAN

PENDAHULUAN
- Gejala Sosial Dan Solat Berjemaah
- Zionis Dan Solat Berjemaah
- Masjid Dan Peristiwa Isra' Mi'raj
- Masjid Dan Hijrah Rasulullah S.A.W.
- Masjid, Perpaduan Masyarakat Dan Negara Islam
- Nilai Solat Berjemaah Di Sisi Masyarakat Kita Masa Kini
- Pensyari'atan Solat Berjemaah

TOPIK PERTAMA: KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH
Pertama: Kelebihan Solat Berjemaah Berbanding Solat Bersendirian
Kedua: Tinggal Di Bawah Bayang Allah S.W.T. Di Hari Kiamat Kelak
Ketiga: Allah Taala Merasa Hairan Dengan Solat Berjemaah
Keempat: Keampunan Bagi Orang Yang Solat Berjemaah Selepas Menyempurnakan Wudhu
Kelima: Bertambah Kelebihan Solat Berjemaah Dengan Bertambahnya Bilangan Ahli Jemaah
Keenam: Kelebihan Solat Isyak, Subuh Dan Asar Berjemaah

TOPIK KEDUA: MENGAPA 27 KALI GANDA?
Kelebihannya
Pertama: Menjawab Seruan Azan
Kedua: Bersegera Datang Ke Masjid
Ketiga: Berjalan Ke Masjid
Keempat: Berdoa Ketika Masuk Masjid
Kelima: Solat Tahiyatul Masjid Setelah Memasuki Masjid
Keenam: Menunggu Dirikan Solat Berjemaah
Ketujuh: Para Malaikat Mendoakan Keampunan Dan Rahmat Untuknya
Kelapan: Para Malaikat Menjadi Saksi Mereka
Kesembilan: Menjawab Iqamah
Kesepuluh: Terselamat Daripada Gangguan Syaitan
Kesebelas: Berdiri Sambil Menanti Takbiratul Ihram, Rukun Dan Sunat Yang Dilakukan Imam
Kedua Belas: Mendapat Takbiratul Uula Bersama-Sama Imam
Ketiga Belas: Membetulkan Saf Solat Dan Menubuhkannya
Keempat Belas: Menjawab Kata-Kata Imam Ketika Bangkit Dari Ruku'
Kelima Belas: Selamat Daripada Terlupa Dan Menolong Imam Dengan Mengingatkannya
Keenam Belas: Memperolehi Khusyu' Dan Terselamat Daripada Perkara Yang Melalaikan
Ketujuh Belas: Mengelokkan Keadaan Solat
Kelapan Belas: Para Malaikat Mengerumuni Mereka
Kesembilan Belas: Mempelajari Tajwid Al-Quran, Rukun Dan Sunat Solat
Kedua Puluh: Menzahirkan Syi'ar-Syi'ar Islam
Kedua Puluh Satu: Menyulitkan Syaitan Melakukan Godaan
Kedua Puluh Dua: Menyelamatkan Diri Daripada Sifat Munafik Dan Menghapuskan Buruk Sangka
Kedua Puluh Tiga: Menjawab Salam Imam
Kedua Puluh Empat: Saling Mendapat Manfaat Di Antara Satu Sama Lain Ketika Berdoa, Berzikir Dan Dari Segi Keberkatan
Kedua Puluh Lima: Merapatkan Hubungan Silaturrahim Dan Berdisiplin Dengan Waktu Solat
Kedua Puluh Enam: Mendengar Dan Memberi Perhatian Bacaan Imam
Kedua Puluh Tujuh: Mengucap Aamin Bersama Imam

TOPIK KETIGA: KISAH KESUNGGUHAN DAN KEPRIHATINAN RASULULLAH S.A.W. DENGAN SOLAT BERJEMAAH
Pertama: Rasulullah S.A.W. telah mendirikan Solat Berjemaah Ketika Peperangan Memuncak
Kedua: Ketabahan Nabi Keluar Untuk Solat Berjemaah Ketika Sakit Tenat

TOPIK KEEMPAT: KEPRIHATINAN SALAFUS SOLEH DENGAN SOLAT BERJEMAAH
Pertama: Menyempitkan Langkah Ketika Berjalan Ke Masjid
Kedua: Memilih Tempat Kediaman Yang Berjauhan Dari Masjid
Ketiga: Bersegera Ke Masjid Untuk Solat Berjemaah
Keempat: Datang Solat Subuh Berjemaah Malam Pengantin
Kelima: Meninggalkan Rawatan Kerana Solat Isyak Dan Subuh Berjemaah
Keenam: Orang Sakit Datang Solat Berjemaah
Ketujuh: Pergi Ke Masjid Dalam Suasana Penuh Bahaya
Kelapan: Keinginan Yang Kuat Untuk Mati Sambil Menanti Didirikan Solat Berjemaah
Kesembilan: Pergi Ke Masjid Lain Ketika Terlepas Solat Berjemaah
Kesepuluh: Memberi Peransang Kepada Anak Supaya Istiqmah Datang Ke Masjid
Kesebelas: Bertanya Anak Mengenai Kehadiran Mereka Ke Masjid
Kedua Belas: Mentarbiah Anak Yang Terlewat Solat Berjemaah
Ketiga Belas: Berdakwah Di Saat Kematian Supaya Memelihara Solat Berjemaah
Keempat Belas: Keprihatinan Pemerintah Terhadap Solat Berjemaah

TOPIK KELIMA: HUKUM SOLAT BERJEMAAH MENGIKUT PANDANGAN ULAMA'
Pertama: Pandangan Ulama'-Ulama' Mazhab Syafie
Kedua: Pendapat Mazhab Hambali
Ketiga: Pendapat Ulama' Maliki
Keempat: Pendapat Ulama' Mazhab Hanafi

Solat Berjemaah: Asas Kekuatan Peribadi, Masyarakat Dan Ummah - Jilid Baru

Harga = RM23.00
Mukasurat = 287
Penyusun = Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman Al-Hafiz
Penerbit = Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat Berhad

1 Comment:

kifli said...

SALAM TUAN,,, SY NAK ODER KEDUA BUAH BUKU INI,,, MCMANA CARA SY UNTUK ODER BUKU INI

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...