Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Monday, November 21, 2011

Biografi Malaikat - Mendapatkan Kesempurnaan Iman, Interaksi Dan Persahabatan Dengan Para Malaikat Allah S.W.T.

Pernahkah anda membayangkan malaikat yang abstrak namun wajib hukumnya untuk kita imani kewujdannya? Pernahkah juga anda memikirkan tentang apakah yang dilakukan Malaikat Jibril setelah usai sejarah kenabian di muk bumi ini? Serta, mungkinkah kita berinteraksi dengan para malaikat Allah?

Buku ini mengemukakan penelitian yang mengejutkan dan menyedarkan kita tentang wujudnya para malaikat Allah. Segala yang ingin anda ketahui tentang makhluk ghaib tersebut insyaAllah terhimpun di dalam buku yang mampu membimbing anda meneguhkan iman yang sempurna ini.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: Beriman Dan Makrifat Akan Para Malaikat Allah S.W.T.
  1. Siapakah Malaikat Itu?
  2. Kehadiran Malaikat Di Sepanjang Sejarah Kenabian
BAB 2: Nama Para Malaikat Dan Tugas Mereka
  1. Nama Para Malaikat
  2. Para Malaikat Yang Bertugas Di Sisi Allah S.W.T
BAB 3: Para Malaikat Yang Bertugas Di Alam Ghaib
  1. Para Malaikat Yang Bertugas Di Neraka
  2. Para Malaikat Yang Bertugas Di Syurga
  3. Malaikat Penyeru Di Padang Mahsyar
  4. Malaikat Yang Bertugas Di Alam Kubur
BAB 4: Para Malaikat Yang Bertugas Di Dunia Dan Menjalin Hubungan Dengan Manusia
  1. Malaikat Jibril A.S.
  2. Malaikat Mikail A.S.
  3. Malaikat Israfil A.S.
  4. Malaikat Izrail A.S., Sang Pemutus Segala Kenikmatan
  5. Malaikat Yang Meniupkan Roh Ke Dalam Janin
  6. Para Malaikat Yang Bertugas Menjaga, Mengawasi Dan Mencatat Seluruh Aktiviti Manusia
  7. Malaikat Harut Dan Marut
  8. Malaikat Yang Hadir Pada Solat Lima Waktu
  9. Malaikat Yang Berkumpul Pada Waktu Solat Fajar (Subuh) Dan Solat Asar
  10. Malaikat Yang Memohonkan Keampunan Bagi Orang Yang Menunaikan Solat Jumaat
  11. Selawat Malaikat Kepada Orang Yang Berjalan Menuju Ke Masjid Untuk Solat Dan Beriktikaf
  12. Selawat Malaikat Pada Orang Yang Solat Berjemaah Dalam Saf Pertama
  13. Para Malaikat Berselawat Pada Orang Yang Bersahur
  14. Malaikat Bersemayam Di Sekujur Tubuh Hamba Yang Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
  15. Sayap Para Malaikat Menaungi Jasad Para Syuhada Dan Menafkahkan Hartanya Pada Jalan Allah
  16. Malaikat Yang Memohonkan Rahmat Dan Keampunan Allah Kepada Para Ahli Ilmu Dan Penuntut Ilmu
  17. Malaikat Yang Mendoakan Orang Mukmin
  18. Doa Malaikat Kepada Orang Muslim Yang Berdoa Secara Ghaib Untuk Saudaranya
  19. Malaikat Yang Mengukuhkan Hati Orang Beriman
  20. Malaikat Turun Membawa Berita Gembira Pada Orang Yang Istiqamah
  21. Malaikat Yang Menyampaikan Berita Gembira Pada Orang Mencintai Saudaranya Kerana Allah
  22. Tujuh Puluh Ribu Malaikat Berselawat Pada Muslim Yang Menziarahi Saudaranya Yang Sakit
  23. Malaikat Yang Menguatkan Rohani Dengan Mengilhamkan Kebaikan Dan Kebenaran Ketuhanan
  24. Malaikat Yang Sentiasa Mengikut Ucapan "Amin" Bersama Makmum Dalam Solat Berjemaah
  25. Malaikat Yang Menghadiri Majlis Zikir
  26. Malaikat Yang Turut Serta Bersama Orang Yang Membaca Dan Mempelajari Al-Quran
  27. Doa Dan Sambutan Para Malaikat Pada Orang Yang Menunaikan Haji Dan Wukuf Di Arafah
  28. Malaikat Berselawat Pada Hamba Yang Berselawat Pada Nabi S.A.W.
BAB 5: Kemaksiatan Menyebabkan Seseorang Jauh Dari Malaikat
  1. Antara Sebab Malaikat Tidak Mahu Hadir Di Tengah Manusia
  2. Antara Sebab Malaikat Melaknat
  3. Allah S.W.T. Bersumpah Dengan Nama Para Malaikat-Nya
BAB 6: Cara Menjalin Persahabatan Dengan Para Malaikat Allah S.W.T.


