Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Wednesday, August 12, 2009

Adab-Adab Bersama Al-Quran

Buku ini merupakan buku yang penting untuk menjadi tatapan kaum muslimin dan muslimat. Ini memandangkan Al-Quran merupakan perlembagaan hidup setiap muslim. Segala tindak tanduk dan perjalanan hidup kita semestinya berlandaskan kepada tuntutan Al-Quran. Tidakkah Aisyah pernah menyatakan bahawa akhlak Rasulullah S.A.W. adalah Al-Quran? Tidakkah Al-Quran diturunkan oleh Allah untuk menyusun kehidupan manusia dan alam ini supaya semuanya mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat? Tidakkah Al-Quran merupakan rujukan utama dan sumber perundangan Islam yang tidak boleh ditukar ganti? Tidakkah... Tidakkah...?

Untuk semua itu, Al-Quran mempunyai kedudukan tertinggi di dalam Islam. Penganutnya dituntut supaya membacanya setiap masa dan paling kurang mengkhatamkaannya sebulan sekali. Ada di kalangan salaf megkhatamkannya setiap minggu dan ada yang setiap tiga hari. Ada yang lebih singkat daripada itu. Al-Quran mengambil tempat yang paling istimewa di dalam diri mereka. Mereka membaca dengan tartil dan menjaga adab-adabnya. Ia menjadi panduan berguna dan rujukan utama dalam menjalani kehidupan di dunia. Dengan itu Al-Quran menjadi makanan rohani dan bekalan dalam merempuh kehidupan di dunia dan menempuh kebahagiaan hidup di akhirat.

- Penterjemah

KANDUNGAN

BAB 1: Secebis Kelebihan Membaca Al-Quran Dan Kelebihan Pembawanya

BAB 2: Kelebihan Membaca Dan Pembaca Al-Quran

BAB 3: Memuliakan Ahli Al-Quran Dan Tegahan Menyakiti Mereka

BAB 4: Adab-Adab Guru Al-Quran Dan Muridnya

BAB 5: Adab-Adab Pembawa Al-Quran
- Menjaga Bacaan Pada Waktu Malam
- Perintah Menjaga Al-Quran Dan Amaran Daripada Melupakannya
- Seseorang Yang Terlena Daripada Menyempurnakan Bacaannya

BAB 6: Adab-Adab Al-Quran
- Mengulang Ayat Untuk Tadabbur
- Tangisan Ketika Membaca Al-Quran
- Begilir-Gilir Ketika Membaca Al-Quran
- Mengangkat Suara Ketika Membaca
- Sunat Memperelokkan Suara
- Sunat Meminta Orang Yang Bersuara Baik Untuk Membaca Al-Quran
- Keadaan-Keadaan Yang Dimakruhkan Membaca Al-Quran
- Beberapa Masalah Pelik Yang Perlukan Penjelasan
- Menyebut Ayat Al-Quran Dengan Tujuan Percakapan Biasa
- Ringkasan Beberapa Hukum Berkenaan Dengan Bacaan Al-Quran Di Dalam Sembahyang
- Sujud Tilawah (Sajdah)
- Bilangan Ayat Sujud Tilawah Dan Tempatnya
- Siapakah Yang Disunatkan Sujud
- Meringkaskan Sujud
- Waktu Sujud Tilawah
- Sifat Sujud Tilawah
- Waktu-Waktu Yang Terpilih Untuk Membaca Al-Quran
- Adab-Adab Khatam Al-Quran Dan Yang Berkenaan Dengannya

BAB 7: Adab Manusia Dengan Al-Quran
- Mmenghembus Menggunakan Al-Quran Untuk Menjampi

BAB 8: Ayat-Ayat Dan Surah-Surah Yang Disunatkan Membacanya Pada Waktu Dan Keadaan Tertentu
- Ayat Yang Dibaca Di Sisi Pesakit
- Ayat Yang Dibaca Di Sisi Orang Yang Mati

BAB 9: Penulisan Al-Quran Dan Pemuliaan Mashaf

Harga = RM10.50
Mukasurat = 172
Penulis = Imam Nawawi
Penterjemah = Ustaz Hj. Anwar Fakhri Bin Hj. Omar, Fakulti Pengajian Islam, UKM
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

0 Comments:

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...