BAB 7: Hikmah Berselawat, Salam Dan Tabarruk Pada Malaikat Allah S.W.T.

Harga = RM15.00 (Sem) RM17.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 262
Penulis = Rachmat Ramadhana al-Banjari
Penerbit = Al-Hidayah House Of Publishers Sdn. Bhd.

Tuesday, November 1, 2011

Fiqah Muallaf: Antara Tuntutan & Keutamaan

Buku Fiqah Muallaf ini mencungkil secara detail dan terperinci masalah yang dihadapi oleh para muallaf serta mencadangkan jalan penyelesaian terutama yang berkaitan dengan hukum fiqah dan amalan seharian.

Buku ini bukan sahaja sangat bermanfaat kepada para muallaf untuk meningkatkan keyakinan dan kefahaman mereka malah amat bermanfaat bagi seluruh umat Islam untuk melihat betapa mudahnya ajaran agama Islam itu dan sekali-kali tidak pernah memberati umatnya.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: Fiqah Kepercaayaan
BAB 2: Fiqah Menganut Islam
BAB 3: Fiqah Akidah
BAB 4: Fiqah Solat
BAB 5: Fiqah Puasa
BAB 6: Fiqah Zakat
BAB 7: Fiqah Hubungan Antara Anak Muslim Dengan Ibu Bapa Yang Bukan Muslim
BAB 8: Fiqah Kematian
BAB 9: Fiqah Hubungan Suami Isteri
BAB 10: Fiqah Al-Quran Dan Ilmu Pengajian
BAB 11: Fiqah Harta Pusaka
BAB 12: Fiqah Berpakaian
BAB 13: Sejarah Silam
BAB 14: Kefahaman Fiqah Awlawiyyat (Keutamaan)
BAB 15: Kesimpulan

Harga = RM20.00
Mukasurat = 184
Penulis = Ustaz Mohamad Nidzam Abd. Kadir
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz, mula dikenali sebagai 'tok guru' semasa tugasnya hanya mengajar dan berceramah. Selepas beliau terjun dalam politik sebagai pemimpin PAS, dan seterusnya bertanding dalam pilihan raya, beliau dikenali pula sebagai ahli politik agamawan.

Di Malaysia, satu-satunya pemimpin agama yang memiliki wilayah dan negerinya, dan berjaya mengimplementasikan Islam dalam pemerintahannya, malah memberi kesan kepada rakyatnya adalah Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz, Menteri Besar kerajaan negeri Kelantan. Pada setiap helaian buku ini, dapat diselami bagaimana beliau membangunkan negerinya dari segenap segi merangkumi aspek rohani, undang-undang, politik mahupun kemasyarakatan.

- Penulis

KANDUNGAN
  • Sorotan Ringkas Sejarah Gerakan Islam Malaysia
  • Kehidupan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
  • Perjuangan Dan Jatuh Bangun
  • Pemikiran Tuan Guru Dalam Isu Semasa Di Malaysia
Harga = RM15.00 (Sem) RM17.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 146
Penulis = Mohd Aizat Mohd Salleh Al-Hafiz
Penerbit = PTS Millennia Sdn Bhd

Monday, October 10, 2011

Fikah Perubatan

Selagi ada manusia, selagi itulah ada penyakit. Selagi ada penyakit, selagi itulah ada yang mengubat. Kemudian selagi ada perubatan, selagi itulah fikah perubatan wujud dan berkembang.

Fikah Perubatan menyentuh segenap aspek perubatan dan Islam. Buku ini melihat bukan sahaja pada hukum-hukumnya, malahan melihat teras akidah dalam perubatan dan aturan etika mereka yang terlibat.

KANDUNGAN

PERUBATAN ISLAM
  • Definisi Perubatan Islam
  • Perubatan Arab Sebelum Kedatangan Islam
  • Etika Perubatan Islam
  • Sejarah Perkembangan Perubatan Dalam Dunia Islam
ASAS FIKAH PERUBATAN
  • Pengertian Fikah
  • Daruriyyat, Hajiyyat Dan Tahsiniyat
HUKUM BERUBAT
  • Hukum Berubat Menurut Islam
  • Jenis Rawatan Yang Diharamkan Islam
  • Hukum Menggunakan Benda-Benda Haram Dan Najis
  • Rasional Tidak Boleh Berubat Dengan Yang Haram
BENDALIR BADAN, APLIKASI DAN 'TAHARAH'
  • Haid
  • Istihadah
  • Penetapan Hukum Masalah Haid
  • Rawatan Untuk Masalah Pendarahan
  • Berpanjangan
  • Nifas
  • Aplikasi Hukum Ke Atas Wanita Haid Dan Nifas
  • Hukum Pendarahan Sewaktu Mengandung Dan Air Ketuban
  • Bendalir Badan Yang Lain
  • Cecair Badan Yang Lain Dan Hukumnya
PERLAKSANAAN IBADAH SEMASA SAKIT
  • Manhaj Kehidupan
  • Taharah
  • Tayamum
  • Pesakit Yang Tidak Dapat Mengelak Daripada Najis
  • Kaedah Solat Semasa Sakit
PUASA DAN ISU-ISU PERUBATAN MODEN
  • Puasa
  • Hikmah Puasa
  • Perkara Yang Membatalkan Puasa
  • Kaedah Rawatan Moden Berhubung Perkara Yang Membatalkan Puasa
Harga = RM22.00 (Sem) RM25.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 303
Penulis = Dr. Harmy Mohd Yusoff, Ustaz Syamsul Kamal Abdullah, Dr. Rosediani Muhamad & Wan Nor Ainon Wan Abdullah
Penerbit = PTS Millennia Sdn. Bhd. Dengan Kerjasama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)

Fiqh Politik Hasan Al-Banna

"Di antara para tokoh, dia adalah sumber inspirasi. Di antara para pemimpin dia adalah tangannya. Di antara para ulama dia adalah panglima dalam berhujah. Di antara para filosuf dia adalah rujukannya. Di antara para pemidato dia adalah singanya dan di antara para penulis dia adalah dutanya. Pada masing-masing bidang dia muncul sebagai watak yang istimewa"

- Robert Jackson

KANDUNGAN
  • Mukadimah
  • Pengertian Fiqh Politik
  • Kebolehan Hasan Al-Banna Dalam Bidang Fiqh Dan Politik
  • Sumber-Sumber Fiqh Politik Menurut Hasan Al-Banna
  • Islam Dan Politik
  • Islam Dan Kolonialisme Barat
  • Ikhwanul Muslimin Dan Politik
  • Tuntutan-Tuntutan Politik
  • Pemerintahan Islam
  • Perubahan Secara Berperinkat
  • Penerapan Hukum-Hukum Syari'ah Islam
  • Sikap Terhadap Undang-Undang Konvensional
  • Kaedah-Kaedah Perlembagaan Bagi Ikhwanul Muslimin
  • Al-Hali Wal Aqdi
  • Sistem Pemilihan
  • Wanita Dan Peranannya Dalam Politik
  • Minoriti Non-Muslim Dalam Negara Islam
  • Meminta Bantuan Kepada Non-Muslim
  • Kesedaran Politik Menunjukkan Kepada Fiqh Politik
  • Fiqh Politik Dan Wasiat Hasan Al-Hasan
  • Taat Dalam Fiqh Politik Hasan Al-Banna
  • Kajian: Tegaknya Negara Islam (Sebab-Sebab Kehancuran Dan Bagaimana Usaha Kita)
  • Kesatuan Arab Dan Islam
  • Beberapa Pemahaman Politik Islam
  • Mendirikan Badan Khas
  • Penglibatan Hasan Al-Banna Dalam Beberapa Aksi Politik
Harga = RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 149
Penulis = Dr M. Abdul Qadir Abu Faris
Penterjemah = Odie al-Faeda
Penerbit = Mutiara Ilmu Selekta Sdn Bhd

Nabi Khidir: Di Sebalik Tabir Laduni

Kisah Nabi Musa A.S. dan Nabi Khidir A.S. diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Kahfi, ayat 60-82. Dalam surah al-Kahfi terdapat kisah pertemuan dan pengembaraan antara kedua-dua nabi Allah ini. Dalam pengembaraan tersebut Nabi Musa A.S. mendapati tindakan-tindakan Nabi Khidir A.S. menyalahi syariat sebagaimana yang diturunkan Allah kepadanya. Justeri bantahan demi bantahan yang dikemukakan oleh Nabi Musa A.S. terhadap Nabi Khidir A.S., maka Nabi Khidir A.S. memutuskan untuk mengakhiri pertemuan mereka setelah baginda menceritakan segala yang tersirat di sebalik tindakan-tindakannya itu.

Ironinya, kisah pertemuan ini telah dieksploitasi oleh sesetengah golongan yang mendakwa berfahaman sufi. Maka menjelmalah pelbagai versi cerita tentang dakwaan-dakwaan pertemuan orang tertentu dengan Nabi Khidir A.S.. Malah golongan ini mendakwa agama yang diturunkan Allah ini terbahagi kepada zahir dan batin. Implikasinya, para wali dianggap tidak terikat kepada syariat Allah dan boleh melakukan apa jua tindakan yang zahirnya dilihat menyalahi syariat namun hakikatnya betul.

- Penulis

KANDUNGAN

Bab Pertama: Keturunan Nabi Khidir A.S.
  • Nama Hamba Yang Soleh
  • Perkara Awal Tentang Khidir
  • Nasab (Keturunan) Hamba Yang Soleh
  • Kehidupan Khidir A.S.
  • Kisah-Khidir A.S. Menerusi Sumber-Sumber Selain Al-Quran
  • Khidir Dan Kumpulan Batiniah
  • Perbincangan Tentang Kehidupan Khidir
Bab Kedua: Adakah Khidir A.S. Nabi Atau Wali?
  • Pendahuluan Dan Takrif
  • Mukjizat Dan Karamah
  • Misi Khidir A.S.
  • Dalil-Dalil Kenabian Khidir
Bab Ketiga: Pertemuan Musa A.S. Dengan Khidir A.S.
  • Peristiwa-Peristiwa Dalam Kehidupan Musa A.S.
  • Peristiwa Ketika Pertemuan
  • Analogi Tiga Peristiwa Dalam Hidup Musa A.S.
  • Iktibar Dan Pengajaran
Bab Keempat: Ilmu Laduni
  • Pemikiran Ilmu Laduni
Harga = RM23.00 (Sem) RM25.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 207
Penulis = Ustaz Harun Arrasyid Haji Tuskan
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Saturday, October 8, 2011

Ilmuan Nusantara - Mutiara Ilmu Tanah Serumpun

"Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya ilmu. Sesiapa mengambil warisan itu, dia mewarisi bahagian yang banyak".

-Hadis ini direkodkan oleh Imam Tirmizi, Imam Ahmad, Imam Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah dan disahkan oleh Imam Hakim dan Ibnu Hibban.

KANDUNGAN
  • Tokoh 1: Syeikh Abu Bakar Al-Ash'ari - Prof Madya Dr. Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad
  • Tokoh 2: Ustaz Abu Bakar Al-Bakir - Prof Madya Dr. Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad
  • Tokoh 3: Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Rahim - Zakaria Bin Mustaffa
  • Tokoh 4: Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau - Zakaria Bin Mustaffa
  • Tokoh 5: Dr Burhanuddin Al-Helmi - Prof Madya Dr. Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad
  • Tokoh 6: Tuan Guru Haji Muhammad Yasin Kedah - Prof Madya Dr. Huzaimah Ismail / Baterah Alias
  • Tokoh 7: Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin - Prof Madya Dr. Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad / Zakaria Mustaffa
  • Tokoh 8: Prof Dr Hamka - Prof Madya Dr. Huzaimah Haji Ismail / Baterah Alias / Mahfuzah Mohamed Zabidi
  • Tokoh 9: Haji Wan Sulaiman Bin Wan Sidek - Prof Madya Dr. Huzaimah Haji Ismail / Baterah Alias / Nafisiah Abdul Rahman
  • Tokoh 10: Muhammad Nafis Al-Banjari - Fairuzah Haji Basri
  • Tokoh 11: Hussain Mohd Nasir Al-Mas'udi Al-Banjari - Prof Madya Dr. Huzaimah Haji Ismail / Baterah Alias / Nafisiah Abdul Rahman
  • Tokoh 12: Syeikh Yusuf Makasar - Prof Madya Dr. Norsiah Sulaiman
  • Tokoh 13: Tuan Tabal Abdul Samad Muhammad Saleh - Mohd Takiyuddin Bin Haji Ibrahim
  • Tokoh 14: Prof Zulkifli Muhammad - Prof Madya Dr. Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad
  • Tokoh 15: Syeikh Nuruddin Ar-Raniri - Ahmad Abu Zarin
  • Tokoh 16: Haji Ali Pulau Pisang - Nik Kamaliah Binti Nik Abdullah
Harga = RM18.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 290
Penyusun = Prof Madya Dr. Nik Rosdi Bin Nik Ahmad
Penerbit = PTS Islamika Sdn Bhd

Thursday, October 6, 2011

Aurat Mahkota Wanita

Aurat adalah kehormatan wanita yang perlu dipelihara. Allah SWT telah menjadikan wanita ini cantik dan menarik. Oleh yang demikian setiap wanita perlu mempertahankan kecantikan ini dan bersyukur di atas anugerah yang telah diberikan oleh Allah bukan menyalahgunakannya.

Islam amat menyayangi wanita sebab itulah Islam menggariskan beberapa ketetapan dan panduan agar kemuliaan dan kehormatan wanita dijaga dengan baik. Islam tidak menghalang perkembangan fesyen tetapi fesyen perlu mengikut kehendak syarak yang akhirnya ia akan memelihara wanita dari diganggu dan dieksploitasi. Fikir-fikirkan...

- Penulis

KANDUNGAN

BAB 1
  • Pengenalan
  • Pengertian Aurat
  • Pengertian Hijab
  • Pengertian Jilbab
BAB 2
  • Pengertian Pakaian Menurut Islam
  • Sifat-Sifat Pakaian Wanita Muslim
  • Syarat-Syarat Memakai Hijab
  • Adakah Suara Wanita Itu Aurat
BAB 3
  • Asal-Usul Perhiasan Wanita
  • Ciri-Ciri Perhiasan Wanita Islam
BAB 4
  • Wanita: Cara Pemilihan Warna Pakaian
  • Pakaian Diperbuat Daripada Apa
BAB 5
  • Aurat Wanita Ketika Bersanding
  • Aurat Wanita Ketika Bersama Mahram Dan Keluarga Terdekat
  • Aurat Wanita Ke Tandas
  • Aurat Wanita Sesama Wanita Muslim Dan Kafir
  • Aurat Wanita Bersama Kanak-Kanak
  • Aurat Ketika Mendapat Rawatan Doktor Atau Pengamal Perubatan
  • Cara-Cara Menutup Aurat Yang Digariskan Oleh Syarak
  • Kesalahan-Kesalahan Dalam Berpakaian
BAB 6
  • Adakah Purdah Itu Satu Bidaah
  • Hukum Memakai Purdah
  • Hikmah Memakai Purdah
BAB 7
  • Rumusan & Kesimpulan
  • Azab Wanita Yang Mendedahkan Aurat
Harga = RM16.90 (Sem) RM19.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 146
Penulis = Rusydi Ramli Al-Jauhari & Haliza Hj. Aris
Penerbit = Must Read Sdn Bhd

Wednesday, October 5, 2011

Tahaluf Siyasi: Hukum & Syarat

KANDUNGAN
  • Pendahuluan
  • Pandangan Umum Tentang Perjanjian Kerjasama Dan Meminta Bantuan Dengan Non Muslim
  • Rukun Pertama: Wujud Dalil Yang Jelas Tentang Larangan Meminta Bantuan Dan Betapa Sukarnya Memenuhi Syarat-Syarat Tersebut
  • Rukun Kedua: Harus Meminta Bantuan Non Muslim Secara Individu Dalam Urusan Yang Bukan Berkaitan Dengan Peperangan
  • Rukun Ketiga: Harus Meminta Nasihat Dan Bekerjasama Dengan Non Muslim Dalam Semua Bidang Kecuali Peperangan
  • Rukun Keempat: Membantu Non Muslim Dengan Harta Tanpa Perlu Berperang Bersama Mereka
  • Rukun Kelima: Berada Dalam Saf Non Muslim Bagi Memerangi Non Muslim Yang Lain, Berada Dalam Saf Khawarij Bagi Memerangi Khawarij Yang Lain Dan Berada Dalam Saf Khawarij Bagi Memerangi Non Muslim
  • Rukun Keenam: Perjanjian Kerjasama Untuk Menegakkan Kemuliaan Akhlak
  • Rukun Ketujuh: Tahaluf Siyasi Berbentuk Ketenteraan Bersama Sekumpulan Non Muslim
  • Fiqh Tahaluf Semasa
  • Beberapa Pandangan Tentang Tahaluf
  • Ijtihad Jamaah Ikhwan Muslimin
Harga = RM6.00
Mukasurat = 48
Penulis = Muhamad Ahmad Rasyid
Ringkasan & Terjemahan = Norsaleha Binti Mohd. Salleh
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Biografi Ulama Malaysia - Yusoff Zaky Yacob: Dian Yang Tak Kunjung Padam

Beliau merupakan contoh pengarang besar yang gigih dan serba boleh. Pengajiannya berlatarbelakangkan sistem tradisional dan moden membolehkan beliau menguasai ilmu yang terkandung dalam kitab tua (kitab pondok), kitab Arab moden dan juga ilmu moden terutamanya dalam bidang psikologi, pendidikan, dakwah dan politik. Sehubungan itu, beliau menjadi pengarang, penulis, penterjemah, mufassir, wartawan, penerbit, usahawan percetakan, pendakwah, pembawa islah secara sepenuh masa, berdedikasi dan berdikari.

Beliau menubuhkan syarikat Pustaka Dian pada 2 Mac 1957, tahun kemerekaan Tanah Melayu sebagai usaha "mengisi kemerdekaan" melalui penerbitan buku dan majalah. Yusoff Zaky umpama "Lilin yang tak kunjung padam". Dian melambangkan "suatu cahaya yang sabar dan tenang serta melambangkan pengorbanan diri bagi faedah dan kebaikan orang ramai".

- Penerbit

KANDUNGAN

Bab 1: Sejarah Transmisi Idea Mufassir Mesir Ke Malaysia
Bab 2: Aktiviti Terjemahan Karya-Karya Tafsir
Bab 3: Pengajian Tafsir Di Kelantan
Bab 4: Biografi Dato' Yusoff Zaky Yacob
Bab 5: Sumbangan Dato' Yusoff Zaky Kepada Penulisan
Bab 6: Dato' Yusof Zaky Dan Sumbangannya Kepada Majalah Pengasuh
Bab 7: Terjemahan Tafsir Fi Zilal Al-Qur'an
Bab 8: Analisis Al-Tafsir Al-Mawdu'i Dalam Majalah Pengasuh

Harga = RM25.00
Mukasurat = 272
Penyusun = Asmadi Yakob & Mustaffa Abdullah
Penerbit = Dewan Bahasa Dan Pustaka

Introduction To Know Islam

I forward this book entitled INTRODUCTION TO KNOW ISLAM as an entrance to define it to people who are not aware of it or their awareness is either has a defect, shortcoming or distortion. It is indeed a remembrance and emphasis to him who does not know it. Remembrance is an beneficial to the believer. Such a definition is an essential subsistence with general characteristics, principles objectives, and infallible sources together with the elaboration of the need to religion generally and to Islam particularily.

I hope that what I have written will be sufficient for the contemporary Muslims to understand the major facts in relation to Islam. I also hope that the nourishment of Islamic culture is necessary for Muslim in our age in order to recognize the essence of his religion, free from deviation, distortions and also from the misconstruction of the axorbitant, and His interpretation of the ignorant.

It is possible that a non-Muslim who is interested in getting some knowledge about Islam, be given a true picture concerning the fundamental pillars of religion which God revealed with it the final Book, together with the final Messenger as a mercy to the universe and as an evidence for mankind.

- Author

CONTENT

Introduction
Chapter One: The Need For Religion
  • The  Meaning
  • The Social Need For Moral Motives And Controls
  • No Existing Substitute For Religion
Chapter Two: The Foundation Of Islam
  • Faith
  • Worship
  • Ethics And Morals
  • Legislation
Chapter Three: Characteristics Of Islam
  1. Rabbaniyyah
  2. Humanity
  3. Comprehensiveness
  4. Moderation In Islam
  5. Combination Of Stability And Flexibility
Chapter Four: The Aims Of Islam
  • The Construction Of The Righteous Man
  • The Construction Of The Righteous Family
  • Construction Of The Good Society
  • The Cnstructions Of The Righteous Nation
  • The Construction Of The Righteous State
Chapter Five: The Sources Of Islam
  • Preamble
  • The Glorious Qur'an Is Part And Parcel
  • The Applicability Of Sunnah
  • Between The Sunnah And The Qur'an
Price = RM39.00
Pages = 445
Auhor = Dr. Yusuf Al-Qaradawy
Publisher = Pustaka Al-Shafa Sdn. Bhd.

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...